Followers

Friday, September 16, 2011

tali bengkung aku putus!

si biruku

Bila story pasal bengkung.
Mesti sinonim dengan aku yang tengah gigih dan sabar berpantang ini.

Aku hendak bagitau, hari ini salah satu lubang untuk ikat tali bengkung aku telah sampai ajalnya..putus.
Terkejut kejap aku ketika asyik mengikat tarik dan tarik itu.
Ketat benar ke aku mengikat perut gitu?
Tidak jugalah rasanya. Harap maklumlah sudah 3 anak. Maka itulah duk di ulang pakai.

Sedih juga.
Lama ia berkhidmat demi perut aku ini.
Alhamdulilah ada penurunan dari segi ketebalan di bahagian yang satu masa bulan lepas lepas gagah membawa Haqeem.
Tapi di sebabkan asalnya perut aku ini memang muncit aka lemak tepu ;((
Maka tidak ada keajaiban untuk ia tetiba leper seperti pinggang.
Hatta sudah dapat turun 10 kg pun sudah syukur alhamdulilah pada ALLAH.
La nie masih kekal tinggalan kesan purbakala aku yang kuat minum air itu.
Surenya payah hendak hilangkan menda yang serasi bersama aku bertahun-tahun gitu...kan.
Tidak mengapalah, yang penting aku sihat walafiat sekarang ini.
Apalah gunanya aku ramping mamping sekiranya badan tiada kesihatan yang baik (baeknya alasan...... ;))

Aku ada 2 bengkung.
Satu yang 2 tali atas bawah. Kalau tidak silap aku itu bengkung brand Nona Roguy.
Aku baru pakai beberapa kali sahaja. Tidak berminat sangat sebab kainnya macam nipis. Mudah amat terlipat sana sini.
Dan biasa aku pakai dan fav. kononnya ialah bengkung yang pertama aku ada.
Kisahnya sibiru gelap itu ialah pemberian kakak aku. Kainnya tebal juga.
Aku menyukainya.

Dek kerajinan kakak aku yang memang prihatin dengan adik perempuan tunggal dia ini.
Aku memiliki beberapa koleksi bengkung moden. Semua kakak aku yang hadiah@belikan.

Tapi tidak pernah pakai pun.
Aku memang suka yang tradisional.
;))

2 comments:

ciEk NiENa said...

wah, akak turun 10kg, banyaknya.. huhuhu.. nty boley la kongsi rahsia ye kak :)
hehehe

haslina said...

dik niena - huhu, resepi org berpantang cam biasa gitu je dear.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails