Followers

Tuesday, January 24, 2012

Kek Butter Pelangi again.

Salam tengahari Selasa.
Fuh barulah free hendak memegang keyboard.
Masih mood bercuti gitu kan.

Makluman aku start bercuti pada Jumaat lepas. Itu pun ambil mengejut.
Asalan cerita, abah call aku petang rembang Rabu lepas.
Cakapnya hendak ke rumah aku.
Naik bas sahaja.
Makluman selalunya Angah yang drivekan kereta abah klu destination luar dari Kuala Pilah.
Angah sibuk kot gamaknya.
Makanya abah naik basa sahaja.
Then semestinya sebagai anak mithali, aku mesti juga berada di rumah kan.

Hari Sabtu tengahari, kami balik ke kg juga sambil menghantar abah.
Isnin petang sudah kembali ke KL semula.
Huhu, tidak kuasa hendak join jemming di highway sekiranya balik hari Selasa.

1st time buat color gini.

1st time juga guna loyang 7 inci - springform.
Dan kalau kek pelangi, semestinya 2 hari sahaja jangka hayatnya.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
5 sudu makan susu
220 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan biru

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan warna hijau dan biru. Satu adunan lagi di biarkan tidak bercolor.
Ambil satu senduk adunan hijau dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan biru dan tompokkan atasnya. Akhir sekali aduann tidak bercolor tompokan pada atas warna biru. Ulang proses hingga adunan habis.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Goyangkan adunan supaya rata.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

rajinnye awak ni kan buat kek..ntah bila nak merasa kek awak ni..hehe~ nmpk best~

happy 5th month to Qeqeem.. hee Hakeem kt rumah ni pun kengkdg terpanggil QeQeem jugee.. ^_^

Ms Haslina said...

bolehlah juga. sambil buat sambil practice utk meniaga.
nak merasa, insyallah mesti dapatnyer nanti.

tq.
itulahkan, nama sama gitu. mmg saya suka panggil qeqeem. comel je kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails