Followers

Thursday, January 26, 2012

Salam hari Khamis.
Hehe, sudah 2 hari aku datang kelewatan ke office.
Padahal Haziq cuti, so sepatutnya lebih cepatlah kan sampai office.
Tapinya.
Yup, Haziq cuti. Nanti kena ganti hari Sabtu sebanyak 3 kali.

Punya seronok Haziq and Haifa main buaian zaman aku kecik-kecik dulu.

Alhamdulilah malam tadi sempat juga aku membakar Kek Butter Oren. Order dari officemate aku.
Order semalam, hari ini sudah dapat.
Ialah dalam melayan kaklang yang datang ke rumah dengan anak buah aku itu lepas maghrib.
Diaorang balik rumah dalam jam 10 malam.
Rumah kami tidak jauh, itu yang kakak aku ok sahaja melepak di rumah aku semalam.

Kek Butter Oren.
Nak rasa, mari mengorder.
Murah sahaja.
Iklan....

Story di kg.
Balik kg hari itu, sempat aku keluar berdua dengan hubby.
Semestinya janggalkan.
Ialah sungguh susah kami ini hendak meninggalkan anak-anak.
Tujuan keluar cuma hendak membeli dinner untuk malam itu.
Sahaja semua orang hendak makan goreng-goreng gitu.
Dalam jam 9pm gitu, alhamdulilah semua sudah tidur.
Makanya aku minta abah tengokkan diaorang kejap.
Adik-adik aku yang bujang 2 orang pun ada di rumah malam itu.
Emak pula masih belum habis di tikar solat.
So kami keluar dengan hati yang tenanglah juga. Anak-anak sudah tidur, kalau ada yang bangun semestinya di bawa juga.
Cerita di pekan Kuala Pilah pula, punyalah berpusing-pusing mencari kew tiow kerang untuk abah.
Penat singgah kedai sana sini. Rata-rata kerang habis.
Stress aku di buatnya.
Punyalah ramai orang malan itu di kedai makan.
Hehehe malam raha cina masa itu kan.
Makanya setelah penat berpusing, kami pun balik. Masa itu jam sudah dekat 10pm.
Makanya tiadalah kew tiow untuk abah.
Terkejut juga tengok rupa-rupanya anak-anak aku semuanya sudah bangun.
Alahai.
Haifa tengah di dukung oleh emak aku.
Haziq tengah dengan Eboy adik aku.
Haqeem pula dengan abah. Kecian aku tengok abah yang memang muka sudah mengantuk sebab tengokkan Qeqeem yang tengah melasak. Padahal abah aku ini memang jam 9pm mesti sudah tidur. Itu rutin abah. Sebab abah bangun selalunya dalam jam 5am. Namun demi cucu kan.
Emak bagitau, semuanya bangun serentak. Lepas itu cari aku dan hubby.
Qeqeem sahaja yang aku tengok rilex sahaja.
Aduhai lagi.

3 comments:

Unknown said...

alahai...kena buat sendiri kalau camtu ek

mamaarifakeemaisy said...

tk pernah ke mana2 tanpa si anak, itu yg si anak susah sgt nak tinggalkan kt sesapa selain si abahnya masa bersalin hari tu..he~

Ms Haslina said...

kak ina - a'ah kak. gitulah.

eina - samalah kita eina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails