Followers

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday

Tuesday, November 29, 2011

Durian kg.

Salam.
Cuti baru ini kami balik kg.
Kg Parit Seberang di Kuala Pilah.
Memang tengah musim durian.
Walaupun sepokok sahaja. Buahnya lebat dan berlebih-lebih buat keluarga di kg.
Alhamdulilah.
Sarapan durian.
Minum petang pun durian.
Dinner pun durian.
Asal ada yang gugur dari pokok.
Adalah rezeki kami makan raja buah ini.
Pokok belakang rumah sahaja.
Kata abah, pokok durian itu adalah dari benih biji durian pokok di depan rumah arwah uwan.
Memang sedap berlemak buah durian kg kan.
Tapi ada certain buah memang berlubang.
Akibat dari tebukan monyet atau tupai.
Yang paling banyak makan durian ialah hubby dan Haziq.
Aku memang sudah slow sikit sebab since dari kecik-kecik lagi memang sudah merasa makan durian.
Mengutip durian yang baru jatuh.
Maklumlah masa itu duduk rumah arwah uwan.
Pokok durian yang saiz besar-besar itu memang ada depan rumah.



Castard Tea Cake - masak lagi.

Nampak tak castard layer.

Alkisah malam tadi.
Lepas dinner dengan lauk kari ikan dan nasi. Bekal emak dari kg.
Aku teruskan berkemas lagi.
Biasalah barang banyak sangat.
Dinner pun awal malam tadi itu.
Dalam jam 7 terlebih.
Haziq biasalah. Busy dengan komputer.
Haifa main sorang-sorang.
Haqeem pula sudah terlelap lagi.
Penat baby comel tembam ini.
Makanya huuby memang sudah hint aku supaya membakar.
Mula-mula memang rasa macam penat.
Tapi fikir-punya fikir. Okies I'm baking.
Tengok barang, semua ada.
Cuma tiada tepung naik sendiri. Seperti biasa aku gunakan tips gantikan tepung itu dengan tepung serbaguna.
1 cup tepung serbaguna = 1 1/4 tsp baking powder+1/4 tsp salt.
Rupanya satu adunan kek ini sikitlah sangat.
Maka aku guna bekas loyang kecl segiempat.
Lama sesungguhnya aku tidak membuat kek.
Paling last dulu ialah masa zaman bujang.
Cemas juga, takut jadi apanya kek aku ini.
Alhamdulilah menjadi kek.
Erm memang sedap rasa kek castard tea ini.
Sesuai untuk minum petang.
Next time cuba lagi, aku hendak buat 2 adunan.
Barulah boleh pakai bekas kek bulat.

Tinggi yang tidak tinggi. 
Rasa aku kalau buat kek ini, sedap makan saiz begini.

Teh tarik by hubby.

Saturday, November 26, 2011

Jemput-jemput Udang with resepi - masak lagi.

Kuahnya memang mantap.
Aku tambah gula melaka.

Kenapa aku masak menu ini lagi.
Sebab ianya terlalu nyaman dan mengiurkan.
Makanya aku ulang tayang masakan cucuk@jemput udang malam Rabu lepas.
Peh, sesungguhnya tidak boleh berenti mengunyah hatta seketika gitu.
Harus di ulang ambil jemput, tarik bagi belah dua dan teruskan cicah pada kuah. Bagi kuah lekat serasi pada jemput.
Ngam dalam mulut.
Itulah ulang-ulangannya adegan.
Kejap-kejap aku suapkan hubby yang duduk depan PC.
Kemudian anak-anak pula.
Habis turn aku makan, barulah hendak bancuhkan air teh o gelas besar untuk hubby kerana tidak lama lepas itu hubby punya turn duduk di meja makan.
Untuk aku cukup dengan air milo o sahaja.

Mula-mula aku pun keliru, apa penggunaan baking powder dalam bancuhan ini.
Bak pertanyaan member blogger Gee Ryder.
Tapi setelah kali kedua buat, aku rasa cucur lepas di goreng itu lebih 'mantap'.
Dan rasa bahagian dalam cucur tidak sama dengan cucur yang tidak di letak baking powder.
Itu pandangan aku yang amatur ini lah.

Sumber Resepi -Dapur Tanpa Sempadan
250 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
300 ml air
udang (1/3 cawan) (buang kepala)
daun sup di hiris
(tambah letak hirisan carrot)
garam
ubi kentang di potong dadu kecil dan di rendam (tidak letak)

Sos Lada
8 biji lada (aku guna cili boh dalam 2 to 3 sudu)
1/2 cawan gula pasir (aku ganti dengan 4 sudu gula melaka yang hancur dan 3 sudu gula pasir. still boleh kurangkan gula kalau suka pedas)
3 ulas bawang putih (aku titek kan sahaja)
1/4 camca teh garam.
cuka (aku ganti dengan asam keping)
(aku tambah air 1/2 cawan)


Picture sebelum di goreng.
Tidak cair dan tidak pekat. Sedang-sedang sahaja.

Friday, November 25, 2011

Scones@skon with resepi.

Skon yummie.

Aha aku ini memang kaki teruja sahaja kan.
Lepas settle dinner at 7pm malam tadi.
Dalam jam 8pm kemudian keluar kami sefamily.
Beli susu budak-budak dan beli KFC.
Sampai rumah aku tidak join pun makan tapi aku terus kedapur.
Keluarkan butter dari peti ais.
Siapkan semua barang-barang yang di perlukan.

Sumber Resepi : Delia Online
How to cook scones
225 g self raising flour
A pinch of salt
75 g butter (cut into small lumps)
40 g caster sugar
1 large egg
2 table spoon buttermilk (aku guna susu segar)

Nanti boleh tengok pada link yang aku bagi itu mengenai cara-cara membuatnya.
Memang simple dan mudah di fahami.
Lagi sebab oven aku cuma heat until 190 C sahaja.
Makanya apa aku lakukan ialah panaskah oven seperti biasa pada suhu itu selama 10 minit.
Kemudian aku buat pembakaran until 30 minit.
Tapi pada sesiapa yang ada oven until 220 C, bolehlah teruskan until 10 - 12 minit atau until color coklat emas gitu.

Oleh kerana aku tiada tepung naik sendiri makanya aku pun seach di internet.
Boleh ke tukar guna tepung lain.
Sebab aku memang ada stock banyak jenis tepung.
So terjumpa satu site ini Make Self-Rising Flour

Bahan nya ialah tepung serba guna, baking powder dan garam.
Caranya setelah timbang tepung serbaguna masukkan tepung itu ke dalam cawan untuk dapatkan ukuran tepung dalam cawan.
So 225 g itu bersamaan 1 3/4 cawan.
Makanya 1 cawan tepung serbaguna = 1 1/4 sudu teh baking powder dan 1/4 sudu teh garam.
Dan 3/4 cawan dekat hendak satu cawan juga. Maka agak-agak sendiri dalam ukuran 1 sudu teh baking powder dan sedikit garam.
There jadilah tepung naik sendiri sudah.

Kita mulakan masakan dengan picture kuali comel Haifa punya.
Sekadar hiasan, Haziqlah tukang ambil gambar ini.

Selepas semua bahan di uli sebati.
Pastikan doh tidak terlalu kering.
Rasa dalam lembut tapi tidak melekit.

Katanya dapat 10 biji skon kalau ikut resepi.
Hehehe, tapi aku dapat 6 biji sahaja.
Acuan guna gelas sahaja.

Habis pembakaran.

Sebenarnya aku tidak pernah langsung makan skon ini.
Apa yang aku rasa malam tadi masa lepas masak.
Aku suka. Sebab rasanya lemak gitu. Tidak juga manis sangat.
Kalau tengok sebenarnya skon ini sedap di makan dengan sapuan jem atau krim.
Tapi aku rasa aku suka makan begitu sahaja.
Rasanya crispy di luar sedang-sedang lembut di dalamnya.

Alhamdulilah aku ada bagi officemate aku rasa.
Dan kebetulan dia pernah rasa makan skon di hotel.
Katanya yup ini memang rasa skon.

Antara rasa biskut dan roti.
Lega rasanya ada the right tester.
Sebab itu juga ukuran skon adalah penting untuk mengekal rasanya.
Kalau tidak rasanya mungkin bertukar menjadi biskut atau pun roti.

Angry Bird sahaja mainan Haziq.

Mana-mana mesti dengan Angry Bird.

Anak bujang aku ini memang begini kalau di mana sahaja.
Mangsanya ialah hp aku lah gitu.
Aku rasa anak orang lain pun sama juga agaknya.
Tengok itu sudah buat macam rumah sendiri.
Cerita pasal Haziq.
Alhamdulilah sekarang ini mungkin juga dalam minggu lepas, Haziq sudah tidak memakai pamper lagi.
Hatta sebenarnya Haziq memang belum masuk mana-mana kindergarden lagi.
Kelam kabut rasanya kami tahun ini.
Mana dengan pindah rumahnya awal tahun hari itu.
Aku yang kalau pregnant memang macam 'emo' sepanjangnya.
Dan bersalin dan lagi anak sudah 3.
So sedar-sedar sudah sampai hujung tahun.
Insyaallah tahun depan mesti masukkan Haziq mana-mana nanti.
Berbalik pada pamper tadi.
Haziq sudah pandai ke toilet.
Pandai dia 'tahan' dulu. Mula-mula dulu ada juga 'tercicir'. Mungkin ia terlupa dengan keadaan barunya.
Ringan beban sedikit sebab tidak perlu beli pampers Haziq.
Kalau tidak fuhhh. Sekali beli dengan pampers Haziq, Haifa dan Haqeem.
Waktu malam sahaja pamper di gunakan.

Terasa macam sudah besar sangat anak aku itu.
Walaupun umurnya baru masuk 4 tahun 5 bulan.
Lagipun sebab dia sudah jadi abang kan.

Sejak dari dulu, Haziq memang memilih betul part makan.
Tengoklah badannya itu.
Alhamdulilah sihat.
Lagilah sekarang ini asyik sangat dengan kartun di tv.
Lepas itu sambung lagi dengan segala game di internet.
Selalunya part itu mesti Haziq with hubby together main game bersama.
Aktiviti father and son.
Campur lagi layan You Tube. Pandai mencari kartun bagai di situ.

Sebab kerana sibuk sangat itu, kalau naik sahaja kereta selalunya mestilah confirm hero aku ini nyenyak tidor.
Penatlah itu.

Bila suruh makan kenalah bagi yang betul-betul dia hendak.
Nasi goreng sardin, hotdog juga roti 70 sen.
Itulah antara kesukaan dia.
Hari itu aku buat cookies dan juga jemput udang.
Alhamdulilah Haziq suka.
Itu yang sekarang ini aku memang gigih membakar.
Hehehhe...bakor.
Seronok tengok anak-anak dan hubby sekali bila makan.

Laginya, amat dan amat petah kalau bercakap.
Aduhai sungguh sampai kami suruh Haziq berhenti sekejap mulutnya itu.
Memang tidak penat langsung rasanya.
Dia terlalu peramah sangat.
Sampai member di office siap tanya dengan aku.
Kenapa anak aku itu begitu petah sangat. Sedang mama dia ini aduhai macam sonyap jo.
(,")
Abang mithali. 
Memang selalu juga offer diri suapkan adiknya.

Kartun kegemaran Haziq.
Siap hubby print kan dan letak di peti ais.

Thursday, November 24, 2011

Masak lemak ikan + pucuk ubi with resepi dan pecal again. Suka.

Makanya hari Ahad lepas memang sibuk benar aku didapur.
Padahal pada mulanya sungguh aku blur hendak masak apa.
Tanya hubby pun dia buat tidak tahu sahaja.
Bila sudah bersiap pun aku masih duduk di sofa.
Perah otak seorang diri.
Whuaaaaaaaaaa.

Itulah selalu juga aku dengar statement hendak masak apa hari ini itu.
Sekali kena pada diri sendiri, memang termenung di buatnya.

Tidak lama itu, aku redah sahaja ke pasar segar.
Ambil bakul dan pusing dalam kedai dan pusing lagi.
Capai tempe, tahu dan taugeh untuk buat pecal. Kuah sate ada lebih lagi.
Done.
Then capai sawi dan sedikit bawang merah juga udang saiz kecik.
Dan melopong lagi.
Gila kan, termenung aku hendak beli apa.
Last call aku pilih ikan dalam 4 ekor.
Aku mahu masak lemak.
Pucuk ubi dan cili api boleh ambil belakang rumah sahaja.
Lega rasa hati.


Resepi masak lemak cili api sempoi.
*Santan 1 kotak. (Tambah sedikit air supaya ia tidak pekat sangat.)
*Serbuk kunyit dalam 1 camca sudu besar. (Ikut tahap kekuningan kunyit. Kalau letak banyak sangat kunyit nanti kuah rasa kunyit.)
*Garam.
*
Cili padi 12 biji (bersaiz kecil) (ditumbuk)
*Sedikit ikan bilis (ditumbuk sedikit)
*Serai (dititek@ditumbuk sedikit)
Daun pucuk ubi.
Ikan yang telah di goreng garing.

Cara memasak.
Masukkan semua bahan *. Letak periuk atas api sederhana.
Kalau api terlalu kuat nanti santan akan pecah.
Biarkan mendidih.
Masukkan daun pucuk ubi hingga lembut.
Sudah mendidih sebati.
Masukkan ikan.
Siap.
Maveles dan sempoi.


Masak lemak cili api with pucuk ubi dan ikan goreng.
Timbul minyak hasil dari ikan yang berminyak .

 
Pecalku sedap.
Lagi mudah gunakan kuah sate Samuri.



Pecal ini senang sahaja buatnya.
Aku cuma rebus telor beberapa biji.
Goreng tempe dan tahu.
Rebus taugeh.
Siap.
Tuang dengan kuah kacang.

Wednesday, November 23, 2011

Haqeem with blue hello kitty (,")


Hello kitty sarung bantal sahaja.
Bantal kekabu emak yang jahitkan with sarung sekali.
Untuk semua cucu-cucu tersayang.

Story mengenai baby Haqeem.
Alhamdulilah jujur bercerita memang senang menjaga sicomel yang sungguh gembira duduk dalam perut mamanya lama-lama hari itu (kan aku overdue 10 days bersalin kan baby Haqeem)
Purata kalau waktu tidur Qeqeem (nama yang aku selalu panggil Haqeem) malam ialah terus tidur dari waktu di tidurkan.
Dan kalau terasa lapar atau pampers sudah penuh mestinya baby Haqeem bangun menangis sekuatnya.
Azalinya anak-anak kau suaranya memang nyaring. Lagilah kalau menangis. Aduhai.
Waktu bangunnya memang berjadual sungguh.
Ada gaya untuk menjadi seorang teliti nampaknya hero aku ini.
Waktu kegemaran Haqeem ialah dalam jam 3am lebih sikit.
Kalau tidak bangun waktu itu, Haqeem akan bangun jam 5am atau 6am lebih.
So waktu-waktu itu, makanya tukarkan pampers dan seluar yang basah dengan kadar segera.
Sebabnya baby Haqeem tengah menangis syahdu sekali sebab memang dia tengah lapar susu.
Bayangkan bagaimana para ibu dan ayah yang boleh menukarkan lampin dengan kelajuan tinggi sebab lepas itu baby hendak menyusu dengan kadar segera.

Since dari Haziq dulu memang hubby yang suka juga letakkan Haqeem sekarang ini depan tv. Tidaklah depan sesangat.
Cukup untuk matanya boleh melihat tv.
Baringkan dengan bantal yang lembut sedikit tinggi.
As a result baby Haqeem senyap tenang.
Kononnya macam tengok tv. Tapi sebenarnya nampak macam tengah buat hal sendiri sahaja gitu.
Maka beramai-ramai tiga beradik itu berbaring tengok tv. (kalau ikut abah aku, pantang tengok TV dengan berbaring. abah memang banyak undang-undangnya. tapi sebab itulah abah menjadi orang yang berjaya.) 
Kalau tidak dibuat begitu mulutnya bising sahaja.
Apa lagi untuk senyapkan kalau tidak letakkan punting atau bagi susu.
Kekadang sibijak ini boleh di luahkan puntingnya. Dia kembali bising. Maklumlah sudah pandai 'berbual', ketawa bagai.
Mestinya mahu ada orang sahaja depan dia sentiasa.
Kadang itu time time memang tengah hendak tidur.
Bagikan sahaja bantal golekny di tangan.
Nanti di ulit-ulit bantal itu. There tertidur sendiri anak mama yang baik ini.

Ah kami memang tidak banyak gadget untuk baby.
Payah rasanya hendak di angkut kalau balik kg atau kemana-mana.
Dan juga dari Haziq dan Haifa memang kami tidak pernah pun ada tempat buai baby dan juga baby walker.

Jemput-jemput Udang Berkentang with resepi.

Ahad lepas, petang suram.
Ialah baru lepas lunch dalam jam 3 pm. Lewat kan gitu.
Habis sahaja lunch aku semangat sungguh hendak membuat cucur udang. Tengok dari blog Mat Gebu. Aduhai terliur sungguh.
Makanya diiringi hujan lebat dengan petir berdentuman.
Aku siapkan bahan dan terus menggoreng sekali.
Rajin sekali buatkan kuah pedasnya.
Alang-alang memasak gitu. Biar lengkap semua.
Kali ini aku memang hendak masak ikut resepi betul-betul.
Seriusly aku teruja melihat hasil adunan. Mantap.
Dan itu dia. Haziq pun suka gitu.
Memang sedap sungguh apatah lagi makan panas-panas.
Sila guna udang kecik-kecik gitu.
Tips dari Mat Gebu, basahkan tangan ketika mahu masukkan adunan kedalam minyak gorengan.
Kongsi resepi di bawah. Cara hendak membuatnya, aduhai macam biasa sahaja macam kita buat jemput. 


Sumber Resepi -Dapur Tanpa Sempadan
250 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
300 ml air
udang (1/3 cawan)
(carrot di hiris hakus)
daun sup di hiris
garam
ubi kentang di potong dadu kecil dan di rendam (aku rebus)

Sos Lada 
8 biji lada (aku guna cili boh dalam 2 sudu)
1/2 cawan gula pasir.
3 ulas bawang putih (aku titek kan sahaja)
1/4 camca teh garam.
cuka (aku ganti dengan asam keping)

Tuesday, November 22, 2011

Mee goreng sahaja.


Dinner malam tadi.
Kenyang alhamdulilah walaupun makan mee goreng sahaja.
Dalam kehujanan balik kerja semalam aku turun dari kereta dengan tidak berpayung.
Hujan tidaklah lebat sangat masa itu.
Mula-mula pergi kedai ubat cina beli  susu Haziq.
Then naik kereta semula dan pergi pasar segar.
Barang-barang masih ada lagi.
Ramai juga aku tengok para-para ibu dan isteri orang membeli barangan basah mesti untuk masak dinner.
Dengan baju kerja. Tabik gitu kan.
Aku beli barang sempoi sahaja iaitu udang, mee kuning, taugeh, tahu putih dan juga tempe.
Ialah beli barang lebih sikit, makanya hari ini tidak perlu singgah pasar segar apabila balik kerja nanti.
Kami di rumah memang suka makanan simple sahaja.
Mudah di masak.
Cuma kalau cuti-cuti itulah baru aku masak heavy sikit.

Sampai rumah, hubby sudah masakkan nasi.
Aku propose untuk masak mee. Ok katanya.
Nasi itu nanti boleh masak nasi goreng sahaja.
Then lepas itu memang terus pergi mandi.
Risau takut demam.
Memang siap makan panadol juga malam tadi itu, sebab kepala macam pening sikit.
Tapi aku sudah niat dalam hati masa rempuh hujan.
"aku beli barang untuk family ya ALLAH, sihatkanlah aku. amin amin amin"

'IBU SEGALA EMAS' milik kita di 26th Sea Games.

Sumber dari Media Wahana.

Walaupun rata-rata blogger pasti buat ulasan mengenai games sengit malam tadi.
Aku pun hendak join the club sama.

Alhamdulilah.
Berair mata kejap bila kita menang malam tadi.
Aksi sama berulang juga bila dengar ulasan DJ dan juga callers diradio HITZ FM pagi tadi.
Pasukan bawah 23 tahun negara berjaya senyapkan 100 ribu penonton/peminat Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.
Bayangkanlah itu.
Itu kira adegan drama dalam stadium.
Hatta di tempat lain, agaknya apa keadaannya.
Setelah bukti di tunjukkan.
Mana taraf pemain HARIMAU MUDA selepas menang malam tadi?.
Hebat.

Sungguh berdebaran sentiasa bersama apabila melihat perlawanan yang sungguh-sungguh 'ketat' malam tadi itu.
Lagilah dengan jaringan 1 sama hingga ke akhir masa penamat.
Terheret lagi ke sepakan penalti.
Risau gila masa itu. Tapi muka tetap cool.
Kita berdoa pada ALLAH. Mereka Indonesia pun berdoa pada ALLAH.
Hanya yang ESA penentu segalanya.

Mereka memang wira negara. Hatta semua pemain berhak di beri pujian.
Sebab bersatu kita teguh bercerai kita pasti roboh.
Salute juga sebab mereka teguh berlari walaupun sudah bermain selama 120 minit.
Wow..kuasa TUHAN.
Bayangkan semangat mereka. Masih mampu mengusai padang sebesar itu.
Kalau kita ini, agaknya mampu ke begitu?

 Mohd Asraruddin Omar.
Gaya beliau dengan tandukan rendah menghasilkan
gol penyamaan 1 sama buat Malaysia.

Lagi dengan tekanan mental dari peminat fanatik Indonesia yang bagi aku tidak menghormati langsung spirit atas nama kesukanan.
Patutlah sebagai seorang atlet mereka perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal semestinya dan juga mental juga.
Itu sekiranya mereka beraksi di negara orang.
Mental kena kuat.

Tahniah to them our HARIMAU MUDA.
They are really superMalaysian hero.
Congratz to Ong Kim Swee too.


Monday, November 21, 2011

Hitz FM match with JakFM.

hitz_jakfm.jpg












Pagi tadi otw pergi kerja. Aku dengar Hitz FM.
Selalunya aku dengar MUZIK FM. Suka dengar DJ Muaz itu yang asalnya pengacara di TV1.

So ironinya dari perlawanan bola malam ini antara Malaysia dan Indonesia dalam SEA Games.
Sempat juga aku dengar perbualan telefon diaorang pagi tadi itu. Kelas juga speeking DJ Indonesia.
Ada 'drama' perlawanan juga antara DJ radio HITZ FM dan JAKFM (Indonesia).
Kisahnya lagi sekiranya Harimau Muda menang malam ini, JAKFM akan memainkan lagu dari penyanyi Malaysia pada hari Selasa esok.
Kalau tidak silap aku sepanjang hari.
Dan kalau Garuda menang, makanya HITZ FM akan memainkan lagu dari penyanyi Indonesia pula.

Dari Utusan online today.
Kita pernah menang 1-0 melalui jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari 30 tahun dahulu.
Perlawanan pada tahun 1987 pula kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA Jakarta terakhir dengan negara itu.

Mari sama-sama kita berdoa untuk kejayaan negara malam ini.

Biskut berGajus Rangup tapi sayang gajus ku tiada.....

Salam pagi Monday de blues.
Mari jamu mata pagi dengan cookies ku.

De lebar 'tapak tangan' cookies.
Picture taken by hubby. 
So lovely.

Malam minggu baru-baru ini aku berjaya memasak cookies. Alhamdulilah happy gitu tau.
Azalinya aku memang sudah lama kepingin hendak cuba masak sendiri cookies yang saiz besar tapak tangan gitu.
Kebetulan ada buku masak di rumah. Pinjaman dari kaklang aku.
Maka sepanjang malam dari mula jam 9 pm rasanya aku start membancuh dan membuat pembakaran.
Last call baked ialah pada jam 11 malam rasanya.
Kalau tidak silap dekat hendak habis sudah movie Alien vs Predator di TV2 itu.
Sekali masak cuma boleh letak dalam 7 ke 8 adunan doh sahaja.
Makanya berulang dan ulang lagi membakar.
(Kalau ada oven besar punya mesti best kan...hehehe)
Sambil dengan iringan hujan turun.
Tapi aku dan hubby tidak rasa manis cookies itu. Ala-ala kalau makan cookies subway itu.
Kan rasanya manis.
Erm maybe next time mesti kena kurangkan gula dan tambahkan bahan di bahagian D.

Sumber Resepi : Alex Goh. (buku Joy of Making Cookies)

Bahan A
150 g Mentega (aku potong kecil-kecil sebelum masuk dalam mixer)
80 g Gula Perang
130 g Gula
1/8 sudu teh Garam

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
140 G Tepung
1/2 sudu teh Sebuk penaik (Baking powder)
1/4 sudu teh Serbuk soda (Baking soda)

Bahan D
30 g Emping oat di kisar hingga halus (aku ganti Hazel kisar halus beli di Giant)
70 g Kacang gajus di cincang (aku ganti dengan kepingan cincang Almond beli di Giant juga)
50 g Cip coklat
50 g Coklat putih di potong secara kasar.

Cara-cara
1. Pukul (A) di dalam alat pengisar sehingga licin dan gebu.
Tambah (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Campurkan (C) yang telah di ayak dan di adun hingga sebati.
Tambah (D) dan gaul hingga sempurna.
3. Titiskan 1 sudu besar doh ke atas dulang yang telah di sediakan.
Ratakan secra cermat dengan sudu.
Biarkan 3 sm di tepi setiap doh. (sebab doh akan mengembang apabila sedang masak.)
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.
** Biskut ini nampak lembut bila di bakar dan bila sejuk ia akan keras dan rangup. Tapi ada juga yang masih lembut.**
Rasa ala-ala macam cookies yang jual di Subway harga RM3.50 sekeping.

Titis doh begini.

atau titiskan doh begini.
mana-mana pun boleh.

De book. 
(letak picture buku ikut stylo en Mat Gebu. 
credit to him pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan...)

Sunday, November 20, 2011

Lauk kg...sodap - wordless Sunday

Rendang betik by my Emak.
Betik dari pokok betik tepi dapur di kg.
Santan di mesin dan di perah fresh.

Saturday, November 19, 2011

Gaya melukis - wordless Saturday.

Lukisan Haziq.
Erm apa agaknya yea?

Friday, November 18, 2011

Baby Haqeem 3 bulan.

Alhamdulilah nyenyak baby Haqeem tidur.

Disebabkan family dari kg datang KL, Ahad dan Isnin lepas.
Makanya sepanjang hari aku sefamily berada di rumah kaklang.
Tapi ada juga aku dan hubby keluar berdua sebab settle kan hal di bank dan ke Giant sekali.
Sesungguhnya amat JANGGAL rasanya keluar berduaan. Sebabnya setiap masa kami memang keluar mesti sefamily.
Ialah siapalah hendak tolong jagakan anak-anak.
Time mandi malam sahaja kami pulang kerumah yang berjarak tidak jauh itu.

Kecian baby Haqeem.
Pagi hari Selasanya dia demam.
Mungkin penat badannya di angkat sana sini rasanya.
Masa itu dalam jam 3am. Haqeem bangun lapar hendak menyusu.
Bila rasa kepalanya sudah panas terus aku susukan Haqeem.
Harapan aku supaya kebah demamnya dengan susu dari mama dia.
Alhamdulilah kuasa Allah pagi itu deman Haqeem sudah kurang.
Tapi aku tetap tidak mahu pergi kerja. Risau kan Haqeem gitu.
Syukur lagi, Haqeem sudah sihat.

Hari Rabu petang (16 Nov 2011)
Haqeem cucuk 3 bulan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.
Berat naik 6.25kg.
Kurang naik juga sebab Haqeem tengah kena pooh-pooh sekarang ini.
Tapi tidaklah teruk.
Memang terus-terus bila sahaja dalam kereta lepas di cucuk aku mesti bagi Haqeem susu mama.
Risau takut demam lepas cucuk.
Syukur-syukur Haqeem tidak demam.
Memang kejap-kejap mesti rasa kepala Haqeem.
Cuma tidur malamnya dia kurang lena mungkin sebab sakit rasanya di tempat cucuk di pehanya.
Aku sapu vick untuk kurang sakit.
Dua kali juga aku terbangun sebab Haqeem menangis hendakkan susu.
Juga sebab pampers sudah penuh.

Roti Paung with resepi.

Salam pagi Jumaat.

Pada 11.11.11 Jumaat yang lalu.
Belah malamnya, aku mencuba pertama kali menguli roti.
Cuba buat roti yang katanya simple gitu.
Jadi memang jadi alhamdulilah.
Memang penat ulang alik ke dapur masa itu.
Ialah untuk tengok adunan roti naik.
Kejap-kejap tengok jam gitu.
Excited sungguh.
Dalam dekat jam 10.45 pm gitu siap semuanya.
Tapi tetap kena improve lagi.
Practice.

Siap di uli dan di letak dalam loyang selepas naik kali pertama.

Adunan telah naik untuk kali ke2.

Selepas pembakaran berlaku.

Sudah selamat di makan.
p/s roti aku ini sebenarnya kurang masak sangat, sebabnya 1st time guna oven.
maka tersilap sedikit.

Resepi.
Sumber resepi : roti naik resepi shasa rahmat dan noorshahizan mohd said
Sumber resepi lagi : dari resepi pilihan.blogspot.com
tq

Bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

Bahan C
1/2 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

Cara-caranya
1 - mula-mula buat dulu air sirap sebab hendak gunakan air tu, dengan suhunya suam.
2 - masukkan 3 cawan tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
3 - masukkan bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cawan tadi boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan tidak melekat di tangan. (aku tambah lebih sikit tepung sebab masih melekat pada jari )
5 - Biarkan adunan naik. (dalam 1 jam atau 2 jam dan aku tutup dengan kain basah)
6 - Bila adunan sudah naik uli bulat-bulat ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HANYA CUIL DAN BULATKAN JADI DOH KECIK2)...susun setiap doh rapat-rapat antara 1 sama lain. Bila naik kali ke2 dia akan naik tinggi
7 - Susun di dalamm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti

Thursday, November 17, 2011

bread pudding@puding roti.

Sorry to say aku memang giat sekarang ini membuat oven aku sentiasa bekerja.
Walaupun hari weekday.
Lagi rasa amat seronok kalau hubby makan dengan penuh selera.
Puding ini aku buat Selasa lepas.
Tapi aku memang suka kurang manis.
Semua part gula mesti aku kurangkan sikit.
Next time hubby suruh tambah butter supaya lebih lemak manis berkrim.
Part kuah kastard itu aku pun tidak pasti di mana aku ambil resepi itu.
Tapinya terima kasih pada sumber itu.

Roti tengah di rendam.
Next time kena rendam habis roti.

Sudah selamat di bakar.

Selepas di simpan dalam peti ais semalaman.

Ta da.
Aku buat kuah kastard sekali.
Yummie.
Tetap kurang manis.

Sumber Resepi :PUDING ROTI BERKISMIS by F&N My Resepi.
10 keping roti
500 ml susu fresh (aku guna 1 tin susu cair = 2 cawan dan ditambah sedikit sahaja air)
4 sudu besar gula halus ( aku guna 3 sudu lebih sikit)
3 biji telor ( hubby suggest tambah sebiji lagi untuk rasa lebih lemak)
1 sudu kecil esen vanilla ( aku tidak letak sebab tiada stok)
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis & coklat chip (aku tiada stok juga)

Cara. (ada sedikit aku ubah)
Roti di potong 4. Susun dalam loyang dan sapu butter pada kepingan roti. 
Masukkan susu, gula, vanilla dan tepung jagung. Kacau sebati.
Kacau sedikit adunan telor.
Tuang semua adunan ke atas roti dan biar dalam 10 minit.( aku rendam hingga 20 minit)
Tabur kismis atau coklat chip.
Panaskan oven dalam 10 minit.
Kemudian bakar pada suhu 180 C dalam masa 30 minit.


Kuah Kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula

Cara
Campur semya bahan dalam periuk.
Guna api kecil.
Kacau hingga pekat.

Hantar my sis ke airport Isnin lepas.

Salam hari Khamis.

Alhamdulilah kaklang sudah selamat sampai ke London hari Isnin.
Katanya jarak waktu ialah 8 jam kebelakang dari waktu di Malaysia.
Kaklang pun memang sudah call emak dari sana.
Alhamdulilah lagi tempat kerjanya dekat sahaja dari hotel. So walking walking sahaja.
Emak kata lagi kaklang sound ceria sungguh masa bercakap itu.
Mesti emak risau sebab kaklang masih dalam 'mabuk' mengandung.

Tapi itulah tawaran ke sana oleh company tempat dia bekerja semestinya tidak mampu di tolak.
Itu satu peluang kata kaklang.
Siapa lagi hendak bagi peluang begitu.

Makanya hari Isnin itu flight kaklang adalah pada jam 9 malam.
Seawal dekat jam 6 petang kami semua sudah berada di sana.
Memang kaklang sudah booking pun teksi untuk ke airport.
Namunnya semua hendak ke KLIA menghantar, makanya cancel bookinglah
Kaklang memang begitu, dari dulu lagi. Sikap dia tidak suka menyusahkan keluarga sendiri.
Apa-apa hal dia lebih suka berdikari sendiri.
Sebab semua orang sudah lama benar tidak ke sana.
So jom kita.

p/s
Apa ek hendak minta kaklang belikan.
Aku ini memang tidak pandai 'order order' ini.
Tapi aku memang suka key chain.

Comel je kan. 
Haifa tolong abah aku tarik beg kaklang.

Emak si comel berbaju merah dan berselipar kuning.
Dengan my mother, Haziq, baby Haqeem dan anak kaklang Ezad.

My sister tengah check in.
Beg ada 2 sahaja.
Yang besar itu kosong sahaja.
Kata kaklang itu untuk masukkan barang pesanan orang.

Tukar dari MAS ke QATAR Airline tapi still Business Class.
Harga tiket more less than MAS.
KL DOHA and DOHA LONDON. 

Bye my sis.
Semoga di permudahkan perjalanan pergi dan balik serta urusan di sana. 
Amin amin amin.

De screen.
QR 0625.

Kagum kejap tengok kapalterbang MAS.

Sunday, November 13, 2011

Sehari sebelum Raya Haji.

Adik aku Eboy, mesin rumput depan rumah.
Dia tidak tahu pun yang aku taking picture dia ini.

Itu dia, luas juga kawasan yang sudah selamat di mesin.

Ada lagi belah kanan rumah yang belum di mesin. 
Kalau tidak silap Eboy sambung mesin belah belakang  sahaja. 
Tengok mana rumput yang tinggi gitu.
Itu rumah lama yang aku duduk dan membesar dulu.

Masak ketupat segera sahaja.
Wit bekalan kayu getah.

Si kecik dua orang ini memang kesukaanlah dapat main di luar rumah.
Padahal punyalah panas, bahang api membakar itu.
Abah wit hubby.

Paginya sempat abah membawa cucunya tengok durian. 
Abah meracun semak.
Aku tengok Haziq and Haifa macam terpegun pula tengok atok diaorang explain pasal durian.

De durian. Insyallah sudah start jatuh rasanya sekarang ini.

Anak dara aku ini. 
Sikit-sikit keluar rumah pergi ke belakang. 
Aku risau sahaja, bukan apa. 
Monyet banyak dekat kg aku ini.
Sia-sia sahaja kalau hilang Haifa ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails