Followers

Tuesday, March 4, 2008

dah rembang petang sangat da nie

Hari ini waktu aku kerja kat opis da selamat sampai ke penghujungnyer. Alhamdulilah selesai da kerja2 aku utk hari ni wlu pun aku tahu esok ada byk lagi kerja aku ternanti2 utk berjumpa aku lagi. Hari ini aku balik jam 6.30 pm..sebab pagi tadi aku da terlambat masuk opis.

Hari ini juga aku da selamat menghabis kan topik subject S.A aku. Dan insyallah hari khamis budak2 aku akan amek test. Semua orang da tahu tajuk yg kuar masa test nanti. 
Topic truss dan moment distribution methods. Aku tahu budak2 aku penin kepala dgn subject ni. Tapi 
kepeningan itu
adalah satu keadilan sebenarnyer. Tidak semua yg manis itu asal datangnya adalah manis. Kerana aku sendiri dulu pun starting tahun 3 masa amek diploma, aku dapat migrain. Padahal sebelum tu punyalah kepala aku ni ok jea. Xde sakit aper2 pun. Itulah penangan nyer klu nak belajar engineering. Sakit kepala, sakit jari jemari dan boleh juga sakit kat jantung.

Tapi bagi aku lah..semua benda klu nak belajar mmg lah susah. Pokok dan pangkalnyer ialah atas diri sendiri. Aku selalu menengok perkara tu atas budak2 aku. Klu yg selalu dapat scorer tu..aku tgk diaorang tu maintain je. Semua pergerakkan dalam keadaan terkawal. Tapi klu 
yg dapat 
markah teruk tu selalu nyer kelam kabut...klu bg test..kepala macam burung belatuk x leh duk diam. Asyik tgk paper member kiri kanan jea. Itu padahnyer klu x study.

Tadi En Hendra da YM kat aku. Malam ni dia akan masakkan nasi goreng pedas special utk dinner. Ialah da aku balik lambat. Cian kat dia..lapar..so masak je dulu.

Ok lah aku perlu balik da ni. Ingat lagi zaman bujang dulu. Klu x berkumandang azan maghrib..
jgn harap lah aku nak gerak dari kerusi aku ni. Tp la nie keadaan da berbeza. Aku da jadi
ISTERI dan EMAK. Aku perlu balik awal..awal lah sikit dari dulu-dulu.
Aku ni idak lah di katakan gila kerja. Tapi klu di belek2 atas meja aku ni, byk sangat assignment, quiz dan report yg perlu di periksa. So leh tahu lah kan
tahap gabannyer atau tidak aku ngan kerja aku ni.

Bagi aku tahap kefahaman budak2 aku selalu dalam pemerhatian aku. Aku cukup risau
klu mereka langsung x faham apa aku ajar. Kerana aku
pernah rasa camana jadi student pada lecturer yg ngajar ikut kepala dia jea. Teramat lah sakit keadaan tu. Aku memang x mahu..klu boleh ...mmg tak mahu budak2 aku rasa camna aku rasa dulu.

So kena sabar bebudak2 semua klu dapat aku jadi cikgu diaorang. Assignment, quiz mmg byk. Kena tahan lah dgn aku.
Tapi yg peliknyer walaupun ramai da tahu aku ni cikgu jenis gitu..suka bagi kerja 
kat diaorang. 
Masih ramai je yg amek kelas aku..pelikkan..

chow..aku da mmg perlu pulang da nie.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails