Followers
Thursday, October 1, 2009
Permata hati.
Dari semalam aku memang penat sahaja. Lagipun aku memang hari-hari penat..hik hik. Sebenarnya aku kurang tidur sebab itu penat. Biasalah kan ibu mengandung susah hendak tidur lena sebab tidak selesa. Kejap ke kiri kejap ke kanan kejap lagi terlentang pula.
Alhamdulilah kandungan aku sudah masuk 23 minggu. Perut pun semakin membulat kedepan gitu. Tapi im still wearing baju kurung gitu. Ntahlah aku memang tidak minat langsung pakai baju maternity ni. Rimas kembang-kembang tu. Selagi muat dan boleh aku akan pakai baju kurung pergi kerja. Kalau tiada kelas, aku akan pakai seluar maternity dengan bloues yang longgar or bloues maternity. Tapi entahlah kan, nenanti kalau perut sudah amat membesar mungkin kena pakai juga baju kembang itu....OOOOOhhhhh tidak...harap-harap ada alternative lain juga pakaian aku nanti.
Berat sebelum pregnant ialah 65kg.
Berat masa kandungan 12 weeks @ 3 months ialah 59kg.
Masa aku timbang berat baru-baru ini untuk kandungan 22 weeks @ 5 bulan lebih, berat aku cecah 60.5kg gitu.
Rasanya aku sudah selera makan. Tapi entahlah kan.
Memang terasa sejak kandungan masuk 5 bulan lagi, betis aku sudah start kejang. Tapi kaki belah kanan sahaja. Kaki kiri ok jea. Padahal kereta automatik pun sakit kaki tekan minyak dan brek. Manja betul...tidak boleh aku bayangkan kalau aku drive kereta manual...mahu menangis-nangis dibuatnya. Memang berbeza masa pregnant pertama dulu. Kaki pun sudah mula comel tembam gitu. Sekarang ini, sejak minggu ini lah memang En Hendra akan tolong urutkan betis aku malam-malam.
"Terima kasih bang"
Yang syok lagi, memang Haziq ni prihatin budaknya. Ialah kalau aku muntah pun dia berlari dekat aku untuk urut belakang aku. Kekadang dia genggam tangan aku sampai aku habis muntah. Dia memang risau tengok mama dia ni muntah. Sedangkan kalau aku muntah dalam bilik air pun, dia dah risau-risau ketuk pintu sambil jerit-jerit...
"Mama utah..mama utah"
Bila aku keluar bilik air, mesti dia pergi dekat aku cakap balik apa yang dia cakap tadi.
Lagi sekarang ini kalau En Hendra urut kaki aku, dia pun tolong urut sekali untuk kaki belah kiri pula. Dia risau kalau mama dia tidak sihat.
Alhamdulilah baik budak kecik ini....padahal umur baru 2 tahun 3 bulan.
Sejak minggu lepas memang kadang-kadang Haziq ini merengek sebab gigi geraham dia hendak tumbuh yang baru. Kecian juga masa dia mengadu sakit, lepas itu tunjuk dekat dalam mulut dia. Tapi alhamdulilah kejap-kejap sahaja dia sakit itu. Selalu nya jari En Hendralah jadi mangsa gigitan Haziq. Suruh gigit benda lain tidak mahu..dia hendak jari ayah dia sahaja...ermmm...
Berat Haziq sekarang ini baru cecah 12kg lebih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kak...jg kesihatan tau...
ida, cm x saba je nk try kai bju pegnen...cm cumel je...ade renda2 haha..
tima kasih dik...comel mmg comel klu dilihat....klu dipakai...x pastilah comel atau tidak....itu yg akak mcm tak minat nak pakai...
tp kalau bloues dgn seluar pregnant mmg comellll jea di pakai....
alahai..pandainya haziq..aku pun nak tunggu nuha besar sket , biar dier leh jaga adik :)
eliss ~ itu lah..alhamdulilah haziq sudah pandai tunjuk kasih seorng abang...
aku doakan kau pun cepattt dpt no 2...biar nuha leh jadi kakak gitu...
lin
kalo kejang² kaki tuh kene amik kalsium lebey sket...preggy moms mmg perlukan extra kalsium
bagusnya abanglong haziq jaga mama ye
OOoo..tq kak...
itu lah sikecik tu kak..semua menda dia nak take care....
;)
bagusnye haziq...prihatin kt mak ee..bagus2..tecik2 dh pandai jga mak.. :).nnti dpt adik, pandai la dia jaga adik pulak :)
*jga diri tau!
mamalieyna ~ itu la..alhamdulilah...dia lembut hati kecian tgk mama dia...moga dia terus camtu sampai bila2..amin...
tq...
Post a Comment