Followers

Saturday, October 30, 2010

9 months old


Alhamdulilah, syukur pada Allah my queen Haifa Cassandra sudah masuk 9 bulan pada 28 October lepas. Memang banyak perkara baru yang Sandra sudah pandai.
Semestinya Sandra seperti abang Haziq, prefer to eat rice berbanding makan nestum. Boleh gitukan, bukan bubur nasi, tapi nasi yang sama macam kita makan itu.
Roti antara makanan yang di sukai.
Makan apa sahaja yang kami makan. Kalau makan maruku itu, kena hancurkan betul-betul dulu, then baru bagi Sandra. Suka sungguh dia.
Kuat minum susu juga sama macam abang Haziq.
Kalau diikutkan dulu, abang Haziq mula berjalan bertatih dalam 6 langkah itu masa umur 9 bulan 2 minggu. Sandra pula memang sudah laju berjalan kalau bertatih pegang sana sini.
Bila kena marah, faham juga itu, dengar kata Sandra ini.
Hatta sebenarnya until now, Sandra memang tidak mahu pada orang lain. Kalau balik kg, tiada seorang pun boleh dukung dia. Nanti dia nangis.
So menggendong dia sahaja, bila aku balik ke kg.
;((
Yang tidak tahan lagi, pandai pula goyang-goyang badan kalau dengar lagu...aduhai anak aku seorang ini. ish ish.

Friday, October 29, 2010

Kaki Pancing Tegar

The Rapala

Hartanya lagi

Harta hartanya lagi

Sebarau Klang Gate

Toman Tasik Prima

PB Tasik Prima

Ikan weight 7 kg+++ and my youngest brother

Kan aku sudah beritahu dalam post aku sebelum ini yang adik aku ialah kaki pancing tegar. Tengoklah hasil hasilan tangkapan adik. Aku cilok pictures itu semua di FB adik..hikhik. Kerjanya memang tiada lain melainkan pancing dan pancing kalau waktu cuti. Adik cakap memang dia ada bot sendiri pun. Bot camna, aku tidak pastilah. Memang kalau balik kg, kuala pilah mesti adik pergi memancing dengan kawan-kawan dia di Dam Talang.
Masa aku balik kg baru-baru ini adik dapat tangkap ikan haruan dua ekor. Selalunya kalau dapat ikan, adik jarang bawa balik sebab tiada siapa hendak makan. So dia akan bagi pada kawan-kawan dia. Satu hal lagi, kalau di KL ini pula hanya hubby yang pandai siang/bersihkan ikan. Maka kalau kami-kami di KL ini hendak makan ikan itu, hubby akan bersihkan semualah. Tapi banyak kalinya,adik bagi pada orang sahaja ikan-ikan itu.
Sempat juga aku makan ikan haruan ini masa dalam pantang hari itu. Besar juga ikannya.

Thursday, October 28, 2010

Balik kg sabtu lepas.

Haziq dengan muka yang penat. Asyik berlariiiiii sahaja kerjanya. Ambil gambar dalam kereta adik aku memang kaki pancing tegar. Tengoklah rapala dalam box tu, tiga tingkat gitu.

Haifa pun memang suka dapat ke luar rumah sambil tengok abang-abang dia termasuk anak kakak berlari sana sini.
wait for my time...hikhik 

 Seronok sungguh budak KL dua orang itu ikut atok buat kerja sana sini. Berpeluh-peluh, masa on the way balik KL, dua-dua pengsan.

Sabtu lepas memang aku balik kg dengan family kakak sekali. Disamping itu menyambut birthday abah yang ke 71 jatuh pada 25 October. Alhamdulilah abah masih sihat dan masih kuat bekerja. Memang abah dari muda tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja hendak dibuatnya. Sekarang ini pun abah masih bekerja sebab ada sahaja orang call minta abah juga yang datang tengok problem di site. Orang lama..kan. Orang mesti cari sahaja. Hari itu pun sepanjang pagi Ahad abah tiada dirumah....kerja.
Cadangnya malam minggu itu hendak makan diluar untuk sambutan birthday abah, tapi hujan sepanjang hari di kg. Maka cancellah.
Hatta petang Ahad itu, potong kek Chocolate Indulgence. Dan makan-makan di rumah.

The cake

  Selamat Hari Jadi Abah, semoga di murahkan rezeki lagi, sihat kesihatan abah dan di rahmati ALLAH selalu hendaknya amin amin amin.
Abah is the best father ever 



Wednesday, October 27, 2010

Safi RANIA gold

Toner, Krim pelembap siang dan Krim pelembap malam

Hatta semenjak 2 minggu lebih yang lalu iaitu pada 11 october lepas check out Haifa dari hospital, aku sempat beli product ini dengan harapan untuk menjadikan produk ini sebagai krim rutin aku. Asalannya ialah, aku memang sudah cam tidak kenan dengan pori yang terbuka sedikit di pipi aku ini. Rasanya macam pori itu tidak kecik lubangnya.
Hendak beli krim yang mahal-mahal untuk kecikkan atau hapuskan pori yang tidak licin, aku tidak mampulah. Disebabkan laginya aku ini jarang boleh ikut law pakai krim, toner, cleanser and krim malam pada waktu yang sepatutnya.
Mesti ada ketinggallannya untuk pakai...so aku timbang fikir, waima itu aku belilah set yang ini. Hatta krim malam itu pula emak yang bagi. Aku cuma beli yang dua tu sahaja, krim siang dan toner.

Brooch purple itu, handmade by me. Dan brooch love kuning itu, aku baru beli. Ada color green juga pink gitu.

Sebab lagi aku memilih safi rania gold ialah kerana aku hendak hilang tahap keminyakkan muka aku yang agak tinggi. Kalau time berminyak itu, berkilat-kilat muka, hidung dan dahi bagai. Rimaskan.
Alhamdulilah semenjak guna krim ini muka aku memang sudah tidak berminyak. Nampak lembap sikit sikit, tapi tidak berkilat-kilat lagi kulit aku. Suka sangat hasil camtu.

Lagipun krim safi ini memang light sangat. Apabila disapukan di muka, cepat ia meresap kedalam kulit.

Harapan aku semoga krim ini dapat mengotakan janji-janji yang tertulis di botolnya itu.

+mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan oleh sinaran matahari.
+pengstrukturan dan mengembalikan semula keanjalan ke 41% dan meningkatkan kelembapan kulit ke 31%
+kulit lebih cerah dan berseri
+meningkatkan sistesis kolagen melebihi 200%

Ada beberapa lagi product safi selain dari yang aku beli ini. Tapi buat masa ini, cukuplah tiga barang ini sahaja. Good luck to me.
 ;))

Tuesday, October 26, 2010

Dubai...



Dubai...Abu Dhabi. Bukan aku yang ke situ pun.
Semua itu buah tangan dari my sister. Dia outstation ke situ selama seminggu baru-baru ini. Waima sebagai the only sister (yang lain adik beradik aku semua lelaki) gitu yang memang pengumpul keychain kononnyalah, aku dapatlah keychain comel itu. Lagi satu ialah fridge magnet juga baju untuk hubby.
Sebelum itu masa kakak ke Myammar, ketinggalan hubby tidak dapat baju t-shirt. So kakak balas pula untuk yang kali ini.
Selain itu lagi coklat molat memang tidak payah cakaplah...........banyakkkkkkkkkkkk.
Ada juga makanan-makanan orang Arab yang biasa itu. Tidak tahu aku apa namanya. Pun banyak juga.
Terima kasih kaklang!!
Luv u always.
Syiok juga hari itu sebelum puasa dapat present dari Myammar iaitu set gelang dan cincin. Present hari jadi aku dari kakak yang juga outstation di sana. Memang nampak sungguh macam emas. Walaupun sebenarnya suasa yang bertatahkan batu Ruby. Sungguh cantik, asyik kena puji sahaja kalau orang tengok cincin aku itu.
Memang katanya gemstone di Myammar memang cantik.




Monday, October 25, 2010

Nasi ayam linda onn


Sila amati dan lihat makanan set untuk dua orang di kedai makan nasi ayam linda onn. Air memang ada dualah, air limua atau teh o. Juga dengan ais cream pun dapat dua jugalah.
Tapi yang aku rasa ntah apa-apa ntah ialah, nasinya sikit sangat.
Harganya RM 24 gitu. Bagi aku sungguh tidak berbaloi.
Sebenarnya malam tadi itu, sudah tiada choice. Perut sudah lapar, maka makan sahajalah.
Waima dari dulu aku memang tidak recommended makan di situ.

Thursday, October 21, 2010

La Boheme Walnut bread

Semenjak kebelakangan ini, roti ini mesti ada stock dirumah. Nampaknya semua dirumah suka makan roti ini. Kekadang harganya rm2.90, kekadang rm3.90. Apa pun harganya, mesti hendak beli. Yang penting Sandra yang umur 8 bulan lebih boleh makan roti ini.
Product roti Jaya Jusco memang sedap!!

Wednesday, October 20, 2010

uZap @ seluar sauna?


Pernah tengokkan produk ini?. Sudah lama sangat pun ia ada di pasaran. Aku memang pun sudah membeli uzap ini. Juga sudah lama aku beli. Dekat 5 tahun dulu kot kalau tidak silap aku. Ialahkan masa zaman aku belum bernikah lagi. Ingat lagi masa itu, konon-konon hendak kuruskan badanlah. Waima masa itu tidaklah aku bulat bulat seperti sekarang ini. Sekadar bulat orang bujang..hikhik.
Pernah pakai dulu-dulu itu, tapi tidaklah secara kerap. Lama tidak lama terbiar begitu uzap ini didalam almari. Sampai cadang macam hendak jual sahaja uzap ini kadang-kadang, tapi sayang sebab itu kenangan duit bonus.

Beli masa itu di KLCC..iyo je kan.
Inilah juga hasil kenangan duit bonus aku masa itu.
Alhamdulilah.

So sekarang ini di kala aku memang sudah tension dengan keadaan fizikal diri sendiri, maka uzap kembali bergetar semula.
Tidak sampai seminggu pun aku mula pakai semula. Itu pun pakai waktu malam sahaja, dalam lebih kurang 30 ke 40 minit gitu.
Sebenarnya ada fikir-fikir hendak beli seluar sauna yang hangat dipasaran sekarang ini itu...macam picture dibawah.
Tapi fikir semula, buat aku hendak buang-buang duit, kalau aku sudah ada sendiri uzap itu. Lagi mahal harganya dari seluar sauna. Insyallah kesannya lebih lagi...kan.

Tuesday, October 19, 2010

Apa yang aku ada?

Bila kawan baik aku berhijrah ke Aussie last year, aku tumpang gembira. Ialah kawan aku itu berjaya mendapat kerja sebagai engineer disana. Tahniah wehh.
Then sekarang ini dia sedang-sedang merisik untuk mendapatkan kerja di negara uncle SAM gitu. Nampak gayanya macam akan berjaya permohonan dia itu. Aku tetap tumpang gembira sekali lagi.
Tapi disebalik kegembiraan dan kejayaan dia itu ada juga kekurangannya. Oh tidak perlu aku bercerita tentang itu. Dan dari kekurangannya itu, aku rasa aku tetap ada apa yang dia ada walaupun hakikat fizikalnya tidak sama.
Itu sahaja untuk membuat aku tidak rasa diri ini 'kerdil' atas kejayaan yang di kecapinya.

Biasalah kita ini manusia biasa, tidak lari dari rasa cemburu...cemburu bukannya aku sakit hati pun. Waima cemburu positif aku itu adalah membuat aku lebih berusaha atas apa yang aku ada sekarang. Itu semua juga menjadi pemangkin buat aku merubah kehidupan menjadi ke lebih baik.
Bagi aku juga, keluarga adalah segala-galanya. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan mereka. Sebab itu juga aku tetap disini, bekerja ditempat yang sama hampir 10 tahun.
Lagipun rezeki yang ALLAH bagi untuk aku masih tetap disitu lagi.

Di mana bumi di pijak maka di situ langit dijunjung.
Aku cinta Malaysia kerana disini segalanya bermula.
Apa lagi bajet 2011 yang bagi aku bagai satu rahmat dari ALLAH...alhamdulilah.


p/s ibarat nasihat aku pada seseorang yang rasa dirinya kerdil sebab sahabat baiknya sudah melanjutkan pelajaran keluar negara ke peringkat lebih tinggi. tapi dianya cuma setakat STPM. aku tahu kisah kenapa dia tidak melanjutkan pelajaran ke univ dulu.
so aku nasihatkan dia -
' kawan dia tu belajar kerja tinggi melangit..tapi dia tiada suami tiada anak. entah tahu atau tida masak nasi kerabu. tapi dia ada suami ada anak-anak dan terer masak...itulah yang membuat dia juga mempunyai lebih dari kawannya itu'

Monday, October 18, 2010

Madam Lim's lagi..

Hari Sabtu lepas, kami keluar untuk selesaikan beberapa urusan. Lepas lunch daging masak paprik sempoi by me, kami keluar rumah.
Habis urusan di KL sudah menjelang jam 4 pm lebih gitu. Aktiviti akhir ialah membeli pampers Haifa. So kami pilih ke Jusco Maluri.
Sampai sana lepas selesai itu, kami ke kedai ini lagi. Cadangan untuk minum petang. Makanya aku tukang pilih makanan memilih Mee besar tu, Fried Keo Tiaw dan Claypot Tahu. Aduhai part claypot yang aku suka. Amat sedap sungguh. Itu memang portion untuk seorang makan. Kenyang betul.
Mee besar tu Haziq yang makan. Tidak habis pun, so kami minta bungkus sahaja.
Yang dua makanan tu lagi aku and hubby kongsi-kongsi makan.
Haifa pula makan roti...cian dia.

Sebenarnya orang memang ramai duduk di tepi-tepi gitu, tapi part tengah-tengah kedai orang tidak ada. 

 Haifa tengah disuapkan roti

Mee besar - RM 5.90

Fried kew tiow - RM 5.90

Claypot tahu - RM 6.90

Sunday, October 17, 2010

Madam Lim's

Hari Khamis juga, setelah selesai semuanya kami dinner simple di kedai ini. Sebab sudah penat, makan mee dan nasi goreng sahaja.
Sempat juga beli cadar katil yang baru color orange mix kuning. Macam biasa kami memang suka beli Jusco Collection. Color menarik, kain cotton dan harga RM 49.90 only.
I like..

Semua sudah letih, setengah hari kesana sini

Makan disini, di Jusco Maluri. 1st time makan disini

Kusyuknya anak mama ini...tengok apa sayang?

Ooooo tengok orang makan ais batu..patutlah

rm 5.90 - Wah mee doleng...sedapnya <---- Haziq cakap

Aku makan nasi goreng cina - rm 5.90

Saturday, October 16, 2010

Alhamdulilah

Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda miliki rumah

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui skim tersebut, pembeli akan mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti kelaziman sebelum ini.

“Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih.

“Skim Rumah Pertamaku akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

Selain itu kata Najib, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem juga sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai rumah pertama tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM568 juta bagi membina 87,300 unit kediaman.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah tersebut 79,000 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah dan 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar.

Sementara itu, bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah pula, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Skim ini terbuka kepada pekerja estet tetap (warganegara) untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.

“Tempoh pinjaman pula dipanjangkan sehingga 40 tahun dengan pembiayaannya menjangkau sehingga kepada generasi kedua,” jelasnya.

Friday, October 15, 2010

Sushi sushi

Sushi sushi

Semalam Khamis, aku cuti. Ada hal personal matters yang perlu di selesaikan. Sampai lewat petang, kami ke Jusco Maluri. Mencari seluar jeans atau slack untuk aku. Malas hendak pusing sana sini, kami terus ke Giordano. Kejap sahaja aku terus berkenan dan mencuba seluar khakis. Then memandangkan ada sale beli satu harga rm 98 kalau beli dua jadi rm 150. So aku pujuk hubby beli seluar sama untuk lelaki. Hahahaha..syiokkk seluar khakis kami SAMA.
Sehati sejiwa gitu.
I like sungguh.

Before that, kami beli susu Haifa and Haziq di situ. Waima, aku tetiba macam terliur pula hendak makan sushi yang di jual di Jusco itu, maka aku terbelilah set RM 6.90 itu. Alhamdulilah menjelang tadi, aku telah habiskan semua sushi dalam picture diatas.
And...aku sukalah pula. Walaupun 1st time makan sushi...aku rasa aku boleh masuk makan menda Jepun ini.
Akhirnya, aku merasa juga makan sushi setelah berkali-kali tertangguh untuk mencuba makan menda itu.
Tapi, hubby tidak suka.

Aku hari ini di tempat kerja...kepala senget di gambar. Tapi fikiran tidak senget..hikhik..

Thursday, October 14, 2010

Makan di Penang Nyonya - story bulan sept

Memang 1st time makan di sini. Kebetulan perut sungguh sungguh lapar. Waima terjah sahaja kedai ini. Nampak pictures makanan depan kedai ini menarik gitu.

Tidak berlengah lama, kami order Set meal special included ice lemon tea with extra nasi kena tambah lagi price rm 1.50. Total out price semua ialah rm 34.45. Berbaloiiii...kenyang..alhamdulilah.

RM 20.90 - set meal special - soup of the day (tomyam with ayam and prawn), stir fried  mix vegetable and acar nenas n timun

Sandra..nampak rilex..tapi tangan mencapai sana sini

RM 8.90 - Nasi Beriyani Daging

RM 20.90 - set meal special - mamak fish curry

Haziq yang bukan nya hendak makan. Main sahaja kerjanya.

Buat muka lagi itu. Patutlah kurus anak mama ini...bukan hendak makan pun. Kuat minum susu sahaja.

Tuesday, October 12, 2010

Carpool..



Sahaja hendak tunjuk adik beradik ini berkongsi gitu...carpool hehehe. Biasalah budak-budak kalau nampak kereta mainan masuk 50 sen ni mesti hendak naik cuba juga. Hari tu pergi, Haziq hendak Haifa join dia sekali. Waima naiklah adik beradik ini bersama-sama..goyang-goyang gembira.
Haifa pula, tidak padan kecik, sama juga macam orang besar.
Kiranya naik dua kereta lah juga masa itu. Habis yang train, naik pula yang garfield. Abang Haziq tetap baik sambil gembira tetap jaga takut adik dia jatuh juga bagi peluang Haifa tumpang dua kaki dalam kereta 'sewa' ini.

Monday, October 11, 2010

Alhamdulilah my Sandra sudah sihat..

Saturday petang, lepas cucuk untuk masukkan air. Kecian Sandra memang dia totally flat masa itu. Demam + cirit birit.

Tangan comel sudah siap dibalut. Inilah yang aku selalu fikir kalau hendak pergi hospital. Kecian tengok anak kena cucuk....

Lepas makan ubat terus tidur. Baby cot belum sampai, so tidur atas katil ini dulu

Boleh senyum lagi itu, sambil baca majalah. Sandra selalu tengok mama dia membaca, so dia pun hendak tumpang sama membaca. Bagus anak mama ini...

Practice membaca ye sayang mama

Abang Haziq tengah testing tidur di kerusi malas hospital

Alhamdulilah dan terima kasih pada kawan-kawan yang sama-sama mendoakan kesihatan Sandra. Lepas lunch tadi kami ' check out' dari hospital.
Asalnya Sandra warded kerana demamnya sudah masuk 3 hari. Macam aku cakap sebelum ini, demam dia on off. Itu yang Doc klinik suruh kami refer ke hospital.
Alhamdulilah Sandra tiada batuk atau selsema...syukur.
Keciannya, inilah kali pertama Sandra demam semenjak dari lahir. Hari tu, dia memang tidak kena demam kuning pun, sama macam Haziq dulu.

Aku settelkan semua lepas balik dari office tengahari tadinya. Yup, aku kerja tadi. Settlekan kerja yang mana boleh, then aku balik.
Total out 3 hari 2 malam kami sekeluarga 'bercuti' di hospital. Alhamdulilah bilik untuk seorang masih ada. Waima dapat kami tidur ramai-ramai sekali anak beranak.
Sandra memang sudah tidak demam pada malam hari Sabtu itu, tapi cirit birit yang masih ada. Sebab itu Doc tahan until Monday.
Sepanjang di hospital, kerja kami ialah menonton dan menonton. Jenuh juga kami layan movie dan cartoon untuk Haziq.

Kelakar masa di hospital, Haziq macam confuse. Dia ingat kitaorang sudah pindah rumah ke rumah kondo. Hehehe...siap masa dia duduk di tingkap dalam bilik sambil tengok-tengok kat luar...dia cakap
 "bestlah umah tondo ni mama"...

Sudah lama-lama sikit baru dia faham yang itu ialah hospital.
Tapi dia tetap cakap lagi,
"mama, belilah umah tondo, Haziq suka"
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails