Followers

Wednesday, September 21, 2011

Anak ramai?

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang

Raya baru berlalu hari itu sahabat lama dari JB call aku.
Member sama study di UTM dulu.
Belajar engineering.
Biasalah untuk mengucapkan selamat beraya.
Aku teruja sebab setahun sekali waktu aidilfitri mesti kawan aku ini call.
Alhamdulilah juga kalau ada kelapangan masa aku pergi JB aku mesti singgah rumah dia.
Melawat.
Anak dia sudah 4 orang. Katanya cukuplah itu.
Best jadi dia ialah tidak bekerja. Cukup sebagai surirumah sahaja.

Antara bual kami yang sekejap itu.
Aku luahkan pada dia yang aku merasa cepat sangat sihat dalam berpantang kali ini.
Berbanding dulu masa bersalinkan Haziq. Aku rasa macam tidak cukup sahaja masa berpantang. Takut aku melampau-lampau.
Terus kawan aku story satu cerita.

Bidan yang pernah jaga dia dulu ada memberitahu - lagi ramai anak seseorang itu lagi cepatlah sihat seseorang ibu itu dalam berpantang.

Ooo begitu kisahnya.
Memang aku asyik terfikir sahaja.
Kenapa kali ini aku begitu SIHAT.
Akhirnya terjawab persoalan di benak aku ini.
Alhamdulilah.
Besar sesungguhnya kuasa ALLAH pada perempuan yang mempunyai ramai anak.
Allah maha besar.

7 comments:

Ina Hashim said...

akak setuju 110% dengan kata2 bidan tu...buktinya pas bersalinkan Firas baru ni lepas semnguu dah cargass..padahal perut kene zass czer...hari ke 8 dah leh drive keta

rasanya bukan saja fizikal yg cepat sihat...tapi sbb mental yg dah prepared utk hadapi semua tuh...

A.H.A.D said...

oic...patutla makin2 byk kali beranak, ramai yg boleh pantang sendiri jer

Ms Haslina said...

kak ina - kuasa tuhan kan kak.
mmg sudah terbukti.
siapa lagi nak buat semua tu klu bkn kita kan kak.

mak mentua saya anak 12 orang.
mmg saya tgk dia maintain sahaja.
;))

gee - huhu, tak teringin ke menambah lagi dear?.

mrsboan said...

hik hik saya pulak lepas lahir anak ke3...masa dlm pntg 26hari...lapor diri start kerja baru kat JPA. alhamdulillah..OK...iye betulla mental yg kuat.

Ms Haslina said...

mrsboan - alhamdulilah.

besar sungguh pengorbanan seorang ibu.

p/s kisahnya opismate masa dlm pantang anak ke3. cuma sempat berpantang sama cam mrsboan. mula kerja ditempat baru dgn driving kereta manual lagi.
alhamdulilah la nie kakak tu da umur 42 tahun.
kisah 7 tahun dulu.
mmg dia breastfeed baby masa tu juga.

velasrizal said...

orga kata byk anak ni byk rezeki.. kdg2 pk blk btol juga

Ms Haslina said...

dik rizal - nampaknya mmg gitulah. setiap anak ada rezekinya.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails