Followers

Thursday, October 20, 2011

Bukan anak cina.


Haifa baru bangun tidur. Rambut memang kerinting, lagi bergulung kalau pagi-pagi. Pakai cheongsam. Sudah macam muka anak cina aku tengok anak dara seorang ini.

Tambahan 
Haifa baru-baru ini tumbuh satu gigi lagi. Yang sedia ada baru 8 sahaja. 4 di bawah dan 4 di atas. Mulanya memang tidak perasaan pun ada gigi baru. Sebab Haifa memang kalau tumbuh gigi tiada demam atau merengek pun.
Itupun hubby yang masukkan jari dalam mulut Haifa, then ada terasa gigi baru.

Suara anak dara ini amatlah nyaring. Kalau menangis atau menjerit. Aduhai, tahan telinga sahajalah.
Amat memilih kalau orang hendak ambil dia.
Nanti dia jawab ' na nak'. Bermaksud tak nak.
;))

Umur sekarang ini sudah masuk 1 tahun 8 bulan lebih gitu.
Ada perkataan yang di sebutnya sudah lurus juga. Tidak pelat.
;))

Kuat makan. Kalau dia nampak mama dia tengah susun pinggan atas meja makan. Terus sahaja naik atas kerusi siap-siap.
Palingnya mesti hendak buat sendiri semuanya.
Tidak mahu disuap.

Walaupun rambutnya bergulung, tapinya amat garang sekali.
Siapa sahaja yang di ikut perangainya itu.
(-")

4 comments:

mamalieyna said...

seronoknye ada anak dara...pakai cheongsam lg la nmpk cam anak cina..comel~

haslina said...

eina - alhamdulilah.
saya doakan eina pun dapat bb girl juga kali nie.
amin.

gee ryder said...

cantik rambut haifa hehe

haslina said...

gee - tq, bergulung. gitulah rupanya kalau br bgn tidur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails