Followers

Saturday, October 29, 2011

Rezeki My sister.

Hari ini aku mahu story pasal kakak aku.
One and only sister yang aku ada.
Yang lain adik beradik aku ialah lelaki.
Umur kakak aku ini masuk 37 tahun.
Beza 2 tahun dengan aku.

Kisahnya.
Kaklang aku sudah selamat berenti kerja di Petronas.
Kalau tidak silap akulah. Sudah lebih 5 tahun kaklang bekerja di situ.
Masuk bulan Oct hari itu, kaklang mula bekerja di tempat baru di PJ.
Nama company lupa hendak tanya.
;))
Cerita lagi kaklang memang hobi kalau bekerja mesti dengan international company.
Rasanya Petronas sahaja satu-satunya company di Malaysia yang pernah kaklang bekerja.
Maklumlah lulusan luar negara.
Bagi aku memang kaklang layak dengan atas kerja keras dia semasa study dulu.
Kaklang memang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengalaman dalam bidang kerjanya.
Sebab itu bagi aku dia memang layak.

Alhamdulilah rezeki Allah genap aku habis berpantang hari itu. Emak khabarkan berita gembira.
Kaklang pregnant anak no 2. Kandungan masa itu baru masuk 2 bulan gitu.

Sambung story, kaklang akan ke London bekerja di sana selama sebulan.
Company yang hantarlah.
Makluman memang begitu kalau kaklang bekerja di tempat kerja lamanya. Mesti ada outstation ke oversea.
Insyallah kaklang akan pergi sana pertengahan bulan Nov ini.
Seronoknya dengar dari mulut kaklang ialah dia dapat naik MAS Airlines business class untuk penerbangan ke London.

Aku pun bukan tahu benar pasal class ini.
So tengok laman web Mas kejap maka hasilnya baru aku ketahuan.
Ada First Class yang paling mahal, then Golden Club/Business Class dan akhirnya Economy Class.

 Dalam kapalterbang - google MAS

Tempat menunggu di KLIA untuk Business Class.

Kalau tidak silap masa aku ke Umrah dulu aku naik Economy class lah tu.
;))

Lepas kaklang beritahu pasal harga tiket memanglah aku terkejut.
Harga tiket untuk perjalanan dia ke London ialah RM25'000.

Rezeki kaklang lagi.
Kawan-kawan yang pergi dulu ke London dari dia naik Qatar Air.
Maka ada terjeles sikit diaorang dengan kakak aku ini.
;((
Story lagi dan lagi.
Belanja yang di beri oleh pihak company pun ada juga sekali.

Namun harga tiket adalah lebih banyak berbanding duit belanja.
Convert duit sana mesti kurang lagi lah amount nya.
Kata mereka-mereka yang pernah bekerja di sana, duit itu tidak akan habis punya. Mesti berlebih.
;))
Alhamdulilah.
Sudah berlist juga kiriman kawan-kawan kaklang sempena dia kesana.

Aku pula, entah. Tidak ada perancangan untuk beli apa.
Mungkin terpulang pada kaklang sahaja.
Selama ini pun mesti tidak termiss ole-ole untuk semua family dari kaklang.

Aku doakan kaklang selamat pergi dan balik.
Juga semoga kndungan dan mummynya sentiasa sihat.
Amin amin amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails