Followers

Saturday, October 1, 2011

Tidak sihat...

Kalau rajin boleh baca mengenai info cirit birit di post sebelum ini yang aku dapat dari hasil google tadi.

Akhirnya satu rumah semuanya sudah kena sakit perut (berangin), muntah dan cirit birit. Di tambah juga dengan deman dan sakit kepala (aku dan hubby sahaja)
Alhamdulilah baby Haqeem tidak berjangkit sama.

Memula aku yang kena pada hari Ahad lepas. Dua hari sakit amat dalam perut sebab angin banyak sangat.
Tengahari itu aku start muntah makanan malamnya. Then aku muntah lagi waktu malam rasanya. Dan kali ketiga muntah ialah jam 3 pagi.
Done lepas itu memang tiada muntah lagi.
Malam itu memang aku sudah makan ubat gastrik.Tapi nampaknya tidaklah berkesan sangat.
Selera makan memang out 2 - 3 hari itu.
Alhamdulilah bila sudah tidak muntah lagi.
Perut pun elok dari hari Selasa kalau tidak silap aku.
Namun masih ada angin sikit-sikit. Sorry to said, pooh pooh sudah tidak cair mula hari ke lima dari hari sakit pada hari Ahad lepas.
Kiranya sakit teruk betul dalam 2 -3 hari. Melepet tidur sahaja.

Masuk hari Selasa Haziq pula kena sama seperti aku. Namun dari malam Isnin Haziq sudah mula muntah. Petang itu Haziq mula deman then kami ke klinik.Alhamdulilah Haziq cuma kena sehari dua begitu.
Mula dalam 1 pagi Jumaat Haifa pula muntah dengan demam sekali. Kami keklinik tengahari Jumaat.
Semalam petang hubby pula kena, mula dengan muntah sedikit. Then demam, perut berangin dan sakit kepala.
Hari ini Sabtu, alhamdulilah Haziq dan Haifa sudah tidak deman dan muntah. Cuma baru mula pooh pooh cair.
Hubby pula hari ini yang tidak sihat sangat.

Doc yang check semalam pun beritahu, selalunya begitulah. Satu family kemungkinan boleh berjangkit satu penyakit yang sama.

2 comments:

aliaaroslan said...

harap kak has n family recover cepat. amin

haslina said...

amin amin amin. tq atas doa alia.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails