Followers

Thursday, October 27, 2011

Ke IKEA Isnin lepas.

Selesai urusan di kg. Kami balik kerumah di Puchong dulu.
Sampai dalam lepas Zohor gitu. Turunkan barang-barang dari bonet kereta. Mandikan anak dan tukar baju lain sekali.
Sebab bertolak dari kg dengan semua masih tidor, makanya tidak sempat mandi dikg.
Cuma mama dan baba sahaja yang sudah mandi.
Settle then meneruskan perjalanan ke IKEA.
Perjalan ambil masa kurang 30 minit sahaja. Maklumlah ikut highway.
Masa on the way itu, mata aku dan hubby memang ada ala-ala pulut gitu. Ialah kan tidak cukup tidur gara-gara berjalan sakan hari Sabtu dan Ahadnya. Story nanti kisah itu.
Sampai di sana, fikir perlu minum kopi.
Terus aku usulkan pada hubby jom minum kopi di Secret Rec. Lagi pun sudah jam 3pm ngam. Ada free cake gitu sekali.
Parking di IKEA then berpimpin tangan ke The Curve. Hubby dengan Haqeem dan Haifa.
Aku with Haziq.
Memang tidak bawa stroller. Takut tidak cukup space dalam bonet lepas beli barang.

Hubby order tea and aku order kopi.
Cake cuba yang lain pula. Yang tidak pernah di rasa lagi.
Sadisnya memang anak-anak tersayang aku tidak suka makan kek. Setakat merasa sahaja.
Makanya kamilah kena habiskan.
Cheese and coklat.
Erm.

Lepas itu direct ke IKEA.
Cadangan tidak perlu lama di sana. Ialah hari bekerja. Takut masa balik nanti jem pula jalan. Masa orang balik kerja kan.
Memang sudah lama berplanning untuk beli rak RM29 itu. Beli 2 biji.
Then hubby suruh tambah beli kerusi RM47 satu. Hari itu sudah beli warna hitam. Maka kali ini kami beli warna merah.
Lovely and puas hati.

Sampai dirumah, hubby bagi Haifa and Haziq makan ais cream.
Dari dalam peti ais sahaja.
Memang pembantu hubby kalau buat kerja.

Haziq tengah seronok menonton cartoon.
Memang tidak boleh di ganggu kalau tengah syok.

Picture Haqeem sebelum ke Ikea.
Masa balik memang sudah lelap and letih.

Rak murah Hylis.
Sebelum di pasang. 
Boleh google picture kalau mahu tengok yang sudah di pasang.

Merah lagi.

Fresh from IKEA. 



6 comments:

oya said...

geram plak tgk anak2 ni..comel2..kelerz ada barang ikea baru..nak pegi ikea plak rasa..

haslina said...

dik oya - huhu. semoga dipercepatkan berjodh dan dapat anak2 yg comel juga.
amin

barang tidak berapa baru juga tu. cuma baru ada rezeki hendak beli.

mamalieyna said...

teruja jgk ke ikea kan..tmbh2 bila tgk deco2 diorang..tp mampu tengok jelah..hee~

eina baru sekali ke ikea..

haslina said...

eina - mmg barang2 kat situ cantik2. tp harga mahal kan.

saya beli yang mana mampu sahaja. takat bawah RM100.

akuzle said...

wah2! sakan gaks borong tuh psl tau ajerlaa brg kt IKEA kan? sy pon kalo bli mmg bwh rm100 jer...ehehhe

haslina said...

akuzle - a'ah dear sama kita. barang2 kat situ mmg 'menggoda' sungguh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails