Followers

Monday, November 21, 2011

Biskut berGajus Rangup tapi sayang gajus ku tiada.....

Salam pagi Monday de blues.
Mari jamu mata pagi dengan cookies ku.

De lebar 'tapak tangan' cookies.
Picture taken by hubby. 
So lovely.

Malam minggu baru-baru ini aku berjaya memasak cookies. Alhamdulilah happy gitu tau.
Azalinya aku memang sudah lama kepingin hendak cuba masak sendiri cookies yang saiz besar tapak tangan gitu.
Kebetulan ada buku masak di rumah. Pinjaman dari kaklang aku.
Maka sepanjang malam dari mula jam 9 pm rasanya aku start membancuh dan membuat pembakaran.
Last call baked ialah pada jam 11 malam rasanya.
Kalau tidak silap dekat hendak habis sudah movie Alien vs Predator di TV2 itu.
Sekali masak cuma boleh letak dalam 7 ke 8 adunan doh sahaja.
Makanya berulang dan ulang lagi membakar.
(Kalau ada oven besar punya mesti best kan...hehehe)
Sambil dengan iringan hujan turun.
Tapi aku dan hubby tidak rasa manis cookies itu. Ala-ala kalau makan cookies subway itu.
Kan rasanya manis.
Erm maybe next time mesti kena kurangkan gula dan tambahkan bahan di bahagian D.

Sumber Resepi : Alex Goh. (buku Joy of Making Cookies)

Bahan A
150 g Mentega (aku potong kecil-kecil sebelum masuk dalam mixer)
80 g Gula Perang
130 g Gula
1/8 sudu teh Garam

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
140 G Tepung
1/2 sudu teh Sebuk penaik (Baking powder)
1/4 sudu teh Serbuk soda (Baking soda)

Bahan D
30 g Emping oat di kisar hingga halus (aku ganti Hazel kisar halus beli di Giant)
70 g Kacang gajus di cincang (aku ganti dengan kepingan cincang Almond beli di Giant juga)
50 g Cip coklat
50 g Coklat putih di potong secara kasar.

Cara-cara
1. Pukul (A) di dalam alat pengisar sehingga licin dan gebu.
Tambah (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Campurkan (C) yang telah di ayak dan di adun hingga sebati.
Tambah (D) dan gaul hingga sempurna.
3. Titiskan 1 sudu besar doh ke atas dulang yang telah di sediakan.
Ratakan secra cermat dengan sudu.
Biarkan 3 sm di tepi setiap doh. (sebab doh akan mengembang apabila sedang masak.)
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.
** Biskut ini nampak lembut bila di bakar dan bila sejuk ia akan keras dan rangup. Tapi ada juga yang masih lembut.**
Rasa ala-ala macam cookies yang jual di Subway harga RM3.50 sekeping.

Titis doh begini.

atau titiskan doh begini.
mana-mana pun boleh.

De book. 
(letak picture buku ikut stylo en Mat Gebu. 
credit to him pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan...)

2 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
NAK RASA ! GAJUS TU MEMANG SEDAP !

haslina said...

salam Dato'- itu kan, tapi gajusnya tiada. saya ganti dengan hazel sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails