Followers

Thursday, November 17, 2011

bread pudding@puding roti.

Sorry to say aku memang giat sekarang ini membuat oven aku sentiasa bekerja.
Walaupun hari weekday.
Lagi rasa amat seronok kalau hubby makan dengan penuh selera.
Puding ini aku buat Selasa lepas.
Tapi aku memang suka kurang manis.
Semua part gula mesti aku kurangkan sikit.
Next time hubby suruh tambah butter supaya lebih lemak manis berkrim.
Part kuah kastard itu aku pun tidak pasti di mana aku ambil resepi itu.
Tapinya terima kasih pada sumber itu.

Roti tengah di rendam.
Next time kena rendam habis roti.

Sudah selamat di bakar.

Selepas di simpan dalam peti ais semalaman.

Ta da.
Aku buat kuah kastard sekali.
Yummie.
Tetap kurang manis.

Sumber Resepi :PUDING ROTI BERKISMIS by F&N My Resepi.
10 keping roti
500 ml susu fresh (aku guna 1 tin susu cair = 2 cawan dan ditambah sedikit sahaja air)
4 sudu besar gula halus ( aku guna 3 sudu lebih sikit)
3 biji telor ( hubby suggest tambah sebiji lagi untuk rasa lebih lemak)
1 sudu kecil esen vanilla ( aku tidak letak sebab tiada stok)
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis & coklat chip (aku tiada stok juga)

Cara. (ada sedikit aku ubah)
Roti di potong 4. Susun dalam loyang dan sapu butter pada kepingan roti. 
Masukkan susu, gula, vanilla dan tepung jagung. Kacau sebati.
Kacau sedikit adunan telor.
Tuang semua adunan ke atas roti dan biar dalam 10 minit.( aku rendam hingga 20 minit)
Tabur kismis atau coklat chip.
Panaskan oven dalam 10 minit.
Kemudian bakar pada suhu 180 C dalam masa 30 minit.


Kuah Kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula

Cara
Campur semya bahan dalam periuk.
Guna api kecil.
Kacau hingga pekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails