Followers

Friday, November 25, 2011

Scones@skon with resepi.

Skon yummie.

Aha aku ini memang kaki teruja sahaja kan.
Lepas settle dinner at 7pm malam tadi.
Dalam jam 8pm kemudian keluar kami sefamily.
Beli susu budak-budak dan beli KFC.
Sampai rumah aku tidak join pun makan tapi aku terus kedapur.
Keluarkan butter dari peti ais.
Siapkan semua barang-barang yang di perlukan.

Sumber Resepi : Delia Online
How to cook scones
225 g self raising flour
A pinch of salt
75 g butter (cut into small lumps)
40 g caster sugar
1 large egg
2 table spoon buttermilk (aku guna susu segar)

Nanti boleh tengok pada link yang aku bagi itu mengenai cara-cara membuatnya.
Memang simple dan mudah di fahami.
Lagi sebab oven aku cuma heat until 190 C sahaja.
Makanya apa aku lakukan ialah panaskah oven seperti biasa pada suhu itu selama 10 minit.
Kemudian aku buat pembakaran until 30 minit.
Tapi pada sesiapa yang ada oven until 220 C, bolehlah teruskan until 10 - 12 minit atau until color coklat emas gitu.

Oleh kerana aku tiada tepung naik sendiri makanya aku pun seach di internet.
Boleh ke tukar guna tepung lain.
Sebab aku memang ada stock banyak jenis tepung.
So terjumpa satu site ini Make Self-Rising Flour

Bahan nya ialah tepung serba guna, baking powder dan garam.
Caranya setelah timbang tepung serbaguna masukkan tepung itu ke dalam cawan untuk dapatkan ukuran tepung dalam cawan.
So 225 g itu bersamaan 1 3/4 cawan.
Makanya 1 cawan tepung serbaguna = 1 1/4 sudu teh baking powder dan 1/4 sudu teh garam.
Dan 3/4 cawan dekat hendak satu cawan juga. Maka agak-agak sendiri dalam ukuran 1 sudu teh baking powder dan sedikit garam.
There jadilah tepung naik sendiri sudah.

Kita mulakan masakan dengan picture kuali comel Haifa punya.
Sekadar hiasan, Haziqlah tukang ambil gambar ini.

Selepas semua bahan di uli sebati.
Pastikan doh tidak terlalu kering.
Rasa dalam lembut tapi tidak melekit.

Katanya dapat 10 biji skon kalau ikut resepi.
Hehehe, tapi aku dapat 6 biji sahaja.
Acuan guna gelas sahaja.

Habis pembakaran.

Sebenarnya aku tidak pernah langsung makan skon ini.
Apa yang aku rasa malam tadi masa lepas masak.
Aku suka. Sebab rasanya lemak gitu. Tidak juga manis sangat.
Kalau tengok sebenarnya skon ini sedap di makan dengan sapuan jem atau krim.
Tapi aku rasa aku suka makan begitu sahaja.
Rasanya crispy di luar sedang-sedang lembut di dalamnya.

Alhamdulilah aku ada bagi officemate aku rasa.
Dan kebetulan dia pernah rasa makan skon di hotel.
Katanya yup ini memang rasa skon.

Antara rasa biskut dan roti.
Lega rasanya ada the right tester.
Sebab itu juga ukuran skon adalah penting untuk mengekal rasanya.
Kalau tidak rasanya mungkin bertukar menjadi biskut atau pun roti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails