Followers

Friday, November 11, 2011

Lapis Roti Berdaging with resepi.

Sudah di masak..yummie.

Sudah potong 2 slices.

Di potong ketika masih panas.
Kalau di potong ketika sudah sejuk, nampak lagi padat dan kemas.
Mungkin perlu lebih di tekan semasa proses meletakkan 
bahan-bahan sebelum di masak.

Picture semasa belum dimasak.
Aku guna cheese mozza.
Mungkin next time hendak guna cheese lain.
I dont like the taste of that cheese.

Yup I'm cooking malam tadi.
Hehehe.
Sudah lama kepinginan hendak 'membakar' ini.
Tapi seriusly rumah aku tiada oven.
Yang ada cuma microwave untuk panaskan lauk sahaja.
(,")
Kisah oven pembakar itu nanti story lain. Emak bagi, itupun dari Cik Ros yang bagi pada emak.
Alahai yang lama sahaja.
Tapi mungkin jarang sangat-sangat di guna. Sebab rasanya tidak pernah aku tengok emak guna pung.
Tidak mengapa, yang penting tempat membakar ada.

Alhamdulilah menjadi masakan aku malam tadi.
Ialah 1st time buat gitu kan.
Sebenarnya resepi adalah untuk dalam 6 - 8 orang gitu.
Makanya aku mengadjust untuk 3 - 4 orang sahaja. Bahagi dua lah setiap bahan-bahannya. Sebab bekas pyrex aku tidak besar.

Bahan yang aku guna.
2 biji ubi kentang di potong dadu
250 gram daging cincang
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 1/2 sudu serbuk kari (ikut suka kalau mahu lebih)
Minyak untuk menumis
8 keping roti
250 ml susu cair atau susu segar (aku prefer susu cair)
2 biji telor
Garam
Cheese parut (ikut suka banyak mana)
Marjerin untuk di sapu pada bekas.

Cara memasak
1. Blend/tumbuk semua bawang dan tumiskan. Masukkan serbuk kari (dicairkan dengan sedikit air), daging cincang, garam dan kentang. Masak hingga air kering dan kentang empuk.
2. Pukul sedikit telor. Kemudian satukan susu, telor dan sedikit garam. Pukul lagi sedikit sahaja.
3. Celupkan roti ke dalam adunan tadi.
4. Ramas atau celupkan sahaja kesemua roti tadi.
5. Sapukan marjerin ke dalam bekas masakan. Dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas/celup tadi.
6. Letakkan 1/2 daging dan kentang yang telah di masak tadi di atas lapisan roti.
7. Ulang proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging dan kentang dan di lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti.
8. Taburkan parutan cheese (ikut suka banyak mana).
9. Bakar dengan api sederhana selama dalam 50 minit (ikut jenis oven) atau sampai lidi/garfu tidak melekat.
Sedap di makan dengan sos cili.

Sumber resepi asal : umi_e@myresipi.com dari My Resepi.

Bahan-bahan ( 6-8 orang ) 
3 biji kentang di potong dadu500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
 
p/s
11/11/11 - Ramainya yang kawin dan bersalin czer hari ini.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails