Followers

Thursday, March 29, 2012

Haifa C bersama kasut baru.

Salam Khamis.
Alhamdulilah.

Konfius kejap pagi tadi. Sebabnya aku boleh menguap masa tengah driving. Pelik. Sebabnya jarang amat waktu pagi aku berkeadaan begitu.
Namun alhamdulilah, semua masih okies bila di office.
Seperti biasa, aku bajet mesti sebab aku sudah terlebih gemuk. Itu yang sangap tu.
Erm.

Posing dengan pink di kaki.

Dan dan sahaja kasut Haifa sudah ketat baru-baru ini. Makanya mencari seluar dan kasut aku. Sekali pencarian kasut anak dara tecik aku ini.
Tidak membeli kasut mahal pun. Cukup yang mana berkenan dan sesuai. Kami beli di shoplot di Giant. Hubby mahu warna purple. Saiz pula sudah habis. Makanya again pilih warna pink.
Erm lagi.

Da buat aksi boring da.

Kasut comel Haifa C.

Wednesday, March 28, 2012

Semalam aku EL - update with pictures.

Salam Rabu (wordless wednesday katanya...)
Alhamdulilah, walau hujan membasahi bumi pagi tadi itu, syukur aku sampai juga ke office.

Semalam, aku bercuti. Erm telah meng EL kan diri ini. Entahlah naluri mama mama ini. Tidak sampai hati melihat Qeqeem asyik hendak berdukung dan melekat sahaja dengan aku.
Akibat kerana bercuti bangun pun lambatlahkan.
Sebenarnya since Qeqeem batuk dan selsema. Alhamdulilah tidak demam. Memang tidur malam Qeqeem sudah tidak selesa. Qeqeem kerap terbangun dan menangis. Makluman, suara Qeqeem dan kakak Haifa nya amatlah NYARING.
Bayangkan kalau tidak aku, mesti hubby yang terjaga@terkujat bangun tetiba dengar tangisan. Fening kepala kejap. Mahu lebih 3 kali rasanyanya Qeqeem bangun malam sekarang ini.
Aku faham, dan aku pasti Qeqeem tidak selesa dengan lendir batuk dan sedikit selsema itu. Mungkin juga Qeqeem lapar.
Apa aku atau hubby buat ialah, bancuhkan susu. Alhamdulilah Qeqeem mahu tidur semula.

Semalam itu lepas ke klinik, boleh sahaja kami ke kedai Mamak. Masa itu jam sudah 12 tengahari. Sebelum keluar ruma sempat aku jerang nasi dan panaskan lauk sup ayam.
Cadangan aku mahu makan capati, paling tidak pun roti sardin.
Angin bertiup aku juga masa di kedai, bila semua aku minta sudah tiada.
Ialahkan, tengahari tegak mana ada mamak itu hendak melayan roti canai lagi. Tapi aku tetap bengang juga. Request roti telo pun diaorang reject.
Erm...

Settle di situ. Kami ke JJ. Boleh sahajakan, satu-satunya barang yang aku hendak beli ialah Sabun Axion Gel. Tangan aku memang poyo. Itulah satu jenis sabunan basuh pinggan yang aku boleh guna pakai. Kalau bagi sabun lain, conpem tangan aku mengelupas dan gatal-gatal berair gitu.
Macam-macam kan.

Axion di tangan ku selalu.

Memang gen aku begitu, emak di kg pun guna sabun yang ini.
Hatta hubby tersayang telah mensurvey seluruh pelusuk taman perumahan beserta kedai bagai. Makanya di JJ sahaj conpem sabun ini ada di jual.
Harga RM3.90. Aku play safe, amek 2 ketul. Kadang-kadang waktu sesak, aku minta sahaja seketul stok emak di kg. Kalau buka kabinet bawah sinki di kg. Fuh, bertingkat sabun ini emak buat stok.
Sekali jalan, aku suggest pada hubby, jom beli sekali barang dapur disitu.

Ini yang saiz 600ml

Hubby juga sebenarnya suka beli air minuman@distilled drinking water Jusco Selection price 69 sen untuk 1.5 liter. Beli banyak-banyak sekali.
Op sebelum terlupa JJ ada sale until 1 April. Bolehlah kan, ada selected item memang ada promotion. Ok lah, kalau setiap selected item itu ada potongan harga dalam 70 sen@50 sen.
Jangan lupa pada sesiapa yang ada kad JJ boleh tukar kepada kad yang terbaru. Aku sudah buat semalam itu sekali.

Ramai rasanya suka design yang ini.

Alhamdulilah selesai di situ kami ke Giant. Tujuan ialah mencari seluar dan juga kasut kerja untuk me. Erm, memangkan tiada, makanya kami terus balik ke rumah.
On de way balik, aku minta hubby singgah stall kuih pau. Stall pau ini dekat dengan traffic light simpang empat Giant tu.
Entahlah mak jemah, aku sudah jatuh cinta dengan pau inti sambal di situ. Price RM1.50 seketul. Aku semalam borong pau frozen inti kacang merah dan inti sambal. Ada 4 ketul satu pack. Dan price ialah RM5.50.
Sampai rumah terus senduk nasi dan makan. Lapar.

Suka inti sambal, sebab ala sambal nasi lemak siap ada ikan bilis.
Tapi di rumah aku semua suka inti global@kacang.

Monday, March 26, 2012

Haziq dan Qeqeem batuk + selsema.

Salam Isnin. Alhamdulilah.

Story aku bagi seorang mama memang tidak boleh lari kalau tidak pasal anak-anak.
My Haziq mula kena @ tidak sihat dalam hari Khamis Jumaat gitu. Demam tu tidaklah, alhamdulilah. Hatta macamana pun tetap juga Haziq bersekolah seperti biasa.
Aku perasaan yang jangkitan bermula dari tadika. Kerana semua orang di rumah aku tengok sihat walafiat. Gitulah kan, aku redha sahaja. Kalau sudah bercampur bagai begitulah kan.
Lagi pun sudah namanya sekolah.

Kemudian baby Qeqeem pula kena. Tecik itu semestinya memang di cium oleh semua orang kan. Dari situ confirm nya aku rasa Qeqeem mula berjangkit dengan Haziq.
Siapalah tidak geram dengan pipi yang tembam membam itu.

Masa pagi-pagi lepas bangun tidur aku tengok@dengar teruk sikit keadaannya kalau batuk dan selsema ini. Sungguh tidak sampai hati melihat Qeqeem comel batuk-batuk gitu. Lagi dengan hidung yang sudah comot itu.
Cian anak mama ni...

Alhamdulilah Haifa C. masih sihat.
Namunnya Haziq tidak ke sekolah hari ini. Hubby yang tidak bagi. Aku ikut sahaja cadangan itu.

Mama doakan supaya anak-anak kembali sihat seperti biasa. amin amin amin. Perkenankan doa ibu ini ya ALLAH.

Me with opismate.
Kerja hari Sabtu lepas.

Friday, March 23, 2012

Qeqeem yang baek.

Salam Jumaat.
Alhamdulilah syukur pada Allah.

Riang gembira di taman hati aku, sebab Qeqeem sudah boleh duduk sendiri. Kiranya dalam minggu inilah perkembangan terbaru ini berlaku. Dalam umur 7 bulan 1 minggu.
Dan ia juga seiring dengan kerajinan itu, Qeqeem gigih juga berdiri secara berpaut di pinggir kerusi atau apa sahaja yang boleh di jadikan stand.
Aku lihat anak-anak aku ini memang sama sahaja. Meraka tidak berapa suka makan makanan lembut dan cair. Tapi tetap suka makan sup. Dua hari sahaja aku sempat suapkan bubur nasi pada Qeqeem. Masuk hari ke 2 itulah juga Qeqeem sama-sama makan nasi dengan Haifa malamnya. Bila suapkan kakaknya, dia pun sama join buka mulut. Sekadar nasi putih sahaja.
Done.

Kadang-kadang macam sayu juga hati mama ini melihat Qeqeem tidur sendiri di comforter. Ialah seingat aku dulu masa umur 7 bulan, Haziq dulu or Haifa juga, mereka masih tidur bersama-sama kami. Tidaklah juga sendirian, abang kakak pun tidur sama-sama di situ.
Al kisahnya aku tengok Qeqeem@anak cina (sebab mata sepet ala-ala cina) tidak kisah pun. At least dia punya ruang yang luas dan besar untuk bergolek, merangkak gembira sebelum mata terlelap sendiri.

Bak kata emak aku bila melihat anak-anak aku tidur sendiri di comforter.
"Kau da senang sekarang Teh"
Alhamdulilah.


Jangan pandang belakang.
hehe.

Thursday, March 22, 2012

Mr Einstein again.

Wednesday, March 21, 2012

Quote Mr Albert.

Tuesday, March 20, 2012

Aku di rumah sahaja.

Salam.
Alhamdulilah.
Aku masih bercuti. Insyallah until today sahaja. Lagipun cuti masih banyak, berkat carry forward dari last year.
Tambahan students tengah cuti semester.

Memang tujuan bercuti untuk berehat di rumah sahaja.

Fuh mula hari Jumaat cuti gitu kan. But, tidak kemana sangat. Cuma sibuk 'berniaga' dan ambil stok sahaja. Hari Isnin semalam kami sekeluarga sibuk seharian di luar. Fenat seh.

Pagi semalam itu pula, aku ke Maybank di Giant masukkan duit tabung Haziq. Alhamdulilah orang tidak ramai.
Agaknya masih ada yang masih sambung cuti rasanya Bandar Kinrara, Puncak Jalil and Taman Equine.
Sahaja berkongsi pada yang tinggal area berdekatan, kalau mahu masukkan duit syiling hasilan tabung anak-anak. Bolehlah ke Maybank Bandar Kinrara di tingkat satu Giant. Hari-hari boleh masukkan syiling tapi untuk akaun anak sahaja.
Maybank ini juga di buka pada hari Ahad.
Pekhidmatan memang aku puji.

Apa lagi kalau di rumah melainkan busy melayan anak-anak dan suami. Seronok lagi, rezeki kami murah sahaja. Hari Ahad lepas, mak mentua kaklang bekalkan extra makanan. Sedap, nasi lemak lengkap gitu. Dengan udang dan sotong.
Hari Isnin pula, emak bawakan makanan juga. Adik balik kg baru-baru ini (sebenarnya dekat tiap-tiap minggu juga adik balik kg).
Emak masakkan sambal telo rebus pedas maveles. Juga mesti tidak lupa gulai ayam kg. Bekalan emak adalah untuk rumah aku dan rumah kaklang sekali.
Syukur pada Allah.
Semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki emak Saleha. amin amin amin.

Sunday, March 18, 2012

My princess & Apam polkadot

Salam Ahad.
Alhamdulilah.
Erm, boleh berilex, sebabnya sudah masak lunch. Dan hubby pun sudah siap makan.
Hari ini masak simple tapi terpedas pula.
Me masak lemak cili api pucuk ubi dan goreng telor dadar campur bawang.

Qeqeem pun sudah tidor. Namun sebab bising, sudah bangun semula.
Semalam sempat masakkan Qeqeem bubur nasi campur carrot.
Dan hari ini masakkan lagi bubur dan ubi kentang.

Haifa C.

Hari Jumaat lepas dalam kelam kabut sikit sempat aku siapkan order Apam Polkadot dari opis mate. Aku buat dalam 35 biji. Namun order cuma 25 biji sahaja. Since order yang ini aku sudah naikkan harga apam dari 30 sen ke 40 sen.
Request memang hendak warna kuning dengan filling coklat.
Done.

Yellow

Thursday, March 15, 2012

Roti canai satu...(kalori +++)

Salam Khamis. Alhamdulilah.
Lewat berblogging hari ini.

Pagi tadi sebelum pergi kerja.
Qeqeem mata sepet.
Haifa kena paksa ambil gambar.

Memandangkan jadual kerja tidaklah begitu ketat. Aku pun mula apply cuti sudah untuk esok until hari Selasa depan. Total out 3 hari.
Huhu, aku looking forward sangat sangat dengan tidak kesabaran hendak memulakan projek baru aku.
Alhamdulilah bermula dengan jadi penjual XXX. Aku menambah perniagaan ke baking kek. Insyallah mahu menambah baik peluang pekerjaan yang satu ini. Semoga ALLAH permudahkan amin amin amin.

Asal mama dia hendak pergi kerja, 
Dia pun sama sudah pakai selipar.

Breakfast pagi tadi. Bawa makanan dari rumah. 
Ahah, aku makan roti canai (bahaya) with rendang daging.

Wednesday, March 14, 2012

Qeqeem 7 bulan.


Lupa kejap mama ini kisah anak-anak bila di opis. Ishh.
Hari ini baby mama ini genap 7 months old.
Perkembangan masih seperti yang baru di storykan baru-baru ini.
Qeqeem belum boleh duduk dengan sendiri.
Masih tiada gigi yang tumbuh. Tapi tanda-tanda kegatalan di gusi sudah nampak dari kesukaan Qeqeem menggigit itu ini.
Sangat sangat manja, kalau di dukung barulah diam gembira.
Pada Qeqeem comel, mama doakan semoga Qeqeem sentiasa sihat, happy dan semoga menjadi anak yang soleh. amin amin amin.

Orange cake & Cup cakes.

Salam Wednesday. Alhamdulilah.
Story malam hari tadi. Yup aku membakar kek lagi dan pertama kalinya mencuba membakar cupcake juga.

Sebelum kejadian berlaku.
Balik petang itu, kepala masih terasa macam pening. Tiada kepastian kenapa puncanya. Makan sebelum mandi, aku baringkan diri sekejap. Serius weh terus terlelap.
Hatta terbangun tetiba, sebab dengar Qeqeem menangis di tingkat bawah. Itulah kalau jadi emak-emak ini memang  alert kalau dengar tangisan anak.

Terus menerus mandi.
Lepas dinner, alhamdulilah burp. Jangan marah yea, hubby yang masakkan ayam goreng bersambal dan goreng sayur sawi. Lauk sempoi namun mengenyangkan.

Hubby suka yang Nipis.

Sebenarnya sudah banyak kali juga hubby hint pada aku supaya bakarkan lagi kek oren yang nipis. Sebab rasa macam sedap katanya kalau makan dengan ketebalan begitu.
Sebagai isteri mithali (ahak ahak). Aku menurut perintah.

Lepas makan malam sempoi itu, semua di rumah keluar.
Di tinggal sahaja aku dengan Qeqeem. Aku ok sahaja.
Proses perjalanan membaking aku malam itu memang terhenti-henti. Qeqeem kejap-kejap sudah sampai ke dapur.
Aku tidak sempat membuat pagar di mana-mana didalam rumah since Qeqeem sudah merangkak ini.
Kecian tau aku tengok muka dan dengar baby sayang aku ni duk merengek minta di dukung.
Okies aku stop dan aku buat kerja semula dan aku stop lagi. Basuh tangan, lap tangan, sambung kerja semula. Stop lagi bancuh susu dan dukung Qeqeem, pujuk dia dan letak tempat banyak toys. Begitulah kisahnya pusing pusing, kejap lagi dia sudah sampai lagi dekat kaki aku.
So, kawan-kawan memang selalu tanya macamana aku manage membakar dengan anak kecik-kecik. Erm, macam aku cerita diataslah. Yang penting ialah MINAT.

Dalam dua kali juga aku membakar yang part nipis itu malam tadi itu.
Dan sebab rasa macam boring asyik bakar nipis, maka pertama kalinya, lebihan adunan itu aku cuba buat cup cakes. Gigil kejap. Aku memang begitu, semua menda hendak gigil.
Alhamdulilah, ngam bentuk rupanya.
Berjaya.

De cup cakes.
1st trial.

Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor
220 gram tepung kek
30 gram jus oren
3 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh perisa oren
1 sudu teh pewarna oren
1 sudu besar blue poppy seed(option)

Cara membuatnya.
Mentega, perisa oren, pewarna oren dan gula kastor di satukan dan di putar hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan jus oren.
Masukkan kulit oren dan blue poppy seed. Gaul sebati.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Sebab aku buat nipis, makanya aku guna loyang 8inci sebanyak 2 kali. Dan lebihan adunan aku tuang dalam 6 biji bekas cup cakes.
Masak pada suhu 35 - 45 minit dalam 165 degree untuk kek.
Dan bakar 175 degree selama 30 minit untuk cup cakes. Dan suhu adalah bergantung pada oven masing-masin.

Tuesday, March 13, 2012

Haifa, Me & Pink.

Suka sangat dengan baju Cat.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.
Hari ini mood aku ialah PINK. Warna ceria antara faktor untuk memulakan hari yang dengan lebih bersemangat.
Lama juga aku tidak pakai baju cotton ini yang di beli masa sebelum aku pregnantkan Qeqeem.
Dulu-dula itu pun sempat pakai sekali dua kot rasanya.

Aku hari ini.
Yup aku kekal dengan tudung ikan bawal ini.
Mama anak 3 (aku suka statement ini.)

Tunjuk pictures Haifa yang di ambil petang semalam.
Aku baru sampai rumah dari opis. Mesti princess aku inilah yang sambut aku di pintu rumah. Hilang penat kerja kalau tengok muka sweet Haifa ini.
Nampak mood Haifa ok masa itu, aku pun suruh duduk bergambar sekejap. A'ah dengan baju kurang lengkap bertudung, mama ini snap gambar berkeping gitu.
Kerjasama tercapai.
Gigih sahaja aku ni kan.

Story anak perempuan aku. Setakat ini lah aku perasaan, perangai memang turun macam Haziq masa umur yang sama dengan Haifa sekarang.
Kalau aku mula letak lauk dan susun pinggan atas meja makan. Dia pun mulalah tarik kerusi dan duduk. Siap-siap hendak makan sekali lah tu. Good girl.
Hendaknya lagi mesti pinggan sendiri pula. Bagus hendak makan. Tapinya lepas itu di perlukan kesabaran yang tinggi untuk aku atau hubby. Perlu menyapu makanan bertaburan di atas lantai.
Maklumlah umur 2 tahun, camtu lah cara makannya.
Satu lagi mesti kerjanya buka, lihat dan tutup suka hati pintu kabinet dapur.
Hehehe, memang sungguh sebiji macam apa abang Haizq dia buat dulu.
So wait and see sahaja.
Perkara 3 tahun dulu akan berulang sama lagi.

Macam anak perempuan lain juga, Haifa semestinya suka melawa.
Namun sorry to say lah aku tidak suka suburkan sikap itu pada dia.
Lagilah aku dan kakak aku kalau part cantik-cantik diri ini, we are failed. So macamana aku hendak bentuk Haifa pula kan.
Tapi aku tidaklah suka sangat hendak beriya-iya 'santek' kan Haifa.
Aku rimas sebenarnya kalau tengok riben, rambu ramba bagai itu.
Dulu aku ingat masa Haifa baby pun, tidak pernah aku pakai kan headband. Sudahlah nampak macam ketat sahaja dan sah aku rasa baby mesti rimas kalau di pakaikan begitu.
Mesti orang pun percaya bila aku cakap yang Haifa tidak mempunyai sepasang pun gaun kembang bagai itu. Juga lagi stokin yang bereben berenda.
Sorry lah, aku yang tidak bagi dan tidak suka.
Aku suka pakaian yang simple, cantik dan aku tidak mahu Haifa di momokkan dengan kesaratan berpakaian.
Cuma untuk sekali sekala, mungkin boleh.
Hatta kalau Haifa yang hendak lebih-lebih, aku cubit sahaja.

Kaklang selalu cakap yang Haifa ini memang mengikut jejak cousin aku Farahdilla. Suka mencantikkan diri yang sedia ada cantik.
Juga tidak lupa pada auntie Haifa di Tawau. Sah-sah memang genetik dalam diri begitukan. Gen melawakan diri. Darah yang sama mengalir. Mana boleh simply buang-buang kan.

Posing pandang tepi.

Monday, March 12, 2012

Alhamdulilah.

Salam Isnin.
Fuh mendung sahaja dari pagi tadi kan. Lemau aka blues kental juga untuk ke tempat kerja pagi ini.
Aku layan WIRA sahaja minggu ini..mungkin.

120 biji Apam Polkadot.
Ada berani...
Hanya 4 jam di perlukan.

Alhamdulilah syukur pada ALLAH swt atas limpah rezeki yang diberi pada aku. Kan aku 'kecoh' gigil pasal order saiz besar ini, sehari dua kelmarin. Ialah 1st time dapat order banyak.
Awal pagi Isnin tadi ngam jam 3 pagi baru selesai semuanya.
Lewat aku mengukus apam sebenarnya malam tadi itu. Agenda sepatutnya dibuat petang Ahad berubah 360 darjah bila emak tetiba datang KL menengok kaklang. Makanya sebagai anak dan menantu mithali (hubby), kami duduk berlepak di rumah kaklang until dekat jam 7 malam.
Sampai rumah bukan direct buat kerja kerana aku sudah macam penat. Berehat-rehat dulu.
Part breakfast, lunch dan dinner aku sudah sekalikan pagi Ahad itu. Bukan buat apa-apa pun, sekadar menggoreng mee hoo, masak nasi dan panas kan rendang ayam.
Akhirnya setelah dinner sorang-sorang, sebab hubby sudah makan mee hoon. Haifa dan Qeqeem yang kejap bangun dan kejapnya tido makanya dalam jam 10 malam barulah aku mula 'bekerja'.

Aku tidak tahulah orang lain buat kerja macamanakan. Tapinya aku ini kepala jenis calculation. Sikit-sikit mesti kiranya punya.
Aku congak dalam kepala sahaja, dalam 2 jam aku mampu menyiapkan dalam 60 biji apam polkadot.
Bermulanya dari jam 10pm dan mesti habis kukus dalam jam 2am. Aku selamat mengAPAM lebih dari 120 biji. Itu adalah hasil dari 4x adunan bahan.
Malam tadi itu aku gunakan dua jenis pengukus. Satu saiz besar yang boleh memuatkan 20 biji apam dan satu lagi saiz kecil untuk 10 biji apam.
1st time juga aku terpaksa guna besen besar dan mengaco adunan guna mixer sahaja. Ialah kalau aku guna bekas mixer aku itu, cuma mampu muatkan 1 adunan bahan sahaja.

Konsep apam ini bagi aku amatlah remeh. Penat melayan step by step untuk membuat apam yang berdot dot ini. Sakit pinggang kejap lah. Hendak duduk boleh sahaja, tapi aku selesa berdiri.
Mula-mula selepas adunan siap, kena bahagi-bahagikan. Ikut suka hendak bahagi banyak mana. Ini adalah untuk meletak color-color. Kemudian selepas selesai bagi color cantik di kaco berkilat. Masukkan adunan itu ke dalam piping bag. Ikat dengan getah dan semua yang telah siap di isi itu di letak dalam satu bekas. Kemudian mulakan piping adunan kedalam bekas cawan. Piping dalam 1/4 adunan sahaja. Letakkan filling yang di kehendaki. Then pipingkan selebih adunan hingga penuh cup kertas. Settle itu, mulakan pula membuat dot-dot dalam 5 titik.
Kukusan apam adalah selama 15 minit dengan api yang sederhana.
Satu bekas pengukus yang besar kan ada 20 biji bekas apam. Makanya 20 biji itu x 5 dots = 100 kali mengeDOT. Fenat dan lama-lama tangan aku sudah jadi pro gitu. Alhamdulilah.

Makluman aku mendapat bantuan dari hubby tersayang yang bantu aku susun apam yang siap dalam bekas, lapkan bekas plastik untuk di gunakan semula dan tugas-tugas kecil lain.
Terima kasih yang sungguh tidak terkira pada hubby...muah. Jasamu amat ku kenang dear.

Fikiran malas setelah semua apam siap, aku rancang mahu bangun awal sahaja pagi untuk basuhan di sinki dapur dan juga sepahan di atas meja. Erm fikir kali kedua, tidak mengapalah. Dalam Islam sendiri tidak di galakkan meninggalkan pinggan tidak di cuci di dalam singki. Makanya mesti sinki hendaklah sentiasa kosong.
Itu adalah amalan untuk murah rezeki.
Lagi pun itu memang nasihat emak. Aku gagahkan diri selesaikan semua itu. Alhamdulilah. Aku tidaklah mengantuk sangat, cuma sakit pinggang sikit sebab banyak menunduk untuk piping kan adunan.

Order dari Siti Farah dan Aini.
TQVM dear.

p/s Resepi boleh tengok under label/tag apam polkadot.

Sunday, March 11, 2012

My permata & lauk untuk kaklang@ makyong.

Salam Ahad. Alhamdulilah.
Selamat berehat lagi.
Ini adalah schedule post. Malam tadi aku buat.

Rancangan hari Ahad seperti di war war kan ialah menyiapkan order kawan-kawan office. Apam polkadot 100 biji dan 20 biji.
Asalannya ramai-ramai duk order tetiba ialah akukan bawa order Sis Naimah ke office hari Rabunya. Rupanya ramai telah tergoda dengan kegebuan Apam yang aku buat itu.
Hinggakan Sis Naimah, termakan juga sebiji apam petang itu. Geram katanya. Cadangannya apam itu adalah untuk anak-anaknya.
Rezeki ALLAH, kita tidak tahu pun.

Makanya konon-konon malam tadi atau pun hari Sabtu semalam adalah hari aku berehat sungguh-sungguh gitu. Hari Ahad adalah hari bekerja buat aku.

Semalam storynya lagi hubby masakkan lauk untuk kaklang@mak yong. Kaklang request lauk Ayam+Cendawan goreng bercili. Fuh pedas.
Kaklang bagi duit pada hubby untuk beli semua bahan-bahan mentah. Dia minta belikan cendawan yang paling sedap (mahal jugalah). Hubby beli di Giant yang timbang.
Bahan-bahan lauk ini ialah ayam, cendawan, cili padi, bawang besar, sos tiram. Itu je kot. Iyalah bukan aku punya resepi kan. Semestinya tidak perasaan gitu.

Makanya petang semalam itu gigih hubby di dapur. Oh tidaklah segigih sangat sebenarnya, bagi aku kalau orang lelaki masak. Nampak mudah dan cepat. Namun rasanya tetap sama sahaja. Mantap.
Makanya lagi petang itu kami hantar lauk pada kaklang dengan nasi sekali. Kaklang mengadu yang dia susah hendak tidur malam sekarang ini. Maklumlah perot sudah besar kan. Biasalah gitu.
Itulah dalam jam 1am, masa kitaorang tengah menonton Lord of The Ring, kaklang sms untuk request lauk itu. Rupanya dia tidak boleh tido.
Alhamdulilah, kaklang sms. Sangat sedap katanya. Air tangan adik ipar. Fuh lagi.
(Terima kasih pada hubby aku ini, ialah jarang amat-amat adik ipar lelaki mahu masakkan untuk kak iparnya...kan)

princess Haifa.
Tak habis-habis angkut beg sana sini.

Haziq wit Qeqeem.
2 anak lelaki aku yang kulit ala-ala CINO. .putih.

Saturday, March 10, 2012

cuti di rumah, syiok kan.

Salam Sabtu.
Alhamdulilah.

Order hari Jumaat semalam.
Kek Buter Oren Bercoklat.

Semalam aku sudah cuti. Agenda ialah menghantar kereta untuk di servis. Okies. Makanya kereta di tinggalkan di situ. Hatta mungkin seminggu kot, jaminan yang diaorang bagi untuk siapkan semua-semuanya.
Lepas settle di situ, kami terus ke tadika Haziq. Ngam dekat jam 12pm jugalah. Ambil Haziq dan terus ke Giant.
Cadangan ialah membeli beras dan sedikit barang dapur.
Ish tidak cukup-cukup juga kan. Padahal malam sebelumnya kami sudah ke JJ lagi. Fuh.
Tengahari semestinya perut sudah lapar. Aku ajak hubby beli KFC sahaja. Hendak masak, erm rasa macam sudah lewat. Aku beli Nasi Ayam set RM 5.95 rasanya. Beli 4 sets. Alhamdulilah.
Selesai makan di rumah, badan sudah penat. Hehehe, angkat Qeqeem masuk bilik, sambil aku baca suratkhabar.
Dalam jam 3pm lebih barulah lelap anak kesayangan aku ini.

Sebenarnya pagi itu lepas Haziq pergi tadika. Aku sudah bertugas di dapur. Alhamdulilah, rezeki. Kaklang aku order Kek Butter Oren Bercoklat. Makanya pagi-pagi itu aku sudah memekak kan dapur dengan bunyi mixer. Timbang tepung, gula dan mentega. Cuci telo dan pecahkan siap-siap.
Kemudian griskan loyang 8 inci. Angkat oven dan panaskan dulu. Settle, adunan mula di letakkan dalam mixer.
Kek siap dalam jam 10am, angkat dan keluarkan dari loyang. Siap masukkan dalam bekas.
Terus kami keluar rumah dan menghantar kek sekali.

Dekat padang tadika.
Nampak tak Haifa di belakang tepi tu?.
Dia pun siap dengan beg, padahal hendak pergi ambil Haziq sahaja.

Dengan beg kesayangan, Abah aku yang belikan.
Mesti hendak BEN10 sahaja.
Brand SWAN, price RM39.90.

Story pasal Haziq dan Qeqeem.
Alhamdulilah Qeqeem sudah rancak merangkak kesana dan kesini. Laju dan gembira aku tengok dia dengan langkah terbarunya itu.
Kiranya umur Qeqeem kini ialah 6 bulan 3 minggu.
Yup rasany progress anak-anak aku macam sama sahaja rasanya. Paling suka kaco kakaknya, tarik rambut gulung-gulung itu.
Part 'makan' buku pun memang 'suka'. Mungkin gigi Qeqeem suda mula gatal. Satu lagi, suara...fuh sama macam kakak Haifa yang memang NYARING.
Barulah pagi semalam sempat aku menengok buku lawatan klinik Qeqeem.
Beratnya turun. Masa 5 bulan ialan 7.12kg, tapi masih 6 bulan ialah 7kg.
Makluman Qeqeem kena cirit birit hari itu dekat hendak seminggu. Itu sebab berat turun, juga bak kata orang bila budak mula merangkak memang berat badannya akan turun supaya ringan dan mudah untuk merangkak.
Setakat ini kami belum bagi Qeqeem makan apa-apa selain susu + nestum. Tiada kesempatan lagi.

Haziq selamat bercuti sekolah.
Start sekolah hari itu, Haziq mula tidak pakai pampers. Alhamdulilah. Progress lagi, mula bulan March ini terus Haziq tidak pakai pampers lagi. Mula-mula memang ajar tidak pakai di waktu siang. Pelan-pelan waktu malam pun tidak di pakaikan pampers. Lama-lama terus tidak pakai lagi.
Memang kiranya lambat jugakan Haziq begitu. Tapi tidak mengapalah.

p/s Gigil juga sikit, mahu siapkan order untuk hari Isnin ini APAM POLKADOT dalam 120 biji.
Ya ALLAH permudahkan perjalanan rezeki hambamu ini. amin amin amin.

Thursday, March 8, 2012

Buku cerita hantu & kuala pilah.

Salam Khamis. Alhamdulilah. Syukur pada ALLAH.

Gambar kulit belakang.
Murah sahaja buku inikan. Dulu-dululah.
Tapi zaman aku sekolah dulu, awal tahun 90 an, 
RM2.80 tu pun sudah besar nilainya.

Citer seram sikit kan pagi-pagi sejuk ini. Saja hendak menunjuk lagi picture bukuan yang aku ada. Baru-baru ini balik kg, erm tiada kesempatan hendak mengambil bukuan yang aku sudah letak di tingkat atas rumah.
Sibuk sikit dan aku kureng sihat sikit baru-baru ini. So ada kesempatan memang tidurlah gitu kerjanya.
Storynya, malam habis kerja hari Jumaat itu kami balik ke kg aku. Penat jugalah sebab time itu hendak balik time itu juga kemas bagai. Sebenarnya memang aku adalah letak sebahagian bukuan itu di bilik tingkat atas rumah. Cadangannya memang hendak bawa balik sebuku dua. Erm, hampa.

Pagi Sabtu, semua orang sibuk. Emak sekereta pergi ke pasar. Last tinggal aku dan Qeqeem sahaja di rumah. Emak masak kari daging dan sekali dengan rendang ayam kg. Sebab aku sudah janji dengan emak yang aku akan balik KL dalam belah pagi hari Ahadnya. Sebab itu emak masak banyak-banyak sekali.
Memang emak aku begitulah orangnya. Kalau anak-anak balik kg, mesti ada sahaja bekalan lauk pauk dan siap nasi sekali di bawakan. Laginya kalau emak balik S'pore. Rendang ayam itu mahu 5 ke 6 ekor ayam kg. Tambah lagi dengan rendang daging berkilo-kilo. Semua buat merasa adik beradik emak di sana. Bukan setakat emak, memang abah pun begitu. Ialah abahlah kadang-kadang yang belikan bahan mentah buat emak masak.
Done.

Iklan, mahu order. 
Boleh sahaja.

Petang Sabtu kami ke Bahau. Agenda mencarikan pesanan officemate aku. Bekas penapis minyak. Aha.
Sila lihat gambarnya di atasnya. Katanya macam susah hendak mencari. Rasanya ada sahaja, tapi kena rajin mencarilah kan. Ini pun adik aku yang tolong carikan dulu. So jumpalah di satu kedai ini. Tinggal satu sahaja. Then cari lagi di satu kedai ala-ala bazar gitu. Ada banyak juga, tapinya tiada kotak.
Senang, kalau lepas masak itu boleh curahkan minyak dalam bekas ini dan sisa@keladak tertahan pada penapis.
Selesai di Bahau, kami ke rumah Ateh, abang abah. Ateh kurang sihat, makanya niat balik kg aku ialah di samping menjenguk emak abah, ialah melawat Ateh. Satunya abang abah dan adik beradik abah yang ada. Alhamdulilah Ateh sudah boleh makan nasi dengan lauk ikan gitu.
Sempat bual dengan Ateh, yang sama seperti aku tidak suka duduk hospital. Biasalah makanan spital tidak best.
Hehehe.
Aku doakan semoga Ateh cepat sembuh seperti biasa. amin amin amin.

Buku Tok Awang Ngah.

Buku lagi.

Please identified yourself.

Selalu-selalu sangat visitor MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA ini menjengak blog aku. Tertanya juga siapakan gerangannya.
Please, identified yourself. TQVM dear.

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday

Apam polkadot by me.
1st order from Sis Naimah. 

Tuesday, March 6, 2012

tidak berSelera.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.

Penat sikit.
Penat banyak.
Erm, tiada kepastian sebenarnya. Namun selera makan aku failed sekarang ini. Aku rasa itulah bukti penting menunjukkan aku tired. Pagi-pagi selalunya aku paksa diri aku sedikit heavy untuk breakfast. Lunch time pula, ikut mood. Sungguh payah, payah dan payah lagi. Selera aku sudah seperti waktu pregnant dulu yang akan memilih makanan setelah melihat pinggan orang lain atau bekas makanan mereka. Hatta dinner semestinya adalah paling susah sekali nampaknya. Aku crawling dengan MILO O PANAS sahaja. Sungguh nyaman sekali meneguknya.
Amaran dan peringatan. Aku tidak mengandung di kala ini.
Mungkin ironinya aku mengikut seperti emak kalau part tidak berselera makan ini. Sudah tidak boleh di ubah, aku kan anak emak.
Payah sangat ke menjadi aku?.

Kek order dari Sis Jun Aida.
Repeat order.
Iklan - Mengidam kek 'kg'. Mari order. RM 28 sahaja.

Alhamdulilah rezeki tidak putus. Berkat rezeki anak-anak aku.
Malam ini masuk malam ke3 aku berjimba jimba dengan mixer dan oven. Apam polka dot order dari officemate. Buat memujuk anak-anak katanya. Ialah tanggungjawab kena kerja luar. Anak-anak bakal di tinggalkan. Makanya apam aku insyallah sebagai pemujuk.
Kek Butter Pelangi sudah siap di beri dan di makan oleh customer semalam dan hari ini.
Ada 2 biji. Dua-dua dari officemate juga.
TQVM ur all.

Renungan bersama.

Anak kita datang dari Allah bukan dari kita.
Mereka datang melalui kita.
Perhatikan amalan kita hari ini adakah kita mahu orang mengikut perintah kita atau kita sibuk mengikut perintah Allah.
Cuba perhatikan mereka yang ada 4 sifat ini dan cuba ikut,
1. Banyak memberi,
2. Tidak bangga diri,
3. Menolong dan membantu orang lain
4. Menolak penghargaan manusia

Monday, March 5, 2012

aku mula memandu kereta.

Salam Isnin si BLUES.
Alhamdulilah ke office juga aku hari ini. Ialahkan, hujan di pagi Monday.
Nyaman sahajakan kalau masih berada masih bercuti. Wah.

Lesen pertama dan forever.

Mari...mari lihat Lesen Memandu.
Okies kalau semua masih ingat, mula tahun 1997 lah lesen P mula di wujudkan. Alhamdulilah aku tidak tergolong dalam golongan P haha.
Pada masa hujung 1996 itulah aku terkial-kial baru ambil lesen. Itu pun abah yang suruh. Kalau tidak entah bilanya aku ini berlesen haha lagi. Gigih abah mengajar aku driving. Abah aku ini kalau jadi cikgu mesti garang. Abah siap gantung L lagi di kereta tau masa aku belajar driving itu. Siap adik aku yang bongsu itu mahu mengikut masa itu pun tidak di bagi, sungguh mengikut undang-undang.
Di sebabkan sudah hebat memandu itu, makanya di JB (masa itu aku masih study di UTM), dua kali ambil lesen. Dan dua kali itulah aku failed.
Kisahnya, aku sudah terer sangat driving kan. Bilanya tiba di simpang patutnya kena berhentikan, tapi aku ini tidak free gear pun tidak. Takat tekan brek sahaja, tengok kiri kanan dan terus jalan. Lawak sahaja, dalam kawasan JPJ itu juga En Pegawai sain form dan aku GAGAL. Sila turun dari kereta ya. Begitu sekali kan.
Kali kedua di beri peluang pun, aku masih gagal juga.
Susah juga kan kalau sudah terlebih ajar.

Dalam masa terdekat itu juga aku ambil kali ketiganya ujian lesen memandu di Kuala Pilah pula. Alhamdulilah aku lulus. Okiesnya dengan 20/20 markahnya.
Story pasal umur pula, erm aku berumur 20 tahun ketika itu. Total out sudah dekat 16 tahun aku memandu rupanya. Dan sudah masuk kereta ke 3 sekarang ini.

Lupa pula beritahu, punca abah suruh ambil lesen masa itu ialah sebab aku tidak dapat asrama semester depannya. Abah risau anaknya ini naik bas untuk pergi kekelas dari rumah sewa. Sebab itu abah suruh ambil lesen dan bagi aku driving kereta di Uni.

Baharukan lesen sekali 2 tahun.

Saturday, March 3, 2012

Berehat jom..

Mood kg.
Kuala Pilah, N.Sembilan.

Friday, March 2, 2012

Me and me lagi.

Me with Qeqeem.
Umur 2 bulan 2 minggu masa itu.

Salam Jumaat.
Alhamdulilah.
Penghujung kerja. Seronok kan. Esok cuti. Maveles.
Syukur pada ALLAH juga sebab kerja sudah siap. Markah sudah key in. Settle. Send to exam unit.

Pandangan sisi belakang Mama anak 3 
(,")

Selak-selak gambar dalam folder 2011. Jumpa gambar aku dalam lepas-lepas pantang dalam hujung bulan Oct gitu. Aku habis pantang 14 Oct.
Location JJ. Tengah order makanan dan terus hendak membayar ke kaunter. Me with Haziq. Begitulah aku kalau keluar rumah. Cukup dengan seluar Giodano dan t.shirt Giodano juga. Sandal ala pergi pantai punya.
Azalinya aku kurang menyukai bloues-bloues bagai ini. I cannot go gitu.
Lagipun aku rasa parent yang ada anak-anak kecil macam aku pun faham keadaannya kalau mahu keluar rumah. Macam-macam hendak di capai. Lagilah kalau hendak cepat. Memanglah tiadalah masanya hendak beria-ia bersiap bagai. Anak-anak pun perlu di siapkan. Buah hati aku yang masih kecilan, Haziq which is almost 5 years old, princess Haifa already 2 year old and baby Qeqeem 6 months old.
So aku dan hubby ambil jalan simple. Dia sempoi, aku lagi sempoi.
Yang penting, susu Qeqeem, beg pampers baju ganti siap. Jangan terlupa selipar di kaki pun kena betul pasangannya juga. Bukan selipar aku, tapi selipar anak-anak.

Lawak sajakan sebenarnya. Lepas habis pantang hari itu, aku cemas kejap. Aku memang gitu kalut kalau bajuan atau seluaran aku tidak lagi memberi kerjasama pada aku yang semestinya cerewet pasal memilih pakaian ini.
Maklumlah, anak sudah masuk 3, apakah saiz itu begitu lagi atau sebaliknya.
Alhamdulilah syukuran. Masih muat. Dan aku masih bersaiz seperti sebelum pregnantkan Qeqeem.
Sebenarnya lagi aku masih tetap memakai beberapa baju kurung sama dan masih berkedaan baik yang pernah aku pakai masa bujangan dulu. Makluman sudah 5 tahun gitu aku tinggalkan zaman solo aku itu.
Alhamdulilah sangat-sangat sebab Allah kurniakan saiz aku yang begini. Tidak perlu buang duit beli baju kurung baru. Tapinya tetap juga ada baju kurung yang sudah sendat di bahagian perut gitu. Bahagian yang tetap 'bermasalah' bagi semua ibu....

Beratur.

Thursday, March 1, 2012

Rezeki.

Aku terjumpa file ini dalam simpanan di folder pc aku bertarikh 29/4/2004.

Haji Seman terkejut mendengar orang beri salam kapadanya dari belakang. "Waalaikumsalam warahmatullahi wabaraktuh," dia menjawab sambil menoleh kebelakang. Sarjan Khamis rupanya.
"Dari jauh saya nampak Pak Man kat warung mamak Kooty tadi," kata Sarjan Khamis. "Ah ah. Ni beli lauk. Mak haji ko tu kurang sihat. Tak masak ari ni," jawab Haji Seman sambil menunjukkan bungkusan ditangannya.

"Sakit apa mak haji tu?" Sarjan Khamis bertanya. "Ah, sikit jer. Sengal-sengal kat badan dia. Biasa le. Dah tua-tua ni," Haji Seman menjelaskan. Namun pandangannya tidak tertumpu pada teman percakapannya itu kerana dari jauh dia melihat sepasang hamba Allah sedang tergesa-gesa.
"Eh? naper lak dengan siAbu laki-bini tu. Tergesa-gesa jer," dia bertanya. "Ya tak ya..eh, Pak Man," kata Sarjan Khamis.

Kedua suami-isteri itu, Abu dan Azizah, semakin hampir. Haji Seman segera menyapa mereka. "Assalamualaikum. Apasal ni, Abu. Kelang kabut, jer."
"Anak saya kemalangan, Pak Man," Abu menyahut dengan tergesa-gesa sehingga lupa menjawab salam Haji Seman.

"Mana satu?" Sarjan Khamis bertanya. Abu dan Azizah mempunyai empat orang anak yang sudah bersekolah semuanya. "Junaidi, Sarjan," jawab Abu. "Tadi ada orang dari sekolah dia datang kerumah. Katanya Junaidi dibawa ke spital. Dia jatuh tergelincir. Kepalanya berdarah katanya."
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun," sambut Haji Seman. "Ha? pergi le nko cepat. Nko ada duit tak?" Haji Seman bertanya lagi. Dompetnya sudah ditangan.

"Tak?.takpe le, Pak Man," kata Abu. Gugup. Segan dia dengan Haji Seman. Sudah banyak kali Haji Seman memberi tanpa diminta. "Udah le. Nko ambil ni buat apa-apa urusan yang patut. Nah!' paksa Haji Seman. Wang seratus ringgit dimasukkan kedalam saku baju Abu.
"Terima kasih, Pak Man," Abu dan isterinya hampir serentak mengucapkan kalimah itu. "Sesama. Ha? pergi cepat," gesa Haji Seman. "Cepat bagi tau kalau ada apa-apa."

Abu dan Azizah segera beredar. Haji Seman menggeleng kepala tanda simpati. "Alhamdulillah. Aku telah menunaikan amanah mu, ya Allah," dia berkata.
Sarjan Khamis mendengar ucapan Haji Seman itu. Dia hairan. "Kenapa, Pak Man," dia bertanya. "Amanah apa?"
Haji Seman ketawa kecil. "Awak tau, Sarjan," katanya. "Biasanya kalau saya nak kewarung mamak Kooty ni, saya cuma bawak duit yang cukup jer. Kalau lebih pun sikit jer. Tapi ari ni macam tergerak lak hati saya nak bawak beg duit saya ni."

"Memang le. Rezeki siAbu tu ada pada saya," sambung Haji Seman. "Camne lak, Pak Man," Sarjan Khamis masih bingung.
"Ya le. Kekadang tu rezeki yang kita dapat tu sebenarnya untuk orang lain. Walaupun pada zahirnya kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Tapi pada hakikatnya Allah telah menyalurkan rezeki orang lain pada kita. Diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan kita wajib melaksanakan amanah itu. Disamping merasa syukur kerana Allah telah meletakkan kepercayaanNya kapada kita."

"Kalau begitu percuma jer le apa yang kita usahakan tu," kata Sarjan Khamis. "Ish?mana lak percuma," Haji Seman membantah. "Awak dah dapat hak awak. Yang lebihnya tu. Ha..awak perlu berhati-hati. Sebab mungkin orang lain yang punya. Tak kira le sedara ke. Anak-anak ke. Sebab jalan yang Allah tunjukkan kapda mereka tu menuju kapada kita. Seolah-olah Allah berkata kapada mereka: "Pergilah engkau kapada
sifulan itu. Rezeki engkau ada padanya."
"Tapi macam mana kita nak tau yang rezeki tu milik orang lain?" tanya Sarjan Khamis lagi.

"Bila sampai masanya awak akan tahu sendiri," jelas Haji Seman. "Hati awak tidak akan bertanya lagi. Tidak ada soal ikhlas atau tidak. Tidak ada soal apa-apa lagi. Rezeki itu akan terus keluar kapada yang empunya bagai air dari pembuluh."
Sekian. Wassalam.

emak dan abah -update

Salam Khamis. Alhamdulilah.
Aku masih seperti semalam. Tiada perubahan. Menanda kertas cover kuning. Dengan percubaan demi percubaan menenangkan diri dan perasaan. Walaupun kepala aku serabut. Kalau aku tewas, aku layan baca FB. Baca isihati luahan kawan-kawan. Macam-macam, seronok. Erm, aku senyum sendiri.
Bagi diri aku pengosongan akal fikiran amat penting dalam membuat keputusan, sebabnya dari itu barulah datang keadilan semasa memberi markah.

Bersahaja.
Aku mahu kongsi gambar emak dan abah tersayang. Yup aku letak diatas meja kerja aku di office.

Sebelah PC skrin tebal DELL aku, walaupun miss boss sudah offer suruh aku tukar flat skrin.
Hatta aku diam, tiada jawapan. Kemudian sebelum miss boss pergi aku cuma memberi senyuman sahaja pada miss boss aku yang muda belia itu.

Memang dari mulanya gambar emak dan abah ini di ambil dan telah di cuci, aku telah menciloknya dari album simpanan abah. Album yang bersusun banyak-banyak hasilan melancong ke luar negara kemas bersimpan di office abah. Termasuk juga ada gambar emak dan abah duduk membelakangi Taj Mahal juga Tembok Besar Cina. Ada juga gambar di jalan terowong gelap di Syria.

Sebab itu aku sebut ayat mencilok. Semua album tersembunyi begitu sahaja. Macam rahsia gitu. Oh tidak, cuma abah terlalu menjaga barang-barangnya.
Like father like daughter. Kuat berahsia.

Picture atas meja aku ini bertarikh 30.12.2003. Taken di Sapporo Jepun.
Ingat emak cerita, hari-hari makanan mesti ada kaki tangan ketam. Saiznya besar pula tu. Tapinya, ketamnya sendiri memang emak tidak pernah tahu dan nampak macamana besarnya.

Since dari itu frame gambar ini sentiasa di sisi.
Insyallah emak akan berumur 67 tahun pada 20 May ini dan abah akan berumur 73 tahun pada 25 Oct nanti.
Sebenarnya aku rindukan emak dan abah. 

p/s aku tengok orang lain mesti letak gambar family dan anak-anak atas meja. tapi tidak pada aku.
yup aku ada sebab sendiri atas alasan aku itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails