Followers

Friday, August 22, 2008

hari kedua di taiping, lata kijang dan balik KL.

Jam 8 lebih kami da check out dari hotel. Sarapan di k.kangsar dan terus ke bukit berapit utk berjumpa abg Rashid. Lama gak kami kat situ until 11 lebih rasanyer. Lepas tu kami masuk taiping..sajer2 jalan jea. Pusing2 taiping dan singgah di muzium perak...malangnyer masa tu muzium tgh renovation..so amek gambar kat luar muzium jea. Lepas tu terus dah nak balik da.

Masa on the way balik tu ktorang singgah di lata kijang. Ialah tak pernah sampai sana lagi. Masa berenti di tempat rehat tol tapah tu...punyalah byk kereta..musim cuti sekolah kan. Picture Haziq dalam kereta masa tunggu En Hendra pergi cuci muka...panas sungguh siang tu. Masa sampai lata kijang tu..cecadang nyer En Hendra nak mandi sekali. Tapi sebab rasanyer punyalah jauh tempat tu dari tol tapah. Rasa da x de mood pulak nak mandi manda. So bg Haziq main2 air dan mandikan dia sekali. Punya lah seronok si kecik tu.

Berenti kat RnR lepas tol tapah..lupa pulak nama hentian tu . Peh...aku rasa tempat ni macam shopping complex gitu. Macam2 ada. Tempat tukar diapers baby punya lah heaven..semua ada. Memang puji betul tempat nie. Tapi ktorang x makan pun kat situ cuma berenti utk tukar kan diaper Haziq. Before berenti kat situ ktorang da lunch kat Ipoh...sajer gak..round masuk2 Ipoh. Jamming sungguh ipoh sebab ada perjumpaan orang2 PAS. Dan makan lunch nasi kandar ayam merah di jalan bijih timah.....sedappp..Rupa nyer kedai ni pernah masuk paper NST..ialah aku tgk ada di framekan keratan akhbar pasal kedai tu.
Payah sungguh nak amek picture Haziq nie...bukan boleh duk diam pun..
Ktorang sampai umah dalam jam 7 malam.

gambar2 di kuala kangsar.

Pictures masa kat k.kangsar. Atas sekali tu pintu masuk ke galeri Sultan Azlan Shah. Ada 3 galeri semua nyer. Satu mengenai life Sultan and Sultanah, satu lagi galeri kereta2 Sultan dan galeri last sekali adalah galeri cenderamata dr pelbagai pihak kepada Sultan. Bila tgk gambar Sultanah perak tu masa muda2...punya lah cantik, putih.....patut pun Sultan terpikat ek. Untung ek jadi orang cantik2 ni kan..
Pictures kedua tu hiasan kat air pancut di depan galeri...cantik replika labu sayong tu. Lagipun k.kangsar kan tempat labu sayong. Sayong rupa nyer nama tempat kat tempat buat labu sayong tu. Sebab tu labu di namakan labu sayong. Gitu rupanyer ceritanyer..

Picture kat tepi sungai perak. Memula petang tu lepas check in hotel, ktorang pi lunch. Memandang kan tempat yg ada lauk2 da habis so kena pi cari kedai makan je lah. Perot mmg da lapar sungguh masa tu. So gamble je makan kat satu kedai ni kat depan stesen bas k.kangsar. Makan nasi goreng jea kami berdua sebab itu jea menda yg ada kat kedai tu. Haziq x leh makan sebab nasi goreng tu pedas. Lepas tu pergi lah ke tepi sungai perak..konon2 nak lelepak sesambil menikmati permandangan sungai yg sungguh lebar tu. Baru nak kuarkan stroller Haziq..hujan turun. Bergegas masuk kereta semula dan sebab da nampak KFC masa cari2 kedai makan td. En Henda pi beli snack plate before balik ke hotel. So masa lelepak dalam hotel sementara tunggu hujan reda...ktorang makan KFC. Ialah lunch makan nasi goreng..mana kenyang nyer. At list KFC ni utk Haziq makan sekali.
Da jam 5 lebih masa tu, pergi lepak kat tepi sungai semula. Pastu sekali round pasar malam kat pekan. Dan before maghrib tu sempat singgah jap kat tempat buat labu dan beli kan emak abah souvenirs.

Wednesday, August 20, 2008

jawab TAG...

Hari ni memang x de kelas. But dari pagi td kerja aku ialah menanda kertas quiz dan assignments. Lepas tu key in sekali markah. Lepas tu kertas2 tu leh bagi semula kat student..dapat gak kurang kan kertas byk2 atas meja aku nie.
Dari petang semalam until nak menjelang tengahari tadi tak de internet. Ni lah baru ada internet nyer.

Rasa nyer hari ni nak jawab tagging dari dik wiween lah. Dia tag aku minggu lepas...

1. 1st time naik kapal terbang :
tahun 2002..pergi menunaikan UMRAH.

2. 1st time beranak :
june 2007

3. 1st time gi oversea :
ntah...mungkin 1977 kot..balik kg di singapore...oversea ke tu...

4. 1st time duduk jauh drp family :
tingkatan empat. masuk asrama sekolah teknik di n9 jea.

5. 1st time keje :

1997 rasanyer..kerja PARTIME banquet di hyatt regency JB. masa tu study kat JB.

6. 1st time rasa gemuk :
tingkatan empat. kan nama nyer HONEYMOON year.

7. 1st time bercinta :
susah nak komen menda nie. aku rasa aku betul2 BERCINTA dgn En Hendra lah...sebab dia suami aku sekarang.

8. 1st time rasa diri cantik :
masa jadi PENGANTIN..rasa nyer lah.

9. 1st time masuk cinema :
zaman sekolah menengah kot..alah cineme murah2 jea gitu kat kg den.

10. 1st time admitted in hospital :
masa bersalin.

dan...aku nak tag to my sista kak Hezlina...DAN pada saper2 yg sudi..tq

Tuesday, August 19, 2008

Bz sikit jea hari ni..

Pagi tadi tu ada sambutan kemerdekaan kat MPH office aku. So masuk MPH dalam jam 9am until 12 noon. Tetamu kehormat yg dtg ialah Dato' Jin Shamsudin. Dia bg talk mengenai diri dia dan kemerdekaan. Semua pictures di bawah tu taken by hp jea.

Aku ada kelas jam 2 - 5 pm petang nie. Habis acara di MPH bergegas makan dan wat preparation utk kelas petang.
Malam tadi Haziq potong rambut buat kali ke 4 nyer since dia lahir. Alhamdulilah rambut Haziq lebat dan hitam juga cepat panjang.
Masa aku sampai kedai tu malam td, orang yg selalu guntingkan rambut Haziq pergi solat. So ktorang tunggu lah. Pastu da dekat satu jam tunggu..penat da. Orang tu x balik2 lagi kedai dia. Memang ada sorang lagi tukang gunting kat kedai tu, tp dia kata dia tak biasa gunting kan budak kecik. Abih tu da lama sangat tunggu, En Hendra request jea utk cuba gunting kan rambut Haziq. Alhamdulilah...ok jea orang tu potong.

Monday, August 18, 2008

wat kerja wehhh..

Alhamdulilah hari ini aku leh pi kerja. Ialah penat badan kan kerna jalan2 ke perak cuti baru nie. Hari ini mmg x de kelas. So aku bercadang nak siap notes utk subject S.A. Hoping dapat siapkan lah notes tu sebab lepas tu aku nak hantar pi printing..esok kelas kul 2 nak pakai da notes tu..wehhh sungguh kelambatan aku siapkan notes....amenda lah cikgu sorang nie.
Wokey..nak buat kerja nie. Pictures pergi perak..nenanti upload lah. Kami sekeluarga amatlah HAPPY kerna dapat pergi jalan2 nie. Kirenyer itu lah PERTAMA KALINYER aku, En Hendra and Haziq totally pergi berjalan jauh hanya kami sajer. . Walaupun kami pergi perak tu SEBAB UTAMA nyer adalah pasal project En Hendra..tp kami amek keputusan utk berjalan-jalan dulu sebelum En Hendra pergi berjumpa Abg Rashid di Bukit Berapit.
Kat bawah ni ada 2 pictures kat kuala kangsar.

Thursday, August 14, 2008

Esok cutiiii...



Semalam tengahari masa aku pergi MAHA 2008 tu, aku cuma sempat pergi bahagian KAMBING sahaja. Hheheheh...da kak Ros nak tgk yg itu jea..aku kena akurlah dan memberi sokongan padu pada kak Ros yg mmg berminat tentang penternakan kambing nie. So semalam tu lepas tgk2 semua kambing kat situ, ktorang pergi bhg makanan kambing.
Lepas tu setelah BERPELUH2...basah sungguh baju kurung aku semalam tu..sebelum balik kt orang pi beli buah CEMPEDAK. Saja teringin nak goreng cempedak...malam ni rasanyer baru nak goreng. Malam semalam tu..im tired.
Tempat MAHA tu mmg besar lah..so utk pergi ke bhg perternakan ni..kami kena naik TRAM..tu yg aku bulatkan dalam picture tu. Bayar rm1 utk tiket.
Yang khemah biru picture atas bukit tu adalah tempat pameran utk international product. Erm...idaklah berjalan sakan nyer semalam tu. Ialah kan hari bekerja aku pergi tu..so direct to the point je lah...



Okies...nak breakfast..heheh..baru terasa lapar. Lepas tu nak prepare notes utk kelas 2 - 5pm.

Seronoknyer esok nak pergi jalan2. Memula akan tidor di kuala kangsar. Pastu pagi sabtu..pergi bukit berapit...on the way nak pegi arah taiping. Pastu terus balik KL. Aku da pernah pergi semua tempat tu dulu. Da lama da..masa tahun 2002. Tapi En Hendra tak pernah pergi langsung. Ialah...diakan orang 'jauh'. Untung Haziq..kecik2 da pergi sana sini...mana pergi JB nyer...mana balik S'pore nyer.

Rabu yg penattt...tp seronok lah...

Sepanjang pagi until 12 noon aku kena attend talk 'TEAMWORK' kat auditorium company. Kiranyer lepas punch card terus pi daftar nama dan masuk audi. Lepas makan mee goreng, aku call kak Ros, ajak pi MAHA di serdang.
Aku ada kat MAHA until 2 lebih. Lepas tu hantar kak Ros balik office dia. So penat..mmg x de mood nak update blog petang nyer tu.
Okies..nak gosok baju...then..tidor...good night.

Tuesday, August 12, 2008

aqiqah Haziq - 2nd august 08 - 2

1st picture...masa di luar rumah da...muka Haziq da tensionnn. 2nd pictures masa dalam rumah lagi. Cian Haziq, masa tu dia da merengek2 da...rimas..ramai sungguh orang. Cuaca pulak mmg panas sungguh hari tu.
Pictures bawah, baju oren..kawan baik emak dan abah. Ok jea makcik ni..pagi2 hari kenduri abah aku call jemput dtg kenduri..dia boleh datang jea...wlu pun lepas tu dia kena pergi 2 - 3 kenduri lain. Suka makcik nie. 2nd picture bawah tu ialah emak aku.
Ialah..start gunting rambut dari serambi rumah..terus kedapur. Pastu terus keluar di bawah khemah. Bila da ptg2 tu aku dpt tahu rupanyer org di bhg belakang rumah...bhg lauk pauk tertunggu utk gunting rambut. Tapi kami da selesaikan acara guntingan sampai dikhemah saje. Cian team2 abg ngah aku....penat2 jadi orang belakang kenduri..tp tak merasa nak pegang gunting.

Habis menggunting terus aku mandikan Haziq dan tukar baju dia. Adalah senget sikit2 rambut Haziq...tapi x pe..Haziq tetap maintain....
Petang tu lepas balik dari kenduri aku dan En Hendra tukar baju dulu di rumah. Pastu kt orang pi lepak kat kedai MEE ROJAK di kuala pilah. Sesambil makan MEE ROJAK dan sekali dengan CENDOL....sungguh nyaman sekali..sedappp...

aqiqah Haziq - 2nd august 08

Ada banyak juga picture masa majlis aqiqah Haziq pada 2 august hari tu. Tapi aku belum ada kesempatan nak edit and upload pictures tu. So aku letak jea dulu picture Haziq dengan salah seekor kambing utk aqiqahnyer.
Kelebihan nyer Haziq di aqiqahkan lambat ialah Haziq dapat merasa memegang dan duduk pada kambing aqiqahnyer. Tapi kekurangan nyer, ketika majlis berzanji dan berandoi..Haziq tak dapat aku letakkan sekali di dalam buaian yg disediakan. Ialah..Haziq tu da boleh berlari di umur 1 tahun...mana mungkin nyer dia nak duk diam2 kat dalam rumah tu. Tapi sekurang2 nyer Haziq masih boleh mendengar diaorang berzanji melalui speaker yg dipasang pada khemah di luar rumah...alhamdulilah.
Masa da starting 'cukur jambul'...aku dan En Hendar naik keatas rumah dan join sekali seorang lagi anak buah kakak ipar aku yg umur 2 bulan gitu yg bersama2 beraqiqah dgn Haziq. Wlupun Haziq nampak x selesa di pegang2 rambut utk di gunting..alhamdulilah dia senyap jea sepanjang tu.

Malam before kenduri di rumah mentua abang ngah aku. En Hendra begitu gigih memesin kelapa untuk kenduri. Semesti n9..klu buat kenduri...kelapa mesti selori gitu. Cukup semua nyer..siap kira lagi berapa biji kelapa utk 4 ekor kambing aqiqah tu. Penat sungguh malam tu. Anak2 buah abang ngah aku..diaorang ni semua fans Haziq. Perasaan tak baju aku, baju En Hendra and baju anak abg ngah aku sama2 hijau. 5 helai baju tu kakak aku belanja...so termasuk kakak aku dan adik lelaki aku....semua sama jea hijau..SEHATI SEJIWA SUNGGUH!!1

tahniah..

Hari ini hari konvo di UKM. Dikesempatan ini aku nak ucap kan tahniah kepada my pren puan Hanani dan bloggers cik NURUL (chika) dan puan LYDIA (leedslumber) kerana ber CONVOCATION today. Tahniah atas kejayaan anda. Selamat bergembira di atas pentas dan memakai JUBAH.

Im bz today.
buat wiween nenanti free akak buat TAGGING tu..tq ek..

Monday, August 11, 2008

Hari ini..wat kerja..makanan hari cuti aku..

Hari ini...aku tidak dapat nak mengikut rentak MONDAY BLUES. Ada beberapa perkara perlu aku selesaikan hari ini. Idak lah penting sangat pun. Tp aku rasa aku perlu isi dengan betul waktu kerja aku di hari isnin yg aku tiada kelas. Internet mengong di office aku since pagi td. So aku terpaksa berkereta ke building depan...berkereta kembali ke office..dan berkereta kembali ke office aku semula. Jauh sebenarnyer dari depan nun ke office aku yg terletak di pagar belakang company nie. Memandangkan aku telah tertinggal dompet DUIT kat umah...heheh..camana tu..aku boleh bawa TAS tangan jea dengan berisikan hphone dan menda2 lain tu. Tapi duit...elek..
Aku call kak ROSINAH...ajak dia pi makan..klu boleh pinjam duit buat lunch aku or kak ROSINAH belanja kea...heheheh. Di samping tu ada perkara aku nak berbincang dengan dia mengenai rancangan aku dan En Hendra utk pergi ke TAIPING hari jumaat ni....sungguh tak sabar aku nak berjalan2 dan happy2...
Sampai office kembali da jam 2 lebih. Aku terus update notes for tomorrow. Dan berkemas2 kertas2 assignment, test, report dan mcm lagi semua student aku punya yg da tinggi lutut aku...aku pilih2 mana yg tak di gunakan lagi...aku nak buang. Tgk2 ada kertas tahun 2006 masih ada kat situ...peh lama tu.
Pastu jam 4 lebih td baru lah ada internet...terganggu weh kerja2 aku..update blog lah kejap.

Hari sabtu hari tu..sebelum ktorang kuar pi GIANT melawati utk beli barang2 dapur. Memang da pakai kan baju dulu ( tp belum t-shirt dalam nyer lagi ) kat Haziq. Boleh lepas sarapan dan minum susu..Haziq tidor semula. Sedhap benar agaknyer nasi goreng En Hendra masak utk breakfast pagi tu...sampai tertidor Haziq...ehhehe


Balik dari giant petang tu..aku bergegas masak utk lunch..masa tu da jam 3 lebih rasanyer. Ialah kami sarapan pun da nak masuk tengahari tdnyer. Kira ok lah lunch pukul 4 pm. Aku tengah nak makan kerang. Itu yg kena pergi beli kerang dulu..baru lah aku masak. Kejap je masak petang tu..masak menda simple jea. Masak nasi..pastu tumbuk cili api + bawang putih + halia. Masukkan kerang yg da dibasuh bersih bersama semua yg da di tumbuk..pastu masukkan jua kicap masin + kicap manis + kicap tiram. Tutup periuk..dan biarkan kerang masak. Aku mmg suka sangat makan kerang masak cina nie. Resepi dari kakak aku...yummiee. Pastu goreng sayur. Kejappppppppp jea..semua da siap.
Aku konon2 nyer makan sikit jealah kerang tu...kononnyer lagi leh buat lauk malam. Rupanyer En Hendra telah memakan semua kerang2 tu...tanpa aku sedari.........Kesudahan nyer hari ahad...aku masak sekali lagi lauk kerang tu....puas hati tul..
Malam tu aku goreng pisang jea...pisang tanduk. Panjang tul..pisang tu..Sebiji pun da cukup utk stu pinggan. Aku bukan pandai pun menggoreng pisang sebenarnyer..tapi guna tepung adabi tu...mudah tul..
Sila ignorekan minyak2 ditisu bawah pisang yg telah selamat digoreng tu..tima kasih.

Sarapan kami sekeluarga pagi Ahad baru ni. Mee goreng....Aku suka mee kuning brand IBU ni...lembut jea mee nyer.

Friday, August 8, 2008

meeting jea klu hari jumaat..

Hari ni department meeting dari 9 am until 1 pm. Campur sekali makan durian ramai2 lepas habis meeting tu.
Pagi td aku syok sekali kerana tgk stall tempat selalu aku beli nasi lemak masih buka lagi. Aku keinginan sangat nak makan nasi lemak kerang. Memang aku ni suka sangat makan kerang. Sampai2 situ..akak tu cakap kerang da habis..orang yg sebelum aku tu da amek last lauk kerang. Ahhh kecewa nyer. So aku cuba lauk sotong samballah. Apa2 pun boleh lah..asal nasi lemak akak ni..sedhap....sambal dia pun sedap. Stall akak ni kat depan stesen minyak MOBIL sebelum toll mines.
Petang ni pun x dpt nak buat aper2 pun sebab jam 3.45 until 5 pm gitu ada sharing session. As a result satu kerja pun tak dapat buat hari ni.

Malam td En Hendra belanja makan ikan bakar kat melawati sempena birthday aku. Sungguh nyaman dan gembira dalam hati aku makan atas belanjan suami tersayang. Ini kiranyer kali kedua KAMI makan kat situ. Yg syoknyer makanan kat situ ordernyer cepat. X perlulah nak tunggu lama2. Kami makan sotong, ikan kerapu, telor bungkus dan sayur campur. Minuman pulak, aku minum air kopi panas dan En Hendra serta Haziq minum air tembikai. Ya ALLAH punya lah kenyang sangat lepas makan tu. Mmg macam nak tertutup mata ni. Sampi rumah aku layan movie..ntah taju kaper ntah..En Hendra burn citer tu. Haziq pulak sesambil tgk movie tu tertidor dia. Kekenyangan sungguh. En Hendra lepas format pc terus join aku depan tv. Habis jea movie tu terus aku tidur....kenyangnyerrrr..

Thursday, August 7, 2008

Happy birthday to me..

Erm da jam 1.45am..x leh tido lah. Bak kata En Hendra..

"tahulah hari ini BIRTHDAY u...x akan lah sampai x boleh tido"

hehehehehhe. Memang x leh tido..tp habis wat post ni aku tidorlah. Seronok dapat kiss kat dahi dan pipi dari En Hendra dgn mata yg da tutup sebb dia da tidor..tapi aku kejut dia suh ucap birthday kat aku...heheheh

Hari ni 7876 birthday aku yg ke 32 tahun. Alhamdulilah Allah bg aku nikmat panjang umur hingga ke hari ini. Syukur pada umur macam ini aku da jadi ISTERI dan IBU. Tapi aku lahir jam 9 lebih malam. Pada tahun 76 tu aku lahir di hospital besar melaka. Wlu pun separuh adik beradik aku lahir dis'pore dan separuh lagi lahir dikuala pilah..tp naper ek aku sorang lahir dimelaka. Emak kata masa tu abah kerja dimelaka..tp mmg da nak ditukarkan kerja di kuala pilah. Dah aku tak sabar2 nak melihat dunia yg indah ni..maka lahirlah aku di melaka tu. Dan lahir nyer aku tu..lepas tu family aku pindah kekuala pilah. Idaklah family aku duk lama kat situ.

Semalam tu internet MENGONGgggg. Dan aku pulak kurang sihat..kepala berat sangat..sakit. Perot pulak sakittt...bukan kena cirit birit ke...bukan kena sengugut ke..tp amat sakit...Selera makan pun x de. Cuma dapetang tu aku ajak En Hendra pi pasar malam kat maluri..sebab aku nak makan nasi kerabu. So itu lah start aku makan semalam. Siang nyer tu aku cuma minum MILO O dan petang pun minum MILO O.
Hadiah dari En Hendra...insyallah dapat hari jumaat atau hari sabtu...kitaorang satu family nak pergi bandar Txxxxxx...insyallah...En Hendra ada hal perlu kesana.

picture birthday aku tahun lepas. masa ni kira baru2 gak habis berpantang lepas bersalin. dan hari tu Haziq selamat keluar dari hospital kuala pilah selepas warded 3 hari. melihat Haziq sihat merupakan HADIAH paling istimewa harijadi aku yg ke 31 tahun.

oKIES LAH...nak tidor da.

Tuesday, August 5, 2008

da besar da..

Hari ini kelas dari 2pm until 5pm. Tapi tak banyak menda nak cover dalam class today. Mungkin habis kelas awal and bagi students assignment II.
Anak buah aku cakap, mulut Haziq ikut macam En Hendra dan hidungnyer ikut macam aku. Dan lagi anak2 buah kakak ipar aku duk cakap Haziq da lain muka nyer dari kecik compare sekarang nie. Diaorang kata Haziq da hensem...aduh..bebudak2 tu iyo2 jea. Memang da nampak sangat Haziq sekarang ni klu merenung orang sama sebijik macam En Hendra. Mana la tumpah nyer nasi klu tidak kelauk. heheheh..Lunch aku hari ni sungguh sedap..nasi + udang masak sambal + tomyam ayam + terung sambal =rm 3.80.

Monday, August 4, 2008

Formula Haziq.....paper font size..

Pedisure free samples from my sister. Sebenarnyer my sister dapat menda tu utk anak dia Aezad. But Aezad mmg x de masalah dengan makan. Dia ok jea. Anak aku si Haziq yg sekarang nie tak nakkkkkkkkkkk makan. Kira kurang amat selera makan dia. Tu yg kakak aku bg samples tu kat aku. Masa balik kg baru2 ni pun emak aku tegur naper lah pipi cucu kesayangan dia ni da kecik..tak tembam da. Cian Haziq..tak selera makan yea. Da macam2 aku and En Hendra bagi kat Haziq makan. Semua nyer di makan mula2 jea. Pastu di tolak keluar dari mulut dia. Tapi Haziq suka makan fries dan x akan lah setiap masa nak bagi makan menda tu jea kan. Pastu lepas fikir semula..kami beli semula formula Progress Gold step 3 utk Haziq. Wlu pun harga nyer da naik rm5 dari biasa..x pe lah. Demi utk kesihatan dan pembesaran anak tersayang dan yg terbaik utk Haziq. Confirm klu beli kotak 700 gram bersamaan 5 kotak permonth.


Ni satu hal lagi. Memanglah seronok dan mudah buat kita sekarang ni klu baca berita harian dan banyak suratkhabar lain. Ialah saiz nyer da di kecikkan. Mudah nak pegang dan di bawa kemana2. TAPI...ahah..ari tu emak aku complaint kat aku pasal surat khabar ni. Ialah aku pelik gak..klu uncle cino tu anta paper pi rumah aku..dan klu emak yg terima...sure nyer emak pilih UTUSAN MALAYSIA...tapi klu abah pulak yg terima sure nyer abah pilih BERITA HARIAN. Apa sebenarnyer berlaku nie...bising emak pasal hal nie. Memula aku tak tanya lah naper. Bagi aku yg saiz kecil lebih memudahkan. Tapi rupanyer...kecian aku kat emak. Emak cakap dia da jadi SUKAR dan sakit kepala nak baca paper. Saiz yg kecik menyebabkan kan emak kurang nampak tulisan2 nyer dan perlu tgk betul2 kat paper tu. Sedih aku dengar keluhan emak. Ermmm...ialah akibatnyer kuranglah emak membaca paper klu abah yg pilih berita harian. Wlupun emak da pakai cermin mata utk baca..tp ialah umur emak da 65 tahun. Penglihatan da kurang tajam...semestinyer emak nak saiz tulisan klu boleh yg besarlah.
So camna sekarang ni..mmg perubahan adalah utk memudahkan semua orang...tp camna dgn orang2 seusia mcm emak aku tu atau orang yg tidak mempunyai penglihatan yg kurang tajam da. Menda2 ni da mendatangkan kesusahan pada mereka. Wlu abah da umur 71 tahun..tp abah still ok nyer baca menda saiz kecik nie..but pity to my mom..


Ish En Hendra da tido dr td lagi dgn Haziq. Itu yg aku syokkk update blog memalam kat umah nie. Erm dia da janji nak tgk HANCOCK malam nie. Dia da burn gambar cantik nyer td. Ok lah nak seronok2 ngan suami tersayang sesambil nonton movie. Sweet dream kat my Haziq.

monday yg ok lah...

Erm amat kebengongan utk UPLOAD IMAGES kat blogger ni. Da 2 kali cuba upload tak dapat pun..so x de mood da nak citer aper2. Hari ni kerja macam biasa jea. Duk buat kerja hantar surat sana sini jea. Isnin mmg tak de kelas. Cuma student datang jumpa utk bertanyakan masalah assignment dan calculation utk report laboratory. Lunch td aku kuar pi beli Haziqnyer PEDISURE perisa COKLAT. Kerana Haziq amat tidak mahu makan..selera pun kurang jea. Itu yg aku cubakan dia minum susu PEDISURE tu. Ada 7 FREE samples pedisure KAKAK aku bagi kat aku. Berat 45.7 gram setiap satu gitu utk Haziq cuba. Alhamdulilah dia suka. Itu yg hari ni td aku pi beli yg perisa coklat.
Penat sungguh badan aku bila nak tidor malam td. Apa tak nyer mana penat kenduri ditambah lagi penat pi PC FAIR kat KLCC sesampainye kami dari kg semalam petang tu. Kami makan tengahari kat RnR seremban petang tu. Lapar da..gerak dari kg dalam lepas zohor. Masa tu perot masih kenyang lagi sebab makan mee goreng masa sarapan. Tapi masa dekat2 sampai RnR tu perot mcm da lapar. Jam dekat da pukul 3 rasanyer. So makan nasi dengan lauk lebihan kenduri. Lauk udang + rebung masak lemak cili api dan kari daging kambing aqiqah. Sedhap nyerrrr....alhamdulilah...kenyang gitu..
Malam td masuk tido jam 11 lebih. Tapi aku tido kat sofa sampai pagi...bukan aper..panas pulak rasanyer malam td. Haziq tido kat comfarter dan En Hendra tidor kat katil sorang2. Bawa diri betul masing2..sebab penat dan panas...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails