Followers

Friday, February 13, 2009

update kesihatan aku..

Ni bekalan ubat aku. Ubat mata kat atas sekali tu aku kena titikkan dalam 2 titik setiap 4 jam. Klu nak dibandingkan eye more biasa tu...mmg beza dari ubat nie. Alhamdulilah lepas dapt ubat ni hari tu barulah mata aku ok sikit..klu tidak asik pedih je sebab kelopak mata belah kanan x leh tutup..as a result mata aku jadi kering.
Yg warna oren tu nama nyer KNOWFUL. Ubat ni kena makan sebiji utk 3 kali sehari. Aku ada 84 biji ubat ni dalam kotak tu dan aku perlu habiskan. Ubat ni utk tolong active kan semula urat saraf dimuka aku yg bengkak dan tersimpul akibat virus. Yang warna putih tu ialah vitamin NEUROBION dan kena makan sebiji jea sehari. Vitamin tu ada 84 biji juga. Semalam aku ada appointment ngan Dr Lim tu..dia sekadar nak tgk progress di muka aku. Lepas tu petang semalam aku start terapi semula. Aku kena buat 4 kali lagi terapi dimuka lepas discaj dari hospital hari tu. So semalam aku buat sekali..and the rest insyallah buat next week.

Semalam masa terapi tu..aku terfikir nak tgk menda yg CAJ kan ELECTRIC kat muka masa terapi selalunyer. Ooo gitu rupanyer alat tu. Ada 4 spots klu x silap aku diletak kat muka aku dan setiap tempat tu akan diberi getaran selama 5 minit. Lepas habis proses tu muka aku di urut utk betulkan semula urat dimuka.
Tapi mmg lepas terapi..badan rasa sgt letih.

Aku bersyukur pada ALLAH sebab diberi rezeki utk aku mampu menerima rawatan di hospital swasta@pakar. Sekurang2 nyer semua rawatan utk penyakit aku ni dapat di buat cepat.
Aku mmg terfikir klu lah orang lain kena penyakit cam aku nie..lepas tu x mampu nak pergi hospital swasta..camna kan.. Memang dihospital kerajaan ada rawatan yg sama...tp..mesti kena ikut giliran..saper yg warded dahulu dari kita. Sebab setakat ni..bg aku lah..rawatan terbaik utk sakit nie ialah terapi ELECTRICAL STIMULATION ni disamping kena rajin buat exercise memek muka yg telah diajar. Sebab urat2 yg bengkak tu bukan simply leh urut jea. Kena orang yg tahu jea leh wat menda2 gini. Memang di belakang leher aku belah kanan ari tu bengkak. Kat situ lah puncanyer urat saraf muka nie. Juga sakit dibelakang telinga aku.
Dr Lim tu cakap semalam..mungkin dalam masa 2 bulan barulah aku ni betul2 pulih.
Hari ni kirenyer hari ke 18 aku kena BP ni start 27 january hari tu. Memang aku niat nak share camna aku kena sakit ni dan update aku beransur pulih. At list semua orang leh faham aper sebenarnyer sakit BELL's PALSY nie. Nanti aku buat post kronologi dari mula aku kena tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails