Followers

Tuesday, April 12, 2011

Kari Ikan Jenahak with resepi.

the curry

Semalam-semalamnya aku masak kari ikan. Cadangnya hendak masak ketam cili api. Tapi malangnya tiada ketam di Pasar Segar. Fikir-fikir terus tukar menu, masak kari. Seingat aku, emak suka masak kari guna ikan merah. Tapi aku ini failed kalau part ikan-ikan maveles ini. So aku ikutkan sahaja kata hubby. Pilih ikan bahagian ekor dan isi sebanyak 2 bahagian. Masa bayar itu di resit tulis ikan Jenahak. Okies je lah.
Masa tengah pilih-pilih bahan rencah lain, aku terpana kejap dalam memilih halba atau halba campuran. Ish ish, mana satu pula ini. Terus-terus redah ada seorang kakak ini yang tengah pilih barang dan tanya. So dia suruh pilih halba sahaja.
Makanya aku yang memang tidak pernah-pernah masak kari ikan ini segak memilih bahan lain mengikut ingat lupa emak memasak.
Yang pasti tomato sudah habis.

Cara memasak, sonang sahaja. 

Aku beli rempah kari udang ikan baba's.
Makanya semua cara memasak sudah termaktub di belakang bungkusan.
Bagi amatur macam aku ini, mudahlah gitukan.
Tapi aku tetap campur-campur dengan cara emak masak.

Ikan itu aku basuh dengan limau.
2 kuntum Bunga lawang.
1 inci kayu manis,
5 kuntum bunga cengkih
Kupas 6 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih. Hiris sahaja.
Then campurkan 3 sudu besar ciliboh dan 4 sudu rempah kari dalam satu bekas, letakkan sedikit air dan bancuh.
Masukkan juga dalam satu sudu teh serbuk jintan manis.
Kari baba's ini memang tidak pedas sangatlah rasanya.
Selesai preparation.

Tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis.
Masukkan bawangan dan 1/3 sudu kecil halba hingga naik bau.
Masukkan pula bancuhan rempah juga ciliboh dan sedikit air.
Naik bau lagi masukkan santan, garam. Aku beli santan fresh dalam 1/2 kg. Mendidih cantik gitu, leh masukkan ikan.
In between that boleh masukkan bendi dan juga terung.
Aku perasaan terung ini memang kena lama sikit. Sebab ia lambat masak.
Then SIAP.

p/s semalam aku EL, sebab kereta aku rosak. la nie masih di bengkel. hari ini drive kereta kakak. honda jazz huhu plat WSQ XXX.

6 comments:

Eliss said...

woww kari ikan.aku asyik failed jer buat kari ni..rupanya tak taruk cili boh :P patut tak merah..hehehe

Ms Haslina said...

hikhik. aku pun 1st time ni wat kari ikan. selalu wat kari ayam n kari daging je. aku duk ingat2 camna emak klu masak.
selamat mencuba weh.

aliaaroslan said...

kalau kari kepala ikan merah, lagi meletops kak! nanti akak masak panggil saya makan eh.

Ms Haslina said...

alahai alia, lom 'terer' lagi utk tahap kepala ikan. apatah lagi ajak org lain makan sekali.
malu gitu.

velasrizal said...

wah dh ada tutorial skrg ni kt sini

Proton Satria Neo Supercharged 2011

Ms Haslina said...

dik rizal - hikhik tutorial org amatur masak.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails