Assalamualaikum dan Selamat Petang pada semua kawan-kawan.
Alahai petang-petang ini barulah ada semangat sikit untuk menulis ;))
Release penat bekerja di Mydin sahaja, bukannya ke Pavillion pun. Tapi saya tetap suka dengan cara begitu. Feeling bahagia.
Alhamdulilah ALLAH bagi kesihatan yang baek pada saya hari ini, amat-amatlah bersyukur.
Kisahnya saya ini kan kalau Isnin, Selasa dan Rabu setiap minggu sememangnya kelas, laboratory dan tutorial pagi petang mesti dalam 4 ke 5 jam total per day.
Serius sangat-sangat, saya flat habis malam tadi. Rasa macam hendak nangis pun ada juga. Semua rasa sakit, kaki sakit, kepala sakit, Aduhai mama ini. Hendak demam pun ada juga. Fikiran saya kuat berkata mungkin hari ini saya akan 1/2 day pagi atau mungkin terus offline.
Kuasa ALLAH, pagi tadi masa saya bangun dari tidur saya rasa macam segar. Mata pun terus buntang. Tiada terkedip-kedip pun. Feeling sangatlah baik sangat. Feeling rasa macam tiada apa-apa berlaku pada hari sebelumnya.
Ya ALLAH besar sungguh kuasamu.
Terima Kasih tuhan ku.
Cancel feeling hendak bercuti dan terus sarung baju color oren, sikit oren dan tudung pink bunga-bunga. Ialah saya hendak rasa good mood sepanjang hari.
Pagi tadi saya ada dalam 2 jam sahaja pagi tadi kelas. Kiranya lepas itu barulah dapat bernafas sikit kata orang kan.
Akhirnya masuk jam 11 lebih pagi, saya dengan feeling gedik plus tidak sabar terus driving sorang-sorang menujuh ke Mydin di Presint Diplomatik. Main reason kesana ialah untuk membeli sabun kulit kayu cendana saya itu. Yup, saya sangat puas hati dengan produk Mustika Ratu ini. I like sangat.
Lepas itu beli barang lain sikit.
Kemudian driving lagi terus ke Bangi pula, beli-belah lagi, sikit jugalah lagi. Sebab saya sudah planning hendak beli di situ sebenarnya. So beli barang itu sahaja then terus balik office.
Dan boleh sahaja, masuk dalam kereta lepas itu terus feeling hilang stress. Huhu.
Serius sekali lagi, saya memang stress dengan kerja pun sebelum ini. Penat.
Cerita pasal penat, sebenarnya saya ini belum lagi mengurut lepas habis pantang pada bulan May hari itu. Entahlah asyik tiada masa sahaja. Itu pun punca badan rasa tidak sedap sangat. Lenguh pun ada. Sebelum ini, memang saya sempat berurut lepas habis pantang. Kali ini memang saya rasa macam tidak cergas sahaja. Sudah saya ini memang kategori budak lembik.
Lagi satu bulan lepas saya pergi klinik sebab demam, sempat bertanya pada Doc perempuan di situ. Kenapa perut saya di bahagian peranakan rasa macam tidak selesa, bukan sakit. Saya pun story pada Doc, history saya bersalin dan anak saya ada 4 orang.
Doc jawab, orang sekarang memang kalau anak lebih dari dua, peranakan lambat sikit baik sepenuhnya. Macam saya sekarang, katanya peranakan saya masih soft. Sebab itu rasa tidak selesa. Doc nasihatkan saya supaya berurut. Dan lagi Doc kata teruskan makan/minum ubat yang di makan masa berpantang dulu. Macam saya memang pun teruskan minum rebusan akar kayu.
Doc beritahu, orang-orang dulu anak sudah ramai barulah condition hendak sama dengan orang sekarang yang ada anak dua orang. Sebabnya ialah permakanan kita yang berbeza dulu dan sekarang.
Saya tanya lagi, sampai bila saya akan rasa tidak selesa begini. Doc kata paling cepat okies ialah selepas 6 bulan.
Payday kan semalam.
Malam tadi borong sikit pampers 3 peks dan susu 1kg 4 peks.
Makluman ini adalah stoks kurang dari sebulan.
Maknanya nanti-nanti kena tambah lagi.