Followers

Thursday, March 27, 2008

ke Haziq nak jadi PILOT ????





Salah satu benda yg Haziq suka buat dulu ialah gaya TERBANG. Dia mmg suka wat gaya camtu. Siap dengan bunyi2 lagi dari mulut dia. Tak tahu dari mana dia dapat idea wat camtu. Ialah tv bukan satu kegemaran Haziq. So dr mana leh belajar wat camtu??. Gaya Haziq tu sebijik macam orang tgh training utk PAYUNG TERJUN.
Tapi la nie Haziq da tak buat gitu da.

Wednesday, March 26, 2008

troli..





Haziq mmg fav. duk kat dalam troli dari duk dalam stroller nyer klu ktorang pi shopping.Ialah..klu duk dalam stroller permandangan tak luas :)..
Picture ni taken masa bulan january 2008...umur Haziq dalam 6 bulan gitu.

Tuesday, March 25, 2008

tuesday BLUES..iye kea??

Semalam dan juga hari ini amat lah sibuk. Hari ini the whole day kena supervise and
examine <--- betul ke perkataan aku ni..final project students. Dan amat tidak seronok sekali dan juga berkali2 apabila jadual utk supervisor dan juga examiner asik berubah2. Pagi td aku da lambat sampai office. Pastu aku tgk budak2 aku duk lepak jea kat depan opis aku. Pelik gak..pehal bebudak ni ada kat sini, bukan sepatutnyer mereka berada di academic block. Rhupanyer...mmg habit seorang perempuan bujang ni yg GAYAT BERKALI2 telah menukar buat sekian kali nyer
jadual utk hari ini. Dan aku yg patut nyer bersama2 bebudak aku pada jam 10.20 am - 12.20 pm telah TIDAK SELAMAT di tukar ke jam 2.00 pm - 3.20 pm. Kecian diaorang..pepagi dtg dgn berpakaian SMART sekali utk wat presentation..tapi telah di tunda ke masa yg LEBIH BAGUS ikut kepala perempuan bujang TU!!!.

Juga hari ini merupakan DUE DATE utk menghantar FINAL marks to exam unit. Aku perlu marking 
paper SOIL sebanyak 50 keping with 4 questions per person... 
total up 200 questions to mark...
aduhhhai. Alhamdulilah paper SA seramai 70 orang da selamat
di tanda dgn tidak riang nyer kerana % student aku failed adalah 
tinggi dr yg pernah aku marking sebelum ni. Aku SEDIH tul....
Lagi nyer lagi aku perlu tanda reports laboratory yg aku x pasti 
baper banyak nyer..yg aku pasti tinggi report tu dalam 9 inchi :( ....ramai studentnyer rasanyer lebih 
100 orang.Agaknyer cukup x stock PEN MERAH aku ek....  



yummy..da lama x makan sate..alang2 keja kat area KAJANG.. kena pi makan sate nie :))

Friday, March 21, 2008

chomel ku yg berumur 9 bulan 6 hari..


Haziq tgh syok main tolak-tolak katil dia.


Itu lah kerja Haziq sekarang ni. Belajar jalan sesambil susur sofa kat umah.

Haziq potong rambut buat kali ke 2 nyer pada minggu lepas. Bukan aper
rambut Haziq da panjang sangat. Sampai cam termasuk2 jea kat telinga dia...cian tgk nyer duk cam tolak2 jea rambut tu dr telinga. Ialah budak kan...mana lah tahu nak tolak kemana rambut tu. Ditolak2 kesitu gak pergi nyer rambut tu. So pi gunting kat kedailah rambut Haziq tu..upah potong tu RM3 jea.

Adik lelaki aku bising jea bila tgk rambut baru Haziq..katanyer x hensem da Haziq with rambut baru nyer dan Haziq bukan pi sekolah pun..x leh rambut panjang. Aku jawab "ish kau ni..cian budak tu.rambut panjang sampai naik rimas Haziq dibuatnye..." Tapi as soon rambut Haziq da habis di potong..aku tgk Haziq cam nak masuk ASKAR pulak..rambut recrut tul..:)

Ari tu aku ada terbaca kat blog saper ek..pasal camna nak bagi anak cepat berjalan. So aku apply benda tu kat Haziq. Memula aku bagi Haziq kerusi beroda utk dia practice berjalan. Amboi suka betul dia..sesambil aku
pegang hujung kerusi tu..sesambil Haziq pegang gak sambil berjalan. Oklah..

Dan suprise nyer malam td..tgh aku wit En Hendra nonton tv..tetiba aku tgk katil Haziq duk gerak2 sendiri. Confuse jap aku tgk..rhupanyer kat tepi tu Haziq tgk duk tolak2 katil dia. Dia wat sama cam dia tolak kerusi roda. Happy sungguh Haziq dgn gelak2 lagi tolak sana sini katil tu. Sambil belajar berjalan..Kejap2 je ada terlanggar dinding..ialah rumah kau kan chomel..
mana ada byk space.

Yang aku pelik nyer..aku CUMA ajar Haziq tolak kerusi jea...tetiba dia leh sendiri2..tolak katil pulak..padahal aku lom ajar dia lagi tolak katil...ialah katil tu berat kan.....bijak betul si kenit nie..ALHAMDULILAH

Wednesday, March 19, 2008

kata kepala sakit...tp ptg nyer pi kuar jalan pulak..

Semalam aku x kerja..tp sampai hari ini aku masih tak tahu nak classified hari aku x kerja tu sebagai EL atau MC..leh gitu.

Memang kepala aku sakit masa hari isnin tu..dan sakit kepala tu dibawa hingga pagi hari selasa. Dan pagi tu dr atas katil..aku decide kat En Hendra yg aku x nak pi keja..kepala aku sakit..

So aku totally bgn dari katil yg cadar nyer berwarna biru dalam jam 10 am gitu. Itu pun sebab Haziq da nangis minta di ambil dr tilam dia. Aku pun bajet yg diapers Haziq dah penuh..so nak tukar lah..rhupa nyer Haziq beak.
Aku terus bawa Haziq pi bathroom dan mandikan sekali dia.

Dalam jam 1 pm gitu..aku minta permission kat En Hendra utk kuar kejap. Aku ajak dia sekali utk temankan aku..tp dia x nak..so nak x tak nak aku kena gak keluar....so keluarlah sorang2. Sebelum keluar aku da gorengkan telo mata dan masak nasi utk lunch En Hendra..juga aku da kasi Haziq mamam.

Padahal aku ni masih dalam kawasan Pandan...En Hendra da call aku 2 - 3 kali...risau tul dia pasal bini dia sorang ni. Actually aku mmg x pernah keluar sorang2 dari rumah since aku jadi isteri dan emak orang ni. Wlu pi dekat mana pun mmg mesti pergi ngan En Hendra. Tp kali nie perkara2 yg 
aku nak buat mmg 
ada yg En Hendra cam bosan jea nak join...hehehe..
Dan semalam tu aku pun jadi lah 'bujang' kejap..mmg pun..masa aku drive keta tu..mmg cam terasa aura2 zaman bujang tu...Aura masa hidup ni tidak berteman ):

* pertama aku pi anta dry celaning carpet. seminggu lepas ni baru leh amek semula.
* kedua aku pi satu kedai kat pandan jaya utk bertanyakan harga jahit baJu kurung...pehhh..rm60 hinggit...gila pea..aku tak pernah anta baju kurung gitu harganyer. ialah dah lah aku hari2 pi kerja pakai baju kurung..x ke membazir aku nak pi anta jahit baju mahal gitu..lain lah klu aku pakai baju kurung sebulan sekali...itu lainlah..
*so atas sebab itu aku terpaksa pi jumpa kawan aku..untuk anta kain baju kurung aku..
dan klu nak jumpa dia aku kena pi SOGO..ya ALLAH..malas nyer aku nak jalan2 sampai masuk KL..
tp..last2 aku pegi gak..15 minit jea aku da sampai parking keta kat SOGO dari umah aku..
then bagi baju kat kawan aku...
*ketiga aku mmg tgh cari purse baru...purse aku ni da perlu di ganti..lama bangat da purse tu berbakti kat aku..usha line purse kat SOGO..x kenan nyer..
*singgah JJ maluri..usha purse lagi...ish..aku mmg x geti beli brg sorang2..i need En Hendra..so lain kali aku dtg lagi JJ with En Hendra...tp aku ada lah beli compact powder n lipstic baru...
murah jea..
*keempat aku pi Paragon shopping complex..pi amek gelang tangan aku...gelang tu putus..so pi anta 
kedai wat sambung semula..sambil tu sempat beli barang dapur sikit...

Dan akhirnyer aku selamat sampai kat umah...cam seronok jea kan..jadi orang bujang wlu pun berapa jam saja.
Aku terus prepare for dinner pas tu...SUP SAYUR CAMPUR + TELO dan SAMBAL UDANG + REMPAH KARI...

aper2 hal...aku ucapkan bebanyak tima kasih kat En Hendra sebab bagi aku kuar sorang2..wlu pun selang baper minit mesti dia call aku..tanya aku kat mana...muahahahah..

Monday, March 17, 2008

kerja ari sabtu

Hari sabtu hari tu aku kena kerja 1/2 day. Aku mmg kena kerja pun hari tu..So aku leh dapt replace 1/2 day cuti yg bila2 leh aku guna kan nanti. Tapi habis kerja dalam jan 12 pm gitu..mata aku ni da ngantuk bangat. Cepat2 aku pi masuk opis..on kan aircond..dan aku tido tido until 1 pm. Itu pun aku rasa amatlah payah nak membuka mata...pedih..masih ngantuk lagi. Dan En Hendra call pulak..dia suruh aku balik..udah2 lah kerja tu...wlupun sbenarnyer aku bercadang utk teruskan keja until 4.30 pm. Bila suami da suruh balik...jgn lah nak dosa..pi melawan arahan..so aku pun kemas2..off aircond...punch card dan broommmm..

Sampai umah rhupanyer En Hendra telah membuat perancangan utk pergi nonton movie....10'0000 B.C. Memandangkan da ada BABY SITTER utk Haziq..kami bercadang cuma pergi menonton movie pada kawasan berdekatan jea. Yang menjadi pilihan ialah MBO kat galaksi ampang. Jauhnyer cuma kurang 10 min dari umah aku. Aku kuar umah jam 3.30 pm..jam 6.20 pm da sampai umah semula. Ialah baby sitter Haziq..adik bungsu aku da pesan supaya jgn balik lewat. Adik nak pi One Utama nak pi beli jaket...

Aku gi nonton with adik bungsu En Henda sekali. Rasa cam pi tgk tv jea..ialah pi kuar umah terus tgk wayang..abih nengok wayang terus balik umah...itu jea.

Citer wayang tu ok lah juga...kirenye utk mengisi masa sedikit lapang kire ok lah -
Pasal D'Leh (Steven Strait) yg nak selamatkan teman wanita nyer Evolet (Camilla Belle) yg ditangkap. So citer ni tunjukkan bagaimana perjalanan hero nak selamatkan heroin.
Juga aku cuma terfikir..citer ni kononnyer nak merungkai misteri mengenai PIRAMID n SPINX..entahlah orang putih ni...mcm2 kat kepala diorang nak wat solution pasal misteri alam ni.....pengarah nyer ialah si Roland Emmerich.

my HAZIQ da umur 9 bulan




15 mac baru ni Haziq da selamat masuk umur 9 bulan. Alhamdulilah da besar lagi si kecik nie. Erm antara perkara baru haziq da pandai buat ialah -

* Turun dari katil atau sofa sendiri..Haziq turun kan sebelah kakinyer dulu..pastu bila kaki tu da sampai kat lantai..he slowly turunkan other leg...bijak tul si kecik ni..So klu tempat tu tinggi..dia nangis lah minta orang lain turunkan dia..bijak bijak..
* Kuat sangat 'cembeng' aka merengek minta di dukung selalu. Bukan aper, Haziq prefer main2 kat lantai rumah..so dia boleh lah meronda2 satu rumah sendiri. Tp bila aku n En Henra tgh sibuk buat kerja kat umah...kami terpaksalah letak Haziq kat dalam katil dia supaya dia x pi main sendiri2. Itu jea yg buat dia selalu merengek jea. Kekadang aku terpaksa gendong aka dukung Haziq klu aku tgh kemas rumah, wat susu dia....anak anak...
*Berjalan riang ria sorang2 menyusur tepi katil atau tepi sofa sambil nyanyi benda yg aku x faham butirnyer. Nampaknyer insyallah x lama lagi Haziq da nak berjalanlah.
*Masih amat kuat minum susu dan juga hanya suka makan plain rice.
*Masih punyai patern tido yg sama seperti sebelum nyer. Haziq klu nak tido mesti nangis..so kami selalunyer mesti sapu vick kat hidung dia...pastu tepuk2 manja montot Haziq dan juga perlu picit2 leher dia, kaki juga bahu nyer. Itu je acara nak tidokan Haziq....

Picture kat atas tu taken masa Haziq berumur 3 bulan.

Hukum Wanita Kerjaya

Aku mmg suka membaca,ialah buat penambah ilmu. Td masa duk jejalan kat dunia tanpa sempadan ni, aku terjumpa blog ni....pasal hukum wanita bekerja..aku cuma baca sepintas lalu. Untuk baca sepenuhnyer aku lom sempat lagi..so aku cut n paste masukkan artikel ni kat blog aku. Nanti bila ada masa..leh lah baca. Tq to En Zaharuddin Abd Rahman for sharing ur good informations..
http://www.zaharuddin.net/

Hukum Wanita Kerjaya
Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.
Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )


Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)


Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له

Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi
Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.
Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.
Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.
Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.
Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.
Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )

5) Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.
Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan

Kesimpulan saya
Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.

Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.



Friday, March 14, 2008

gambar da lama..tapi aku baru dapat tgk..

Memandangkan ramai sangat cameraman masa wedding day aku dulu, ada CD wedding aku yg baru aku dapat. Bukan aku x pi ambil kat diorang..tapi sebab diorang2 tu jauh nun....mereka2 semua tu ialah cousins aku kat s'pore. Diorang2 semua tulah yg tukang ambil gambar masa wedding day aku dulu. So sebenarnyer aku mmg tak tahu ada baper cameraman masa wedding day aku tu. :D. Baru2 ni yg aku balik s'pore tu lah salah sorang cousin aku bagi CD wedding aku..sambil gelak2 cakap.."sorrylah kakteh...dah ada Haziq..baru nak kasi CD pictures wedding"...Ada pictureS aku letak kat sini...

Aku suka pinture ni. Kerna semua orang tengah gelak..tp aku tak hingat psal aper lah. Dan suprise sekali..abah aku (pakai melayu warna biru) leh join gelak sekali. Abah mmg jarang join gelak tawa nie......

With duit hantaran...Senyum sokmo...ialah saper x gembira kerna duit tu hasil simpanan kami berdua. Apa kelas kawin mintak duit parent utk wat hantaran!!!!! Kepada yg nak kawin tu..cuba simpan duit sendiri bersama utk wat duit hantaran. Dari situ da nampak yg kamu kamu tu da start belajar BERKONGSI HIDUP.

Posing time kat bilik pengantin...

Blogging problem..again..

Past few days..aku ada problem with my posting and im trying to find the solution from searching similar problem at Blogger Help Group. There came out with several solutions and i find that below solution finally fixed the problems. I only using I and II solutions. :d.

problem -

on May 28, 10:53 pm, zamchick wrote:
Help! I was publishing just fine and adding photos with no trouble. I
stopped posting for a couple of months and when I returned to post
there is no option for adding photos. I have no post editing toolbars,
no icons for adding photos and I am stumped! What is going on? I even
started a new blog and have the exact same issues. Please someone help
me. The only thing I can now add to my blog is text.

solution -
Bypass, or Clear, Your Local Cache
In every Blogger forum I read, you see occasional complaints
I just made changes to my blog. Other folks can see my changes, but I can't. What is the problem?
The buttons on my Post Edit toolbar / my Navbar won't do anything. Help!!
The problem is quite simple. Portions of your blog, and of every other website that you've accesed recently, are stored locally, on your computer. The next time you access that blog or website, your computer won't have to waste your bandwidth downloading the same files. Have you ever noticed that the first time you visit a new website, you computer seems to run slower than subsequent times accessing that same website? This is not your imagination.

In some cases, as when you make changes and can't see those changes immediately, this is not a good thing. Until a file reaches a certain age (sits locally on your computer for a while), your computer won't even bother to check for its update. Your friends will see the changes, but you won't.

The cache is the local content of the web pages themselves. Many web pages also store settings locally on your computer, in cookies, that control how you use those web pages. Cache and Cookies complement each other, but don't confuse them - they are not the same. The Blogger: ServerID cookie, which you are instructed to clear when you have Error 500 and similar problems, is well known.

Cache can be an issue depending upon how you login, and also what web address you use to access blogs.

There are several solutions, to make sure that what you see on your computer is up to date. They vary widely in effect. Understand the differences.

I. Clear Your Cache
The most drastic step is to clear your cache. This will remove all temporary Internet files, for all web sites.
In Firefox V1, from Tools - Options, find Privacy - Cache. Select Clear Cache Now.
In Firefox V2, from Tools - Options, find Privacy - Private Data. Check the Settings, and make sure that Cache is selected in the Clear Private Data list. Then select Clear Now.
In Internet Explorer, from Tools - Internet Options, find Temporary Internet files. Hit Delete Files, then OK.

As you revisit each web page (not just the current one) in the future, each previously cached file must be reloaded. Depending upon the size of your cache, this may make a significant difference in your browsing speed. If you do a lot of web surfing, you will learn not to clear your cache, except when you truly need to do so.

II. Refresh This Web Page
Or, you may force a refresh of this page. Hit the F5 key, or hold down the Shift key and hit the Refresh button in the browser toolbar. This will delete just this web page, and all files associated with it, and reload each again into cache.

III. Dynamically Call The Server
Finally, you can temporarily ignore what's in cache, by adding a "?" to the end of a target URL. You might access this web page, for instance, as (I added a space in the middle of the URL, to allow the string to line break, and avoid another post / sidebar alignment problem).
http://bloggerstatusforreal.blogspot.com/ 2006/08/bypass-or-clear-your-local-cache.html?
When you add a "?" to the end of the URL, you are asking your browser to make a dynamic call to the web server. Dynamic calls (aka active server code) are not cached, they have to be evaluated, each time that you load the URL, by the browser contacting the web server. This may or may not reload all files associated with the web page. It won't change what's in cache, everywhere.

The latter may be a significant point to you. If your ISP caches files locally, to improve performance for its customers, and you reload your cache or a single page (procedure I, or procedure II, above), you may reload from your ISPs cache. If you reload your entire cache, after dynamically reloading one web page, you could reload an older copy from your ISP. If you saw a new web page when dynamically loading the page (procedure III, above), you'll take a step back in time when you load the ISPs cached copy.

Try each solution, and find out what works for you. But be aware of the differences, and only clear what you need to.

Thursday, March 13, 2008

jejalan jalan masa pregnant dulu


Masa tgh pregnant suatu masa dulu.Tahun lepas jea pic nie,picture ni masa kali ke dua (2) aku with En Hendra pi JALAN2 jauh sikit as husband n wife.Pi JB jea dan tido sana semalam. Sempat gak pi jalan2 shopping sikit dan makan kat STULANG LAUT.Rasa cam terimbau kembali kenangan zaman study kat SKUDAI dulu. Masa ni masih dalam MOOD PENGANTIN BARU lagi..:x

Trip yang pertama (1), pergi Port Dickson. Sama gak tido semalam jea. Tapi puas sangat dapat mandi laut. Malamnyer pulak makan ikan bakar....peh mmg sedap sangat...sampai kena gastrik aku malam tu. Ialah da lah tgh early pregnancy + makan pedas sangat. Berangin2 perut...:D.
Siap aku puji kat owner kedai tu..."makanan mmg sedap dan murah pulak tu".

jgn ajar diri anda cepat hangin kat orang...

Alhamdulilah...tu ayat pertama aku sebut dalam hati pagi td. Aku jaga exam pagi td kat room utk duration 2 hours. Sepatut nyer aku ni di duetkan ngan Mrs J..tetiba bile aku sampai room tu aku tgk Mrs S yg ada..tgh susun2 kertas. Aku masuk room macam biasa dan join dia wat kerja.

Kisahnyer begini...selama2 ngajar semester baru ni..akunyer kelas kat room 2xx ni. Setiap kali aku masuk kelas tu masa kelas kau kul 1pm. Sudah semestinyer white board dalam kelas tu masih di penuhi dgn lecture kelas sebelumnyer. Padahal da stated kat tepi board tu.. SILA PADAM SELEPAS DIGUNAKAN..dan mereka2 yg telah menggunakan kelas tersebut rhupanyer tidak tahu membaca !!!!! mereka terus keluar dr kelas tersebut setelah habis ngajar. Dan aku yg masuk kelas tu lah jadi TUKANG SAPU PAPAN PUTIH..leh gitu. So one of the lecturer tersebut ialah Mrs S tulah..:D..Sebenar nyer sampai satu tahap aku mmg dah angin gak..kerana aku da lah penat naik tangga 3 tingkat...pastu kelas yg aku nak ngajar ni mmg aku kureng suka sangat studentnyer..dan aku kena drive lagi dr opis aku utk sampai ke kelas tu...juga lagi kelas tu ialah hari isnin..So monday blues lagi..Camna aku leh sabar klu beberapa kali bila aku sampai kelas tu..WHITE BOARD SO SUCKING...

Tapi syukur pada ALLAH..kurnian tahap kesabaran aku boleh dikatakan tinggi gak. Aku leh sabar jea...padam kan white board tu. Ialah nak atau tidak aku perlu padamkan jugak..kerna aku nak nulis gak kat situ. Mana ada lecturer leh wat kerja tanpa tulis2 kat board. Hingat aku bagi ceramah kea klu masuk kelas.

So bayangkan klu aku da pi hangin2 kat Mrs S ari tu...tak ke AZAB aku masa jaga exam td. Mesti Mrs pun nyampah tgk muka aku kan.
Seronok nyer td aku bagi Mrs S tu kuar jap masa jaga exam..tp dier pi kuar lama pulak..last2 dia masuk room tu..terus dia kata kat aku.."Awak leh baliklah awal..sebab saya da amek masa kuar lama td". So aku yg mmg da lapar TAHAP GABAN terus pi balik opis dan mamam mee hoon goreng...

MORAL OF THE STORY - aper2 hal wlu camna rhupa dugaan yg ALLAH bg pada kite...cuba lah terima dengan seadanyer...kerna di akhirnyer nanti ALLAH pasti bagi ganjaran yg AMAT SETIMPAL..x yah tunggu lama..kejap je da dapat...dan itu lah yg aku dapat hari ini..tq ALLAH..

Wednesday, March 12, 2008

How Addicted to Blogging Are You?

60%How Addicted to Blogging Are You?



aku lom gila rhupa nyer :D...

P/S tq ek
http://sumthingsacred.blogspot.com/

klu memalam kat umah..

Semalam aku sampai umah dekat nak jam 7 pm rasanyer. Padahal da punch card kul 6 pm..pastu on the way nak pi kat kereta semula terserempak dgn Mrs S..leh kami sambung citer semula pasal standard paper english yg ktorang duk jaga masa jam 2.15 td nyer..Lama gak ngomel2 berdua.tgk jam da masuk 6.20 rasanyer. Aduh terkejar2 aku pi kat keta. 
Risau aku takut lewat pulak sampai umah. Padahal malam ni da janji nak masak sup ayam wat En Hendra...Kalut2 tul aku drive keta utk balik umah..risau takut lambat..

Sampai umah..mula2 sekali kena pi cari buah hati pengarang jantung aku..nak cium dia dulu. Lepas tu baru leh wat keja lain. Tgk2 Haziq tgh tido...x kire gak...aku nak cium gak...muahhh...

Pastu terus pi masak...masak sup ayam..seperti yg di request oleh En Hendra dan juga goreng sawi..pun fav. En Hendra. Rasa nyer dekat jam 8 baru aku habis masak.

Malam td tu aku penat...not interested to know update pasal politik..so aku duk lepak2 jea dalam bilik. En Hendra lah yg tlg pilih siaran kat tv...aper nak tgk. So dia pilih citer UGLY BETTY..dulu aku x suka citer ni sebab byk sgt adegan pendedahan dari segi pakaian. X senang aku nak tgk citer2 camtu. Tp setelah sekali tu aku tertengok...aku suka pulak..sebab citer ni lawakkkk...hilang tension kat kepala aku ni tgk dialog lawak diorang. Macam citer malam td tu ....bile si Wilhelmina cakap kat Marc..I SMELL FEAR..leh ke ketakutan itu di bau...dan satu lagi masa Marc dan Amanda tgh ngumpat Wilhelmina kat toilet..tgh sedap2 ngumpat kaw2 tu tetiba leh Wilhelmina ngan muka selamba kuar dari toilet..aper lagi tegak cam patung bebudak 2 orang tu...ketakutan dgn boss diaorang yg mmg jenis makan orang tu.

Malam td aku tido awal...jam 10.30 da tidor.

Tuesday, March 11, 2008

aku mencari2..saper ek sebenarnyer Tan Sri Khalid tu n aku terjumpa ni..

PKR is expected to name its secretary-general Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as the state's (SELANGOR) new menteri besar as the party has won 11 out of the 20 seats it contested.And he won the Ijok, Selangor State seat, and for being the new Parliamentarian representing Bandar Tun Razak.

Yesterday (March 10, 2008) at 2 p.m., after his audience with DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj Ibin Al Marhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan, Tan Sri Khalid will be the new Menteri Besar. He is also expected to seek an audience with DYMM Sultan Selangor again, and then announce his team to lead the most prosperous state in Malaysia into a new era of transparent, open and accountable government.

At the press conference yesterday in Petaling Jaya, Tan Sri Khalid pledged to “embark on an open bidding system for projects…” and would “ask the Legal Adviser to enact a law that will enable the state to give the public the right to information.”(The New Straits Times, March 10, 2008). He is not a man who will mince his words, having been trained by his mentor, the legendary Governor,Bank Negara Malaysia, Sime Darby Group Chairman, and Permodalan Nasional Berhad Chairman, the late Tun Ismail bin Mohamed Ali.

Tan Sri Khalid is Chairman, Amanah Millenia Fund Berhad and Board Member of SIRIM Berhad, Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia, Malaysian Institute of Economic Research (MIER) and National Productivity Centre (NPC). He is also Executive Committee Member of Unit Investment Fund and Member of the Financial Engineering Forum, Jeddah-based Islamic Development and an Alternate Member, APEC Business Advisory Council (ABAC).

University of Malaya trained Economist, Tan Sri Khalid also holds a Master in Business Administration (MBA) from The Univresity of Queensland, Australia. He served as teacher, credit officer and financial analyst, Chief Executive, Permodalan Nasional Berhad and Group Chief Executive, Kumpulan Guthrie Berhad (until 2003). He is an Eisenhower Fellow and the recipient of The Business Times-American Express Malaysia CEO of the Year Award (1998) and the University of Queenland International Alumnus of the Year Award (2001).

copy from Din Merican
http://dinmerican.wordpress.com

ish kerja ni ada je lah..orang nak baca update politik pun x senang..:-"

Budak2 aku da start exam semalam. Insyallah paper yg aku ajar akan diaorang ambil esok..dan satu lagi hari sabtu ni. La nie mmg aku sedikit kelam kabut..sikit jea..x banyak mana pun. Ialah aku datang office mesti duk baca update POLITICS kat internet. Pastu budak2 aku asik datang tanya pasal CARRY MARKS....aduhh..Diaorang mestilah nak tgk markah akhir sebelum masuk exam. Markah buat penaik semangat....Aku terus terang jea dgn diaorang yg aku bukan byk keja pun la nie...tapi aku duk baca perkembangan politik kat internet. Nasib diorang pun ok jea ngan jawapan aku tu. Tapi lepas diorang balik tu..aku fikir baik aku selesaikan kerja aku dulu..daripada duk asik ngan MUKA2 BARU YG NAK JADI ORANG BESAR kat m'sia ni. 

Dunno naper kali ni aku sungguh2 betul nak tahu pasal POLITIK kat M'sia 
ni...mungkin kerana faktor UMUR aku yg da bertambah atau kerana aku 
da 3 x pi ngundi atau
kerana MENANTU PM menang kerusi PARLIMEN <--------- wehhh x kuasa aku...wlu aku ni orang NEGERI SEMBILAN...mengikut ADAT N9..
hanya EMAK MEREKA YG LAHIR DI N9..baru di katakan orang N9..TAPI emak MENANTU PM tu orang P.PINANG...so camna tu..?????????

Walaupun lecture da habis..bukannyer leh goyang kaki jea kat opis ni. Tu hah..banyak gila REPORT lababoratory student nak kena marking. Pastu nak KEY IN markah lagi. Aduhaiii........
Pastu lagi...kena gak invilating exam diaorang...ermmm..Petang ni aku kena bertugas lagi. Jaga exam...3 jam tu..

p/s tadi aku sms adik aku yg keja kat JPJ putrajaya..tanya dia..ada kea aper2 update pasal citer politik kat sana...adik aku jawab " Xdo apo pn stakat ni. Urusan krajaan sprt biasa"...


Friday, March 7, 2008







Alhamdulilah..setelah bertahun2 lamanyer rumah aku yang chomel diterangi dengan lampu biasa2 - lampu panjang - aje kat siling nun..semalam rumah chomel ku da ada 2 lampu bulat baru. Satu letak kat living room and other one at our
bed room. Insyallah ada duit lebih nanti leh pasang kat 2 bilik lagi dan dapur. 
Before ni mmg guna kipas meja je utk everyroom dan kipas dinding kat ruang tamu. Kipas pun gitu gak beli kipas siling baru.

Seronok tul semalam masa balik dari office..rasa cam ceria ja suasana dalam umah. Dan malam tadi kami satu family asik duk dalam bilik jea. Sampaikan tgk tv pun dalam bilik. Hehhehe..
Semua tu hasil usaha En Hendra aku yg ditugaskan sebagai Menteri Kewangan rumah kami. Bijak sungguh dia wat kira2 utk kami. Iyea lah lagi pun harta sepencarian kami berdua idaklah besar sangat pun. Tapi alhamdulilah..berkat rasanyer rezeki tu. Dan juga mungkin itu rezeki Haziq gak.Klu bagi aku pegang semua duit tu..mmg sah fail. 
Aku mmg x pandai urus duit...hancussss..

Naper x pasang aircond jea kan...???. Aku ni ada masalah byk dengan aircond ni. Aku x tahan sejuk..selalu kaki aku kejang klu sejuk sangat. Masa pregnant dulu pun aku masih leh bertahan dgn kipas jea...cuma kekadang pasang 2 kipas lah. Padahal orang klu pregnant mmg asik panas je kan..padahal aku bukan gitu...aku mmg jenis berdarah sejuk. Sebab tu x pasang aircond..lagipun kami x mampu weh nak guna benda mahal2 tu. Malam td pun aku tido jauh dari kipas siling nun. Aku sejukkkkk....cian kat Haziq dan En Hendra yg mmg nak berkipas jea. 
So aku beralah lah...

p/s...klu sesaper nak beli lampu siling dan kipas siling yg murah leh tanya aku sebab tempat aku beli ni mmg da terkenal dgn barangnyer yg murah. mmg x yah tawar2 harga lagi. kipas yg aku beli tu yg warna gold da sold out masa tu. so beli color silver jea lah.

 




Haziq's 'new car'




Ari tu masa balik kg...rhupa2 nyer abah da belikan cucu dia keta kecik tu..Masalahnyer cucu abah yg kenit2 ada 2 orang..anak aku and anak kakak aku..aper lagi adalah sesi rebut2 keta kecik ni klu masa diaorang nak main..heheheh..
Haziq tgh posing ngan keta datok kesayangan nyer belikan

Wednesday, March 5, 2008

ku sentiasa memanjat kesyukuran pada NYA..alhamdulilah





Dalam 2 hari lalu En Hendra perasaan yang gigi Haziq da tumbuh yg baru lagi. Sebelah atas,
total out gigi Haziq da jadi 4 batang.


Semalam aku perasaan dahi Haziq cam ada luka...baru lagi. Macam calar gitu, kata En Hendra, Haziq tergolek dari katil. Ya ALLAH anak aku da start jadi Superman rupanyer.
Alhamdulilah cuma calar sikit jea.

Start this month, En Hendra suggest supaya beli formula dan diaper Haziq secara bundle. Maknanyer beli semua tu utk 1 bulan sekali. Aku yg saja cakap ngan 
En Hendra ari tu pasal 
Kak Hezlina mmg beli diaper dan formula secara bundle..so itu yg kami pun rasa itu yg baik.
Tq kak with ur very good suggestion...
Klu tidak sebelum ni aku mesti terkejar2 bila balik kerja pi beli formula atau diaper Haziq yg da habis.

So the calculation ----- > 4 tins of formula x RM 53 = RM 212
------> 2 pack of diapers M size (84 pieces) x RM 37 = RM 74
------> 2 pack of night diapers M size (44 pieces) x RM 36 = RM 72
Total out ----- > RM 360 just for Haziq everymonth.
Dan itu tidak termasuk Haziq nyer new clothes, insurance, saving. But ALLAH da
tentukan semua di dunia ini ada rezeki masing2.

Maka aku dan En Hendra sentiasa perlu berusaha utk mencari rezeki yg telah tersedia utk 
Haziq tu. Kami susah senang bersama tanpa bantuan MONEY from our parent.
Sedangkan aku di limpahi kesenangan dengan izin ALLAH masa aku kecik dulu 
oleh parent aku...rasa x sampai hati dan rasa bersalah klu Haziq tidak merasa 
sama seperti yg aku telah rasa dulu. 

Sebenar nyer aku rasa SERONOK sangat kerana dapat merasa 
apa itu erti keSUSAHan
.
Mencari rezeki bersama-sama En Hendra utk kebahagian dan kesenangan kami bersama. 
Seriously aku mmg x pernah susah sebelum ni sebab MYBELOVED FATHER da 
siap kan EVERYTHING utk anak2 nyer.   

Tapi starting aku  jadi wife to En Hendra...aku sendiri yg stop kan SEMUA "BANTUAN" from my father
because i believe in En Hendra as my husband.
Wlu pun aku tahu my parent amat amat RISAU dgn TAHAP KEWANGAN aku dan En Hendra.
Mereka juga tahu aku x pernah pernah merasai susah dan mereka MERAGUI kemampuan
En Hendra sebelum ini.
Tapi sekarang ni mereka da nampak bahawa En Hendra menjalan kan
responsibilty nyer dgn BAIK. Alhamdulilah..syukran syukran to ALLAH.

p/s sebenar nyer susah atau senang bukan point nyer...tapi hati masing2 tu..mcm aku
ni mmg jenis x kisah wlu pun aku rasa susah..dan mmg MY FATHER da ajar supaya
jgn BOROS - beli barang mahal2 x tentu pasal wlu pun duit banyak - ..sebab 
tu 
dont care 
pun klu duit tu kurang kerana aku da biasa LOW PROFILE..
bagi aku KEBAHAGIAN itu bukan boleh 
di beli dengan kemewahan harta benda dunia ni...dan klu nak senang aku usaha 
SENDIRI...
kerana KEPELIKKAN perangai aku tu..mmg selalu En Hendra bising..dia PENIN
nak belikan
barang utk aku kerana pasti aku menolak...BUKAN APER..AKU
SELALU FIKIR dan mmg
da tertanam kat kepala aku ni..klu ABAH AKU
YG "SEDIKIT BERADA AJE"  TU PUN LEH LEPAK JE PAKAI SPORT SHOES HARGA RM 40 GITU...INI AKU YG BARU SECOET DUA COET DUIT DA 
NAK PAKAI KASUT NIKE...WEHHHH MALU WEHHHH !!!!!!!!!!!!!  

Tuesday, March 4, 2008

dah rembang petang sangat da nie

Hari ini waktu aku kerja kat opis da selamat sampai ke penghujungnyer. Alhamdulilah selesai da kerja2 aku utk hari ni wlu pun aku tahu esok ada byk lagi kerja aku ternanti2 utk berjumpa aku lagi. Hari ini aku balik jam 6.30 pm..sebab pagi tadi aku da terlambat masuk opis.

Hari ini juga aku da selamat menghabis kan topik subject S.A aku. Dan insyallah hari khamis budak2 aku akan amek test. Semua orang da tahu tajuk yg kuar masa test nanti. 
Topic truss dan moment distribution methods. Aku tahu budak2 aku penin kepala dgn subject ni. Tapi 
kepeningan itu
adalah satu keadilan sebenarnyer. Tidak semua yg manis itu asal datangnya adalah manis. Kerana aku sendiri dulu pun starting tahun 3 masa amek diploma, aku dapat migrain. Padahal sebelum tu punyalah kepala aku ni ok jea. Xde sakit aper2 pun. Itulah penangan nyer klu nak belajar engineering. Sakit kepala, sakit jari jemari dan boleh juga sakit kat jantung.

Tapi bagi aku lah..semua benda klu nak belajar mmg lah susah. Pokok dan pangkalnyer ialah atas diri sendiri. Aku selalu menengok perkara tu atas budak2 aku. Klu yg selalu dapat scorer tu..aku tgk diaorang tu maintain je. Semua pergerakkan dalam keadaan terkawal. Tapi klu 
yg dapat 
markah teruk tu selalu nyer kelam kabut...klu bg test..kepala macam burung belatuk x leh duk diam. Asyik tgk paper member kiri kanan jea. Itu padahnyer klu x study.

Tadi En Hendra da YM kat aku. Malam ni dia akan masakkan nasi goreng pedas special utk dinner. Ialah da aku balik lambat. Cian kat dia..lapar..so masak je dulu.

Ok lah aku perlu balik da ni. Ingat lagi zaman bujang dulu. Klu x berkumandang azan maghrib..
jgn harap lah aku nak gerak dari kerusi aku ni. Tp la nie keadaan da berbeza. Aku da jadi
ISTERI dan EMAK. Aku perlu balik awal..awal lah sikit dari dulu-dulu.
Aku ni idak lah di katakan gila kerja. Tapi klu di belek2 atas meja aku ni, byk sangat assignment, quiz dan report yg perlu di periksa. So leh tahu lah kan
tahap gabannyer atau tidak aku ngan kerja aku ni.

Bagi aku tahap kefahaman budak2 aku selalu dalam pemerhatian aku. Aku cukup risau
klu mereka langsung x faham apa aku ajar. Kerana aku
pernah rasa camana jadi student pada lecturer yg ngajar ikut kepala dia jea. Teramat lah sakit keadaan tu. Aku memang x mahu..klu boleh ...mmg tak mahu budak2 aku rasa camna aku rasa dulu.

So kena sabar bebudak2 semua klu dapat aku jadi cikgu diaorang. Assignment, quiz mmg byk. Kena tahan lah dgn aku.
Tapi yg peliknyer walaupun ramai da tahu aku ni cikgu jenis gitu..suka bagi kerja 
kat diaorang. 
Masih ramai je yg amek kelas aku..pelikkan..

chow..aku da mmg perlu pulang da nie.. 

suatu masa dulu



Haziq with En Hendra. Im missing that moment so much....

20 amalan murah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

 

orang lain buat hal satu kapal RIBUT



Mas Selamat Kastari, 45, is the terrorist who planned to crash a hijacked plane into Changi Airport in 2002. He is on the loose now, having escaped from detention yesterday.
A massive manhunt involving thousands of policemen and Gurkhas was launched yesterday to hunt him down. Mas Selamat is said to have fled the Internal Security Department’s Whitley Road Dentention Centre at 4.05pm yesterday.

Erm...Naper tetiba aku pi letak muka orang tu kat blog aku. Bukan aper..pasal dia lah aku x leh balik awal dari s'pore ke kuala pilah. Pasal dia gak tons of traffic jam kat s'pore check point arah masuk ke malaysia. Asal nyer aku nak balik kg dalam jam 6 petang gitu. Pastu makcik aku call dari area check point yg mereka sendiri da stuck around 4 hours kat check point yg asalnyer perjalanan hanya memakan masa kurang
30 minuttes. Jalan dari 3 lanes
shrink to 1 lane
..Ahhh....So ari sabtu tu aku kuar dari s'pore jam 12 malam utk
mengelakkan aku termasuk dalam kancah jemmm. Yang kecian nyer ialah pemandu lori..diaorang kena tunggu lagi lama...makan masa lebih 12 jam rasanyer...sebab kastam check detail sangat...habis semua di periksanyer.
Klu kereta pulak habis tempat simpan spare tyre pun kena buka.

Ada sedikit kepelikkan pasal camna that guy leh terlepas dari tempat itu. Aku bukan kisah pun citer psal dia. Tapi da kat umah nenek aku diaorang semua duk cerita pasal dia jea. So apa salah nyer aku citer kat sini pulak.

Gurkhas adalah security @ police yg jaga dia. Gurkhas ni pulak mmg terkenal dgn ketegasan dan kepatuhan undang2 nyer.
So camna MS ni leh terlepas pulak...pelik kan..
MS is said to have fled the Internal Security Department’s Whitley Road Dentention Centre ...
ISD ni sama cam ISA kat malaysia ni. Rasanyer x de lagi prisoner kat ISA kat malaysia ni yg pernah terlepas kan..so PELIK KAN 2X.
at 4.05pm yesterday....dan MS ni boleh terlepas waktu siang REMBANG...
pelik kan 3x
MS ni juga kakinyer tempang sebelah kiri dan di kata tidak bersenjata..so how he can ascaped just like that...pelik 4x.
Pada hari MS ni terlepas katanyer ada family dia nak dtg melawat..so on the way nak pi kat family dia tu..dia minta nak pi toilet..after 10 minutes dia x balik semula dari toilet..so diaorang pi check kat toilet dan find out MS ni da missing..

End of MS story.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails