Followers

Wednesday, November 25, 2009

Aku masih keliru tentang..


Semua orang sudah happy happy planning hendak balik kg untuk berhari raya. Tapi aku...erm masih belum buat keputusan.

Aidiladha kali ini semua family akan berkumpul di rumah rehat my uncle di Leisure Farm Gelang Patah. Semua family adik beradik emak di Singapura akan berkumpul di rumah rehat 2 tingkat. Mungkin cousin yang tidak akan bermalam di situ. Mesti mereka balik ke Singapura semula pada malamnya.
Kalau ikut 2nd link, tidak sampai satu jam pun perjalanan dari Chua Chu Kang ke tempat tersebut.
Seekor lembu buat dibuat korban kali ini untuk arwah nenek, makcik dan pakcik-pakcik aku. Tapi korban itu nanti akan di buat di kg aku sahaja.

Memang sebulan yang lalu makcik aku sudah call semua family termasuk aku mengenai planning ini. Siap kami cuma datang membawa badan dan perut untuk diisi sahaja sebabnya di pagi Aidiladha yang mulia nanti semua hidangan di sediakan secara bufet dan siap ada pelayan sekali..................syokkkknya makan makan ini. Semestinya aku cukup teruja dan tidak sabar juga untuk berkumpul beramai-ramai ini. Lagi pun hari itu masa bulan July 09, kalau tidak silap aku sudah termiss gathering ramai-ramai begini di Singapura sempena kenduri kahwin seorang cousin lelaki aku. Sebabnya aku masih termabuk mabuk dengan early morning sickness aku ini.

Masalahnya kali ini, kandungan aku sudah masuk dekat 8 bulan begitu. Dan aku pula lately ini asyik penat penat dan penat. Aku macam tidak percaya aku boleh tahan dengan long distance journey ini. Aduhaiiiiiiii.......sungguh payah untuk aku membuat keputusan.
Hendak balik Kuala Pilah pun bukan ada orang di kg.

So di manakan Aidiladha aku kali ini?

3 comments:

Eliss said...

meh ikut aku balik trg meh meh :)

selamat hr raya!!

Ina Hashim said...

well lin..jgn paksa diri.....ada org boleh,ada org tak boleh....akak ingat lagik dulu tiap weekend naik turun bas sesorang travel kl-perak..alhamdulillah, mybe akak jenis kuat kut

Ms Haslina said...

eliss ~ aduhaiiii..jauh lagi tuu..semoga selamat pergi dan balik..
selamat hari raya aidiladha...

kak ina ~ itu lah kak...kekadang mulut mmg ckp takut dan tidak larat tapi SEMANGAT insyallah kuat...

miss u..selamat hari raya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails