Followers

Wednesday, November 25, 2009

Ikan Siakap Sweet Sour with resepi.






SIAKAP SWEET SOUR
Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap [dibersihkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:

5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili boh (ikut selera memasing)
1/2 cawan air.
1/2 tin buah campur ( buah dalam tin )
gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2. Panaskan minyak dan tumiskan cili boh.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga buah campur & gula,( rasakan manis @masam nya )
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup @ cili merah dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


selamat memasak dan salam aidiladha buat semua ....

2 comments:

mamalieyna said...

Waa haslina ni kasi resepi siakap sweet sour..haslina nun kasi resepi cencaru sambal stim..ihiks..beresepi kita ari ni ^_^.. cam senang je ek, dh sembuh nnti nk buat la!

haslina said...

hehehe...sekarang ni semua mesti nak mudah je kan...

selamat mencuba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails