Followers

Wednesday, November 4, 2009

New template?

Kebelakangan ini aku memang ada niat hendak menukar template blog aku. Semacam bosan dengan yang ada sekarang. Ialah ibarat rumah kan..sesekali sesekala mesti ada perubahan untuk memberi motivasi lebih ceria untuk menulis. membaca dan mencuci mata. Masalahnya terlalu banyak free template hinggakan aku rambang untuk memilih. Aduhaiii...payah kan. Semestinya untuk mencari sesuatu yang baru mesti memerlukan waktu yang panjang. Masa aku mengadap komputer pula hanya di office sahaja. Kalau dirumah itu, semacam ada kemalasan sungguh hendak menyentuh notebook atau komputer meja. Lagi pun si kenit Haziq suka 'mengacau' aku kalau aku mengadap notebook. Kalau En Hendra duduk depan notebook, tidaklah pula dia mengganggu. Pelik kan...So as a result aku sebolehnya tidak mahu online di rumah. Lagipun tiada keperluan pun aku hendak online di rumah sebab aku sebolehnya tidak akan membawa kerja balik kerumah dan aku juga bukan 'kaki internet'. Baik aku online dengan si kenit Haziq..lagi ada faedahnya....juga ada pahalanya. Tapi kalau both of my love itu tidur..aku pun online lah...online bodoh...hak hak.

Aku ini orangnya sangatlah simple dan mudah. So sememangnya aku mahu template yang kosong-kosong dengan color yang redup...mungkin dengan background gambar yang ringkas.

To my blogger friends...sesiapa ada cara mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk aku memilih dan menukar template baru?...kalau ada lah....help me please.

6 comments:

MRS. K said...

byk eceli layput yan best dan cantik..

saya pakai ni
http://www.ipietoon.com/

haslina said...

ooo...thank you mrs k..
;)

mamalieyna said...

erm...nk cadangkan nnti tmbh confius lak nk memilih..hehe..just search je simple templete, kuar la nnti :)..slmt memilih!

haslina said...

ahak...betul tu mamalieyna...tqqq

e.l.i.s.s.m.i.e said...

simple..hurm

try tengok sini, ada yang simple dan complicated :P

http://www.giselejaquenod.com.ar/blog/blogger-templates/

tapi selamatkan dulu widget2 yang ada..hehehe..

haslina said...

eliss ~ tq yea...nenanti aku pi tgk...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails