Followers

Tuesday, November 10, 2009

MGTT testing.

Hari ini hari selasa. My baby sudah masuk ke 29 minggu. Pagi tadi aku ke Klinik Ibu dan Anak untuk membuat MGTT testing. Periksa paras gula dalam badan. Ermm sebabnya berat badan aku naik secara mendadak.

Ialah kan, pemeriksaan pada 24/9/09 berat badan aku turun kepada 60.7kg. Lepas sebulan berpuasa, semestinya berat badan aku turun. Aku pasti semua ibu mengandung turun berat badan lepas bulan puasa. Manakala pada 4/11/09 berat aku mendadak naik ke 66.7kg. Itu dia, terkejut nurse di klinik itu. Aku tidak lah terkejut sebab aku tengok tiada apa-apa pun kesan kenaikkan di badan aku kecuali perut aku yang memang BESAR. Di fikir-fikir lagi memandangkan students bercuti, aku pula asyik pergi kursus sana sini. Semestinya part makan menjadi agenda utama bila pergi kursus...sodap bila masa makan ini. Lagi aku tidak perlu naik tangga turun tangga untuk pergi mengajar. Sah-sah aku cuma duduk berehat suka ria sahaja di kala ini.
Sooo salah ke berat aku naik mendadak?

Pagi tadi itu sempat juga menimbang berat di klinik. Ahak...terkejutkan...berat aku kekal 66.7kg...bagaimanakah itu?
Harap maklum kalau hendak membuat MGTT testing ini perlulah berpuasa......aku tekan lagi...BERPUASA bermula dari 12 malam hari sebelumnya. Itu yang aku tidak suka itu!!!
Tapi aku ikut juga..aku berpuasa.

Sampai di klinik pagi tadi dalam jam 8.10 gitu. Pehhh punyalah ramai orang. Aku dapat nombor 1032. Dan mereka yang perlu diambil darahnya pagi itu aku tengok lebih dari 50 orang...aduhai. Nombor aku di panggil pada jam 9.30 pagi. Alhamdulilah masa itu perut aku kepala aku masih dalam keadaan baik. Aku berdoa sentiasa agar tidak muntah atau pening kepala. Perut tengah kosongggggg..kan.

Dibilik ambil darah, aduhai. Orang lain di cucuk 1 tempat, tapi aku di cucuk 2 tempat. Sebabnya sememangnya aku SELALUNYA diambil darah di belakang tapak tangan...bukannya di lengan aku. Sebabnya urat tidak kelihatan di lengan aku. Dan aku sudah beritahu pada nurse yang berumur itu. Bolehnya..sakit sungguh masa dia masukkan jarum di belakang tapak tangan aku. Allah sahaja yang tahu...lepas itu boleh dia keluarkan semula jarum itu. Entah apa alasan dia, aku tidak dengar. Aku tengok darah dalam jarum sedikit sangat. Dia cucuk pula di lengan aku...alhamdulilah full darah di jarum.
As s result, 2 tempat aku dicucuk. Aduhhh..

Jangan lupa ye..lepas di cucuk perlu minum segelas air panas with gula.
Ampun manisnya. Aku memang sudah cemas. Aku takut aku muntahhhhh. Aku tengok-tengok memang ada yang muntah lepas minum air itu. Muka semuanya kelat sahaja. Masa mengandungkan Haziq sememangnya aku muntah masa minum air itu. Lepas itu aku kena minum kali kedua. Itupun aku minum tidak habis.

Perut kosong+angin+gerakan anak sangat aktif+minum air panas bergula = kemungkinan tinggi boleh muntah.

Dengan nama Allah aku cuba minum perlahan-lahan. Dengan beberapa tegukkan. Selepas itu aku tidak terus duduk. Aku bawa berjalan-jalan sambil dipimpin Haziq. Alhamdulilah..im fine.
Tepat jam 11 pagi aku di panggil lagi untuk ambil darah kali kedua. Aku cerita perkara yang sama pada nurse lebih kurang sebaya aku itu mengenai tempat untuk di cucuk. Dia berkeras untuk ambil darah di lengan kiri pula. Aku malas hendak panjang cerita.

Kannnn aku sudah cakap tadi.....tetiba urat aku itu membengkak dan darah tidak dapat di ambil. Dibuang lagi darah aku yang sedikit itu.

Nurse minta maaf pada aku kerana perlu mencucuk lagi di tempat lain pula dan dia terus ambil darah di urat di belakang tapak tangan kiri aku. Allhamdulilah.
Aku rasa-rasakan, nurse ini lebih bagus ketika mencucuk. Kurang aku rasa sakit.
As a result sekali lagi. Aku di cucuk di 4 tempat hanya untuk mengambil darah. Sedangkan orang lain di cucuk 2 tempat sahaja.

Habis di klinik terus, kami pergi membeli makanan untuk lunch. On the way balik rumah...AKU MUNTAH..muntah semua air gula tadi.
Berbintang-bintang dan rasa hendak terkeluar isi perut aku.
Allahuakhbar.
Lepas makan nasi+ikan goreng+telor masin yang tidak selera untuk aku habiskan. Aku terus tidur.

Aku berdoa semoga ujian darah aku ok...amin.

5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

hehe..minum air gula ek, cam tak sggup je..mau termuntah balik tuh! seb baik time saya dl tak kena, taktau la termiss atau apa, but mmg nasib baik la takyah minum! tak snggup..huhu..

Ms Haslina said...

sememangnya pengorbanan itu dan ini kalau masa mengandung...
kalau ikutkan hati mmg tak nak nya buat...tapi fikir-fikir demi kesihatan baby dalam kandungan...di gagahkan juga...

alhamdulilah da selamat tempuhi semuanyer tadi...

baguslah semuanya selamat masa mamalieyna pregnant dulu kan...

maidatul said...

tak kisah lah akak berat naik yg penting akak n baby ok...semoga semuanya DIA permudahkan...

Ina Hashim said...

adusss...siannya lin...smp 4x kene cucuk..isk...tp akak 4 kali preggie xde lak kene minum air gul atu

Ms Haslina said...

akma ~ itulah...setakat ini memang akak rasa semuanya ok sahaja...

kak ina ~ sudah bahagian saya macam itu kak...kena terima lah...lagipun sebab check di klinik kerajaan kan..semua nyer protokol...
whuaaaaaaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails