Followers
Monday, November 2, 2009
Sambal tempe kegemaranku.
Sambal tempe...erm. Ini bukan gambar sebenar. Aku google sahaja di internet. Sebenarnya yang aku makan tengahari tadi ialah campuran gorengan tempe, ubi kentang, tahu dan pedal. Sesungguh nya aku paling suka makan lauk ini di satu kedai bergerak (lori kecil) berdekatan rumah aku. Penjualnya semestinyalah orang Indon.
Pemberitahuan..aku MC hari ini. Sebabnya biasa-biasa sahaja. Kaki kiri aku sudah 3 hari kejang, di bahagian betis. Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya aku hendak berjalan. Paling sakit ialah di waktu pagi selepas bangun tidur. Memang macam hendak menangis dibuatnya. Doc cakap itu perkara biasa bagi ibu mengandung. Yup..i know that!!. Doc bagi aku pil kalsium, krim dan juga ubat tahan sakit. Kemungkinan aku tidak akan makan ubat tahan sakit.
Sememangnya aku regularly makan pil kalsium. Juga everyday dengan minuman soya. Sometime aku minum juga susu marigold. Tidur malam aku sentiasa di temani stokin di kaki. Dan hari ini aku tambah lagi dengan minuman susu anmum.
Tapi perkara hendak jadikan. Aku terima.
Walaupun aku sakit perit di betis, aku tetap gigih masakkan En Hendra breakfast and lunch sepanjang hari sabtu dan ahad. Entahlah..rasa macam tidak kena pula kalau tidak masak sendiri kalau hari cuti. Aku suka melihat En Hendra makan masakan aku. Sedap atau tidak terpulanglah.
Yang penting AIR TANGAN ISTERI.
Oop..berbalik mengenai cerita tempe tadi. Aku semangnya peminat tempe. Kerap kali lauk simple masa lunch di office ialah tempe goreng dengan kuah kicap juga satu lauk sayur. Bagi aku itu memang heaven sudah. Dan aku pasti mereka yang rapat dengan aku sudah faham benar dengan tempe aku itu.hehehe.
Bila aku mula makan tempe?
Harap maklum..aku lama study di Johor. Apa ada di sana kalau bukan tempe dan tempe.
Aku ingat lagi pertama kali aku makan tempe. Untuk minum petang pula itu. Dalam group aku ada seorang dari Kota Tinggi...yang lain dari KL, Selangor dan N9. Dialah yang mengajar kami semua makan 2 keping tempe, lepas itu curah kan dengan kuah sambal kicap. Aduhaiii...sedap rupanya. Semenjak itu...segala apa yang ada tempe memang aku suka. Sampai sekarang tempe tetap menjadi idaman. Yeahhh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ramai org suka tempe tp apehal tekak sya ssh nk terima..kalo x kerana hubby suka mkn, mmg sya masak lgsg tempe..tu pun ble kira selma kawin ni
hehhehe...kisah kita sama cuma sebaliknya...hubby saya pula tak makan tempe..so klu nak makan mmg kena beli lauk da siap lah...
nasib kita SERUPA..
ramai sangat orang suke tempe..tapi saya tetap tak suka..dan susu soya pun tak suka jugak..huhu..
masa pregnant ini lah saya terpaksa juga minum Soya sebab saya kurang selera dan macam tidk boleh masuk kalau minum susu...so no choice lah..utk kalsium kan..
Post a Comment