Barulah dalam minggu lepas aku terfikir yang aku atau mana-mana ibu mengandung berkemungkinan akan bersalin awal. Meaning, kemungkinan boleh bersalin seawal 37 minggu atau 38 minggu. Sungguh-sungguh aku tidak terfikir mengenai hal tersebut. Ish ish..kepala aku sudah set aku bersalin pada 27 January 2010 pada minggu ke 40 usia kandungan aku. Apa hal nya lah kan. Macam baru sekali pula aku ini mengandung. Memang kali ini aku tidak punya banyak waktu dan ruang di kepala untuk memikirkan hal kandungan aku. Entahlah..kegiatan harian benar-benar 'padat' kebelakangan ini. Hendak fikir itu dan ini segalanya.
Sebenarnya bukan apa, aku risau pasal kerja aku di office. Takut kerja aku tetiba tergantung -gantung tanpa siapa pun mahu menggantinya. Aku bukan pun pekerja MITHALI. Tapi kalau sudah tanggungjawab sendiri semestinya kena fikir-fikir apa kesudahannya nanti. Memula aku budget aku boleh cuba habiskan silibus satu subject ini before dua date nanti. Confident sahaja aku budget itu dan ini. Bila revision semula budget aku itu. Aduhai...kalau ALLAH tentukan aku bersalin awal macam mana..atau sudah tertulis kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk berkerja sedikit 'keras' di office. Bagaimana kalau jadi begitu!!!
So hari ini aku berderas-deras berjumpa Puan Boss berceritakan masalah ini. And solution nya, Puan Boss menyuruh aku teruskan mengajar semuanya seperti biasa dan kalau baby aku sudah hendak keluar sangat melihat dunia. Aku boleh senang hati pergi bercuti dan bersalin. Tentang kerja aku..sudah ada pengganti nya nanti. Alhamdulilah. Lapang dada aku ini.
3 comments:
so buleh la bersalin dengan gumbira kan...hiks :)
ngajor kt ner ni ek..hehe sowi baru nak bertanya skrg.. :P..kite dl lak dok budget awai 2minggu camtu, yg berlaku adalh terlewat 2 minggu dr tarikh jangkaan..huhu..
*oh ye..nnti singgah blog kite ambik tag ee..pasal SAYA SEDANG... :)
eliss ~ gitu lah...
aku sedang tersenyum gembira...
mamalieyna ~ ngajar di KLIUC jea...insyallah nanti pi amek tag tuuu...
Post a Comment