Followers
Friday, November 13, 2009
Tidur sendiri.
Aku memang 'mood swing' pagi ini. Bukan bad mood pun. Im happy...cuma aku mengantuk sungguh. Asalnya malam tadi tidak dapat tidur dengan nyenyak sekali. Perut aku ini asyik lapar dan lapar sahaja.
So bila perut lapar..perut aku jadi tegang...anak aku pun leka bermain-main dalam perut...bukan dia hendak tidur pun. Akhirnya macam mana aku hendak tidur. Kejap-kejap aku terbangun sahaja.
Ini aku sudah ok dah. Pagi-pagi lagi aku sudah sarapan nasi lemak kegemaran aku. Belum jam 8 pagi aku sudah berada di office. Siap jadi tukang on kan aircond dan lampu office lagi. Ahaakkk..awal gila kan.
Straight to the point. Aku hendak bertanya pendapat semua lah. Sedia maklumkan aku bakal mendapat anak kedua tidak lama lagi. Ini mengenai Haziq. Sudah 2 malam aku minta dia tidur sendiri di katil single yang telah di letakkan bersebelahan katil aku. Aku mahu kembali melatih Haziq tidur sendiri. Memang pada mula nya dulu-dulu Haziq memang tidur di comfarter di bawah sahaja. Bila dia sudah pandai panjat katil dia mula tidur dengan kami diatas katil. Tapi selalunya kami turunkan semula dia di bawah setelah dia tidur. Cuma beberapa bulan kebelakangan ini saja tidurkan sekali dia terus di atas katil dengan kami. Ialahkan...bagi dia manja puas-puas dengan kami sebelum dia dapat adik ini.
Okies...kawan-kawan ada apa tips atau apa-apa pendapat lah mengenai 'bercerai' tempat tidur ini. Sebab memang 2 malam ini dia mesti panggil 'MAMA....MAMA....MAMA' bila lampu sudah ditutup. Kalau aku biarkan last-last dia akan menangis. So memang aku temankan dia until dia terlelap kemudian aku kembali ke katil aku semula.
Haziq baru berumur 2 tahun 5 bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
takde pengalaman la pulok! tp rasanya cara yg awk lakukan skrg betulla tu..temankan dia sblm dia tido, then tinggl bila dh lena..lama2 dia biasa la kot, tgk mamanya takde kt sblh time dia terjaga..huhu..bleh ke..tktau la takde pengalaman :)..tggu pendpt orang lain ek!
itulah...belajar2 sendiri je ibu2 muda cam kita ni kan...
klu terjaga semula..takat ni mmg sy terjaga juga dgr dia nangis panggil mama...
yup..harap2 ada mama lain leh bg pendapat...kita tunggu...
akak sama jea...akma pun latih macam tu...akma tido ngan lili dulu bila da lena akma balik semula ke katil...
bila da ada adik secara automatik dia pandai lak tido kat tempat sendiri...cuma kadang2 dia akan tido ngan kita so biarkan saja beramai2 atas katil...hehehe...;)
itu yg akma buatlah yg lain tak tau pula...
ooo camtu...kira betul lah apa yang akak buat sekarang nie...
harap2 haziq pun gitu lah bila adik dia da lahir nanti...
memula mmg camtu lin...it takes time gak nak latih anak tido separately...insyaAllah..ellama dia akan biasakan diri
dah dpt tips share kan la..tapi nuha tido melasak..dier bleh pi naik sendiri kat katil yang aku sajer letak tepi tilam aku..hehehe
hi
USANA;rebate rm24 dan free handmade jewelry
hi;
Kepada sesiapa yang berminat untuk join member dibawah saya dan beli mana-mana product USANA rebate rm24 dan free salah satu item handmade jewelry saya ,sila rujuk website dibawah untuk keterangan lanjut
USANA ;selepas 5 hari bersama USANA berat saya turun 4kg dan kesihatan saya bertambah baik(sila nyatakan penyakit yang anda hadapi sekarang)-kini sudah 40 hari saya bersama USANA dan berat saya turun 10kg tanpa senaman(berat akan turun secara natural bersama program diet dan pemakanan yang sesuai ).Disamping itu juga USANA mempunyai rangkaian product untuk seluruh kesihatan kita .nyatakan penyakit anda dan saya akan advice product USANA yang sesuai
pendaftaran keahlian rm99(sesudah menjadi member anda akan diajar bagaimana membeli USANA secara online dan tidak perlu pergi ke outlet sendiri untuk mendapat barang kerana barang anda akan dihantar terus oleh HU USANA by city link ,rm4 untuk shipping seluruh malaysia tidak mengira berat pesanan anda.Saya juga akan membimbing anda untuk menjadi distributor bagi product USANA secara online khususnya)
add saya di ym anda;
usana_yatisalem
http://www.usana.riqzmiecreation.com/
http://www.riqzmiecreation.com/
klu tengah lasak2 tu...kena hold dulu utk tidur sendiri di katil single lah...
lagi pun lom ada 'adik'...kan...bagi Nuha manja puas2 dulu...
;)
Post a Comment