Followers

Friday, March 26, 2010

Takda Baca Punya Orang.


KATA AKHIR
Suhaimi Yusuf  (Majalah MANJA Jun 2008)

Kali pertama sayadengar ungkapan ini saya tak faham langsung. Pada waktu itu saya pertama kali ketawa sebab ayat ini kelakar. Rupa-rupanya yang kelakar bukan ayatnya tapi kita. Kita yang kelakar. Mari kita selongkar apa yang kelakar sangat ni...
Dari dulu hingga kini, tabiat membaca seolah-olah hampir tidak wujud dalam keluarga orang Melayu. Orang Melayu yang suka membaca hanya membentuk peratusan kecil kalau di bandingkan dengan yang suka berkelah.
sambil mendengar lagu dan berita ringkasdi radio. Mungkin kita lebih suka dibacakan daripada membaca. Kata kawan saya, kalau nanti kita dikapankan, orang lain yang bacakan, kita tak payah baca aperr...hehe...ini cerita kelakar yang pertama.

Cerita kelakar yang kedua ialah sewaktu menaiki pesawat bersama para peminat ke New Zealand, saya sempat perhatikan kebiasaan-kebiasaan para penumpang yang terdiri daripada dari berbagai bangsa. Apabila berlepas dari landasan dan berada diudara, tanpa berlengah lagi kaum Mat Saleh masing-masing membuka dan membaca buku yang digenggam dari awal lagi. Ada yang baca novel, ada yang baca buku politik dan ada yang baca buku setebal buku telefon. Sementara kaum Pak Mat dan Pak Saleh masing mendungak ke arah bumbung kapalterbang dengan mata tertutup dan mulut menganga. Kita cepat-cepat bangun apabila tiba waktu pramugari menyediakan makanan. Yang menghairankan ialah kita boleh 'baca' pergerakkan pramugari bawa makanan walaupun dia tu masih jauh didepan. Kata pakcik yang duduk disebelah saya, orang kita tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih suka baca dalam hati...hehe...kelakarlah pakcik ini.

Kayu pengukur mudah. Mari kita kira jumlah buku-buku Melayu jika dibandingkan dengan yang lain diperpustakaan. Yok kita ukur saiz kedai buku Melayu dengan saiz kedai buku bangsa lain. Jom kita semak kepingan suratkhabar Melayu jika dibandingkan dengan akhbar lain. Malah, ayuh kita tengok berapa banyak majalah Melayu dibandingkan dengan majalah lain.

Sambung nanti lagi...

4 comments:

NARDtheNERD said...

tak penah jumpa pun majalah manja ni.. =))

haslina said...

hikhik...majalah ini keluaran singapore...mmg saya beli kat sana klu pi sana lah...
syok gak majalah ni..majalah bahasa melayu..

kak ina kl said...

salam haslina..dah habis pantang ker? nasib baik lah anak bujang tak cubit-cubit adik dia..baik sungguhlah dia ni..

haslina said...

hai kak ina..alhamdulilah da habis bpantang da kak...
cubit tu mmg tidak kak..tp dia suka sangat cium pipi adiknyer...sayang sangat la tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails