rumah color yellow..erm camna hendak tinggal dalam rumah ini waktu berpantang????ermmm..ishh ishh..aduhai
Lagipun cuti aku masih ada lagi masa itu. Cadangannya hendak duduk dikg until this saturday. Tapi cadangan tinggal cadangan. hehehe. Aku selamat pulang ke KL pada petang semalam/selasa.
Sebenarnya aku ingin memberi emak berehat. Semenjak aku ada dikg, kasihan tengok emak sibuk sungguh melayan kerenah anak-anak aku...termasuk aku sekalilah kan. Juga pada abah yang sabar melayan Haziq kalau dia mengacau masa abah sibuk menulis dimeja kerjanya. Insyallah emak dan abah hendak pergi melancong tidak lama lagi. Disebab kan itu juga aku ingin memberi emak abah masa untuk berkemas-kemas juga berehat. Kalau diikutkan, emak dan abah lebih suka aku dan anak-anak duduk dikg sehingga cuti aku habis 28 Mac ini. Tidak mengapalah..insyallah lain masa dan hari boleh berjumpa lagi.
Balik kg kali ini aku sempat berurut selama 3 hari.Ialahkan, berurut untuk lepas berpantang. Alhamdulilah sedap rasa nya badan lepas diurut. Tapi semasa belum lepas 3 hari berurut..aduhai lenguh sana sini badan. Punyalah susah hendak mencari tukang urut sekarang ini. Yang sedia ada kebanyakan nya sudah tua dan tidak larat lagi untuk mengurut orang. So satu yang ada inilah asyik dijemput sana sini. Murah rezeki makcik itu.
Ish ish..kenapa tiada pelapis dalam bidang ini..kan????
Sedang-sedang berurut itu sempat makcik itu bercerita dengan aku perihal Puan M yang baru-baru diurutnya. Baby Puan M ini kena demam kuning setelah 2, 3 hari dilahirkan. Alhamdulilah baby itu tidak ditahan dihospital, tapi harus pergi kehospital setiap hari dekat seminggu lebih gitu untuk rawatan Doc...keciankan. Makcik itu sempat juga memberi petua serba sedikit supaya demam kuning baby Puan M cepat sembuh.
Sambil bersahaja lepas itu makcik bertanya lagi tentang apakah makanan yang di makan oleh Puan M semasa berpantang itu.
Syok sahaja Puan M menjawab yang dia makan rendang...RENDANG!! yang confirm ada kunyit. Aduhai bukan makcik itu terkejut..aku pun terkejut mendengar. Tidak sampai seminggu bersalin sudah makan santan lemak-lemak.
Kecian pada baby kan bila ada ibu yang hanya mementingkan tekak sendiri. Entahlah, tidak mungkin Puan M tidak tahu apa makanan yang sesuai didalam berpantang. Walhal dia sedang berpantang anak kedua.
Memang tiada penjelasan jelas tentang apabila makan kunyit boleh menyebabkan baby mengidap demam kuning semasa dalam berpantang..tapi petua orang tua-tua apa salahnya kita ikut untuk kebaikan. Jangan dekati yang kuning-kuning semasa seminggu dua dalam awal berpantang.
Memang kita ini manusia biasa yang tidak tahan dengan godaan..lagilah godaan makanan dalam masa berpantang pula itu. Aku sendiri pun sampai tidak selera makan dibuatnya sebab every meal perlu makan sup sayur yang tidak berminyak...aduhai. Bukan aku tidak suka makan sayur..aku memang peminat sayur...cuma bila makan tidak bercolor..semua jadi hambar...hahahahaha. Namanya pun berpantang..semuanya demi kebaikkan.
2 comments:
uish...1st time akak dgr berpantang xleh makan bende kuning2...sbb akak mmg berulamkan kunyit hidup tu dalam pantang almost everyday sebaik balik dari hosp...semua 4 org anak akak xde lak kene kuning..hemm...nasib org mungkin tak sama kut
mmg betul cakap akak tu berulam kunyit banyak kebaikannya.....
tapi nasib manusia mmg berbeza...
Post a Comment