First time aku driving semula ialah pada hari selasa setelah 4 hari habis berpantang. Itu pun kerana aku hendak membeli kain ela untuk membuat seluar tidur. Kalau tidak kerana itu mungkin aku malas hendak memandu ke pekan Kuala Pilah. Terasa sungguh macam kalut gitu. Sebabnya sudah lama tidak memandu. Tidak silap aku semenjak kandungan masuk 9 bulan aku sudah 'berenti' driving. So dikira-kira mahu dekat 2 bulan lebih menjadi penumpang sahaja.
Dijadikan cerita tengahari itu aku memandu bersama Haziq masa itu. Aku terlupa atau buat-buat lupa untuk memakai tali pinggang walhal sebelum itu aku memang pemandu yang berhemah. Sampai di pekan, aku terus memandu ke arah kedai kain berdekatan station bus Kuala Pilah. Betul-betul masuk ke selekoh akhir blok, tetiba ada roadblock lah pulak. Tengahari buta ada roadblock...ish ish biar benar. Aku buat muka selamba sahaja, sebab sebelum sebelum ini aku tidak pernah kena saman...alhamdulilah. Tapi kali ini aku kena tahan juga. Sebabnya terang-terang aku tidak memakai tali pinggang. Hendak tarik tali itu pun tidak sempat sebab selekoh dan roadblock ngam ngam sahaja. Aku tengok ada beberapa orang tengah kena saman di meja yang di letak berhampiran jalan.
'Aduhaiiii kena saman kah aku?'
Sudahlah Haziq yang tidak mahu duduk dikerusi. Berdiri-diri. Polis macam biasalah sound aku atas kesalahan yang telah aku buat.
Aku pula dengan muka buat-buat berani tapi cemas dan takut juga. Aku cakap,
'Alahai Cik, saya ni baru habis pantang. Ni pun baru pertama kali driving hendak beli susu anak. Tak akanlah itupun Cik nak saman?'
Polis tu tetap hendak saman aku juga nampaknya. Dia tak nak terima alasan aku itu. Aku tambah lagi,
'Betul Cik saya baru habis pantang, ni pun pakai bengkung lagi. Tak akanlah saya nak tipu'
Yang aku paling tidak tahan, boleh polis itu cakap balik pada aku,
'Toruk tul kau ni ' ...refer semula pada cakap aku yang aku tengah pakai bengkung. Alhamdulilah lepas itu polis itu bagi aku jalan.
Aku terlepas dari kena saman.
Kira-kiranya dalam beberapa kali sahaja aku driving sekarang ini. Sampai KL ini belum ada sekali pun aku memandu. Semuanya masih jadi penumpang lagi. Aku berdoa semoga ALLAH permudahkan semuanya perjalanan pergi balik aku ketempat kerja pada hari isnin esok. Aduhaiiiii.
2 comments:
fuhh...sib baik pandai mengayat encik polis tu lin
hak hak..itulah pasal kak..klu tidak melayang duit nak bayar duit saman...
Post a Comment