Followers

Thursday, March 25, 2010

Hari aku bersalin anak ke dua - Old Story 3

Picture pertama Haifa Cassandra. Guna HP sahaja ambil picture ini.

Kembali mengimbau saat-saat akhir hari aku hendak bersalin.
Sedia maklum yang aku start bercuti awal dari tarikh aku dijangka bersalin. Asalnya lagi 2,3 atau 4 hari lagi aku hendak mula bercuti. Tapi hendak dijadikan cerita, pada hari isnin 18 January 2010 itu terdapat satu tanda yang menunjukkan aku mungkin akan bersalin pada minggu itu. Pagi itu terdapat blood spot di.... aku. Aduhai terkejut aku sungguh. Mengikut daripada pembacaan aku mengenai tanda-tanda awal hendak bersalin ialah terdapatnya tanda itu.

Informations - 
You pass your mucus plug or notice "bloody show."
You may pass your mucus plug — the small amount of thickened mucus that has sealed your cervical canal during the last nine months — if your cervix begins to dilate as you get close to labor.

The plug may come out in a lump or as increased vaginal discharge over the course of several days. The mucus may be tinged with brown, pink, or red blood, which is why it's referred to as "bloody show." Having sex or a vaginal exam can also disturb your mucus plug and cause you to see some blood-tinged discharge, even when labor isn't going to start in the next few days.


So aku ingatkan mungkin aku akan bersalin dalam masa terdekat. Punyalah hari itu aku takut-takut semasa berkerja di office. Sudahlah juga hari itu aku punyalah sibuk bahagikan tugas pada pengganti yang sedia sudi...terima kasih pada mereka berdua. Sambil-sambil itu hati aku berdebar-debar takut aku terbersalin di office..hahahaha. Penakut sungguh kan....macamlah baru pertama kali mengandung.
Dan the next day tetap aku mula bercuti.

Hendak dijadikan cerita lagi, setelah aku mula bercuti tiada tanda-tanda lain langsung yang menunjukkan aku akan bersalin. Perut tidak sakit. Posisi perut aku pula masih begitu...tiada turun-turunnya. Cuma masih besar dan aku sememangnya tidak larat untuk membawa perut aku lagi untuk berjalan-jalan. Kaki aku masih comel ..tiada bengkak. Kesimpulannya aku tidak mengalami sebarang tanda yang aku akan bersalin. Hari-hari kerja aku selepas itu ialah melihat keadaan perut aku dicermin...aduhai. S
Siap aku tanya pada hubby juga..adakah perut aku sudah turun?..

Apabila aku sudah balik kekg, begitu juga tanya aku pada emak setiap hari adakah perut aku sudah turun?. Dalam hati asyik bertanya-tanya, bilalah hendak bersalin ini. Aku sudah tidak larat lagi.

Menjelang 27 January 2010, aku mula cemas.
' Bersalinkah aku hari ini '
' Bagaimana agaknya keadaan dihospital kuala pilah?...ok ke? '

Sampai kemalam hari itu, aku masih dirumah dan aku masih seperti biasa. Tiada tanda-tanda mendatang. Aku mula cemas dan risau. Aku juga hubby sesama risau. Tapi emak mantain sahaja.
Alhamdulilah baby masih tendang menendang di dalam perut masa itu.

Jam 4am - 28 January 2010 - Khamis.
Aku bangun untuk pergi kebilik air. Ada rasa tidak sedap dalam perut dibahagian ari-ari. Yes yes yes alhamdulilah tanda nya sudah tiba aku rasa....contractions yang aku tunggu-tunggu.
' Ya ALLAH permudahkan semuanya...doa aku.'

Selepas kebilik air aku tidur semula..ngantuk gitu. Esoknya aku bangun seperti biasa. Ya..sakit itu masih ada. Insyallah aku bersalin hari ini gerak hati aku. Lepas mandi pagi itu aku beritahu pada emak dan hubby yang kemungkinan besar aku akan bersalin hari itu. Hubby mula tersenyum riang...hatinya lega. Aku tahu dia cukup risau melihat keadaan aku yang bersahaja sebelum hari itu. Hendak aku buat macamana.Emak pula lepas dengar perut aku mula sakit terus kelam kabut hendak masakkan makanan tengahari itu. Kalau boleh kata emak biar aku dapat makan dahulu sebelum aku ke hospital. Hubby pula tidak sudah-sudah bertanya keadaan aku.
' Hendak kehospital dah ke?.'
' Tahan lagi ke?.'
' Sakit sangat ke?.'
Aduhai....memang ada contractions kuat juga perlahan...bercampur-campur. Tapi yang pasti aku masih mampu menahannya. Ikut kata emak...makan dulu baru pergi hospital. So aku kena tunggu emak habis masaklah..hehehehe. Aku mesti perlukan tenaga untuk bersalin nanti.
Disamping itu muka aku memang nampak perit..aku sedang menanggung sakit kalau contractions datang berselang seli.

SAMBUNG NANTI LAGI..tunggu..

2 comments:

maidatul said...

geramnya tgk baby nie akak weh...mesti best bau dia kan...oh bahagianya rasa dapat baby...

Ms Haslina said...

mmg menggeram pun...lagi dgn pipinyer yg tembam tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails