Alhamdulilah esok genap 44 hari aku berpantang. Maknanya Haifa Cassandra juga genap 44 hari umurnya.
Kali ini berpantang sungguh extra banyakkan bersabar. Sebabnya cuaca since bulan January until February sungguh HOT FENOMENA MASA kini. Alhamdulilah since masuk bulan March ini ada juga hujan turun petang-petang. Masa dikg hari itu. Ya ALLAH panasnya...berpeluh-peluh badan. Lagilah kalau lepas makan nasi dan kena minum air rebusan akar kayu yang panas. Aduhai mana dengan panas badan mana dengan berpeluh-peluh...dugaan sungguh. Sememanglah masa berpantang elok badan berpeluh...tapi aduhaiii.
Walau begitu aku hadapi sahaja semuanya dengan tenang..kekadang tidak tenang juga. Stokin tetap dipakai 24jam. Bengkung pun begitu juga.
Namanya berpantang kan..
old story 2
Back to before aku bersalin. Dalam hari ahad gitu itu aku telah berada dikg. Maknanya 4 hari sebelum bersalinlah. Itupun hari ahad itu,aku sampai kg sudah dekat malam.
Memandangkan cuaca panas sangat dan semestinya orang mengandung pun badan asyik panas sahaja, kerja aku ialah menghabis semua buah-buahan dalam peti sejuk. Kejap-kejap lagi minum air mangga...air sejuk pula itu. Pelik sungguh, sebenarnya aku ini bukanlah suka sangat minum air sejuk, tapi pregnant kali ini...aduhai. Lain sungguh...sebab anak perempuan agaknya.
Memang dalam peti sejuk sentiasa ada buah yang telah siap dipotong. Masa itu ada buah betik, buah rambutan, buah kiwi dan buah epal. Semua itu sebenarnya emak dan abah yang makan. Tapi makan sikit-sikit sahajalah. Bila aku ada sahaja di rumah itu, lagi masa pregnant, habis semuanya aku yang makan.
Mula hari isnin lepas itu, tekak aku hendak CENDOL pula. Hari-hari hendak cendol. Menggila makan cendol.
Mungkin ramai tidak tahu yang cendol di kuala pilah memang sedap. Kalau family belah emak aku datang dari S'pore mesti pekena cendol punya.
Kedai cendol KP ini terletak di bus stand kuala pilah. Alahai pekan pun bukannya besar sangat. Pusing-pusing sikit jumpalah nanti.
Info dari internet yang aku dapat ---
Apa yang menyebabkan ia sedap adalah kerana gula yang digunakan adalah gula kabung dan bukan gula merah sepertimana yang digunakan penjual cendol lain. Rasanya adalah lebih enak kerana ia tidaklah terlalu manis sepertimana menggunakan gula melaka. Gerai ini telah diusahakan daripada generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Harga Cendol KP biasa&kacang : RM 1.30, jagung : RM 1.30, pulut : RM 1.50, ice cream : RM 1.70, 4 in 1 : RM 2.30 dan family size : RM 6.00.
So selama beberapa hari before bersalin itu disamping makan buah, kerja aku ialah minum cendol...sedapppppnya.Hinggakan sebelum aku kehospital hari hendak bersalin itu, aku sempat lagi minum cendol yang sedai ada dalam peti sejuk. Tapi aku tidak dapat habiskan semuanya sebab contraction aku semakin kuat. Tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku boleh minum lagi nanti nanti. Tidak akan lari kedai cendol dikejar. Semestinya cendol di kuala pilah sahaja..sebab masa aku minum sekali cendol dekat rumah aku, ya ampun rasanya. Santan entah kemana..cair sahaja, cendol pun boleh dibilang.
2 comments:
Alhamdulillah genap sudah tempoh pantang! teringat saya dihari last pantang, bwk anak jln2 @tesco..huhu..sungguh melanggar pantang..tp kita c-ser..pantang lain sket..hikhik..ada ja alasan! ^_^
waah sedap nampak cendol tu, tiba2 rasa teringin pulak!
mmg ada gak terasa nak kuar umah berjalan2 masa pantang hari tu...tp fikir2 balik..cian gak kat baby yg masih kecil hendak dibawa ketengah org ramai...
alhamdulilah..
c-ser mungkin lain kot cara pantangnyer...heheehe
cendol tu klu cukup semuanya baru sedappp...
Post a Comment