On the way pergi kerja pagi tadi. Aku sempat mendengar ERA F.M. Sebenarnya aku ini tidak specific untuk mendengar mana-mana siaran radio. Suka-suka sahaja dengar mana-mana yang aku suka.
Mula-mula aku terkejut bila Aznil beritahu yang Din Beramboi sedang sakit di hospital. Hospital mana aku terlupa lah pula. Tapi rumah DB terletak di Rawang, mungkin dia berada di hospital Rawang. Perbualan telefon antara Aznil dan seorang staff ERA yang sentiasa berada di hospital untuk memberi update DB di hospital.
DB mula demam pada hari khamis lepas. Kemudian demam tersebut berjangkit juga pada isterinya. Tapi demam DB lebih teruk. Dalam hari Sabtu atau Ahad itu DB telah dimasukkan kehospital kerana jangkitan kuman pada darah atau kemungkinan terkena jangkitan demam dengki. Semalam keadaan nya agak kritikal kerana jangkitan kuman pada darah agak teruk. Setelah rawatan dijalankan, dalam pagi ini keadaan DB agak stabil, tapi masih belum dapat disahkan dia sakit apa.
Sebagai sesama Islam, tidak salah rasanya kita sesama doakan semoga dia sihat kembali dan dipermudahkan semuanya.