Followers

Sunday, March 28, 2010

Takda Baca Punya Orang 2.

Jangan takut! Bukan saya nak suruh kita membaca buku Melayu sahaja. Cuma saya ni agak terkilan kerana kalau menurut hukum dasar ekonomi pun, pembekalan akan terpengaruh dengan permintaan. Lebih banyaklah bekalan yang disiapkan. Kalau kurang permintaan maka berlebihan bekalan akan mengundang musibah kepada mana-mana peniaga pun. Jadi macam mana kita nak bekalkan buku Melayu banyak-banyak?. Okaylah, bab ini mari kita menyerah kalah. Tapi kita pun boleh baca buku-buku Inggeris, kan? yang penting bukan bahasanya tapi kandungannya. Kita saya baru-baru memaksa diri bermesra dengan buku-buku, saya rasa seolah-olah seperti pengembara yang berjalan seorang diri di padang pasir tanpa tujuan. Buku pertama yang saya beli pada tahun 1998 berjudul Can Asians Think? karya Kishore Mahbubani. Buku yang kecil dan mempunyai 192 mukasurat ini, bukanlah setebal buku telefon tapi saya mengambil masa lebih kurang tiga setengah bulan untuk habiskan. Kenapa lama sangat? Agaknya soalan yang patut digunakan sebagai judul buku tersebut ialah can i think?

Pengalaman ini sama seperti ketika saya berusia empat tahun. Pada waktu itu saya cukup menyampah dengan masakan sayur tapi dipaksa makan. Dipaksa makan bukan oleh ibu saya tapi terpaksa makan sebab tiada pilihan lain. Keluarga saya bukanlah keluarga yang kaya-raya, maka itu saya mula belajar menghargai apa yang termampu. Lama-kelamaan, rasa sayur semakin sebati dengan citarasa lidah dan sekarang saya boleh jadi marah kalau hidangan tak disertakan sayur-sayuran. Jadi saya fikir teknik yang sama ini boleh membuahkan hasil yang serupa terhadap tabiat membaca.

Alhamdulilah, selepas memaksa diri untuk membaca selama setahun, akhirnya kini, bukan sahaja saya jadi ulat buku malah ulat buku itu jadi saya! Fikiran saya makin luas. Idea saya bertambah banyak. Mata hati saya semakin terang dengan kenikmatan ilmu pengetahuan. Patutlah ayat pertama yang turun berbunyi, "BACALAH!"
 
Setiap hujung bulan, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk membeli tiga buku, tidak kira apa judulnya atau topiknya.Yang penting saya nak berkubang dalam lautan buku yang saya susun didewan rumah saya.

Tujuan saya lakukan ini ialah kerana saya perlu faham untuk menikmati setiap detik kehidupan ini. Dan kalau saya tak tunjukkan contoh pada anakdan isteri, mereka juga tidak akan mengenali dan memahami tentang seronoknya budaya membaca. Teringat kata-kata teman saya, Allahyarham Ishak Ahmat, ketika kita menagdakan persembahan bersama di Joo Chiat Kompleks. Kata beliau pada penonton," Bacalah kamu sebelum kamu dibacakan".Terbahak-bahak saya apabila mendengar kata-kata itu. Sambil ketawa, saya balas balik, "Betul! Jangan sampai orang panggil kita, lu takda baca punya orang!".

Tamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails