Semalam barulah aku terhegeh-hegeh hendak masuk office setelah berhari-hari cuti sakit. Alhamdulilah.
Demam aku memang sudah sihat pada hari Jumaat lepas itu.
Tapi batuk dan sakit tekak (macam luka gitu) yang tidak elok-elok lagi. Hatta pagi Isnin lepas pun aku masih sakit di tekak.
Kiranya total 7 hari gitu sakit tekak dan batuk.
Since aku malas hendak ke klinik pada minggu ini, aku layan cuti dengan cuti yang ada sahaja. Untung ada cuti dari kerja-kerja pada hari Sabtu yang lalu..so aku guna sahajalah cuti gantian itu. Entah kenapa duk sayang cuti tahunan yang berbelas hari itu. Simpan buat perkasam...hehehehe.
Semalam lepas ke siap kereta di bengkel, kami ke Plaza Low Yat. Cik abang mahu beli barang untuk customer dia. Barang komputerlah kan.
Habis di situ, aku minta balik ikut jalan jauh sikit. Sebabnya aku hendak ambil gambar Penjara Pudu yang tinggal dalam kenangan itu.
Jom tengok.
2 comments:
sempat amik ek gamba..
itulah...mmg point lalu situ utk gambar....kenangan..hikhik
Post a Comment