Followers

Wednesday, July 21, 2010

myOnline business


Beli barang online....ermmm dulu-dulu dalam tahun 2003 aku rasalah, ada member aku telah membeli baju pregnant secara online. Lepasitu dia kata ok jea. Dia beli pun sebab ada kawan dia pernah beli secara online juga sebelum itu.
Aku pula masa itu, erm langsung out of order hendak percaya untuk membeli barang online ini. Rasanya macam tidak puas kalau tidak melihat sendiri atau pun membelek barang tersebut dengan tangan depan mata gitu.
Itu kisah 7 tahun dulu.

Kini tahun 2010 aku sendiri pula sudah 3  kali membeli barang secara online dengan jumlah harga barangan pertama dalam RM160 kalau tidak silap aku. Kali kedua sebanyak RM80 dan kali ketiga sebanyak RM60 lebih. Semua itu aku beli dalam bulan April dan May 2010.
Alhamdulilah..semua barang-barang yang aku beli dalam keadaan baik dan selamat tiba.
Untuk pengetahuan..semua barang-barang itu ialah barangan loose materials untuk aku membuat gelang, brooch dan charm.
Bukan apa lagi, barangan itu tidak terdapat banyak pilihan sekiranya di beli di kedai biasa. Malahan kedai online mempunyai pilihan barang yang lebih banyak dan menarik.
Dan juga mempunyai tawaran harga yang tidak jauh beza dengan kedai biasa. So buat apa hendak penatkan diri..juga buang masa kekedai sana sini...betul tak?
Dan sejak itu aku rasa membeli barangan di online adalah lebih menjimatkan masa dan tenaga aku.

Kalau tidak silap aku, 2 kedai online yang selalu aku membeli atau membelek barangan baru ini lebih berminat dengan business online daripada membuka kedai seperti biasa.
Antara alasannya ialah tidak mahu membebankan diri menyewa kedai dan terpaksa mematuhi banyak standard sekiranya mahu memiliki sebuah kedai seperti biasa.
In the end perniagaan online adalah pilihan mereka.Walaupun mereka mempunyai stok yang memang layak untuk membuka kedai, tapi atas banyak alasan mereka kekal begitu.
Ialahkan..kalau secara online, kita boleh bercuti bila-bila masa yang kita mahu. Kita boleh berada dirumah sambil tetap dapat menambah pendapatan keluarga. Anak-anak juga membesar didepan mata.

Hatta diri aku kini yang akhirnya tetiba berniaga kecil kecilan dengan juga secara online. Sungguh tidak percaya rasanya. Tapi itulah hakikatnya. Hidup aku berubah 270 darjah.
Dulu asyik melepak sahaja. Kini aku sibuk dengan 'anyaman' brooch, gelang handmade aku. Sambil itu aku juga hubby sama-sama membantu mengambil order customer dari Facebook.
Terus terang memang kami tidak cukup tangan dibuatnya.
Mana dengan Haifa, mana dengan Haziq. Aduhai..pening kepala dibuatnya.
Memang member-member office selalu tegur aku....bagaimana sebenarnya aku dan hubby membahagikan masa antara anak-anak dan berniaga. Ermm memang payah juga awalnya. Ialah Haziq memang tengah lasak sekarang ini. Haifa pula tidak kurangnya, tengah lagu merangkak kesana sini.
Bayangkan kadang-kadang aku atau hubby dengan sebelah tangan memegang Haifa dan sebelah lagi menaip dikeyboard...goshh.
Lagi...kalau aku tengah memintal wire juga tengah memilih bead, Haziq sekaki sekali duduk sebelah aku memilih sama sama. Mula-mula dulu marah juga..tapi lama-lama, Haziq boleh faham sikit-sikit, dia tidak kacau aku. Cuma dia sukaaa melihat dan main-main dengan manik yang berwarna warni.
Tidak dinafikan ada juga manik aku bersaiz 6,8,10,12,18mm yang pecah. Tapi aku redha sahajalah...namanya pun budak-budak.

Kami mencuba mengatur pelan-pelan semuanya kerana terasa semakin seronok pula meniaga ini.
Memang aku ada mendapat order untuk brooch comel comel..tapi hingga hari ini tangan ini masih tidak sempat membuatnya.
Aku bersyukur sebab mendapat kawan-kawan di office yang sentiasa memberi peluang aku berniaga. Ada sahaja kawan-kawan yang sudi membeli dan tidak kurang yang membuat order dari aku. Kiranya rezeki itu sentiasa ada.
Alhamdulilah.



Arwah datuk aku memang seorang peniaga dan arwah berjaya. Abah aku juga orang business...alhamdulilah abah juga berjaya.
Dan until today dengan umur 71 tahun, abah masih bekerja kerana ada sahaja permintaan di company abah.

Kemanisan berniaga itu datang dengan kejujuran, kegigihan juga usaha keras yang akhirnya hasil itu sendiri akan menggembirakan kita dikemudian hari.
Dan aku sedang membuat rancangan untuk menambah barangan lain lagi di FB aku dimasa akan datang.

8 comments:

mr`mama said...

amin....semoga kita di murahkan rezeki ..........

Eliss said...

aku memang tak reti berniaga..huhuhu dan tak der bakat apa2 pun untuk diniagakan.

oya said...

bagusnya...good luck k..

Ms Haslina said...

mr mama - aminnnn too

eliss - mula2 aku pun gitu...dan aku rasa semua org pun gitu...tp aku cuba pelan-pelan..dan yg penting kita minat...klu x minat...mmg payahlah kan..
x pe eliss...mana tahu nenanti tetiba minat dtg..ahah..

mahira - tq...

maidatul said...

InsyaAllah boleh darah bisnes sudah mengalirlah tu...semoga akak berjaya...(^__^)

Ms Haslina said...

amin...rasanyer gitulah kan...tq akma..

mrsboan said...

good luck dear...semoga mendapat keberkatan

Ms Haslina said...

tq so much...aminnn...semoga berkat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails