Followers

Saturday, October 29, 2011

Rezeki My sister.

Hari ini aku mahu story pasal kakak aku.
One and only sister yang aku ada.
Yang lain adik beradik aku ialah lelaki.
Umur kakak aku ini masuk 37 tahun.
Beza 2 tahun dengan aku.

Kisahnya.
Kaklang aku sudah selamat berenti kerja di Petronas.
Kalau tidak silap akulah. Sudah lebih 5 tahun kaklang bekerja di situ.
Masuk bulan Oct hari itu, kaklang mula bekerja di tempat baru di PJ.
Nama company lupa hendak tanya.
;))
Cerita lagi kaklang memang hobi kalau bekerja mesti dengan international company.
Rasanya Petronas sahaja satu-satunya company di Malaysia yang pernah kaklang bekerja.
Maklumlah lulusan luar negara.
Bagi aku memang kaklang layak dengan atas kerja keras dia semasa study dulu.
Kaklang memang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengalaman dalam bidang kerjanya.
Sebab itu bagi aku dia memang layak.

Alhamdulilah rezeki Allah genap aku habis berpantang hari itu. Emak khabarkan berita gembira.
Kaklang pregnant anak no 2. Kandungan masa itu baru masuk 2 bulan gitu.

Sambung story, kaklang akan ke London bekerja di sana selama sebulan.
Company yang hantarlah.
Makluman memang begitu kalau kaklang bekerja di tempat kerja lamanya. Mesti ada outstation ke oversea.
Insyallah kaklang akan pergi sana pertengahan bulan Nov ini.
Seronoknya dengar dari mulut kaklang ialah dia dapat naik MAS Airlines business class untuk penerbangan ke London.

Aku pun bukan tahu benar pasal class ini.
So tengok laman web Mas kejap maka hasilnya baru aku ketahuan.
Ada First Class yang paling mahal, then Golden Club/Business Class dan akhirnya Economy Class.

 Dalam kapalterbang - google MAS

Tempat menunggu di KLIA untuk Business Class.

Kalau tidak silap masa aku ke Umrah dulu aku naik Economy class lah tu.
;))

Lepas kaklang beritahu pasal harga tiket memanglah aku terkejut.
Harga tiket untuk perjalanan dia ke London ialah RM25'000.

Rezeki kaklang lagi.
Kawan-kawan yang pergi dulu ke London dari dia naik Qatar Air.
Maka ada terjeles sikit diaorang dengan kakak aku ini.
;((
Story lagi dan lagi.
Belanja yang di beri oleh pihak company pun ada juga sekali.

Namun harga tiket adalah lebih banyak berbanding duit belanja.
Convert duit sana mesti kurang lagi lah amount nya.
Kata mereka-mereka yang pernah bekerja di sana, duit itu tidak akan habis punya. Mesti berlebih.
;))
Alhamdulilah.
Sudah berlist juga kiriman kawan-kawan kaklang sempena dia kesana.

Aku pula, entah. Tidak ada perancangan untuk beli apa.
Mungkin terpulang pada kaklang sahaja.
Selama ini pun mesti tidak termiss ole-ole untuk semua family dari kaklang.

Aku doakan kaklang selamat pergi dan balik.
Juga semoga kndungan dan mummynya sentiasa sihat.
Amin amin amin.

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan ke Johor.

Baru pagi ini ada kesempatan untuk bercerita panjang bercuti 2 hari semalam di Johor.
;))

Story masa Sabtu (22 Oct 2011) - Hari pertama.
Pagi itu macam biasa aku dan hubby bangun awal. Walaupun hari cuti.

Dan pagi-pagi itu jugalah aku masak nasi. Cadangan hendak masak nasi goreng buat sarapan.
Tetiba hubby suruh aku masak lauk terus. Untuk lunch.
Makanya buat masak simple. Sup sayur campur+crabball. Juga telor mata bersambal.
Done.

Tetiba lagi dalam jam 11 lebih hubby macam setuju cadangan aku untuk berjalan jauh hari itu.
Planning mahu ke Air Hitam Johor. Alasan kuat ialah untuk shopping.
Alahai mahu membeli 'teddy bear', tabung simpan duit, kerepek dan lagi mana-mana yang berkenanlah.
Mula-mula rasa macam mahu balik hari sahaja.
Pergi sana dan balik terus ke KL lepas itu.
Bila aku cakap dengan hubby yang tempat itu berjarak 1 jam lebih sahaja lagi untuk ke Johor.
Terus hubby suruh bermalam sahaja di Johor sekali.
Hari Ahad balik KL semula.
1st step aku buat ialah call Cik Mat my uncle di Singapore.
Ialah hendak tumpang bermalam di rumahnya di Leisure Farm Gelang Patah.
Alhamdulilah Cik Mat free.
Jumpa malam nanti di sana.

Dan drama yang sama masa pergi Cameron Highland hari itu berulang kembali.
Aku mengemas dulu barang-barang Haziq, Haifa dan Haqeem.
Dan barang kami last sekali untuk di settlekan.
Hubby pula masa itulah bagitau yang minyak hitam kereta sudah perlu di tukar.
;((
Doa aku dalam hati semoga semua di permudahkan.
Alhamdullilah semua tiada masalah di bengkel kereta.

Sementara menunggu hubby di bengkel, aku lunch dulu di rumah bersama Haziq dan Haifa.
Bila hubby balik dia senang hati sebab semua di rumah sudah selesai.
Tinggal hendak masukkan dalam bonet kereta sahaja.
Akhirnya sekali kami bertolak dekat jam 2 petang dari KL.

Jalan clear sahaja hari itu. Ingatkan banyak kereta sebab orang hendak balik cuti Deepavali.

Sesampai di area Tol Senawang. Hubby tetiba buat cadangan lagi. Kalau hendak bawa emak sekali, call lah sekarang.
Aku senyum simpul.
Memang niat dihati hendak bawa emak.
Apa lagi, terus call emak dan emak terus setuju.
;))
Call abah lepas itu untuk minta kebenaran bawa emak. Settle.
Maka membelok kami ke arah Kuala Pilah.
Done di kg, terus ikut Jalan Tampin untuk masuk highway exit Tol Simpang Ampat.
Masa itu bergerak dari kg dalam jam 5pm.
Minum petang di RnR Pagoh kalau tidak silap.
Meneruskan perjalanan secara tidak laju.

Alhamdulilah sampai di Gelang Patah around 8 malam gitu.
Tunggu Cik Mat and Cik Sarah. Then terus pergi dinner.
Makanan amatlah sedap di kedai seafood itu. Namanya aku lupa, sebab sudah penat.
Habis di situ terus ke Leisure Farm.
Settle semua, bual-bual dan tidur.
Sejuk amat, tidur pakai kipas pun sudah nyaman.

Kegemaran Haziq main di pasir dan Haifa pula makan maruku.
Masa tengah menunggu emak bersiap.

Pintu masuk Leisure Farm Gelang Patah.

Tuan rumah yang sudah lama picturenya yang tidak di post. Bersama hubby yang ambil gambar tinggi sangat.

 Close up (,")

Makanan.

My lunch yesterday.
Nasi mesti sikit. Lauk pun simple sahaja tempe, tahu, sayur-sayuran.
Harga RM2 gitu.

Angry bird cup cake. Kakak bagi.
Ya Allah manisnya.
Macamanalah agaknya orang lain makan.
Mostly part topping semuanya buang sahaja.
Membazir ;((

Tabung baru.
Memang fav. beli tabung kami ini.
Tapi memang tiada tabung design baru.
Semuanya masih patern yang sedia ada dari dulu.

Thursday, October 27, 2011

FAM tetap dengan harga itu!

Okey harga tiket tetap RM50. Itu berita yang aku dengar di radio pagi tadi. Alasan FAM, banyak perkara yang mereka jaga sebab itu harga tidak boleh di turunkan.
Dari berita semalam, Terengganu memberi subsidi 50% pada penyokongnya. Maka mereka hanya perlu membayar RM25 sahaja.
Maka N.Sembilan pula memberi subsidi RM20.

Ceritanya lagi harga sewa bas di Terengganu meningkat dari RM2000 ke RM3000 dan RM4000.
Keciankan.

Kenapa jadi begini?.
Ini semua memang membunuh semangat cintakan sukan buat peminat fanatik bola.
Harap-harap sangat pihak yang berwajib melihat masalah ini dengan lebih dalam.
Majulah sukan untuk negara.

Utusan online hari ini.

Siniskan.

Ke IKEA Isnin lepas.

Selesai urusan di kg. Kami balik kerumah di Puchong dulu.
Sampai dalam lepas Zohor gitu. Turunkan barang-barang dari bonet kereta. Mandikan anak dan tukar baju lain sekali.
Sebab bertolak dari kg dengan semua masih tidor, makanya tidak sempat mandi dikg.
Cuma mama dan baba sahaja yang sudah mandi.
Settle then meneruskan perjalanan ke IKEA.
Perjalan ambil masa kurang 30 minit sahaja. Maklumlah ikut highway.
Masa on the way itu, mata aku dan hubby memang ada ala-ala pulut gitu. Ialah kan tidak cukup tidur gara-gara berjalan sakan hari Sabtu dan Ahadnya. Story nanti kisah itu.
Sampai di sana, fikir perlu minum kopi.
Terus aku usulkan pada hubby jom minum kopi di Secret Rec. Lagi pun sudah jam 3pm ngam. Ada free cake gitu sekali.
Parking di IKEA then berpimpin tangan ke The Curve. Hubby dengan Haqeem dan Haifa.
Aku with Haziq.
Memang tidak bawa stroller. Takut tidak cukup space dalam bonet lepas beli barang.

Hubby order tea and aku order kopi.
Cake cuba yang lain pula. Yang tidak pernah di rasa lagi.
Sadisnya memang anak-anak tersayang aku tidak suka makan kek. Setakat merasa sahaja.
Makanya kamilah kena habiskan.
Cheese and coklat.
Erm.

Lepas itu direct ke IKEA.
Cadangan tidak perlu lama di sana. Ialah hari bekerja. Takut masa balik nanti jem pula jalan. Masa orang balik kerja kan.
Memang sudah lama berplanning untuk beli rak RM29 itu. Beli 2 biji.
Then hubby suruh tambah beli kerusi RM47 satu. Hari itu sudah beli warna hitam. Maka kali ini kami beli warna merah.
Lovely and puas hati.

Sampai dirumah, hubby bagi Haifa and Haziq makan ais cream.
Dari dalam peti ais sahaja.
Memang pembantu hubby kalau buat kerja.

Haziq tengah seronok menonton cartoon.
Memang tidak boleh di ganggu kalau tengah syok.

Picture Haqeem sebelum ke Ikea.
Masa balik memang sudah lelap and letih.

Rak murah Hylis.
Sebelum di pasang. 
Boleh google picture kalau mahu tengok yang sudah di pasang.

Merah lagi.

Fresh from IKEA. 



Tuesday, October 25, 2011

Popia sedap.


Memang susah hendak cari popia sedapkan. Terutama dari segi isi serundingnya. Baru-baru ini beli popia comel ini masa pergi berjalan/bercuti gitu.
RM7 untuk 1/2 kg.
Emak pun beli juga.
Lovely.

Saturday, October 22, 2011

Tersusun..

Memang dari dulu kami suka susun begini pampers Haziq, Haifa dan Haqeem. 
Plus wet tissues sekali. Lagipun senang hendak ambil.

Lipatan selimut masing-maing sekali. Termasuk selimut Haqeem.

There, tempat letak semua barang. 
Itulah juga tempat duduk dalam bilik.
Perasaan atau tidak, aku and hubby macam peminat color merah dan hijau.
Sebab asal beli barang mesti color tu.
-serasi bersama-
Lovely

Friday, October 21, 2011

Sedih!

Thursday, October 20, 2011

Bukan anak cina.


Haifa baru bangun tidur. Rambut memang kerinting, lagi bergulung kalau pagi-pagi. Pakai cheongsam. Sudah macam muka anak cina aku tengok anak dara seorang ini.

Tambahan 
Haifa baru-baru ini tumbuh satu gigi lagi. Yang sedia ada baru 8 sahaja. 4 di bawah dan 4 di atas. Mulanya memang tidak perasaan pun ada gigi baru. Sebab Haifa memang kalau tumbuh gigi tiada demam atau merengek pun.
Itupun hubby yang masukkan jari dalam mulut Haifa, then ada terasa gigi baru.

Suara anak dara ini amatlah nyaring. Kalau menangis atau menjerit. Aduhai, tahan telinga sahajalah.
Amat memilih kalau orang hendak ambil dia.
Nanti dia jawab ' na nak'. Bermaksud tak nak.
;))

Umur sekarang ini sudah masuk 1 tahun 8 bulan lebih gitu.
Ada perkataan yang di sebutnya sudah lurus juga. Tidak pelat.
;))

Kuat makan. Kalau dia nampak mama dia tengah susun pinggan atas meja makan. Terus sahaja naik atas kerusi siap-siap.
Palingnya mesti hendak buat sendiri semuanya.
Tidak mahu disuap.

Walaupun rambutnya bergulung, tapinya amat garang sekali.
Siapa sahaja yang di ikut perangainya itu.
(-")

Donut


Kan family dari kg datang KL baru-baru ini. Motif utama abah ialah melawat cucu kesayangannya Haqeem dan juga Haifa.
Haziq dan anak kakak sudah besar (baru 4 tahun). Kerjanya main sahaja.
So dengan yang kecik sahajalah abah rajin layan diaorang.

Semua tidur di rumah kakak. Hatta rumah aku berjarak dekat makan berulang alik sahaja kami sefamily hari Sabtu Ahad itu.
Emak memang semestinya bawa lauk dan nasi juga kalau datang kerumah anak-anak.
Macam biasa menu emak mesti rendang kerisik daging dan rendang ayam N9.
Tambah juga dengan masak lemak ketam.
Mantap.
Malamnya kami belanja sate Kajang dan juga Donuts Big Apple.
Namun aku bukan peminat donut ini. Sahaja beli yang set 12 biji. Price RM25. Pening kepala hendak pilih yang mana. Sebab baru kali kedua sahaja makan menda ini.
Tapi memang suprise yang topping cheese adalah paling sedap bagi akulah, namanya Say Cheese.
Malam itu juga semuanya licin.
Ialah ramai orang kan.
Happy.

Wednesday, October 19, 2011

Terkesima gitu.


Kejadian berlaku pada petang Ahad lepas.
Boleh masa itu Angah aku buat statement. - abang, abang, buat apa tu? - refer to Haqeem.

Aku pula memang sungguh terkesima kejap.
Tidak terfikir aku lagi yang Haqeem akan jadi abang.
Not for this moment lah.
Pastu aku jawab - Angah nie naper panggil Haqeem abang?. Nape tak panggil adik. Angah dah nak suruh Haqeem jadi abang ke?

Abah aku yang duduk sebelah tu senyum dengar ayat aku.
Hubby pun sengih sama juga.
Aku pula masih terkejut.

Tuesday, October 18, 2011

Haqeem - 2 bulan 3 hari


Alhamdulilah Haqeem yang sihat dan tembam ini selamat cucuk untuk 2 bulan semalam petang.
Macam biasa kami pergi klinik kerajaan sahaja.
Katanya cucuk 5 serangkai.
Tidak pasti pula apa kandungan injection.
Kata nurse boleh seawal lepas di cucuk baby terus demam.
Alhamdulilah until malam tadi Haqeem tidak demam.
Namun dalam jam 8pm malam tadi memang bagi ubat demam. Tapi dalam kuantiti yang sikit sahaja.

Berat Haqeem bertambah dan tambah lagi. 
3.45kg - Lahir
4.50kg - 1 month
5.68kg - 2 months
Orang ada yang salah anggap ingat Haqeem berusia lebih dari umur sebenar.
Kakak aku pula cakap Haqeem macam baby umur 6 bulan.
;))

Haqeem memang menyusu campur, formula dan susu ibu.
Formula brand Dutch Lady.
Sama macam Haziq dan Haifa.

Perkembangan Haqeem.
Sudah pandai 'berbual'. Macam faham sahaja kalau bercakap dengan dia.
Siap kadang-kadang keluarlah suaranya, konon macam membalas cakap gitu.
Boleh senyum.
Bulu mata sudah tumbuh. Macam melentik sama macam Haziq dan Haifa.
Alhamdulilah memang bangun sekali sahaja waktu malam. Dalam jam 3am lebih. Dan sekali lagi dalam jam 5am atau 6am gitu.
Rambut tegak.
Boleh mengalihkan kepala kiri dan kanan sendiri.
Tidak kuat sangat minum susu.
Masih kekal tidur meniarap.
;))

Friday, October 14, 2011

Jiwa dan Lara - de drama


Ada sesiapa menonton drama ini?.
Aku tetiba minat pula Aaron menjadi jahat amat sebagai menantu orang kaya. Juga sudah 'membunuh' Jiwa dan Lara.
Menarik juga Neelofa menjadi Lara berlakon dalam cerita tu. Apa kes, betul ke dia sudah mati?.
Puncanya masa di kglah aku melayan cerita ini.
Maklumlah tiada orang menonton tv waktu itu.
Tengok main-main, tetiba rasa syok pula.

Boleh story pada aku apa perkembangan drama ini sekarang ini.
Sebab sudah berhari aku terlepas menonton.
;))

Thursday, October 13, 2011

Mari bekerja.

Happy working to me.

Aku berada di office hari ini.
Ceritanya semalam aku ada email HR. Bertanya bilakah hari yang patut aku mula bekerja.
Sebabnya surat MC hospital aku cuma tulis tarikh bersalin 14 August 2011/Ahad sahaja.
Puncanya kerana sekarang ini kan cuti bersalin ada yang 60 hari dan ada 90 hari.
Makanya ikut pengiraan aku sepatutnya aku mula duty on 17 Oct 2011/Isnin.
Tapi reply email dari HR minta aku datang kerja hari ini 13 Oct 2011/Khamis. Katanya sudah cukup 60 hari aku bercuti.
Selamat bekerja untuk aku.
;))

Sup sayur mudah dan telor bersambal.

Semalam lepas masak spageti aku masak lauk untuk lunch pula. Seperti biasa masak yang sempoi dan mudah sahaja. Makanya aku masak sup sayur dan juga telor mata bersambal.
Sambalnya memang mudah amat di buat dan sedap rasanya.

Untuk sambal di letak atas telor goreng.
Tumis ciliboh sesudu atau dua sudu besar.
Kemudia masukkan bawang putih, merah dan cili padi beberapa ulas.
Tuangkan sedikit kicap dan air supaya kuah tidak kering.
Sedia di curahkan atas telor goreng.

Sup sayur with ketamball.
Untuk Sup sayur.
Panaskan minyak.
Tumis 3 biji bawang putih yang siap di hiris.
Masukkan garam.
Kemudian masukkan air dalam segelas.
Mendidik air, masukkan 1/4 kiub stok ayam.
Masukan juga sayur-sayuran dan ketamball.

I like the sambal.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday - my prince


58 days Haqeem comel tembam.

Spagetti ayam segera.


Picture tidak berapa maveles gitu. Sebab coloring kuah spaghetti kureng merah. Dan lagi ambil gambar dalam keadaan tidak sabar hendak makan.
Ceritanya balik dari Ikea semalam petang dengan perasaan hampa. Sebab barang yang dicari rupanya sudah tidak di jual lagi ataupun mungkin sudah habis stock.
Kuciwa aku dan hubby.

Aku cakap pada hubby yang aku hendak masak spaget malamnya. Then calling my sister yang kalau masak spaget memang sedap. Tanya camna cooking?.
Sampai Bandar Kinrara pergi Giant beli barangan yang diperlukan.
Lepas itu aku ajak hubby pergi satu kedai baru dekat rumah. Kedai sejukbeku. Orang melayu punya. Cadang mahu mencari lagi apa-apa tambahan frozen food.

On the way itu aku tanya hubby -

frozen food itu aper definasi sebenarnya ek?
adakah macam karipap frozen?
ataupun ada ke fishball bagai di situ?

Hubby malas hendak melayan soalan mengada aku itu.
;))

Makanya di situ masih kurang barang jualannya.
Ada aku nampak instant kuah mee rebus dan mee bandung.
Then dalam frozen, ada daging burger dan hotdog. Semua itu macam produk IKS.
Terkejut juga ada sos spaget. Alhamdulilah.
Ada ayam dan ada sos daging.
Mesti try nie, bantu produk orang melayu.

Dirumah terus rebus spaget dan sos frozen sekali.
Dan juga aku rebus hotdog sekali untuk Haziq.

Hubby usik aku, mesti masak spaget guna yang instantlah nie.
;))

So kuah yang aku guna di gambar itu ialah dari sos segera inilah.
Siap sudah ada ayam, cendawan dan tomato.
Kuah ini cukup untuk 4 orang makan.
Rasa memang tidak pedas. Ala-ala rasa tomato.
Mungkin next time kalau mahu masak mungkin tumis dulu bawang putih merah dan ciliboh sekali untuk bagi pedas.

Harga RM 5.80. 
Cara sediakan, cuma rebus 10 minit.

nota pendek - barangan yang aku beli untuk masak spaget tu nampaknya masak lain kali je lah.

Tuesday, October 11, 2011

Boling....jom

Kononnya sudah lama Haziq hendak sangat permainan boling ini. Tidak sempat sahaj untuk membelinya. Makanya baru-baru ini sefamily pergi PKNS Bangi terus beli mainan ini untuk Haifa sekali.
Seperti biasa, budak-budak. Mainnya sehari dua sahaja. Lepas itu sudah terbiar.

Haziq punya - price RM29.90

Haifa juga sekali - price RM14.90

Kereta baru

Biru - Wah, kereta baru siot!!. Cayalah bro.

Sabtu - Alhamdulilah ada rezeki lebih.

Biru - Bila beli ni?.

Sabtu - Baru jea lagi. Tak sampai sebulan. Sengih sekali.

Biru - Kereta lama mana, dah jual kea?.

Sabtu - Ada lagi. Sayang sebab kereta tu dah habis bayar.
Lagipun zaman sekarang mesti suami isteri macam wajib ada kenderaan sendiri.
Mudah hendak bergerak.

Biru - OOOoooo. Kereta tu elok lagi kan. Kenapa tetiba beli kereta baru?.

Sabtu - Alahai anak aku sudak masuk 4 orang, makanya kenalah cari kereta besar sikit.
Mudah hendak kemana-mana.
Kereta lama tu, masih keadaan baik lagi. Boleh pakai lagi.

Biru - Bagus bagus. Boleh aku nak rasa naik kereta baru kau?.

Sabtu - Sekarang pun boleh je.....jom.

Kerap hamil jejas tulang - Kosmo

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.
Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.
“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Monday, October 10, 2011

Green Bag Tesco

Since sudah ada green bag yang cantik gitu. Makanya aku juga hubby suka membeli tesco bag ini. Asal ada keluar yang baru, tetapi yang background cartoon kegemaran/movie kegemaran kami, semestinya membeli. Harga pun murah RM 3.99.
Namun lawaknya, jarang guna juga kalau ke Tesco. Sayang takut beg rosak, hatta kami tetap gunakan beg itu tapi untuk keperluan lain.
;))

Latest design cartoon CARS 2.
Sebelum itu design TRANSFORMERS.

Kedua - tapi tidak pernah tengok movie ini. Beli pun sebab designnya cantek PINK gitu.

Yang 1st dibeli.
Akhirnya sudah jadi tempat letak mainan sahaja. 
Sudah lama juga beg TOY STORY 3 ini.

Dapat point kalau guna green bag ini di Tesco.

Berurut habis berpantang.

Hari Ahad lepas aku balik kg lagi. Asyik balik dan kembali ke KL sahaja. Maklumlah kg dekat gitu. Tujuan utama ialah untuk berurut selepas habis berpantang 44 hari.

Seperti biasa aku yang drive lagi. Sebenarnya sudah lama sangat juga aku tidak drive jauh-jauh ini. Maklumlah ada suami kan. Mesti dia yang drive. Padahal masa bujang dulu hingga ke Penang, aku juga yang drive sendiri. Lagi-laginya sampai masuk Singapore seperti sudah jadi perkara biasa.
Makanya kembali macam kalut-kalut. Sikit-sikitlah. Last sampai dekat Bukit Putus aku minta hubby take over semula. Bukan apa, masa itu sudah malam dan lagilah aku rasa macam tidak confident gitu. Tambahan memandu di Highway semestinya tidak sama dengan memandu di kawasan luar bandar.
Namunnya masa balik dari kg pada hari Jumaatnya. Aha.....aku drive terus okies dari Kuala Pilah until ke Puncak Jalil.
Sudah lulus kembali nampaknya aku ini.
Happy.

Cerita mengurut.
Petang Isnin Makcik Mah datang kerumah naik motor. Mula berurut terus aku story yang masa aku di KL hari itu, orang yang mengurut aku tidak buat urut naikkan rahim/peranakan atau sengkak. Aku pula malas hendak bertanya kenapa orang tu tidak buat begitu. So as a result aku kalau ikat bengkung masa berpantang, mesti ikat kuat-kuat di bahagian rahim. Aku risau gitu. Dengan keadaan rumah yang naik tangga turun tangga gitu.
Laginya sebelum ini memang makcik itulah yang mengurut aku dalam pantang. Memang MM ini akan buat sengkak.
So sebab tidak sengkak lagi, itu yang buat aku sedikit risau.
Makanya 3 hari itu MM ini mengurut aku seperti biasa. Urut satu badan sekali.
Yang rasa happy dan alhamdulilah, MM ini bagitau yang perut aku ini 'cantik' masa hari pertama mengurut. Bukan perut aku yang beautiful, tapinya dalam perut yang okies.
Sengkak ini aku tengok MM ini buat dari bawah(ari-ari) naik keatas(posisi peranakan yang betul). Juga dari arah kiri dan kanan juga di tolak ketengah kembali.
Apa yang aku perasaan dulu-dulu memang terasa sakitnya sikit masa di urut sengkak ini. Namun kali ini alhamdulilah, tidak rasa sangat.
Mungkin sebab aku pernah bertungku dalam pantang hari itu. Dan juga sebab aku rajin menyapu kapur+limau di perut juga kot.
Namun 2 -3 hari lepas habis berurut baru rasa sedikit tidak selesa di bahagian itu.

Story lagi, aku minta MM ini tungkukan aku. Namun katanya bertungku ini bukan adat orang N9. Cuma kalau ada juga orang N9 bertungku selalunya diaorang buat sendiri. Erm..tidak tahu pula aku hal itu.
Namun pernah aku bertungku sekali dan berurut pun dengan orang Kelantan gitu.

Tanya lagi, pasal makan pisang dalam berpantang. Kan pisang itu macam pelawas perut jugakan. Sebab itu aku bertanya. Ada aku baca dalam internet yang pisang tidak di makan dalam masa berpantang. Dan ada yang pernah termakan pisang ini, terus lepas itu demam bagai.
Jawab MM, memang pisang mentah sebaiknya tidak di makan. Tapi katanya lagi, pisang yang sudah di goreng boleh kalau hendak makan. Erm lagi.
Namun aku cakap, asal pisang je memang saya tidak makan makcik, takut.

p/s
Kalaulah aku tidak pernah bersalin, berpantang memang tidak pernah zamanlah aku merasa di urut ini.

Sunday, October 9, 2011

Hartanah sendiri.

Dulu-dulu aku pernah gelakkan cerita seorang kawan aku. Pasal apa?.
Kisahnya masa itu telah membeli rumah condo/apartment gitu. Rumah itu di sewakan.
Dia dan family duduk menyewa di rumah teres.

Aku pula masa itu memang macam tidak terfikir dan tidak tahu kenapa dia buat begitu agaknya. Bagi aku kalau sudah ada rumah yang dibeli sendiri, mengapa hendak menyewa lagi.
Lagilah masa itu aku manalah pernah ada pengalaman beli/sewa rumah ini.

Alhamdulilah sekarang ini aku sudah faham kenapa situasi begitu boleh berlaku.
Rupanya menyewakan rumah condo/apartment membolehkan dia freely tidak perlu membayar rumah yang dibeli itu dengan duit sendiri di bank.
At list ada juga property sendiri kan.
Juga lagi ada lebihan duit sewa itu lagi untuk dia mungkin dapat membayar duit sewa rumah yang didudukinya.
Punyalah lambat aku boleh faham mengenai kelebihan sewa beli hartanah ini.
;((

Ada sesiapa yang berkeadaan begitu?. Beli rumah tinggi then sewakan. Kemudian lagi, sefamily duduk di rumah teres pula.

Saturday, October 8, 2011

Hanya Kosmo!


Hari ini memang sudah berhajat besar. Mesti beli suratkhabar realiti. Sebab utama mesti kononnya hendak tahu lebih lanjutan dan kupasan mengenai belanjawan 2012. Walaupun memang sudah mendengar dan melihat di berita semalam, tetap hendak baca lagi untuk kepastian nyata.
Memandangkan keluar dan membeli pada masa peak hour. Makanya yang ada cuma suratkhabar Kosmo. Yang brand lain sah-sah sudah habis.
Hendak atau tidak layan sahajalah.
Harapan tidak kesampaian pun, cerita di Kosmo sama sahaja seperti yang aku sudah tahu.
;((
Tapi tetap simpan niat, esok mesti beli lagi suratkhabar utama.
Sungguh-sungguh Terima kasih PM.

Tuesday, October 4, 2011

Tidurkan baby

Mungkin ramai mama daddy yang ada masalah untuk tidurkan baby.
Kena pula baby tidak mahu tidur dalam jangka masa yang lama. Memang penat di buatnya.


Apa yang hubby selalu buat since Haziq lagi ialah tidurkan baby dalam keadaan meniarap. Alhamdulilah baby akan tidur lena dan lama. Selepas umur baby Haqeem lebih satu bulan barulah dia mula di ditidurkan begitu. Kerana saiz dan berat baby Haqeem mudahlah lagi untuk dia tidur meniarap. Ini kerana leher baby yang nampak sudah kuat.
Leher yang memudahkan Haqeem mengangkat kepala untuk mengalihkan sendiri kedudukan kepalanya apabila tidur meniarap.

Bagi pendapat aku, sekiranya baby lahir dengan berat lebih 3 kg, insyallah lehernya memang sudah kuat. Itu memudahkan baby untuk menggerakkan/mengangkat lehernya sendiri.

Memang risau juga memula tidurkan baby Haqeem begitu. Aku rasa macam dia belum mampu lagi. Tidak lena aku tidur malam itu, asyik tengokkan dia.
Alhamdulilah Haqeem sama macam abang kakak dia.
Cuma kalau mahu mengalihkan posisi kepala. Dia belum lulus lagi kadang-kadang. Last sekali terus menangislah. So kami tetap akan bantu alihkan kepala Haqeem.
Lagi pun memang tidak boleh dibiarkan posisi kepala pada satu keadaan dalam masa yang lama. Nanti kepala baby jadi tidak bulat.

Monday, October 3, 2011

Driving

Jumaat lepas aku memandu kembali. Punyalah 47 hari tanpa menekan minyak kereta.
Sebenarnya sudah best tidak perlu memegang stereng kereta. Berlemak-lemaklah gitu.
Tapikan hubby tidak sihat pada hari itu. Makanya aku hendak atau tidak driving sajalah.
Punyalah hubby suruh aku ke sana sini diPuncak Jalil ini mencari susu dan pampers anak-anak. Hubby jadi boss.
Kalau di kira-kira, memang 2 minggu lebih sebelum bersalin pun aku sudah 'bersara' awal tidak memandu kereta.
Total out lamalah jugakan jadi penumpang ini.
;))

Saturday, October 1, 2011

Tidak sihat...

Kalau rajin boleh baca mengenai info cirit birit di post sebelum ini yang aku dapat dari hasil google tadi.

Akhirnya satu rumah semuanya sudah kena sakit perut (berangin), muntah dan cirit birit. Di tambah juga dengan deman dan sakit kepala (aku dan hubby sahaja)
Alhamdulilah baby Haqeem tidak berjangkit sama.

Memula aku yang kena pada hari Ahad lepas. Dua hari sakit amat dalam perut sebab angin banyak sangat.
Tengahari itu aku start muntah makanan malamnya. Then aku muntah lagi waktu malam rasanya. Dan kali ketiga muntah ialah jam 3 pagi.
Done lepas itu memang tiada muntah lagi.
Malam itu memang aku sudah makan ubat gastrik.Tapi nampaknya tidaklah berkesan sangat.
Selera makan memang out 2 - 3 hari itu.
Alhamdulilah bila sudah tidak muntah lagi.
Perut pun elok dari hari Selasa kalau tidak silap aku.
Namun masih ada angin sikit-sikit. Sorry to said, pooh pooh sudah tidak cair mula hari ke lima dari hari sakit pada hari Ahad lepas.
Kiranya sakit teruk betul dalam 2 -3 hari. Melepet tidur sahaja.

Masuk hari Selasa Haziq pula kena sama seperti aku. Namun dari malam Isnin Haziq sudah mula muntah. Petang itu Haziq mula deman then kami ke klinik.Alhamdulilah Haziq cuma kena sehari dua begitu.
Mula dalam 1 pagi Jumaat Haifa pula muntah dengan demam sekali. Kami keklinik tengahari Jumaat.
Semalam petang hubby pula kena, mula dengan muntah sedikit. Then demam, perut berangin dan sakit kepala.
Hari ini Sabtu, alhamdulilah Haziq dan Haifa sudah tidak deman dan muntah. Cuma baru mula pooh pooh cair.
Hubby pula hari ini yang tidak sihat sangat.

Doc yang check semalam pun beritahu, selalunya begitulah. Satu family kemungkinan boleh berjangkit satu penyakit yang sama.

Cirit Birit Punca dan Jenis

Oleh Dr Mohamed Izham Mohamed Ibrahim
Sumber - Dewan Kosmik Januari 2000

Masalah cirit birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.

Cirit-birit sering dilihat dan dirawat sebagai masalah gastrousus (sistem penghadzaman) yang tidak serius dan sementara. Lebih daripada 50 jenis penyakit termasuk penyaki-penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, hati kelenjar tiroid dan AIDS akan menyebabkan masalah cirit-birit. Selain itu, pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan kesan sampingan cirit-birit. Cirit-birit juga sering dikaitkan sebagai tanda penyakit yang utama.

Usus besar manusia mempunyai dua fungsi, penyerapan dan penyimpanan. Di bahagian penyimpanan, usus menyimpan bahan-bahan buangan yang dikenali sebagai najis. Najis ini terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan-bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh yang telah mati, kuman bakteria, bahan garam mineral yang tidak diserap dan dalam kuantiti yang kecil. Dalam saluran usus, kuman bakteria menghasilkan  vitmain dan bahan kimia yang dikenali sebagai ammonia.

Kuman yang sering berada dalam kawasan usus dikenali sebagai Bakteroides dan Laktobasilus. Selain itu, terdapat juga jenis bakteria yang dipanggil sebagai Escherichia coli, Streptococus Clostridium dan juga kulat yang tinggal dalam usus besar manusia. Kuman-kuman ini akan menjadi merbahaya apabila jumlah mereka mengganda tanpa kawalan. Di antara faktor yang boleh merubah atau mempengaruhi jumlah kuman-kuman ini ialah jenis pemakanan, tahap keasidan bahagian usus, penyakit gastrousus dan ubat-ubatan seperti antibiotik.

Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Ia memerlukan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal yang rapi. Punca masalah ciri-birit boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan), neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan, gangguan sistem kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan.

Terdapat dua jenis utama cirit birit akut dan kronik.

Cirit-birit jenis ini ditunjukkan dengan kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens), kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah.

Cirit-birit akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan cirit-birit. Cirit-birit yang berpunca daripada jangkitan kebiasaannya disebabkan oleh kuman virus.

i.    Cirit-birit disebabkan kuman bakteria

Kebiasaannya, kuman bakteria yang sering menyebabkan cirit-birit akut ialah E. coli, Shigella, Camphylobacter dan Staphylococuc. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun (toxin) yang menyebabkan cirit-birit. Bahagian usus yang terbabit ialah usus kecil. Antara tanda-tandanya ialah pembuangan najis berair yang banyak secara tiba-tiba, rasa mual, muntah, kekejangan di bahagian perut (perut) dan kadangkala mengalami demam.

Jika usus besar terbabit, individu akan mengalami demam, kekejangan di bahagian perut (perut), rasa ketegangan dan kerap kali menghasilkan najis berdarah dan bernanah. Individu yang termakan racun oleh kuman Staphylococos  akan menerima kesannya dalam tempoh satu hingga dua jam, dan 12 hingga 24 jam jika racun itu dihasilkan oleh bakteria Salmonella. Kesan-kesan lain ialah demam, lesu, sakit otot, pedih pada bahagian ulu hati dan masalah anoreksia yang teruk. Individu yang dijangkiti oleh kuman virus, sering merasa sakit yang teruk pada bahagian atas pusat dan muntah-muntah dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum masalah ini mulai reda.

Cirit-birit yang boleh disebabkan oleh kuman bakteria campylobacter jejuni yang memakan masa satu minggu. Rawatan bantuan sudah memadai tetapi jika tidak berkesan antibiotik eritromisin perlu diberikan. Selain itu, bakteria Ysrsinia enterocolitica turut menyebabkan cirit-birit. Masalah ini berlarutan selama satu hingga tiga minggu dan akan reda sendiri. Pesakit hanya memerlukan rawatan sokongan tanpa ubat antibiotik.

Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan  garam mineral bagi menggantikan jumlah air yang telah hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap. Dalam kebanyakan kes, masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran pemakanan (usus) akan pulih tanpa atau dengan rawatan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya digunakan apabila cirit-birit terus berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit.

ii    Cirit-birit akibat kuman virus

Bayi dan kanak-kanak sering mengalami masalah cirit-birit. Puncanya sukar dikenal pasti walaupun dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kuman virus. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak-kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Mereka akan mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan demam. Namun cirit-birit tersebut akan reda dengan sendiri dalam tempoh lima hingga lapan hari. Manakala individu hanya perlu diberikan rawatan sokongan sahaja. Kajian membuktikan bahawa susu ibu mampu mencegah bayi daripada mengalami cirit-birit.

Cirit-birit yang akut pada kanak-kanak terutamanya bayi boleh membahayakan kesihatan mereka akibat ketidakseimbangan garam mineral dalam tubuh dan kekurangan air yang teruk. Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga 10 kali sehari bagi bayi berumur dua bulan boleh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta gangguan peredaran darah. Bagi kanak-kanak, masalah cirit-birit adalah serius dan perlu pemerhatian doktor.

iii    Cirit-birit diakibatkan oleh protozoa

Cirit-birit yang akut boleh juga disebabkan oleh organisma protozoa yang dikenali sebagai Giardia lamblia dan Entamoeba histolytica. Protozoa Giardiasis sering menjangkiti kanak-kanak, pelancong yang melancong ke kawasan atau negara bercuaca panas (tropika dan subtropika) serta pesakit-pesakit yang berada dalam wad hospital. Selepas satu hingga tiga hari jangkitan, individu akan mendapat cirit-birit dan kekejangan di bahagian perut.

Organisma protozoa Entamoeba histolytica selalu berada dalam kawasan yang mempunyai sistem pembuangan najis yang tidak bersih dan sempurna dan menjangkiti pesakit-pesakit yang berada di dalam hospital, pelancong dan pekerja-pekerja atau buruh asing (luar negara). Mereka akan mengalami kekejangan pada bahagian perut yang teruk dan cirit-birit selama tiga hingga 10 hari. Rawatan yang sesuai bagi kedua-dua jenis jangkitan oleh protozoa ialah ubat antibiotik Metronidazole.

iv    Cirit-birit yang diakibatkan oleh ubat

Terdapat ubat-ubat di dalam pasaran yang boleh mengakibatkan kesan sampingan cirit-birit. Individu yang menggunakan ubat-ubat tertentu untuk penyakit yang lain dan mendapat kesan sampingan cirit-birit. Kebanyakan daripada ubat antibiotik boleh menghasilkan kesan sampingan ini pada kebanyakan individu. Di antara ubat antibiotik tersebut ialah ampisilin, klindamisin, eritromisin, linkomisin, neomisin, triometoprim-sulfametoksazol, tetratsiklin dan sefalosporin.

Kesan sampingan tersebut berlaku kerana ubat yang digunakan menyebabkan kuman bakteria dan kulat yang ada dalam tubuh rintang atau dalam kata lain antibiotik tersebut tidak berkesan terhadap kuman-kuman tersebut. Akibatnya, kuman-kuman tersebut membiak dengan banyak dan ada di antara bakteria yang menghasilkan racun atau toksin. Antara kuman bakteria yang sedia ada dalam usus dan membiak apabila individu berkenaan memakan antibiotik ialah staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa, Streptococcus faecalis, Canadida albicans, kumpulan Salmonella dan Proteus.

Kesan sampingan ubat ini boleh reda dengan sendiri apabila ubat yang dimakan diberhentikan. Namun, individu dinasihatkan supaya menghubungi doktor atau ahli farmasi dengan segera apabila menghadapi kesan sampingan ubat tersebut. Doktor atau ahli farmasi juga patut menasihati pesakit berkaitan kesan samping cirit-birit yang mungkin akan dialami oleh individu apabila memakan sesuatu ubat.

Penggunaan antibiotik yang berpanjangan boleh menyebabkan pertumbuhan kuman bakteria Clostridium difficile. Ia akan menghasilkan racun yang boleh membawa maut jika masalah ini tidak ditangani dengan segera. Selain turut mengakibatkan radang pada bahagian usus kecil dan besar yang dikenali sebagai Pseudomembraneus colitis (PMC). Ini mudah berlaku pada warga tua. Individu akan mengalami cirit-birit yang sangat serius dan berpanjagan. Antara rawatan yang berkesan ialah dengan pemberian ubat antibiotik eritromisin, tetrasiklin, kumpulan sefalosporin, cankomisin dan metronidazol.

Kumpulan ubat lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan ialah seperti ubat untuk masalah sembelit, antasid, ubat darah tinggi, ubat kanser, ubat malaria dan ubat gout.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails