Offer letter.
Assalamualaikum.
Alhamdulilah dan syukur pada ALLAH SWT atas kekuatan dan jalan yang di permudahkan untuk saya menjadi student kembali di umur 37 tahun. Dengan anak-anak yang comel dan masih kecil lagi seramai 4 orang. Yang penting HC izinkan saya untuk belajar lagi. Restu suami kan.
Memang sudah terlalu lama saya planning untuk belajar kembali. Kalau hendak flash back, sebenarnya ia adalah dari selepas saya bersalin kan Haifa pada awal tahun 2010. Namun saya redha dengan rezeki ALLAH SWT pada saya. Allah kurniakan saya anak dahulu kemudian barulah rezeki yang ini. Bayangkan selepas Haifa, saya dapat Qeqeem pada 2011 dan akhirnya Haify pada March lepas.
Kali ini saya nekad, saya perlu fulfill niat saya yang ini pula. Kata HC, cukuplah 4 orang anak. Bagi saya, saya hendak tambah seorang lagi rasanya. Insyallah.
Lepas habis berpantang pertengahan May 2013 lepas. Saya terus email coordinator kursus Puan Sharifah Rosfashida bertanya itu dan ini. Lepas itu saya cool down semula. Sebab next intake after May ialah September.
Makanya menjelang hari Jumaat lepas, barulah ada kekuatan untuk terus call Marketing OUM untuk confirmkan bila tarikh registration. Saya cuma pernah buat online registration sahaja. Sijil-sijil yang selamat di sahkan pun tidak pernah saya hantar. Hari Jumaat itu juga saya mina HC belikan wang pos. Memandangkan boleh walk in register, sebab itu saya, HC dan baby Haify pergi ke OUM KL untuk pendaftaran. Alhamdulilah saya terus mendapat surat tawaran pagi itu.
Namun saya terlepas penerangan untuk postgraduate pelajar baru pada sesi pagi. Tapi saya sempat join sekali waktu breakfast break. Lepas makan itu saya masuk ke dewan untuk dengar penerangan Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Digital Library dan OUM LMS: myVLE. Wow sungguh-sungguh canggih bahan-bahan yang boleh di dapati di Library OUM. Serius, apa sahaja yang tiada. Semuanya ada, serba lengkap. The best part siap boleh online chat dengan staff di library. Memang serba canggih.
The subjects.
Habis di situ kami di bahagi ikut course masing-masing untuk berjumpa coordinator. Hehe, in the class saya sudah ada 3 orang kawan baru iaitu Kak Aishah, Liza dan Jofina. Suprise sungguh sebab masa icebreaking, baru saya tahu yang rupanya MPM ini boleh terdiri dari pelbagai background. Ia bukan sahaja untuk student Engineering. Wow.
Lepas penerangan di situ, kami berempat tunggu giliran untuk bayar minimun fees RM1750. Setakat ini saya cuma fikir guna duit EPF. Dan belum ada kesempatan lagi untuk berbincang dengan abah pasal fees ini. Yup saya hendak minta abah tanggung fees saya ini. Hehe, jangan salah faham ye kawan-kawan. Dulu pun masa saya study degree, abah yang fully bayarkan yuran pengajian saya. Alhamdulilah, setahu saya memang abah ada siapkan portion simpanan untuk anak belajar. Sebab itu saya ingin mencuba. Insyallah tengoklah nanti macam mana.
Habis di situ, yang paling suprise ialah kami terus di beri 2 buah buku text untuk di gunakan dalam kelas nanti. Wow, ringan beban saya untuk fikir di mana cari buku atau nota untuk belajar nanti. Dan bukunya ialah latest version. WOW.
Semoga ALLAH SWT permudahkan perjalanan hambanya ini. Amin.
Muka cuak, sebab BETULkah keputusan saya ini?
11 comments:
tahniah! selamat untuk sdri, saya juga ada merancang untuk bergelar student kemabali..doakanlah ye..:)
terima kasih dear.
semoga di permudahkan juga untuk cik matahari. amin.
Alhamdulillah semua sudah selesai ye akak...
Tahniah akak...selamat belajar kembali...
bestnya sambung belajar balik..huhuhu
email alamat kat eliss yer :) pemenang fm london :)
akma - alhamdulilah. terima kasih.
xoxo.
eliss - terima kasih. alhamdulilah. nanti saya emailkan.
Waah tahniah..kagum dgn awak yg masih bersemangat waja... moga terus success..
Anak dh 4 ok dh tu, tp klu ada lg rezeki, boleh lagi.. :-)
tima kasih eina. insyallah, semoga di permudahkan oleh ALLAH SWT.
hehe, mmg ada niat untuk menambah anak lagi sekiranya ada rezeki.
tahniah lin....jangan ragu dgn keputusan yg baik ni...insyaAllah..akak pun akan ikut jejak Lin tak lama lagi *wink*
tima kasih dan good luck juga pada akak.
Tahniah....good luck semoga berjaya dunia n akhirat
amin. terima kasih nurul.
Post a Comment