Selamat berhari Jumaat sekali lagi. Semoga hari ini urusan kita semua di permudahkan, dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH swt. amin.
Yup. Memang banyak lukisan atau sketched by anak sulung saya Muhammad Haziq. Setiap kali habis melukis atau mewarna mesti Haziq tidak sabar-sabar hendak tunjuk pada mama dia. Lepas itu mesti suruh ambil gambar itu semua dan minta terus Whatsapp pada kaklang.
Saya memang puji ketelitian Haziq. Mungkin Haziq turun ikut seperti saya yang biasa melukis handfree sahaja dengan diagrams engineering. Mungkin rasanya. Or mungkin ikut HC, erm tidak pernah tanya pula.
Saya tidaklah pandai melukis gambar lain, cuma design engineering sahaja. Tapi Haziq nampaknya sudah beyond mama dia. Alhamdulilah.
Serius saya macam teringin sangat hendak belikan Haziq canvas dan color acrylic. Tapi tidak tahu hendak beli di mana.
Mulut monster makan bunga.
Playgame.
Playgame.
Cobra yang gambar tigasegi.
Playgame dan Basikal, version Haziq.
Hehe, Haziq sangat sinonim dengan pergi Hospital sebab mama dia ini asyik bersalin sahaja.
So Haziq lukis picture kami sefamily pergi Hospital.
Yang sebelah itu, picture ikan atau cartoon di tv kot.
Kreatif anak mama ini, picture baby Hafiy ialah dengan stroller sekali.
2 comments:
suka lukis gituw..
hikhik.
tq dear.
Post a Comment