Followers

Friday, September 13, 2013

Happy 6 months old.

 

Assalamualaikum.
Sudah hari Jumaat. Alhamdulilah, memang feeling hendak cuti rasanya hari ini. Maklumlah hari Isnin kan public holiday. Rasa seronok pula bila boleh bercuti lama.
Lately ini, memang happy sahaja sebab kurnian ALLAH swt yang memberi hambanya ini kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab. Saya sedar saya ini azalinya memang jenis lembik, tapinya kelebihan ramai anak membuat diri kita lebih bersemangat dan lebih sihat, insyallah.

Ya ALLAH, punyalah kan, until hari ini pictures Raya langsung tidak sempat upload. Memandangkan ambil gambar guna camera. Makanya pictures semuanya ada PC di rumahlah.
Itu diatas adalah gambar raya yang ada dalam HP. 1st time saya pakai tudung gitu. Sebenarnya sudah lama memasang niat, tapi asyik tidak berkesempatan sahaja. Lagipun HC macam tidak suka saya pakai tudung fesyen gitu.


Point post ini ialah untuk story mengenai baby comel saya ini.
Alhamdulilah, hari ini genap 6 bulan Hafiy di lahirkan. Berat terakhirnya, saya tidak ingat sebab hari itu masa pergi cucuk 5 bulan cuma HC dan Hafiy sahaja yang pergi berdua. Makanya mama ini tidaklah mengupdate buku lawatan klinik Hafiy. Next appointment ialah pada 26 September 2013.
Yang boleh di perkatakan ialah, memang lenguh tangan kalau mendukung comel ini sekarang. Mungkin gigi Hafiy hendak mula tumbuh sekarang. Sebab last week memang ada demam on off, sambil air liur asyik meleleh sahaja.
Paling kegemarang Hafiy ialah duduk dalam walker. Hafiy memang pecah rekod abang kakak dia sebab dapat walker. Sebelum ini langsung tiada walker dalam rumah kami. Sebab itu di samping Hafiy yang duduk dalam walker. Qeqeem and Haifa pun sama juga hendak merasa duduk dalam walker. Kasihan kan.
Sambil duduk, bergerak laju dengan walker, Hafiy memang sudah mula 'membantu mengemas' dalam rumah. Habis kain, kertas 'di kemasnya'.
Suka hisap ibu jari tangan, sampai tertidur kesedapan dengan ibu jari dalam mulut.
Memang sudah di mandikan dengan air sejuk.
Murah dengan senyuman. Dan paling suka ialah kalau di ajak 'berbual'. Alhamdulilah, abang kakak Hafiy memang rajin melayan.

2 comments:

Eliss said...

kejap jer 6 bln kan. dah try solid food ke?

Ms Haslina said...

a'ah eliss. mcm rindu pula zaman baby yg fragile dulu,yg diam sahaja.
hehe.

seawal 4 bulan gitu memang sudah bagi campurkan susu Hafiy dengan nestum.
sekarang ini just continue dgn itu sahaja.
kalau ikut history abang kakaknya, diaorang mmg tak makan puri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails