Peace and sedap amat.
Saya ambil keputusan pagi ini untuk ambil EL. Rasa macam hendak bercuti lagi.
Sebenarnya memang macam perlu berehat juga sebab dua hari lalu all out di urut oleh Makcik Mah masa balik kg. Alhamdulilah akhirnya saya dapat berurut 'habis berpantang' setelah baby Hafiy sudah masuk 5 bulan lebih. Itu pun tidak sempat 3 hari berurut seperti biasa. Namun yang penting dapat berurut.
Serius, badan amat sedap sangat-sangat.
Dan paling seronok dan bahagia MM beritahu yang rahim/peranakan saya kecut seperti biasa. Refer post yang ini Release penat bekerja. Saya ingat ada apa-apa yang tidak kena, rupanya tidaklah. Syukur alhamdulilah.
Paling tidak boleh 'blah', mesti samaada Kak Mimi mahupun Makcik Mah yang pernah urut saya mesti cakap begini "comel-comel anak ko semuanya kakteh, beranaklah lagi nanti yea".
So macam mana gitu?. Ada siapa-siapa hendak tolong jawabkan.
Tujuan balik ke kg sebenarnya ialah untuk melawat family kak ipar Angah saya yang suaminya meninggal pada pagi Selasa lepas. Arwah abang Hatta ialah biras Angah. Meninggal di sebabkan sakit jantung. Arwah ada dua orang anak perempuan yang masih bersekolah menengah rasa saya dan seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Mohon sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ye kawan-kawan. Semoga rohnya di cucuri rahmat. diampunkan dosa-dosa yang telah di lakukan dan di ringankan bagi arwah seksa kubur. amin.
Di samping itu lagi ialah untuk emak dan abah melepas rindu pada anak-anak saya yang comel-comel itu. Lagipun lately ini abah memang kurang sihat.
Kebetulan pula ada kenduri kawin pada hari Sabtunya di kg saya. Semestinya saya tidak melepaskan peluang join sekali. Lama sungguh tidak pergi kenduri kawin di kg sendiri. Merasalah makan lauk sedap-sedap. Alhamdulilah. Selamat pengantin baru pada Fadhil dan pasangannya Sue dari Terengganu. Semoga jodoh kekal hingga ke syurga. amin.
Pengantin
Lauk. Dari kiri, sambal daun kayu campur petai. kerabu pegaga (rasanyalah), rendang limpa+paru, ayam panggang lada hitam dan kari daging.
Emak tersayang with Hafiy yang tidur bawah khemah.
Nyaman sahaja tidur dengan berpeluh-peluh.
OTW ke kenduri.
Saya telah meminjam baju kurung emak.
Sempat tukar minyak hitam di bengkel orang Melayu di Melang.
Berdekatan dengan traffic light yang ada tugu Cili Api tu.
Bengkel ialah berdepanan dengan signboard ini.
Orang Kuala Pilah, Jom support perniagaan orang kita.
No comments:
Post a Comment