Followers

Friday, January 30, 2009

Brooch, popia and my update..

Cantik tak brooch semua tu. Itu lah yg aku beli kat Tawau hari tu. Murah...sebab tu aku beli banyakkkkk. Yang murah beli banyak lah..tp yg tak murah tu aku beli sikit jea dan yg warna coklat tu aku beli 1 set jea. Yg murah tu aku beli 1 color sekali 2 biji. Aku sebenarnyer bukannyer pengumpul brooch pun. So cadang2 beli tu nak bg lah kat kakak aku dan emak. Tapi diaorang pun harap maklum bukan minat pung menda2 gitu. Pastu aku da tak tahu nak wat aper ngan brooch banyak2 tu. Ada saper2 nak beli kea..aku leh jual murahhh jea..hik hik.

Semenjak balik dari kg En Hendra ni, aku rajin buat popia. Bukan aper sedap dan simple jea popia yg adik cantik En Hendra selalu buat utk minum petang atau minum malam. So aku pun teruskan buat popia bila balik sini guna resepi adik cantik dia tu..saje leh wat makan2 klu minum petang.

Haziq ooo Haziq...klu da penat main2..leh dia tertidor gitu jea kat sofa dia depan tv. Tgk lah tu kat tangan dia...da terlepas gambar bertunang aku dan En Hendra...suka sgt di tgk nyer.

Malam td sempat habiskan movie yg tak habis semalam. Lea ntah aper ke menda citer the day the earth stood still....ntah aper2...tup tap tup tap..da habis. Mesti nyesal jea saper2 yg tgk citer tu kat cinema...hehehehe. Keanu reeve tu pulak masih aura2 citer the matrix jea gayanyer.
Satu lagi drama PUAKA NIYANG RAPIK...aduhai...merapik gak citer ni..gitu2 jea habis nyer...sayang sungguh klimax citer nyer lemah. Aku tgk citer ni da ok da. Tp naper la pulak ending wat gitu. ish ish. Hero citer tu dulu ex student kat tempat keja aku...dia ni dari budak business klu x silap aku. Pernah aku jumpa dia masa aku tgh lepak dekat bilik member aku. Member aku tu lect. account..so pernah la ajar ASSRAF MUSLIM nie. Masa tu dia da jadi pelakon da..dia ada shooting kat situ masa tu. Memang budaknyer lembut jea cakap dia...so sesuai lah dia dgn watak ustaz dalam drama PNR tu..

Semalam En Hendra masak sup daging...ermmmm sedap gitu. Ialah isteri tersayang sakitkan..so dia masakkan sup2 gitu utk aku...tima kasih bang. Sebagai balasan En Hendra masak kan utk aku malam td tu aku duk mengemas dan melipat kain sesambil tgk tv. Siang ni pulak aku buat popia lagi..hikhik..
Aku hari ni macam biasa jea. Tp td pi En Hendra belikan aku eye more...ialah mata aku keringkan. Kakak aku sefamily insyallah datang sini malam ni...melawat aku. Diaorang risaukan aku. Abah pun sama..klu boleh semalam gak dia nak datang tgk aku...tp aku pesan kat kakak aku..aku tak nak sushkan saper2 pun. Lagi pun En Hendra jaga aku dgn baik. Aku rasa emak lom tahu pasal sakit aku nie. Ialah klu emak tahu pasti emak da ada kat KL nie...tgk aku. Biasalah abah dan kaklang mmg selalu sorokkan menda2 gini dari emak...ialah takut emak risauuuu sgt. Tp nanti aku akan bgtau emak..mungkin hari isnin nanti lepas aku sekali lagi pi check up diklinik.
Ntah lah aku pun x pasti mcm mana condition aku nanti..mcm mana kerja aku di opis nanti. Penyakit ni boleh berlanjutan until 6 months lamanyer. Buat masa ni aku lom ada fikir aper nak buat lagi.
Wokeylah da maghrib...chow dulu..

Bell's Palsy - From Wikipedia, the free encyclopedia

Bell's palsy is a paralysis of cranial nerve VII (the facial nerve) resulting in inability to control facial muscles on the affected side. Several conditions can cause a facial paralysis, e.g., brain tumor, stroke, and Lyme disease. However, if no specific cause can be identified, the condition is known as Bell's Palsy. Named after Scottish anatomist Charles Bell, who first described it, Bell's palsy is the most common acute mononeuropathy (disease involving only one nerve), and is the most common cause of acute facial nerve paralysis.

Bell's palsy is defined as an idiopathic unilateral facial nerve paralysis, usually self-limiting. The trademark is rapid onset of partial or complete palsy, usually in a single day. Symptoms typically subside after 2-6 days and full facial function is usually returned within 2-3 weeks. Although rare, residual paralysis or dysfunction is possible and chances of this increase with age.[1]

It is thought that an inflammatory condition leads to swelling of the facial nerve (nervus facialis). The nerve travels through the skull in a narrow bone canal beneath the ear. Nerve swelling and compression in the narrow bone canal are thought to lead to nerve inhibition, damage or death. No readily identifiable cause for Bell's palsy has been found, but clinical and experimental evidence suggests herpes simplex type 1 infection may play a role.

Doctors may prescribe anti-inflammatory and anti-viral drugs. Early treatment is necessary for the drug therapy to have effect. The effect of treatment is still controversial. Most people recover spontaneously and achieve near-normal to normal functions. Many show signs of improvement as early as 10 days after the onset, even without treatment.

Often the eye in the affected side cannot be closed. The eye must be protected from drying up, or the cornea may be permanently damaged resulting in impaired vision.

Recovery

Even without any treatment, Bell's palsy tends to carry a good prognosis. In a 1982 study[19], when no treatment was available, of 1,011 patients, 85% showed first signs of recovery within 3 weeks after onset. For the other 15%, recovery occurred 3–6 months later. After a follow-up of at least 1 year or until restoration, complete recovery had occurred in more than two thirds (71%) of all patients. Recovery was judged moderate in 12% and poor in only 4% of patients. Another study[1] finds that incomplete palsies disappear entirely, nearly always in the course of one month. The patients who regain movement within the first two weeks nearly always remit entirely. When remission does not occur until the third week or later, a significantly greater part of the patients develop sequelae. A third study[7] found a better prognosis for young patients, aged below 10 years old, while the patients over 61 years old presented a worse prognosis.

Thursday, January 29, 2009

stil camtu - sakit itu penghapus dosa..alhamdulilah..

Hari ni aku masih lagi macam semalam. X de perubahan aper2 pun. Ubat ada 2 jenis Dr bg. Yg putih tu punya lah pahit.

Semalam petang En Hendra hantar aku pi office jap. Aku mmg x leh nak drive sebab sebelah kelopak mata aku x leh tutup dan bila pandang2 depan terus mata aku jadi sakit. Ialah kan ada soalan exam aku perlu print dan hantar. Due date utk soalan ialah 4 feb..tp aku saja nak siapkan awal...biar lega aku sikit sebab x de kerja tertangguh. Sebenarnyer malam kelmarin tu aku da siapkan semua soalan dan jawapan exam di rumah. Itu pun on off aku ngadap komputer..sebab mata aku tak tahan. So aku gi office cuma utk print dan tampal graph juga settle kan semua nyer. Alhamdulilah siap gak semua tu semalam dalam masa 3 jam rasanyer di opis. Aku kena tolong tutupkan kelopak mata aku sekejap2....klu tidak mata aku jadi kering sebab x de air mata.

Masa kat office tu, Haziq lah yg paling gembira..lari sana sini. Alhamdulilah ramai kawan2 aku duk layankan Haziq. Diaorang cakap Haziq comel@hensem...heheheh.... Lagi satu Haziq jenis tak takut orang. Padahal dia mmg x kuat makan, tp bila kawan2 aku suapkan dia kek coklat...elok jea dia makan sama...haziq haziq...pandai ambil hati betul. Diaorang cakap Haziq ni bagus sebab x takut orang yg baru dia jumpa. Alhmdulilah...aku risau gak sebenarnyer pasal Haziq nie. Ialah dunia dia bkn dgn orang yg ramai. Dia byk habiskan masa dgn aku dan En Hendra jea. Pastu klu kemana sekali pun mesti dia dibawa. Kami mesti joinkan dia bersama dgn aper pun aktiviti kami. Tapi bagus gak...dia rupa nyer pandai bawa diri. Bg aku lah...kekadang ckap2 orang nie bukan lah diikut pun klu kt tidak lalui nyer sendiri. Bukan aper....orang akan cakap budak mcm Haziq ni mesti janggal klu masuk dalm tempat ramai orang...tp tgk lah...dia ok jea. Sebenar nyer mungkin cara didikan kot membuat Haziq jadi gitu.

Lepas kuar dr office boleh ktorang pi makan sate kajang...hehehe. Memang aku sekarang ni susah nak minum air sebab bibir aku x dapat rapat bersama. So kena minum air dgn straw lah..boleh aku minum air kopi panas dgn straw. Pastu susah gak aku nak kunyah daging sate tu. Lagilah nak tarik daging dari lidi sate...susah sungguh...

Petang tu masa sampai rumah kerja aku ialah basuh baju...dekat 4 trips tu. Iyalah da semua orang x sihat jea kan. Banyak menda tertangguh dalam rumah nie. Alhamdulilah Haziq sihat..dan dia tak berjangkit batuk teruk macam parent dia.

Malam td tu ktorang tgk movie citer THE NUMBER 23 lakonan Jim Carrey. Citer ni mmg SLOW. Tapi aku layan gak sampai habis....cam terpaksa jea kan..

Walter Sparrow is a family-man married with Agatha Sparrow, and works catching dogs in the Department of Animal Control and has a teenager son very close to his wife and him. On the day of his birthday, he is bitten by a dog and comes late to meet Agatha. While waiting for him, Agatha buys a detective book with a novel about the mystery around the number 23 in a bookstore as a gift to Walther. He becomes captivated with the story and obsessed with the number 23, finding many coincidences with his own life, and he decides to find the author, believing the story is about him. His further investigation discloses a mysterious situation that makes Walther paranoid.

Bila da hbis movie tu En Hendra ajak tgk movies THE DAY THE EARTH STOOD STILL. Sebenar nyer masa tu mata aku da tak tahan da. Macam da pedih gitu..ialah asik tgk tv jea. Kejap2 aku tutup sebelah mata aku tu dgn tisu..tp x selesa nyer tgk dgn sebelah mata. Last2..aku cakp ngan En Hendra aku da tak tahan da...aku nak tido. Kesimpulannyer kejap jea aku tgk movie tu. Nenanti lah sambung lagi.

Nak tido pun bukan nyer dapat terus tido..ialah aku masih batuk kan. Anyone ada petua nak hilangkan batukk.??

Ermmm aper aktiviti aku nak buat 3 hari ni ek?...

Wednesday, January 28, 2009

aku sakit..

aku sakit...hari ni masa drive gi kerja td...aku patah balik kerumah...sebab rasa mcm tak yakin ngan penglihatan mata aku..ni baru nak pergi klinik..tak tahulah naper aku nie..nanti kena gi opis gak sebab nak anta soalan exam...ok..

update----
baru balik klinik td. Dr cakap aku kena menda nie --------- > Bell'S Palsy. Bibir aku mcm mengherot ke kiri..rasa macam kebas gitu since semalam. Pastu kelopak mata belah kanan x leh nak tutup sendiri...sebab tu aku tak leh nak drive sendiri...Aku dapat MC 3 hari gitu...Tapi hari isnin kena pi check up sekali lagi. Dr ckp aku nyer sakit ni kire minor lagi..insyallah cepat baik..ntah lah kan..Sakit ni dtg dr virus...

dr kata menda ni selalu kena kat orang pregnant.....ahah...ntahlah...aku x check aper2 pung....

Tuesday, January 27, 2009

update sikit - aku x sihatlah..

alhamdulilah...

seriously aku suka gila baca magazine dalam flight tu..minta maaf ek..sampai aku angkut bawa balik...best sangat magazine tu...congrat AA.

Salam..
Peh lama x update blog..ialahkan...bz. Bila da lama sangat cuti..semestinyer kerja pun banyak tertangguh. Lepas tu satu rumah kembali tak sihat since balik dari Tawau. Masa kat sana semua orang sihat dan ceria jea. Mungkin sebab start penin2 dalam flight masa balik tu membuatkan En Hendra tak sihat. Ialah punya lah asik langgar awan jea flight malam tu...gegar sana sini. Cian kat Haziq asik melekap dgn En Hendra sebab tak selesa. Start dari x sedap badan..En Hendra start batuk..pastu habis satu rumah join the club. Aku pulak byk keja kat opis ditambah badan masih cam tak sedap lagi..so..cuti2 CNY ni kami duk umah jea. Semalam jea balik kg baru ni utk ambil road tax keta. Sampai hari ni kami masih BATUK lagi.
Wokeylah..nak pi dapur. Ntah makan@masak aper hari nie. Chow..

Thursday, January 22, 2009

souvenir for myself and haziq picture..

Sorry lah klu ada saper2 boring pulak dgn post aku lately nie semua citer pasal TAWAU. Ialah kan..lama gak aku menziarah kat sana. So ada bykkkk cerita dan pictures utk di tepek kat sini. Lagi pun kat life kat office aku la nie mcm biasa jea...ngajar dan kena prepare final exam questions. Pastu malam2 la nie..duk sibuk layan movie jea. Kehidupan harian cam biasa...so layan citer tawau jea lah yea...leh kan. Im still missing semua orang kat taman s di tawau tu..Tiap2 malam mesti En Hendra call or berchatting dgn diaorang tanya update citer from them.
Picture kat atas tu gambar anak bujang aku masa balik dari sana. Ya ampun..haziq mmg asik nangis jea dalam flight. Dia tak selesa kan..puas En Hendra pujuk dia. Last tertido kat bahu En Hendra..masalah nyer bapak dan anak sama2 mabuk rupanyer....kecian aku kat diaorang...So kena tido jea lah all the time masa dalam flight. Aku je yg x leh tido...duk layan magazine dalam flight tu. Suka aku baca, mcm2 menda dalam tu.

Ahah...pictures kat bawah tu, handbag baru aku. Alah murah jea...tp aku suka beg2 gitu..simple jea. Handbag tu pulak, siap pusing sampai 4 kedai rasanyer. Yg last sekali baru dapat harga yg paling murah...alhamdulilah. Aku ni beli beg setahun sekali jea..tu yg aku perasaan lah...hehehe. Yg satu lagi tu ialah dompet duit syiling...klu x silap 3 hari, kami duk datang kedai kakak tu utk tanya dompet tu..ialah kakak tu turunkan rm1 jea dr harga asal. Last2 dapat gak harga yg kami nak.

Wednesday, January 21, 2009

cantik kan...

Hari ni aku ada bz sikit...personal matters. Pagi ni cuma ada pavemnet laboratory je until 11am. Lepas tu da x de kelas da. Tp kena prepare kelas for tomorrow dan soalan quiz.
Aku mmg suka ambil gambar dari plane....cantik kan. Camtu rupanyer klu orang nak lukis peta kan...dulu2. Ni picture masa nak balik da...kirenyer itu picture pandangan Tawau dari udara.

Tuesday, January 20, 2009

bg hadiah utk pengantin and matahari ku...

Semalam petang masa kat office, ada sorang pengantin baru nie. Hari tu dia ada bg aku kad..tp x sempat nak pi kenduri kawin dia nun di hujung negeri selangor nie. Mmg aku ada niat nak bg hadiah kat dia. So kebetulan dia dtg office aku, aku hadiahkan bunga picture kat bawah tu utk hiasan umah yg diaorang baru masuk. Alhamdulilah dia suka..selamat pengantin baru dan semoga kekal selama nyer..amin..


Hari tu masa flight balik kebetulan aku dapat tgk matahari terbenam sebb flight aku jam 6.10pm kan. So dapat lah amek gambar sikit..wlupun biasalah kan..silauuu gitu.

Monday, January 19, 2009

im working today...hehehe

Alhamdulilah..aku da selamat pulang ke kl flight 6.10pm dari TAWAU sabah hari sabtu hari tu. Seronok nyer hanya ALLAH yg tahu betapa syok nyer 1ST TIME aku pi TAWAU melawat umah dan keseluruhan family semenjak aku menjadi isteri En Henda pada 2006. Banyak sungguh picture di ambil sepanjang seminggu di sana. Klu x silap aku dalam 500 keping gitu...biasalah kan semua orang SUKA bergambarkan. Mmg lah x leh ambil gambar kat airport..tp sempat En Hendra ambil 2 keping kat situ. Masa aku pulak nak ambil gambar En Hendra..da kena warning kat orang air asia...x leh amek gambar da kat situ...hehehehe..so aku dapat ambil tu jea pic kat airport.
Oklah nak balik da...bz sungguh hari ni. Chowww...

Friday, January 16, 2009

Update sikit gitu..

Hari rasa ni rasa nyer nak cakap Tawau lah sikit. Boleh gitu ka bah...hehehe. La ni, semua lelaki2 kat umah ni tgh pergi solat jumaat. So lelepak aku bah di depan komputer ni. hehheeh.

Malam td tu..lawak jea...aku dan En Hendra keluar pi bandar jap. Saja nak jalan2...sedang drive tu boleh aku asik tak boleh kasik masuk gear 3. Klu masuk2 gear, balik2 ke gear 5 rasanyer. Ahh sudah...kelam kabut jap. Last2 boleh aku terus masuk gear 4 dari gear 2...risau nyer aku...alhamdulilah ok jea. Bukan gear box rosak...aku yg x kelepasan masuk gear 3....hehhhehe..kan aku ni da jadi budak amatur drive keta manual sekrang nie...gitu lah jadi nyer...
Wokeylah...Haziq tgh nak di layan jea. Nak kedapur..mak mentua x bg aku bt kerja..aduhhh...rimas di buat nyer. Da ramai kan adik2 perempuan En Hendra...semua nyer pandai masak..sedappppp pulak tu. Tapi semalam pagi lepas gak aku goreng mee. 2 KG gitu...padahal sebelum ni aku cuma pernah masak until 1 kg jea. Ok gak rasa mee tu, cuma kurang pedas jea. heheheh..
Okieslah...nak pi dapur da...

Thursday, January 15, 2009

Takziah pada kawan En Hendra atas kehilangan ayahnyer..

Semalam petang..lepas aku and En Hendra pi jalan2 kejap. Kami cadang nak melawat ayah kawan En Hendra di hospital. Kebetulan kawan En Hendra yg duk KL sesama ada kat sini. Balik melawat ayah dia yg sakit. Tapi br kami nak gerak ke hospital, rupa2 nyer ayah dia da passed away. Simpati aku dan En Hendra pada Jimmy@Mohd Zaidi atas pemergian ayahnyer. Mendiang ayah nyer masih cina. So mesti upacara pengkebumian di buat cara diaorang. Takziah pada Jimmy sekeluarga. Emak Jimmy tenang jea aku tgk di hospital. Kakak sulung Jimmy yg telah masuk Islam menangis sampai pengsan semasa mendiang ayahnyer nak dipindahkan ke troli utk dibawa ke bilik mayat...kecian kan..terlampau sedih. Mmg masa aku sampai ke hospital, mendiang masih di katil hospital. Mengalir air mata aku...sedih juga aku melihat semua saudara mara Cina Jimmy masih terkejut dgn aper yg telah berlaku. Klu x silap aku, mendiang dimasukkan kehospital kerana perot nyer semakin membesar dan perot nyer di tebuk utk keluarkan air..klu x silap aku.
Kecian Jimmy..baru2 ni adik dia meninggal dunia (yg aku dan En Hendra pergi masa hantar jenazah ke kubur di Gombak)...ini pulak ayah nyer. Besar dugaan dan ujian dari ALLAH buat Jimmy. Semoga dia tabah menghadapi nyer.

Tuesday, January 13, 2009

Myself, En Hendra and Haziq are enjoying ourself right now...SYOKKKK

Salam...alhamdulilah aku, Haziq dan En Hendra sedang bahagia bercuti start dari 10 jan ari tu. Syukur pada allah dgn limpah rezeki yg diberi pada kami kerana dapat juga kami ke sini. Memang setiap2 hari disini mmg menyeronokkan dan besttttttt. Start hari ahad tu aku klu nak kemana2 mmg kena drive kereta manual....boleh gitu..heheh. X boleh lah memilih lah...da di bg guna kena manual..so...ok jealah...tima kasih yea.
Since tahun 1999 aku mmg da drive kereta auto...lepas dalam 2 tahun rasanyer aku drive kereta manual sebelum tu. Lepas tu klu x silap dalam tahun 2002 adalah sekali je aku pernah drive kereta manual. As a result da 7 tahun lah aku tinggalkan dunia kereta manual. Lama da kan....Td petang kena drive pi jauh gak tempat tu..memula cam ngeri jea, masih penakut lagi dan tak yakin dgn kemampuan aku driving manual nie...ialah nak jalan jauh kan. Tp kelakar jugak....sebab aku drive biasa2 jea...tak laju pung...hehehheh...
Im enjoying myself here now...soooo luv it...

Friday, January 9, 2009

Boikot boikot and formula story...

Aku copy ni dari blog my new cyber pren KAK INA....tq kak..

Hari ni masih macam x sedap badan...lom fully cure dari fever last wednesday.

Aku ada soalan lah utk di kongsi ngan emak2 diluar sana. Sebelum ni aku pernah baca lah....tajuk susu formula mahal vs murah. Kat situ juga ada tulis statement bgtau bahwa ada sorang Dr ni kata susu formula mahal dan murah bezanyer sikit jea...

Iye kea menda nie?...x akan lah susu formula harga rm 58 utk 900 gram sama quality dengan susu formula rm 20 utk 900 gram. Please ibu2 emak2 kat luar tu bg opinion sikit. Klu betul lah menda ni x....aper makna nyer ada susu mahal?...Apakah maknanyer semua nie...

Thursday, January 8, 2009

movie - BUDAK KELANTAN..

Ada saper2 pernah tgk movie nie. Ari tu En Hendra donlod citer nie..so aku pun tgk lah. Erm mmg citer ni tunjuk real life kat KL jea. Tp byk guna budak2 kelantan lah konon nyer yg 'nakal'. Dialog pun byk guna kecek kelate. Untung ada subtitle, sebab aku pun bukan faham sangat pun bahasa kelantan nie. Hero citer ni ada 2 orang, mamat baju merah tu Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman who played as Jaha dan Danny x factor as Buchek. Yg pakai baju biru tu ialah Bienda. Aku ngeri tgk citer ni..ialah mcm real jea.

Demam and black canyon coffee..

Salam..td pagi ada kelas. Walau pun aku pakai baju sejuk ari ni..dan tgh pakai juga sekarang nie....aku tetap mengajar. Semalam aku MC..sakit tekak..dan demam. Pagi semalam tu Haziq masih demam lagi...jugak En Hendra. So aku kena drive sendiri pi klinik...tp larat lagi lah.
Seharian En Hendra tidor jea..sebab malam sebelum nye En Hendra yg jaga Haziq. Lepas lunch tengahari tu, alhamdulilah Haziq da sihat. En Hendra sambung tido semula...aku pun tido2 ayam jea gitu sebab Haziq tersangat lah active...lari sana...lari sini...so kenalah jaga dia. X nak tido pulak tu. Petang tu bila En Hendra da bangun...aku makan ubat dan terus tido. Tapi wlu pun malam td duk layan movie Fantastic 4 2nd...aku tetap lembik lagi. Jam 12 lebih masuk tido da...tetiba En Hendra datang suh aku makan ubat demam, siap bawakan air sekali...tima kasih sayang. Memang dari petang En Hendra duk tegur Haziq supaya jgn ganggu emak dia nie yg tengah nak berehat dan tido. Si kecik tu bukan kisah pun...duk panjat2 emak dia ajak main jea2.
Tp alhamdulilah Haziq mmg active wlupun baru baik demam.

Hari ahad hari tu, lepas pi beli barang aku ajak En Hendra pi makan nasi goreng. Ialah masa tu da jam 5 pm gitu. Tapi pusing2 gak fikir nak makan kat mana. Fikir2 lagi aku ajak pi JJ maluri, sebab kat situ pun ada beberapa restoran. En Hendra pilih restoran Black Canyon Coffee. Memang ktorang x pernah makan kat situ pun. Kira cuba2 lah tu.

Haziq punyalah x boleh duk diam...habis da semua sudu garfu jatuh ke lantai. Aku order nasi goreng yg ada kebab tu. En Hendra pilih nasi goreng kari hijau dan air tembikai. Nasi goreng En Hendra jea yg sedap...yg lain tu kureng. Kira lepas ni x de kekuasaan nak makan kat situ. Lagi yg best ialah kopi O yg aku pilih...mmg kaw gitu. Aku mmg peminat kopi O. Haziq nyer menu ialah ais cream dan fries+ayam juga free biskut. Balik parent dia yg habiskan makanan tu, Haziq bukan nak pun. Dia nak mainnnnnnn jea. Sebab ada Jcard dapatlah 10% discount makan kat situ.

Tuesday, January 6, 2009

Haziq dan En Hendra demam hari nie.

Aku tak kerja hari ni. Haziq and En Hendra demam + batuk. Haziq da muntah 2 kali...muntah susu. Td masa pi klinik suhu Haziq dalam 38 darjah. Rasa tak sampai hati nak pergi kerja dgn orang2 tersayang tak sihat. Tu pic Haziq masa tgh tunggu En Hendra pi pejabat pos kejap utk hidupkan lesen memandu aku. Update kan sekali 2 tahun lesen tu. Alhamdulil lepas bg makan ubat td, Haziq terus tido. Ni baru2 bgn...demam dia da surut da...syukur pada Allah.

Tu picture di MPAJ, aku sempat pi amek salinan bayaran cukai pintu rumah aku duduk nie. Ialah aku bayar online jea pada bulan august dulu. La ni abah nak settle kan penukaran nama rumah nie dari pemilik asal. Teruk sungguh lawyer rumah nie...da masuk 13 tahun abah beli umah nie..duit yg abah bayar kat pemilik asal tu pun da habis kot diaorang guna kot...tp umah ni masih nama diaorang. Service kat MPAJ ni bagus lah..aku puji. Layanan pun memuaskan.

Roti arab yg aku buat hari ahad ari tu rasanyer. Cantik sungguh dia naik.. Cam biasa. fav kami ayam dari Mobil Mart. 1/2 percik dan 1/2 pepper.

midvalley, manja magazine - update friday 2nd jan 09

Hari jumaat tu...kan da ada post aku tulis quick update....aku cuti @MC. Selesai urusan di kedai tenaga dan di RHB ampang. Aku pi lunch nasi lemak di food court di Ampang Point. Memandangkan tshirt yg nak dicari x de dan x lawa sangat di REJECT SHOP. Lepas solat jumaat tu...En Hendra ajak ktorang pi MIDVALLEY. Aduhhh..malas nyer aku. Penat..conpem penat nanti nie. Alhamdulilah byk gak pilihan baju utk Haziq juga sweater utk En Hendra. Reject shop kat MV tu kirenyer baru jea opening. Kedai nyer besar dan banykkkkkkkkk sungguh pilihan tshirt. Aku mmg x de beli aper2 sebab, Haziq lately ni mmg asik MOODY je klu dibawa beli baju..so lepas baju En Hendra dan Haziq...ok da tu.

Habis pusing2 MV, ktorang pi makan DOMINO PIZZA. Since kakak aku suka membeli berbondong-bondong pizza domino klu nak balik pilah. Last kali, aku dan En Hendra da suka pulak makan domino. Aku rasa pizza dia lebih sedap dari pizza hut dan harga pun lebih murah...heheheh.
On the way balik dr MV ktorang singgah bilik hotel cousin aku utk solat maghrib. Cousin aku ni baru sampai dr s'pore. Saje datang bercuti2 laki bini nie. Kebetulan bday ke 25 tahun hubby Dillah nie, ktorang pi makan di Big Mama kg baru...En Hendra belanja. Lepas hantar dioarang di petaling street...ktorang terus balik.
HEehhe..memandang kan emak aku balik s'pore tu...mmg aku pesankn majalah MANJA aku. Dillah ni yg tolong belikan...so dpt lah aku MANJA tu dari dia msa jumpa tu. Cam biasa free gift MANJA ialah travel beg..syokkk kan..
Cover depan adalah FAHRIN AHMAD....rupa nyer dia ni ada DEGREE in LAW...dasat gak ek..LAYWER patutnyer dia nie. La ni dia tgh hangat dgn pelakon SCHA tu...


Balik pilah, LEKAS highway,masjid india and giordano.

Salam..
Masih dalam mood malas nak menulis dalam diary hidup aku nie. Lately ni bz sungguh. Bz ngan bersuka ria. HHhhehhehe.

Let start from 27 dec 2008 - saturday
Petang sabtu tu kami balik kuala pilah, sebab emak dan adik aku nak balik kg..kg mana lagi..Nun kat s'pore. Emak balik sebab nak menziarah nenek yg masih tidak sihat lagi..sakit tua. Juga sebab adik da lama balik s'pore..so dia nak habis kan cuti tahunan dia sekali lah. Lama gak diaorang gi sana..dalam satu minggu gitu. Ni, emak da balik da hari sabtu hari tu. Diaorang gi naik kereta..berdua jea. Naik kereta sampai gelang patah jea, umah rehat uncle aku. Pastu Cik Mat and Cik Sarah datang amek diaorang. Bukan adik x nak drive msuk s'pore. Kan pernah aku kata dulu..dalam ramai2 family aku..aku sorang jea yg tahu jalan pi umah nenek dis'pore..yg lain failed..hehehhe. Lagi pun dulu aku study kat JB kan..tu yg aku boleh lah dikatakan biasa2 jalan nak pi uman makcik2 aku tu jea. Jalan2 lain...x tahu den pun.
Hari isnin - maulidur rasul tu aku lah kena masak. Sebab emak da pesan da suh masakkan abah aku lauk sambal ikan selar kuning dan sayur taugeh. Emak mmg ada tinggalkan rendang daging utk abah sikit. Sedap gak lauk ikan tu...simple jea..resepi emak..bawang putih+bawang merah+cili api dipotong+ciliboh sesudu gitu. Yg hari selebih tu, kakak ipar aku rasanyer masakkan utk abah. Ikut peracangan nyer tiap2 malam angah akan temankan abah tido kat umah. So aku rasa mmg angah yg bawakan lauk utk abah.
Korang pernah ikut highway LEKAS? Aku 1st time ikut hway tu masa balik kg dan masa balik ke kl. Bukan aper, masa aku balik petang sabtu tu..jalan hway PLUS tu mcm byk keta jea. Tu yg aku cuba ikut LEKAS. Lagipun adik aku mmg selalu ikut situ klu balik kg...jalan clear jea. Hari ahad tu hway PLUS dari senawang lagi da stuck...punyalah byk kereta. So aku cadangkan pd En Hendra utk ikut LEKAS. Memang berbaloi...jalan clear dan kojap jo da sampai pandan indah..alhamdulilah.

30 dec 08 - tuesday
Aku tak kerja lagi...heheh..cuti lagi..kebetulan ada sehari cuti ganti yg belum aku langsaikan..so kena lah habiskan before end of the year. Hari selasa tu, ktorang pi Masjid India utk membeli....tgk kat bawah tu jea yea..

Lepas habis membeli di sinun...ktorang nak pi memborong tshirt Giordano dan terus pi Ampang Point. Klu di giordano JJ maluri x de jual tshirt tu. Aku dan En Hendra mmg suka pakai tshirt giordano nie. Sebelum pi kedai tu, ktorang mamam KFC dulu. Semua orang da lapar gitu. Sedang syok2 makan tetiba ada sorang perempuan ni duk di kerusi tepi aku. Kirenyer dia ngadap ngan En Hendra dan Haziq lah. Rupanyer LINDA JASMINE cikgu menari tu tgh tunggu take away order KFC dia. Dia pakai baju kurung warna putih dan tgh sibuk2 calling pasal hal abrang2 hantaran utk wedding dia feb nanti. Aku x menengok pun dia, cuma En Hendra je yg tgk..orang nyer kecil molek gitu...heheheheh

New year tu..duk umah jea..rasanyer lah. Aku pun da lupa gitu. Aku masak ayam + cendawan..pic di bawah tu...Memang sedap lauk ni...nak masak pun sonang. Sebenarnyer 2 x kali aku nak masak nasi lemak...tp x jadi sebab cili boh da habis. Tu yg aku masak lauk sempoi ni jea.

Friday, January 2, 2009

quick update..

Salam..

Sungguh GILA KENTANG bila aku cam malas nak pegang keyboard..apatah lagi nak update blog lately ni. Dasar LEKA dan SERONOK dan berlepak juga bersuka2 jea aku nie....hehehheh. Hari ni aku x gi office..cuti @ MC. Memandangkan budak2 cuti, so rasanyer x de menda PENTING sangat yg aku ada kat opis tu. HHhee..Juga hari ini 1st day kat opis aku tu..BOSSY PEREMPUAN START JADI BOSS...ntahlahhh..kan aku pernah kata dulu...dia ni orang nyer OK tapi perangai dia..YA AMPUN. Semoga ALLAH sentiasa melindungi REZEKI kami seOPIS sepanjang dia jadi BOSS..amin ya rabbal alamin.

Tapi ada beberapa perkara nak buat, nak kena pergi kedai tenaga nak settle pasal bill electric aku sebab diaorang tu x update payment online aku so bila sampai bill bulan lepas da lapping bill yg bulan dulu2. X psal2 bill aku da jadi 2 months nyer...mengong sungguh kan TNB tu. Pastu nak pi Ampang point nak cari baju. Dan last destination ialah RHB, sebab nak update buku bank jugak nak minta copy payment history utk CUKAI PINTU rumah aku nie sebab ABAH aku nak copy payment tu. Payment tu aku da buat bulan august ari tu secara online..tu yg x de simpan payment slip tu.

Okies lah..nak chow da..selamat bercuti panjanggggggg lagi until sunday..SYOKKKKK...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails