Followers

Thursday, January 29, 2009

stil camtu - sakit itu penghapus dosa..alhamdulilah..

Hari ni aku masih lagi macam semalam. X de perubahan aper2 pun. Ubat ada 2 jenis Dr bg. Yg putih tu punya lah pahit.

Semalam petang En Hendra hantar aku pi office jap. Aku mmg x leh nak drive sebab sebelah kelopak mata aku x leh tutup dan bila pandang2 depan terus mata aku jadi sakit. Ialah kan ada soalan exam aku perlu print dan hantar. Due date utk soalan ialah 4 feb..tp aku saja nak siapkan awal...biar lega aku sikit sebab x de kerja tertangguh. Sebenarnyer malam kelmarin tu aku da siapkan semua soalan dan jawapan exam di rumah. Itu pun on off aku ngadap komputer..sebab mata aku tak tahan. So aku gi office cuma utk print dan tampal graph juga settle kan semua nyer. Alhamdulilah siap gak semua tu semalam dalam masa 3 jam rasanyer di opis. Aku kena tolong tutupkan kelopak mata aku sekejap2....klu tidak mata aku jadi kering sebab x de air mata.

Masa kat office tu, Haziq lah yg paling gembira..lari sana sini. Alhamdulilah ramai kawan2 aku duk layankan Haziq. Diaorang cakap Haziq comel@hensem...heheheh.... Lagi satu Haziq jenis tak takut orang. Padahal dia mmg x kuat makan, tp bila kawan2 aku suapkan dia kek coklat...elok jea dia makan sama...haziq haziq...pandai ambil hati betul. Diaorang cakap Haziq ni bagus sebab x takut orang yg baru dia jumpa. Alhmdulilah...aku risau gak sebenarnyer pasal Haziq nie. Ialah dunia dia bkn dgn orang yg ramai. Dia byk habiskan masa dgn aku dan En Hendra jea. Pastu klu kemana sekali pun mesti dia dibawa. Kami mesti joinkan dia bersama dgn aper pun aktiviti kami. Tapi bagus gak...dia rupa nyer pandai bawa diri. Bg aku lah...kekadang ckap2 orang nie bukan lah diikut pun klu kt tidak lalui nyer sendiri. Bukan aper....orang akan cakap budak mcm Haziq ni mesti janggal klu masuk dalm tempat ramai orang...tp tgk lah...dia ok jea. Sebenar nyer mungkin cara didikan kot membuat Haziq jadi gitu.

Lepas kuar dr office boleh ktorang pi makan sate kajang...hehehe. Memang aku sekarang ni susah nak minum air sebab bibir aku x dapat rapat bersama. So kena minum air dgn straw lah..boleh aku minum air kopi panas dgn straw. Pastu susah gak aku nak kunyah daging sate tu. Lagilah nak tarik daging dari lidi sate...susah sungguh...

Petang tu masa sampai rumah kerja aku ialah basuh baju...dekat 4 trips tu. Iyalah da semua orang x sihat jea kan. Banyak menda tertangguh dalam rumah nie. Alhamdulilah Haziq sihat..dan dia tak berjangkit batuk teruk macam parent dia.

Malam td tu ktorang tgk movie citer THE NUMBER 23 lakonan Jim Carrey. Citer ni mmg SLOW. Tapi aku layan gak sampai habis....cam terpaksa jea kan..

Walter Sparrow is a family-man married with Agatha Sparrow, and works catching dogs in the Department of Animal Control and has a teenager son very close to his wife and him. On the day of his birthday, he is bitten by a dog and comes late to meet Agatha. While waiting for him, Agatha buys a detective book with a novel about the mystery around the number 23 in a bookstore as a gift to Walther. He becomes captivated with the story and obsessed with the number 23, finding many coincidences with his own life, and he decides to find the author, believing the story is about him. His further investigation discloses a mysterious situation that makes Walther paranoid.

Bila da hbis movie tu En Hendra ajak tgk movies THE DAY THE EARTH STOOD STILL. Sebenar nyer masa tu mata aku da tak tahan da. Macam da pedih gitu..ialah asik tgk tv jea. Kejap2 aku tutup sebelah mata aku tu dgn tisu..tp x selesa nyer tgk dgn sebelah mata. Last2..aku cakp ngan En Hendra aku da tak tahan da...aku nak tido. Kesimpulannyer kejap jea aku tgk movie tu. Nenanti lah sambung lagi.

Nak tido pun bukan nyer dapat terus tido..ialah aku masih batuk kan. Anyone ada petua nak hilangkan batukk.??

Ermmm aper aktiviti aku nak buat 3 hari ni ek?...

5 comments:

en_me said...

siannyerrr batuk tewww.. salammmz

Ms Haslina said...

salam...tq for coming...

Eliss said...

alahai..batuk ker..aku kalo batuk, minum ubat batuk terus jalan...petua orang tua2 ada, buh segenggam nasi dalam air then minum air tu esoknya tapi x penah try..semoga cepat sihat k!

Ina Hashim said...

lin,
petua akak=sesudu madu dicampur ngan perahan sesudu limau nipis...insyaAllah

petua maid akak dulu si Ani yg Lin penah jumpa tu= sesudu kicap manis+perahan limau(berkesan utk dia,each time batuk mmg dia x penah makan ubat batuk doktor tapi petua ni)

Ms Haslina said...

elis ~ da cuba da yg nasi tu..tp x elok gak..tima kasih...

kak ina ~ sesudu perahan limau+sesudu madu tu cam sama ngan petua roomate saya dulu JONGLILING tu tp dia guna perahan lemon..

ooo petua ani ek..tu baru tu...nak cuba lah..tima kasih kak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails