Followers

Friday, October 30, 2009

my ESQ (Emotional & Spiritual Intelligence)


Alhamdulilah..syukur pada ALLAH sebab aku di beri kemampuan oleh NYA untuk menghadiri kursus ESQ selama 3 hari dengan kesihatan yang baik. Walaupun malam-malam En Hendra setia (rela paksa) tolong urut belakang aku. Sakit-sakit badan jugalah ibu mengandung ini sebab biasalah kan, kursus ESQ ini lebih daripada duduk di lantai beralas carpet dari duduk di atas kerusi. 3 hari kursus bermula dengan seawal 7.30am mendaftar dan balik pada jam 6.45pm. Ditambah lagi dengan air cond yang sejuk. So biasalah kan...mesti ada ketidak selesaan duduk terlalu lama. Memang mereka beri kelonggaran pada aku untuk duduk diatas kerusi..tapi aku rasa tidak feel sungguh kalau duduk dengar ceramah sorang-sorang. Mestilah hendak duduk berkepit dengan member sendiri...kan.

Semestinya perut aku sudah-sudah terang lagi bersuluh kedepan...kan. So diaorang mesti risau...takut aku tidak selesa bersila terlalu lama. Tapikan walaupun memang aku ini orang nya lah..sememang nya yang paling MANJA dalam adik beradik aku. Walau pun aku ini merupakan anak yang tengah-tengah. Aku ada abang..aku ada kakak...tetapi aku ada adik juga..aku bukan anak bongsu okey. MANJA aku hanya apabila bersama keluarga dan saudara mara rapat aku semestinya di sebelah emak aku. Dan juga pada suami dan anak.
Tapi walaupun orang nampak aku ini seperti lembik dan tidak larat...sebenarnya aku masih mampu buat apa sahaja seperti mereka buat.

Bergerak cergas ketika lagu di mainkan. Senaman ringan yang sentiasa mereka buat semasa seminar berjalan. Aku tidak suka di beri keistimewaan kerana aku sedang berbadan dua. Tapi memang ramai kakak-kakak yang lain melarang aku terlalu cergas..ialah kan....mereka lebih mengetahui. Aku ikut sahaja. Terima kasih atas keprihatinan mereka.
Syukur alhamdulilah.

Syabas pada ESQ licensed trainers iaitu En/Pak Muhammad Rasyid, En/Pak Firdaus Djamaris dan 1st trainers dari Malaysia iaitu En.Muqarabin.

ESQ 165 Alumni Angkatan ke 2 IKRAM.


Lirik lagu ini adalah diilhami dari Ayat-ayat Suci QS 91 (Asy-Syams ): 1 - 10.

I just loveeeee this song..
Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah
By : Snada



2 comments:

faridmw said...

salam kak...
moga kak sihat selalu...

Ms Haslina said...

dik farid...amin & tima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails