Followers

Monday, December 14, 2009

Pegaga masak lemak cili padi.

My pegaga.

Walaupun batuk batuk lepas itu muntah..hik hik. Keinginan untuk makan tetap ada.
Apa lagi sekarang ini memang aku teringin hendak makan ROJAK dan PEGAGA masak lemak cili padi. Syukur pada ALLAH, alhamdulilah terlepas sudah keinginan aku itu.

Hari sabtu lepas, kami pergi membeli barang basah dapur untuk seminggu. Aku sudah aim untuk PEGAGA. Harapan aku menggunung tinggi. Syok..aku beli 2 ikat sekali. Seikat untuk sekali masak.

Masa on the way balik itu, aku minta En Hendra berhenti tepi jalan berdekatan rumah untuk membeli ROJAK. Sememangnya aku tidak pernah pun membeli di lori-lori kecil itu, tapi sebab sudah 2 kali aku makan rojak sebelum ini, semuanya tidak sedap. Tidak menepati citarasa lidah kelat orang mengandung ini.
Harapan aku kali ini semoga..sodappp.

Aku menyukainya.


Balik rumah masa itu sudah petang, semestinya aku ini kerjanya ialah tidur sahaja sekarang ini. Penat weh...

Lepas maghrib malam itu aku meneruskan rancangan aku untuk masak makan malam. Lauknya ialah PEGAGA masak lemak cili padi dicampur dengan daging.
Minta maaflah jika aku katakan masakan aku malam itu memang sodap...hik hik. Tapikan, aku semestinya tidak boleh makan banyak. Ruang dalam perut aku sudah berkurangan. Walaupun rasa hendak tambah nasi buat kali kedua, tapi aku pertahankan juga. Tidak pasal-pasal boleh bawa muntah nanti.
Aku pasang niat dalam hati, esok boleh makan lagi. Sebab rasanya memang banyak aku masak malam itu.

Rupa-rupanya, bukan aku sahaja yang mengidam yea...En Hendra telah selamat menghabiskan lauk aku untuk malam itu.
Berulang-ulang dia makan malam itu.
Tidak mengapalah, lainkali aku masak lagi.

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

hehe...naseb baik jumpe mknan yg diidamkan, kalo tak harus anak nnti meleleh2 air liurnya..hikhik.. ^_^..

tak pnh masak lemak pegaga la, pucuk paku selalu la.. herm..bley try nih! :P

Ms Haslina said...

itu lah...alhamdulilah...

selain pucuk paku, leh cuba pegaga juga pucuk ubi...kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails