Followers

Thursday, December 10, 2009

Tukar tayar kereta.

Picture selasa minggu lepas. Perut aku berusia 32 minggu.

Masa hari selasa itu, balik sahaja dari kerja En Hendra ajak pergi bengkel kereta. Mulanya malas sungguh aku. Ialah aku ini kalau sudah balik rumah jangan harap hendak berjalan kemana-mana. Dasar pemalas hendak berjalan di waktu perut memboyot ini.

Tapi kan kalau tidak ikut, kecian pula dia keluar dengan Haziq sahaja. So aku ikut sahajalah dengan baju kerja aku. Baju itu aku pun tidak tahu baju apa. Sebab aku ambil baju makcik aku...hikhik.
Mungkin baju punjabi berseluar atau baju jubah berseluar. Dunnolah...
Lawaknya kan masa tidak mengandung aku rasa macam tidak sesuai pakai itu. Tapi bila sudah pregnant begini.....comel sahaja aku pakai baju itu. Sampaikan MYLADY BOSS tegur aku sebab dia duk fikir siapa pula yang pakai baju itu. Dia tengok aku dari belakang. Macam tidak percaya dia melihat makbuyung ini masih ada pinggang (sikit je lah kan) walaupun tengah sarat ini...hik hik.

Kembali pada cerita di bengkel. Kereta aku perlu di tukar tayar baru. Sebiji sahaja iaitu tayar belakang. Akhirnya semua tayar pakai brand good year. Tapi rupanya tayar GY, sudah ada keluaran baru. So bunga tayar itu tidak sama dengan bunga 3 tayar GY yang kereta aku guna. Harga RM115 sebiji. Itu di belakang tempat aku duduk itu, ada tayar murah. Tayar dunlop harga RM88 sebiji.
Lepas itu tukar minyak brek sekali.

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

nmpk buyungnyer besar juge tp masih muat ee baju2 cenggitu ^_^..

ermm..en usband saya pun bercadang2 nk tukar tayar nih, 2 biji..belum pegi2 laeii..huhuhu..

Ms Haslina said...

itu lah..alhamdulilah...save sikit x yah beli baju pregnant..
:)

ini nasib tayar belakang..klu tayar depan mmg x leh tunggu2 klu nak kena tukar..kan...

maidatul said...

hehehe samalah kita akak baju jubah seluar yang mak bagi kat akma pakai masa pregnent jea lepas tu selamat tersimpanlah...

Ms Haslina said...

itulah pasal kan...
;)

Eliss said...

aku dulu masa 9 bulan baru nampak perut.so tdak sangat bj pregnant.

Ms Haslina said...

eliss ~ wahhh syok lah gitu...save money...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails