Followers

Thursday, November 25, 2010

cuti 'honeymoon' sudah berakhir


Baru sebentar cuma aku rasa students 'dicutikan'. Tetiba minggu ini mereka sudah kembali semula. Aduhai. Penuh dengan diaorang sahaja sana sini.
;((
Dengan itu maka cuti 'honeymoon' sudah berakhir. Semua kembali seperti biasa. Kelas dan mengajar. Sediakan nota, buat soalan quiz bagai. Lagi ini kena buat soalan exam lagi awal dari sebelumnya. Aduhai sekali lagi.
Melihat timetable, kelas aku pack dari pagi Isnin hingga ke petang Khamis. Itupun aku sudah menolak satu subject lab. Aku tidak sanggup lagi berpeluh-peluh bersama student membancuh concrete di lab yang panas itu. Cukuplah, rasanya dekat 5 tahun aku jadi cikgu lab ini.

Satu perkara lagi semester ini aku akan mengajar student partime. Pertama kali aku mengajar diaorang ini. Semestinya student adalah dari mereka yang sedang bekerja gitu. Waima kelas aku harap maklum ialah pada hari Sabtu atau Ahad.
Makanya lagi aku lepas ini akan bekerja 6 hari seminggu.
Goshhh.
Alasannya,subject untuk student partime ini sama dengan subject aku mengajar untuk student fulltime. Sebab itu aku dapat offer untuk mengajar.
Akhir kata, selamat mengajar buat member-member di office aku.
Semoga Allah sentiasa kurniakan kesabaran dan kesihatan dalam kami menjalankan tanggungjawab kami ini...amin amin amin.

9 comments:

Ina Hashim said...

lin,

ajar sabtu ahad tu dapat extra allowance tak?

papepun, selamat kembali mengajar & jadi pensyarah yang cemerlang gemilang terbilang giteww...hehe

oya said...

kalau bole nak cuti byk2 jer kan..

Ms Haslina said...

kak ina - tq kak
a'ah dpt claim..alhamdulilah..la ni da ada diploma civil part time.

mahira - nak cari rezeki lebih...terpaksa korbankan cuti gitu..

maidatul said...

Ooo sudah start kelas ke...selamat mengajar dan gembira mencari rezeki yang Allah bagi...

Apapun kesihatan perlu jaga... ;))

Ms Haslina said...

a'ah akma...mula da...
alhamdulilah...syukur ada peluang tambah rezeki gitu..

insyallah...part kesihatan tu...
;))
tq

aliaaroslan said...

konfem pening dengan jadual kan. hihi

Ms Haslina said...

hikhik...sesungguhnyer alia...biasalah kan ENCIK Z tukang buat jadual tu yg 'pandai' sangat susun jadual kan...

Eliss said...

awal juga diorang masuk erk..uitm cuti lama..horrayyy..tapi skang orang konvo, sesak jugak..

Ms Haslina said...

eliss - kat sini cuti sem 2 @ 3 minggu sahaja..
maklumlah IPTS..

oo tgh konvo yea...

p/s selamat 'honeymoon' gitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails