Followers

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 - editeditedit

Kepada semua sahabat2 di dunia BLOGGER ini, myself nak ucapkan seperti yg tertera di kad di atas. Semoga hari raya kali ini lebih bermakna buat semua orang..insyallah.

Hari sabtu ni aku n family akan bertolak pulang ke kuala pilah dan kami akan berada di sana until sabtu next week nyer..insyallah. Memang kami tidak pulang beraya di Tawau..KENAPA ek?...Sebab nyer adik beradik En Hendra da cukup ramai (8 orang semuanyer) utk berhari raya bersama EMAK mentua tercinta ku disana. Aku pasti emak disana tidak akan terasa sangat klu kami tidak pulang ketawau. Sedangkan bila di kg aku pulak...cuma ada aku, abang ngah dan adik. Dan kakak aku pulak berhari raya di rumah mentua nyer pada kali ini. Abang ngah sekeluarga pula berhari raya di rumah mentua juga..cuma pada hari raya nanti abang ngah akan datang berhari raya di rumah. Adik aku tu pulak...biasalah budak lelaki, selalu kena cuti lambat dari office JPJ putrjaya sebab dia orang bujang. Lagi 2 orang adik beradik lelaki aku mungkin tidak bercuti di hari raya nanti.
So lihatlah..dan fahami lah. Klu aku juga pulang ke Tawau...SAPER NAK BANTU EMAK DAN ABAH AKU YG DA BERUMUR 65 DAN 69 MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA. aaaahhh...aku tidak tergamak langsung membiar parent aku sendirian. Memang dari bujang until now aku lebih banyak berada dirumah bersama emak dan abah membuat persiapan hari raya.SYUKUR PADA ALLAH KERNA SUAMI TERSAYANG EN HENDRA AMAT MEMAHAMI KEADAAN AKU TU..TERIMA KASIH SAYANG KU. DAN SEMENJAK KAMI PERTAMA KALI BERAYA BERSAMA PADA TAHUN LEPAS, AKTIVITI MEMBAKAR LEMANG KEMBALI DI JALANKAN DIRUMAH KG. EN HENDRA DAN AKU BERSAMA MEMBAKAR LEMANG. KLU TIDAK MMG DA LAMA ABAH TIDAK MEMBAKAR LEMANG. IALAH ABAH DA TUA. SYOK SUNGGUH DAPAT MAKAN LEMANG YG DIBAKAR SENDIRI.

Bg akulah pulang berhari raya bagi pasangan suami isteri, sebaiknyer kita dahulukan yg memerlukan. Itu yg aku sempat tgk kat wanita hari ini tengahari td. Bila pelakon NADIA MUSTAPA yg da kali kedua berhari raya dirumah mentua nyer memberi alasan kenapa dia tidak berhari raya di rumah emak nyer sendiri. Ini adalah kerana ayah mentua nyer telah meninggal dunia dan 2 adik beradik suami nyer pulak berada di luar negara. So dia sepakat bersama suami utk berhari raya hingga tahun ketiga di rumah mentua sehingga adik beradik suami nyer pulang ketanah air. Beruntung emak mentua dia kerana dapat masih dapat beraya bersama menantu yg cukup memahami.

Wednesday, September 24, 2008

huggies Haziq..

Malam td kejenuhan juga mencari pamper Haziq. Bukan nyer x de kat mana2 kedai,tapi MAHAL. Ialah harga retail nyer klu x silap aku ialah rm47 rasanyer. Paling murah selalu nyer di kedai 99speedmart, tp da habis stok kat situ. Pastu pergilah econsave..erm rm43 rasanyer dan di giant pulak rm46 rasanyer. Ermmm...fikir2 payahnyer aku mencari rezeki...naper mudah2 jea nak buang2 duit beli pamper harga mahal2 sedang masih ada yg harga rm36.90 paling murah lah aku rasa masih ada dijual..tp mmg kena cari lah kedai Baby tu.
So tengahari td aku pi kedai Baby tu kat bangi...aku memborong sekali 4 pamper sekali. Stok 1 bulan. Dulu masa 4 bulan pertama masa Haziq lahir mmg aku belikan Haziq MAMY POKO. Tapi abah aku bisingg selalu..
"napernyer nak beli pamper mahal2 tu..buang2 duit jea. Kan bagus duit tu disimpan dalam bank Haziq jea".
Pastu kakak aku yg suggest so tukar guna Huggies. Aku ni mmg jenis low sikit dalam hati aku nie..aku fikir...kakak aku yg gaji mahal dari aku tu pun guna Huggies...naper aku nak poyo2 guna MAMY POKO lagi. So aku pun tukar guna Huggies.
Tapi nak pakai brand aper pun..terpulang lah. Duit sendiri cari kan..

Cousin 2 orang ni masa nak tunggu waktu berbuka pada hari sabtu hari tu. Emak bapak budak 2 orang ni berbuka puasa di restoren WONG SOLO. Punya lah aku baca kat internet..sedap bangat makanan nyer...tp..erm....dah lah mahal dan tidak ada kemungkinan akan datang lagi. Kecewa jea hati kakak aku...kerana dia yg belanja ktorang...tp makanannyer kurengggggg...

Ni kad raya kedua aku dapat dalam bulan ramadan ni. Yg pertama dari boss besar education..pastu yg ni dari officemate aku. Comellll jea kan...tq ALIA.
Hari ni aku buat kelas ganti 5pm - 6pm.

Friday, September 19, 2008

aku perlu siap kan teaching file

Sebenarnyer setiap habis semester TF ni mmg kena buat da, tp asik di tangguh2 jea. Baru semalam petang aku terhegeh2 melihat subject mana yg aku belum buat TF lagi. Rupanyer dalam kemalasan aku ni..ada terselit kerajinan yg kekadang sukar utk dijangka...alhamdulilah. Aku da siapkan TF untuk 3 subjects utk semester Nov 07. Punyalah semalam petang macam nak nangis sebab aku mencari2 file utk 3 subjects tu tapi..tak de langsung. Sudah...mana pulak aku nak mencari paper2 exam students yg lepas2 tu. Menda tu bukan boleh di buat2 pun. Cari punya cari...rupanyer da siap menda tu...aku jea da lupa yg aku nie da menyiapkan suku dari keja aku dulu2 lagi.
Yang belum siap ni adalah dalam 6 subjects utk semester March 08 dan separuh dari Nov 07. Tapi semua subject tu da siap dekat 80%, cuma nak siapkan beberapa form jea. Harap2 hari ni dapat siapkan semua lah. Sebab khamis dan jumaat depan ada ISO 9001:2000 Surveillance Audit (Internal Quality Audit).

Malam td ktorang pergi membeli barang dapur di Ampang, sambil berjalan2 di Ampang Point. Rasa dan kononnyer aku nak menengok baju raya. Untuk aku lah...heheheheh..sebab aku rasa baju raya aku yg da siap tu tak sepadan ngan baju melayu En Hendra dan Haziq. Aku luahkan menda tu kat En Hendra...so dia bagi green light utk aku mencari baju lain. Tapi aku ni kekadang cakap jea konon2 x berkenan...last2 nanti aku pakai je baju kurung raya yg da ada tu. Masa on the way balik tu, aku rasa badan Haziq tetiba macam panas. Risau pulak aku, cadang2 nak pi makan roti canai terus x jadi, En Hendra beli bungkus jea. Sampai rumah terus bagi Haziq makan ubat demam. Tapi tgk lah kat pictures tu...boleh dia duduk kat peti ais tu. So kat situ2 gak En Hendra bagi Haziq makan ubat. Alhamdulilah....menjelang masa nak tidor dalam jam 2am tu...Haziq da ok da.
Hari ini aku pakai baju kurung BIRUUUU...

Wednesday, September 17, 2008

sila-sila melihat gambar HERO aku..

Haziq dah bersiap nak kuar pi Bangi, sementara tunggu nak kuar umah, Haziq lepak kat sofa dia sambil tengok tv.

Haziq and Aezad masa baru jumpa before makan malam di Bangi.

Haziq OOOooo Haziq...boleh tak duk diam2....barang seminit dua.

Haziq da siap nak pergi makan sate di RnR awan besar.


Masa makan kat situ aku terpandang satu menda nie. Aku tengok dekat2, rupanyer pandan. Punya lah besar pandan tu. Baper agak nyer umur pandan nie?

Haziq da 1 tahun 3 bulan.

Lama da rasanyer tak update pasal perkembangan Haziq. Sekarang ni Haziq memang amat suka berlari sana sini dalam rumah. Berpeluh2 aku tgk dia lari sana lari sini...x penat agaknyer. Pastu mmg tak boleh dengar lagu kat mana2 pun mesti dia siap nari2, goyang2 tangan, pusing2 sampai pening rasanyer...mmg tak boleh duk diam. Padahal tidak nyer aku ngajar dia nari2 nie. Pastu kesukaan dia main phone rumah..pastu konon2 tgh cakap lah. Tapi sebenarnyer picit number pun tidak. Pastu hulur tipon tu kat aku or En Hendra, konon2 suh jawab tiponlah.
Gigi Haziq masih macam dulu, x de tumbuh gigi baru pun.
Haziq masih belum pandai bercakap, dia cuma suka panggil 'Baba'. Kekadang tu sekala sekala ada lah dia panggil 'MAK', tak pun dia panggil cousin dia 'JAD'. Klu dia nak apa2, dia main tunjuk jea..tak pun di tarik nyer lah tangan aku pi tempat yg dia nak benda tu. Kiranyer Haziq da faham banyak benda, cuma dia belum boleh cakap lagi.
Boleh jea En Hendra tu pi ngajar Haziq buat 'HIGH 5' kat tangan tu...so mmg pandai lah dia buat benda tu.
Dulu masa Haziq start boleh berdiri, mmg ktorang kelam kabut beli kipas siling, sebab Haziq da pandai nak pegang2 kipas meja yg tgh berpusing tu....wehhh risau sungguh aku ngan En Hendra masa tu. Sebab tu kipas kat bilik tidor ktorang dan ruang tamu di tukar ke kipas siling. Alhamdulilah juga x de benda buruk berlaku sebelum tu.
Tapi sekarang, Haziq da pandai da, dia tak de kisah pun kat kipas meja nie. Pasang lah, dia wat tak tahu jea...dan mungkin dia da tahu benda tu bahaya.
Haziq juga da pandai tunjuk kat mana gambar datuk dan nenek dia klu aku minta tunjukkan mana gambar diaorang. Picture tu ada di letak didinding. Kiranyer Haziq da kenal betul dengan datuk dan nenek dia. Klu ktorang da nak balik KL dari kg, Haziq boleh x kisah pun datuk dia dukung dia..dan parent dia nak balik KL....hehehe.
Satu aku tahu kesukaan Haziq ialah melihat orang masak. Setiap kali aku nak masak mesti dia merengek minta di dukung supaya dia nampak apa yg aku tgh masak, tgh goreng or what ever aku buat kat dapur. Klu part menumbuk bawang, aduh..mesti dia nak juga tolong menumbuk di lesung tu.
Masih tidak kuat makan...cuma kuat sungguh minum susu. Aku masih teruskan bagi Haziq susu PEDISURE juga susu PROGRESS GOLD dia. Di samping tu kekadang mmg bagi Haziq makan CALSIUM utk kanak2 dan juga VITAGEN.
Biasalah Haziq sama mcm cousin dia juga suka melihat2 apa menda dalam peti ais. Tu yg kekadang ditarik nyer tgn aku semata2 nak tgk jea dalam peti ais tu.
Aku rasalah berat Haziq sekarang mungkin dalam 9.5 - 10.5kg.
Paling lah suka nyer menjerit2...ntah apa yg dijeritkan aku pun tak tahu. Tp itulah salah satu hobby dia..kekadang terkejut aku..ialah takut aper2 benda da jadi. Padahal x de aper2 pun..sajer2 suka dia jea.
Masih tak boleh di lepas kan sendiri berdekatan dengan tangga...semesti nyer di panjat nyer nanti. So tangga kat rumah di kg dan rumah kakak aku mesti di halang dgn aper2 benda klu Haziq ada kat situ. Klu tidak nanti diam2 da sampai mana dia naik tangga tu.

Aku cuma tak sabar nak dengar Haziq bercakap betul2. Ialah anak kakak aku da umur 1 tahun 7 bulan...Aezad mmg da pandai cakap...tp biasalah..belum fully penuh satu perkataan..tp boleh lah dikatakan pandai cakap da.

cuti - duk rumah jea..

Cuti Nuzul Al-Quran

Hari ni mmg rasa macam fully HOUSEWIFE. Sebab nyer memula activity aku bermula dengan basuh kain..5 trips tu..hehehe. Sesambil tu prepare sikit2 barang utk masak berbuka nanti. Dan fully jaga Haziq hari nie.
Menu berbuka hari ni amatlah ringkas. Ialah da boring makan ayam, da boring makan daging. Aku masak sambal sardin hari ni. Masak sekali 2 tin kecil tu..ialah boleh makan sampai sahur...
Pastu goreng telor dadar dan juga goreng sayur sawi putih + sayur kobis. Semua nyer di masak dalam amaun yg banyak. Alhamdulilah En Hendra bertambah2 nasi masa berbuka td. Memang aku bukan pandai masak sangat..tp adalah selauk dua lauk yg rasa nyer boleh lah klu aku masak utk dibuat makan2...hehehehe

Erm aku masukkan pictures makanan masa berbuka puasa beramai2 hari sabtu hari tu kat umah aku. Juga mee goreng utk berbuka pada hari ahad.

Tuesday, September 16, 2008

keseronokan berbuka puasa bersama kakak, abang dan adik..

Hari ni pagi nyer bzzzz hal sendiri...hehehehe..
Petang ni pulak, patutnyer kelas sampai kul 5pm, tp sebab aku bagi TEST td so kelas wat minggu depan je lah. Lagipun aku malas lah hari nie..hehehehe..

Semua pictures yg nak di masukkan dalam post hari ni tinggal kat umah..so citer2 je lah. Hari sabtu hari tu sungguh seronok..mmg rasa mcm nak diulang sekali lagi hari tu. Kakak aku stuck dalam jam masa on the way pi umah aku...so diaorang sampai dekat nak jam 7pm. Abg aku lagi best dekat kul 10 pm baru sampai. Adik x dapat datang sebab kereta ada masalah. Tapi wlupun berbuka berempat sahaja dengan si kecik 2 orang tu duk main2 jea kat depan tv. Semestinyer semua orang bertambah2 makan. Kakak aku puji yg nasi ayam En Hendra leh buat jual da...sedap..hehehe.
Di samping nasi ayam, kakak aku ada bawa kan puding <---dia buat...yg lain tu beli jea - karipap, popia basah, air tebu, air kelapa dan sambal udang+petai.
Menjelang jam 12 lebih tu semua makanan da habis. Cuma tinggal 3 ketul ayam sup, puding dan bubur lambuk.

Sebab masih syok berbuka bersama2, hari ahad tu kakak ajak berbuka bersama di bangi. Memandangkan aku masak mee goreng dan kakak aku masak mee hoon utk berbuka, dalam jam 8 pm gitu ktorang gerak dari rumah pergi bangi. Punyalah ramai orang kat restoran tu, nasib nyer ktorang da berbuka dirumah. Ialah bukan aper terlalu ramai orang berbuka puasa di situ...comfirm nyer layanan kurenggg ok. Menjelang kami makan tu mmg da kurang orang da kat restoran tu. Makanan pulak sungguh sedapppppp sangat. Tq to my sister sebab belanja makan....

Saturday, September 13, 2008

Berbuka puasa bersama adik beradik..

Hari ni kt umah aku ni bz sikit kat bahagian dapur. Insyallah hari ni ada berbuka puasa bersama adik beradik aku. Ada 4 orang siblings termasuk aku yg berkerja di KL nie. Diaorang akan datang bersama pasangan masing2. Kakak aku buatkan puding dan klu ada masa dia akan buatkan kerabu mangga. Lagipun mmg ktorang minta diaorang dtg kosong2 jea. X perlu bawa aper2. Insyallah semua ktorang siapkan. En Hendra akan masak NASI AYAM spesal dia...heheheh. Aku pulak cuma masak PENGAT KELEDEK COLOR PURPLE + KELEDEK COLOR KUNING + SAGO MATO IKAN. Juga HOTDOG dibalut dengan roti canai segera pastu celup sedikit dgn telor pastu goreng. Sebelum goreng tu potong lah 3 hotdog tu. Ermmm..ooo ada BUBUR LAMBUK 3 bungkus En Hendra ambil kat masjid dekat umah aku td. Insyallah juga aku akan goreng JEMPUT PISANG dr pisang yg di bawa dari kg baru2 nie.
Erm...naper bukan aku yg masak nasi ayam tu...INI ADALAH KERNA EN HENDRA YG TERER DARI AKU KLU MASAK NASI AYAM...dan klu aku pandai2 nak masak jugak...nanti kena marah le pulak. Lagipun idea berbuka ini adalah idea En Hendra sendiri.
Semoga semua berjalan dgn lancar..amin..

Friday, September 12, 2008

kerja dan aezad..

Biasa2 saje hari ni menyiapkan segala2 soalan EXAM dan TEST. Petang nanti ada perjumpaan dengan student final project bincang pasal report testing yg diaorang da buat tu. Dan mungkin juga terus bincang sekali utk siapkan keseluruhan report project diaorang nie.
Bila cakap pasal student..ada menda yg aku rasa mungkin satu kebetulan atau entahlah. Semenjak aku kenal dgn En Hendra dulu until now..aku ni asik2 jadi pilihan student2 dari SABAH utk dijadikan supervisor FINAL PROJECT diploma diaorang. Sekarang ni sorang tu Rafiuddin - budak KOTA KINABALU, ada sorang lagi tu Herwan - budak SARAWAK. Yang lepas2 lagi ramai gak budak2 TAWAU <---hometown En Hendra...Andi Adam, Edri Azlan dan ada lagi before tu aku da tak ingat nama diaorang. Yang aku tak tahan tu, bila aku cakap suami aku orang Tawau...terus2 je bebudak tu leh cakap slang Sabah ngan aku. Macam lah aku ni faham pun :)...
Tapi sebab aku da selalu dgr En Hendra cakap slang Sabah, boleh lah sikit2 aku faham cakap diaorang. Yg kelakar nyer klu ada budak2 Sabah cakap ngan lecturer lain...pastu member2 aku tu kurang faham sikit..sebab diaorang klu cakap..lajuuuu jak. Entahlah..aku leh explain kan sikit2 kat member aku tu aper diaorang cuba cakapkan sebenarnyer...hehehehe..

Malam tadi aku pi umah kakak kat puchong. Menghantar barang. Sebelum tu aku singgah GIANT pi beli barang dapur ngan En Hendra and Haziq. Kecian..rupa nyer anak buah aku tu belum sihat lagi..kata kakak sel darah putih dia tak stabil..sepatutnyer range between 3@5-11 tapi Aezad nyer tu da jadi 19 gitu. So hari sabtu ni pi check lagi sekali kat spital..klu tak ok lagi mungkin Aezad akan warded hari tu. Sedih aku tgk badan dia pun macam da susut jea. Tapi alhamdulilah Aezad masih SYOK bermain2 ngan Haziq. Ya ALLAH semoga Aezad SENTIASA sihat dan tak warded nanti..amin

Malam td tu lepas balik dari umah kakak, ktorang singgah makan roti canai dan sate dekat kedai mamak dekat2 umah aku. Aku layan sungguh makan roti telor, teh tarik dan sate daging berserta ketupat sebiji. Tapi sate tu tak sedap pun, mcm hangus dan masin.
Sampai rumah da jam 12 tengahmalam, aku bancuhkan susu untuk Haziq. Aku siap2 gosok baju dan masak nasi utk sayur sekali..hehehe pakai baju kurung baru with tudung baru.
Dalam 2 am gitu aku tido.

Thursday, September 11, 2008

SMS dari tawau..

Baru balik dari kelas. Td ok lah kelas, dapat juga habiskan topik yg aku plan kan. Habis kelas td aku berbual ngan student aku sorang ni..budak SOMALIA. Selama aku mengajar nie tak pernah tahu pun aku tgh ngajar budak dari SOMALIA,OMAN, NIGERIA dan DVOTI <---betul ke eja nie.
Lain kali lah cerita pasal somalia tu...

Aku tgk HP aku..ada 2 sms. Bila tgk nama En Hendra jea..aku agak mesti citer pasal juadah berbuka hari ini, tp rupa nyer forward sms dari TAWAU..dari UMAH MAK AKU..MAK MENTUA AKU.
ALHAMDULILAH..itu yg pertama keluar dari mulut aku bila baca berita gembira tu. Aku tumpang gembira dengar berita tu. Aku pasti MAK tentu lebih gembira. Dan aku doakan kebaikan dan kegembiraan buat semua. Semoga ALLAH permudahkan perjalanan semua nyer itu nanti..AMIN.

kelas jam 2pm dan WALL-E.

11 ramadan 1429.

Kelas hari ini start kul 2pm - 5pm. Ahh aku tgh 'mengelupur' juga nak habiskan chapter2 dalam subject ni. Ialah byk sgt cuti2 an utk kelas nie. Aduhhhh...So petang ni aku mencadangkan utk cuba habiskan aper yg boleh di muatkan utk 3 jam lectures niea.
Disaat akhir due date - 15 sept, utk hantar question final exam dan marking scheme aku tgk mengEDIT skima jawapan aku utk satu subject nie. Harapan aku tinggi gak..semoga siap hari ni..cadangnyer nak siapkan semalam..ermmm..tp tak menjadi cadangan aku tu. Nak bawa balik kerja...En Hendra da warning...no work at home...ermmm.
Tgh lah tu si Haziq..da pandai pakai topi. Ialah dia belajar dari pemerhatian kat En Hendra lah yg suka pakai topi dalam rumah...comellll jea. Tp biasalah kejap jea nak pakai tu..lepas tu dibuang nyer.

Semalam kakak aku bagi lagi sample susu pedisure dapat dari hospital lepas pemeriksaan anak dia. Kali ni dapat sample 2 tin utk susu Similac sekali. Syok sungguh ek pi wat rawatan kat situ ek...ALHAMDULILAH murah rezeki Haziq dapat susu free.

Malam td da jam 12 malam, boleh En Hendra paksa gak tgk movie WALL E. Memula aku cakap aku akan tido lepas 1 jam cerita bermula. Aku ngantuk da. Tapi aku tgk2 citer tu best lah pulak, dan aku stay depan tv sampai habis citer tu dan lepas tu terus bersahur.

Movie tu pasal wall-e sebuah robot pembersih keluli yg tinggal sendirian dibumi. Semua robot2 yg ada bersama dia telah rosak. Masa tu bumi mmg dipenuhi dengan sampah sarap sahaja. Satu hari datang sebuah kapal angkasa dan menurun kan sebuah robot bernama eve. Tugas eve utk mencari tumbuhan dibumi. Sekiranyer tumbuhan sudah mula hidup semula dibumi, maka manusia yg sudah tinggal selama 700 tahun di angkasa lepas didalam sebuah kapal akan dapat kembali semula kebumi. Manusia didalam kapal angkasa telah menjadi gemuk kerana semua urusan hidup mereka di uruskan oleh robot.
Kiranyer wall-e ni jatuh cinta pada eve membuatkan dia mengikut eve balik kekapal diangkasa secara rahsia.
Akhirnyer setelah bermacam2 berlaku, eve, wall-e dan semua manusia dapat balik kebumi dan membina bumi semula.
EVE and WALL-E in Disney's presentation of Pixar's Wall-E - 2008

Wednesday, September 10, 2008

pi Puchong td..

Td pi umah kakak aku dalam jam 12 gitu. Kakak minta hantarkan anak buah pi umah baby sitter. So dr office aku drive pi BK 5, puchong. Ambil si kecik tu..alhamdulilah..wlu umur dia baru 1 tahun 7 bulan, dia mmg bijak. Diam jea naik kereta duk kat depan ngan aku. Memang selalu yg hantarkan anak buah aku ni kerumah baby sitter ialah adik aku sebab jalan tu on the way dia pi keja kat Putrajaya. Tu picture kat bawah ambil 2 bulan lepas dirumah kg. Sepupu berdua lahir tahun 2007 Muhammad Haziq dan Asad Amirul Aezad.

Teringat hari raya tahun lepas. Masa tu Haziq baru umur dalam 4 bulan. Tgk pictures, punyalah tembam nyer anak aku ni masa tu. Bergaya lagi dengan kasut pertama, saiz 1 juga dengan baju melayu warna MERAH dan PURPLE.

hari ni duk office je.

10 ramadan 1429 hijrah.

Sepatutnyer pagi td aku tolong hantar kakak aku pi hospital. Anak buah aku tu tak sihat. Malam td kakak aku call sebab anak buah aku patutnyer warded malam td..sebab muntah2 aku rasa. Tapi kakak aku minta Dr ubat je dulu malam tu dan klu masih x de perubahan pagi ni lah nak check semula. Kereta kakak aku masih di kg lagi..sebab tu dia minta tolong kat aku.
Tetiba2 pg td da x jadi pulak..sebab dia kata cian kat aku takut mengganggu kerja aku. Padahal aku da cakap da...hari ni aku tak de kelas. Dia kata dia minta tolong kak nazila jea antakan ke hospital. Lagipun kak nazila housewife jea. Tapi klu lama sangat kat hospital, kakak aku akan minta aku tolong ambilkan dia hantar balik rumah. And anak buah aku da ok jugalah pagi td kata kakak aku...alhamdulilah.

Mari melihat tangga2 di bangunan baru utk office aku. Bangunan tu ada 4 tingkat termasuk ground floor utk office lecturer dan admin. Tapi utk naik kekelas ada lah terletak di tingkat 3. Masalah nyer punya lah tingggiiiii tangga tu kan. 1st time hari tu aku pi kelas kat situ, sampai kat kelas aku tak boleh bercakap sekejap..sebab tak cukup oksigen. Lama da tak naik tangga tinggi2 nie. Sekali tu kena naik tingkat 4 utk dengar TALK. Dah lah hari tu aku pakai heel, menggigil lutut ni bila sampai kelas kat tingkat 4.....heheheh. Sekarang pelan2 aku da ok da. Semalam kelas pertama aku kat situ sempena masuk ramadan ni. Mula cam cuak gak...ialah bulan puasa kan. Kelas petang pulak tu..tp alhamdulilah..semua nyer ok.

Tgk da movie IRON MAN dan INCREDIBLE HULK..ermmmm. Biasa2 saja citer 2 tu. Balik2 ada satu lagi MAKHLUK JAHAT yg sama besar dgn yg baik. Pastu lawan2, pastu yg baik menang...ermmm.

Tuesday, September 9, 2008

tag bulan ramadhan 1429 hijrah.

Gimana caranya?1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda2. Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komentar pada blog mereka3. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tagsCatatan:Yang mendapatkan tags ini hanya untuk blogger muslim.
Diri ku telah di TAG oleh my sista, tq ek. So aku nak TAG ~
1. Wiween
2. Diana@green apple.
3. Chika@Nurul.
4. Nanonano.
5. Musuzila@Suki.
6. Ayangazli

setahun dah..

Alhamdulilah, hari ni genap setahun usia BLOG aku nie. Kira2 nyer sama umur dengan Haziq lah...
Happy birthday to my blog.

Monday, September 8, 2008

lepas da rindu aku kat emak dan abah..

Seronok sangat dan lepas da rindu kat emak dan abah balik kg baru nie. Di tambah lagi dapat berbuka dan menikmati juadah masakkan emak, kakak aku dan aku sekali.
Hari sabtu tu semua orang ada dirumah abah utk berbuka bersama2 kecuali along dan eboy. Diaorang ada hal..sebab tu x dapat balik kg. Menu berbuka hari sabtu adalah kari daging, mee bandung(kakak aku masak), ikan keli bakar( balut ngan daun pisang dan bakar atas kuali je dengan sedikit minyak), rendang ayam (ya allah pedassssssss nyer) dan kuih muih(beli jea).
Dan kerja bila da balik kg, antara tugas En Hendra dan aku ialah membeli air dan kuih muih di pasar ramadhan pada hari sabtu dan ahad tu. Kami pergi awal petang tu..ialah malas nak bersesak2 dipasar ramadhan. Tapi cam kecian aku tgk peniaga2 kat situ (dipilah perdana). Yang menjual nyer ramai...tp yg membeli nyer cam tak ramai. Ntah dapat untung ke diaorang tu. Klu dapat balik modal kira da alhamdulilah gak. Aku tgk byk meja2 yg tak bertuan..maksudnyer diaorang tak menjual wlu pun da ada tapak...simpati aku..

Sebelum berbuka tu orang lelaki duk kat luar rumah..duk bincang2 pasal kereta. Ialah kereta kakak aku dan kereta yg adik aku drive (car in the picture..dulu aku pernah gak drive kereta tu. dalam setahun rasanyer. pastu aku pulangkan semula kereta tu kat abah dan ambil semula kereta wira. 2.0 tu kereta tu..tak tahan den bayar duit minyak....macam tuang air je..). Kereta2 tu baru kuar dari bengkel di kuala pilah. So masih ada beberapa perkara yg belum selesai kat kereta tu. Tu yg diaorang duk bincang kan. Kereta in the picture tu masuk bengkel sebab accident dan kereta akak aku pulak masuk bengkel sebab nak tukar stereng dari kiri ke kanan. Masalah nyer lama gile kereta kakak aku tu duk bengkel. Klu tak silap aku mahu masuk lebih 6 bulan...gilos tul.
En Hendra tgh bergaya dengan seluar billabong biru. Kakak aku belikan kat Bali.
Dan aku..semestinyer dapat KEYCHAIN....tq my sister..


Ntah aper ajer yg di tunjukkan kat Haziq. Malam isnin tu ktorang gerak dari kg dalam jam 9.30pm gitu. Best jea driving sebab jalan sesungguh nyer amat CLEAR. Kereta pun tak banyak. Ialah semestinyer ramai orang da balik kg minggu MERDEKA hari utk berbuka puasa dengan keluarga. Nampaknyer kami telah mengambil langkah yg bijak kerna balik kg minggu tu.heheheh..

Aku barunyer dapat tgk movie Batman baru2 ni...THE DARK KNIGHT. Tgk kat dvd umah jea. Aku pun da lupa bila paling last aku pi cinema. Ialah ada anak kecik kan...mana lah nak di bawa masuk tgk wayang kat panggungnyer. Lagi pun En Hendra sendiri tak nak menyusahkan saper2 utk menjaga Haziq. Sebab tu En Hendra donlodkan new movie supaya leh ktorang tgk berdua di rumah jea...
Punyalah ganas citer tu ek. Tapi paling aku suka ialah adegan batman culik accountant dr hongkong tu di dalam bangunan. Dia tarik guna kapal terbang...selalu nyer orang guna helicopter jea. Dasattttt tul. Satu lagi adegan kejar mengejar antara batman dan joker. Batman guna motorbike dan joker guna lorry....pehhhhh syok sungguh aku tgk..

Friday, September 5, 2008

malam ni balik kg...syoknyer..

5 ramadan 1429

Syukur pada Allah..selamat da berpuasa hingga hari ke 5 da hari ini. Macam biasa lah...minggu ni still full with WORKS. Semalam aku balik tepat 6pm. Di sebabkan hujan da JAMMING sungguh kat jalan MRR2 tu...aku selamat sampai rumah da jam 7pm. Tgk2 Haziq da tidor rupa nyer. Mula2 sampai rumah mesti kiss pipi Haziq dulu. Wenduuuuuu...Alhamdulilah lauk ayam masak pedas dan nasi beriani with instant spices En Hendra da masak kan. TQQQQQQQQ sayang...
Aku nak goreng sayur lah sebab x de lauk sayur but En Henda kat tak perlu...erm..so aku cuma masak air panas jea buat isi kat termos yg da kosong tu. Pastu kemas2 dapur sikit dan prepare table utk berbuka. Then mandi. Cian Haziq tgh tido terkejut sebab bunyi motor kat luar rumah. Sungguh lah tak selesa duk kat umah macam aku duduk sekarang ni. Mungkin bg aku da En Hendra masih ok lagi. Cuma tak sesuai dengan pembesaran Haziq. Insyallah klu ada rezeki...kami pasti akan dapat yg lebih baik...amin.

Hheehehahh...sungguh seronok AMAT..malam ni kami balik kg di kuala pilah. Wendu nyer kat emak dan abah. Last aku balik ialah pada awal august hari tu. Selalu nyer mesti dalam masa 3 weeks da balik kg semula. Tapi kali ni ada kesibukan sikit, itu yg balik lewattt da.
Tapi tidak mengapa...malam ni kerinduan pasti terungkai gitu.

Okies nak sambung kerja semula. Malam td dalam 1jam lebih aku wat kerja kat umah utk siapkan soalan. Cadang2 nak masak kan En Hendra mee goreng pun da terbantut sebab habis2 aku buat kerja tu pun da jam 11.40pm gitu. X pe..malam ni kan ada lagi.



Thursday, September 4, 2008

siapkan soalan...

Hari ini seharian nyer aku menyiapkan soalan dan jawapan utk S.A. Tak pasti lah siap atau tidaknyer until 6pm <----aku balik lambat hari ni. Patutnyer ada kelas kul 2 pm td. Tapi disebabkan kelas aku telah dirembat oleh pihak management utk dibuat tempat ceramah by USTAZAH NORBAIYAH <---penceramah popular cakar harimau...hehehe. So aku kena lah start kelas kul 3 pm gitu. Pastu start jam 2 pm td hujan turun punya lah lebatttttttt nyer. Aku pulak stuck dalam opis..x de payung nak pi kat keta....sudahhh.. Aku call student...diaorang leh cakap...hanya 8 orang out of 44 orang saje yg ada dalam kelas. as a result..aku kena cancel kan kelas lah. Dan kelas ganti akan dibuat pada hari isnin depan. Present kasut dari datuk sedara (pakcik En Hendra) Haziq di Sarawak sempena birtday Haziq hari tu. Tu kirenyer hadiah paling last Haziq dapat...jauh dtgnyer. Ada juga 2 pasang baju juga batik sarawak utk aku sekali dalam bungkusan yg datang masa cuti sekolah hari tu.

Wednesday, September 3, 2008

kerja OOoo kerja.. - update

3 ramadan 1429.
Masih banyak nyer kerja yg tak siap2 lagi. Final examination paper utk subject Stuctural Analysis juga subject Soil Mechanics sebaris ayat pun tak di taip lagi. Aduhhhh....banyak tu menda nak di buat. Due date akhir minggu depan. Di tambah lagi internal audit utk ISO pada 16 sept ni. Sungguh gilos...satu teaching file pun aku lomm complete lagi.
Ini semua lah yg buat aku tak keharuan dan tidak kecukupan tangan da nie. Semoga ALLAH permudah kan kerja aku ni...amin..

Semalam petang masih En Hendra lagi yg masak kan lauk berbuka. TIMA KASIH SO MUCH ye bang. Lauk berbuka semalam ialah KANGKUNG GORENG <--- aku rasa mcm makan kat kedai jea rasa lauk tu. Dan satu lagi lauk AYAM GORENG + CENDAWAN KERING + CILI PADI + KICAP PEKAT...hehehe aku lom belajar lagi resipi tu. En Hendra kata itu resepi adik dia DEWI.
Hari pertama puasa tu En Hendra masak ikan masak pedas dan sayur goreng. Aku pulak cuma masak pengat keledek.
Dah sekarang ni En Hendra giat sekali utk mengasah skill memasak nyer...so amat kepayahan aku utk dapat memegang periuk kuali di dapur.

Hari jumaat lepas aku amek cuti..sakit sungguh kat kepala aku ni. Petang tu da ok sikit...lepas solat jumaat aku sefamily pi jalan masjid india ambil baju melayu En Hendra dan Haziq. Kesayangan aku ni da siap da baju melayu utk hari raya.
Dan masa kat kedai tu...boleh En Hendra pakaikan Haziq songkok kenit tu.HHeehh rasa macam anak cino pulak Haziq pakai camtu. Tapi x beli pun songkok tu kerna Haziq mmg X SUKA pakai apaer2 kat kepala..

Tuesday, September 2, 2008

banyak keja...

Assalamualaikum kepada SEMUA yg merindui diri ku yg hina ini. Jam da menunjukkan 5.10 pm. Sepatutnyer aku da balik da ni. Ialah bulan ramadhan kan...opis hour habis 5 pm. Penat ni sebab baru habis kelas dari jam 2pm - 5pm. Sebelum balik dapat lah tgk2 kejap internet mengong ni.

Sebenar nyer naper saya tidak berada di alam siber ni sepanjang minggu lepas. Sebab nyer internet TAK DE kat opis ni..sepanjang minggu lepas. Di tambahkan lagi dengan kerja yg terlambak2 kat opis. Aku menjadi taksub dengan menyiapkan kerja. Rasanyer macam nak ambil exam structure jea aku di buat nyer.

Bukan x de internet kat umah..tp sampai rumah mmg da penat da. Rasa nyer paling lewat jam 12 malam aku da tidor da. Penatttttt.......So tidaknyer aku menyentuh komputer pun di rumah until hari isnin semalam. Internet mcm da pupus dalam kepala aku sampailah hari ini...heheheh..

ok lah pada yg prihatin atas 'kehilangan' sementara aku....aku hargai kalian...sayang semuaaaaaaaa...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..semoga puasa kita diberkati ALLAH amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails